Wednesday, September 28, 2011

Hudud: Beranikah Pas Bawa Usul Ke Parlimen


Sekiranya Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila bawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah dipinda bagi membolehkan kuasa diturunkan kepada negeri-negeri.

Pada masa sekarang kuasa yang melibatkan undang-undang jenayah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Belum ada mana-mana negeri yang mempunyai kuasa tersebut di negara ini. Negeri-negeri hanya ada kuasa melibatkan syariah. Manakala hudud pula ada melibatkan jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain.

Setakat Dun Kelantan yang meluluskan hudud ianya tidak membawa apa-apa makna selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda untuk memberi kuasa kepada negeri menjalankan sendiri undang-undang jenayah.

Cara yang betul adalah selepas diluluskan oleh Dun Kelantan , Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Pas perlu mengemukakan usul kepada Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Pernahkah anda dengar atau lihat ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari Pas bawa usul berkenaan dalam Parlimen ?

Apa yang Pas Kelantan lakukan dulu adalah mereka serahkan draf yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan kepada Tun Dr M. Sudah tentulah jawabnya tak boleh dan kena tolak. Bukannya Tun Dr M yang ada kuasa mutlak untuk meluluskannya. Ianya kuasa ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara kerana melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Jika ianya tidak melibatkan kuasa ahli-ahli dewan, sudah tentulah hudud yang digubal oleh Pas di peringkat negeri Kelantan tidak perlu diluluskan di Dun Kelantan. Di peringkat negeri pun Nik Aziz tak boleh pakai kuasa dia seorang diri nak luluskan hudud sehingga terpaksa bawa ke dalam Dun, begitulah juga diperingkat persekutuan, bukannya kuasa PM seorang diri.

Sebab itu kita kata Pas tidak serius untuk laksanakan hudud. Cara yang dia buat pun dah tak betul kerana dia mahu perkara itu ditolak dan akhirnya dapatlah dijadikan modal politik mereka.

Sekarang jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila minta ahli-ahli parlimen mereka bawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah supaya kuasa tersebut diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Pas ada lebih 20 orang ahli mereka dalam Dewan Rakyat termasuklah presiden dan dua orang naib presiden mereka yang boleh bawa usul berkenaan. Jangan asyik memalu tong kosong di luar sini, masuk dalam dewan dan buktikan keseriusan untuk laksanakan hudud

Perbezaan hudud PAS dan hudud sebenar

15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS.

Pas Gagal Tarbiyah DAP


Usaha Pas yang didakwa telah berjaya mentarbiyah DAP dalam memahami Islam selama ini jelas meleset sama sekali apabila parti itu terus menentang hasrat Pas untuk membentuk negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Seorang penyokong UMNO, Mohd. Azam Mohd. Ghazali, 42, berkata sekiranya tarbiyah itu mampu memberi kefahaman yang menyeluruh sudah semestinya tidak wujud pertikaian dalam isu tersebut.
“Apatah lagi mereka itu (DAP dan Pas) merupakan sekutu dalam pakatan pembangkang. Dalam situasi sekarang, bukan sahaja membuktikan kegagalan Pas tetapi lebih dari itu ia jelas menunjukkan mereka sebenarnya tidak sehaluan meskipun berada dalam satu pakatan,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah menyatakan pendirian bahawa parti itu menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Malah sebelum ini Karpal juga pernah membuat kenyataan terbuka “langkah mayat kami dahulu sebelum laksanakan negara Islam”.
Tetapi Pas pada masa itu dengan penuh bangga mengakui kononnya telah berjaya memahamkan mereka tentang Islam bahkan turut mendakwa mereka kini sudah mampu terima Islam dengan baik.
Azam berkata, hasrat Pas untuk menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan sebagai retorik semata-mata lantaran tersepit berikutan pelbagai tekanan termasuk janji akan laksanakan hukum tersebut sejak 1993 tetapi belum dilaksana hingga sekarang.
“Rakyat sudah cerdik sekarang. Mereka persoal bila dan kenapa belum melaksanakan hudud sedangkan janji itu sudah lama dibuat tetapi masih tidak ditunaikan? Sudah 17 tahun.
“Takkan nak jadi macam isu air, rakyat terpaksa tunggu 17 tahun lagi sebelum selesai,” katanya sinis.
Tambahnya, kerana tekanan itu, Nik Aziz terpaksa beralasan dalam isu tersebut termasuk mendakwa Kerajaan Pusat tidak merestui usaha itu.
–KHABAR KB

Tuesday, September 27, 2011

Hudud: Cubaan Nik Aziz Tutup Kebaikan Najib

JALAN BAYAM – Isu Pas Kelantan untuk laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas dilihat cuba mengaburi rakyat terhadap usaha murni kerajaan pusat menegakkan hak kemanusiaan di negara ini dengan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Respon beberapa penduduk Kota Bharu berpendapat, Pas dilihat terdesak kerana ketandusan isu dan telah membangkitkan isu lama seperti hudud bagi menghangatkan provokasi politik di dalam negara bagi menutup kebaikan yang telah dibuat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).
Hanapi Mamat, 51, berkata apa yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghapuskan ISA adalah lebih mulia daripada isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung soal laksana hudud.
“Najib hapuskan undang-undang yang dilihat sekarang ini menyekat kebebasan fikiran rakyat. Dengan terhapusnya ISA, rakyat akan berani bersuara tanpa rasa takut. Ini akan membina kerajaan yang telus dan rakyat berfikiran intelek.
“Tetapi Nik Aziz berteriak soal undang-undang yang telah diluluskan tetapi kerajaan negeri pimpinannya gagal laksana sejak 17 tahun lalu. Pusat sudah tidak halang. Apa yang dibisingkan oleh Pas, saya pun tidak tahu. Bagi saya laksana sahajalah tunggu apa lagi,” katanya kepada khabar KB di sini hari ini.
Ramli Ibrahim, 43, berkata bagi beliau apa yang dilakukan oleh Najib adalah sesuatu yang lebih murni dengan menghapuskan ISA kerana Najib mengajak rakyat ke arah kebaikan dengan membolehkan mereka menegur kerajaan secara terbuka dan mencegah kemungkaran dengan menghapuskan ISA yang menahan rakyat tanpa perbicaraan.
“Inilah menegakkan keadilan yang sebenar dan ianya mengikut kehendak Islam seperti termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah,” katanya.
Malahan katanya menurut kenyataan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin selagi keadilan tidak ditegakkan dengan menjaga kebaikan dan menjauhi rakyat daripada kemungkaran adalah tidak wajar dilaksanakan lagi hudud. Tetapi perjuangan ke atas hudud tetap tidak pernah berhenti.
“Justeru apa yang dilakukan oleh Najib itu lebih mulia disisi Islam berbanding Nik Aziz yang menyebabkan ramai orang Islam mula berpecah akibat isu hudud yang Pas Kelantan sendiri tidak mahu laksana biarpun undang-undang sudah ada,” katanya.
Laporan media memetik Dr Mohd Asri berkata hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini mahupun di Kelantan kerana keadaan tidak kondusif dan adalah tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum hudud itu.
Dr Mohd Asri berkata jika ia dilakukan juga, hudud itu akan menimbulkan ketidak-adilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.
“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya.

Sumber : KHABAR KOTA BAHARU

ISU HUDUD: PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG DIARAH TUTUP MULUT

Tahniah Nik Aziz kerana berjaya mencetuskan polemik politik terbaru dalam Pakatan Pembangkang sehingga menyebabkan arahan TUTUP MULUT terpaksa dikeluarkan oleh ketiga-tiga Setiausaha komponen Pakatan Pembangkang. Ini bertujuan supaya tidak keluarnya kenyataan yang bermacam-macam sehingga menyebabkan hubungan mereka tergugat.

Akibat daripada penangan Nik Aziz juga menyebabkan Pakatan Pembangkang akan mengadakan Mesyuarat Tergembar pada Rabu ini bagi membincangkan isu hudud yang kini menghantui hubungan mereka. Sama ada PAS akan kekal dalam Pakatan Pembangkang atau tidak bergantung kepada pembelaan Nik Aziz, orang yang bertanggungjawab mencetuskan masalah ini. Mesyuarat Rabu ini akan dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim.

Menjadi kebiasaan Pakatan Pembangkang, tidur sebantal dan sekatil tetapi mimpi lain-lain. Inilah yang membuatkan ketiga-tiga Setiausaha Agung, PAS, PKR dan DAP mengeluarkan arahan supaya semua pemimpin Pakatan Pembangkang diminta Tutup Mulut bagi mengelak ia merebak di luar kawalan dalam perjumpaan singkat di Kuala Lumpur tengahari tadi.

Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Keadaan menjadi kecoh dan menjadi lebih parah apabila Karpal Singh mengamuk agar mayatnya dilangkah terlebih dahulu sekiranya PAS mahu melaksanakan hukum hudud dan Lim Guan Eng menyatakan semua barisan pimpinan DAP Pusat akan meletak jawatan sekiranya hudud itu menjadi sebahagian dalam agenda Pakatan Pembangkang.

Biarpun Nik Aziz tetap dengan pendiriannya sambil berkata “bye-bye jika DAP tidak setuju perlaksanaan hukum hudud”, Setiausaha Agung PAS, Mustapha telah mengeluarkan arahan bahawa kenyataan Nik Aziz itu hanya termaktub pada peringkat negeri sahaja. Ini bertujuan menjaga hubungan PAS dengan DAP yang kini kelihatan seperti retak menanti belah.

Menjadi kebiasaan bagi Pakatan Pembangkang yang cuba menutup salah di kalangan ahli parti walaupun ianya telah ternyata benar melalui beberapa kenyataan pedas. Seperti biasa, mereka akan menyalahkan media dan wartawan yang sengaja memperbesarkan isu ini sambil menegaskan Pakatan Pembangkang mengamalkan demokrasi.

Sekiranya mengamalkan demokrasi, mengapa pula semua pemimpin Pakatan Pembangkang diarahkan tutup mulut dalam isu hudud ini? Bagi menceritakan lakonan mereka bahawa isu ini sengaja ditimbulkan media, maka mereka bertiga ini telah beraksi juga secara lakonan sambil menggenggam tangan sebagai tanda perpaduan.

P/S: DEMOKRASI KE KALAU DISURUH TUTUP MULUT?? DIMANA HAK2 UNTUK BERSUARA YANG DILAUNG LAUNGKN SELAMA NI.

Hudud bukan ‘perkara pertama’ PAS jika kuasai majoriti Parlimen


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.
Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.
PAS menegaskan pendirian ini ketika MCA, komponen Barisan Nasional, membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di sini.
“Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).
“Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.
“Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud,” katanya pada sidang media

Wednesday, September 21, 2011

AWAS!!!! komputer boleh membunuh

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh "MEMBUNUH" jika dilakukan/diambil secara berlebihan. Malah ada yang mati kerana terlebih melakukan eksesais. Ada juga yang mati kerana terlalu berdiet.
Kali ini diberitakan bahawa seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe
internet di luar Beijing. Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing
Times.

Menurut sumber polis, lelaki itu membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari.

Susulan kejadian itu, pihak polis merampas beberapa buah komputer untuk membantu penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini mereka tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu.

Menurut penyelidik, kejadian itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China.

Monday, September 19, 2011

Dasar Pakatan VS Barisan Nasional



PAS menyukat semua urusan dgn wang ringgit sampaikan urusan beg tangan Rosmah pun jadi isu. Sedangkan UMNO menyukat urusan menggunakan polisi yg boleh di gunakan sepanjang zaman dan sbg warisan. Itulah sbb DAP mahu memerintah sbb dia tahu ttg itu dan mahu mengubah polisi2 berkenaan utk kepentingan mereka. Siapakah yg mahu melindungan kepentingan kita dan sultan kita nanti bila PR memerintah? PAS? Isu azan pun tak mampu nak lawan balik. Anwar? Nasib diapun belum tentu. LGE? Tentu nasib Sultan kita jadi macam Singapore. Melukut di Tepi Gantang jer.

Tahukah mengapa Jepun, Itali, Perancis mampu utk tidak menggunakan bahasa Inggeris. Siapakah mereka dan di manakah kedudukan mereka di dlm peta dunia. Itulah perbezaannya. Saiz Negara, sumber pendapatan serta sejarah adalah antara faktor penyumbang kenapa mereka tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris. Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris kerana kita amat kecil dan sedang beralih pegangan ekonomi. Mungkin kamu tidak faham, tetapi cuba kamu bayangkan, berapa ramaikah nisbah manusia yg boleh berbahasa Melayu dlm dunia ni dan bandingkan dgn nisbah mereka yg boleh berbahasa Perancis dan Italy dlm dunia. Jumlah penduduk sahaja sudah memadai utk kita bandingkan. Di situ sahaja kamu boleh faham bahawa blok dagangan mereka adalah lebih besar, lebih berkuasa dan tidak memerlukan penggantungan kpd faktor luar dan bahasa Inggeris. Sedangkan kita adalah sebaliknya.

Kalau Nik Aziz pulak mungkin dia boleh menggunakan loghat Kelantan semasa berhujah dlm blok dagangan APEC, kecurangan Singapura dlm ASEAN, Blok Dagangan G6, Blok Dagangan EU yg menahan kemasukan perdaganan Asia serta jaminan keuntungan negara2 Eropah, Pengasingan Turki dari Blok dagangan Eropah, Keuntungan dan kerugian ASIA, Fungsi LIMA serta ekonomi terbitan darinya etc. Nak harap Anwar, faktor kejatuhan matawang akibat manipulasi matawang dahulu sahaja sudah membuktikan Anwar tidak memperdulikan nasib org Melayu sbb pada waktu beliau jadi menteri kewanganlah, paling ramai org Melayu bangkrap, muflis dan miskin!
Itulah bezanya pemikiran micro dan pemikiran macro... Bukan sekadar akhirat yg di timbang, duniapun perlu juga. Dua2 perlu seimbang.
Allahualam.

Sunday, September 18, 2011

Mat sabun dah kantoi !!!!!!!



MAD SABUN sebenarnya bukan jujur dan arif untuk bercakap tentang nak perbetulkan sejarah tetapi beliau berniat ingin memperlekeh perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh 42 pertubuhan Melayu Islam dan Orang Asli termasuk PKMM yang bergabung membentuk PEKEMBAR atau UMNO pada 1 Mac 1946, yang berjuang berhabis-habisan untuk menggagalkan rancangan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang dirangka British bagi menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan Inggeris atau koloni sepenuhnya selain Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Beliau sebenarnya telah sasau, tersalah pilih tajuk ceramah untuk dijadikan isu dan bahan penglipur lara bersempena kempen sambutan KEMERDEKAAN Negara. MAD SABUN memang jahil dan buta sejarah... Yang beliau tahu ialah menuduh UMNO dan perjuangannya sebagai assobiyah dan konon tali barut British, sedangkan jika dilihat dari perspektif dan fakta sejarah yang sebenar, PAS itulah sebenarnya yang menjadi balaci Inggeris kerana ia telah ditubuhkan oleh pihak British pada tahun 1951 untuk menggagalkan tentangan UMNO@PEKEMBAR terhadap Malayan Union. (Rujuk Ramlah Adam dan Khoo Kay Kim).

Kekadang kita boleh bercakap bohong dan menipu ramai orang berkali-kali... tetapi bila dah tersasul bercakap tentang sejarah yang diri sendiri pun amat jahil bagai si buta yang meraba gajah... Nah terimalah akibah dan padahnya... Ratusan Laporan Polis telah pun dibuat terhadap si luncai MAD SABUN dan ratusan NGO telah pun berikrar dan berjanji tanpa disuruh untuk memastikan MAD SABUN dan parti dokongan beliau PAS PIS PUS kecundang dalam percubaan untuk menang besar pada PRU13 dan merampas PUTRAJAYA... Itulah matlamat politik mereka yang sebenarnya yang akhirnya akan merugikan umat Melayu Islam di Malaysia.

Golongan yang mengaku alim tetapi menolak usaha perpaduan perlu ditentang dan dinyahkan dari sistem bernegara.

Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Malaysia



SELAMAT HARI MALAYSIA......
Kita berbangga lahir di bumi tercinta yang sentiasa mengecapi kemakmuran hasil daripada kJasa pemimpin terdahulu dan kebijaksanaan pentadbiran Dato' Seri Najib. Gagasan 1 Malysia telah menarik semua kaum untuk bersatu di bumi tercinta ini.1MALAYSIA mengajak seluruh lapisan kepemimpinan masyarakat dan rakyat yang cintakan keamanan, keseajhteraan ekonomi dan kestabilan politik mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap tindak-tanduk dan gerakerja mereka.Walaubagaimanapun mengapa masih ada ramai lagi yang masih tidak bersyukur dan yang menghairankan pemimpin-pemimpin politik yang tamakkan kuasa mengecam dan menidakkan gagasan ini. Adakah mereka Buta mata dan hati atau takut kepada Gagasan 1 Malaysia yang dapat mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat dan rakyat menolakkan fahaman poltik sempit mereka. Mereka menidakkan gagasan 1 Malaysia dan mengagungkan perjuangan KOMUNIS.

Mungkin mereka tidak faham apakah itu gagasan 1 MALAYSIA.Salahkah 1 Malaysia apabila :

1MALAYSIA menggalakkan setiap kakitangan awam dan swasta meningkatkan prestasi kerja supaya mencapai produktiviti yang tinggi setimpal dengan kebolehan dan kelayakan mereka.

1MALAYSIA menekankankan kepada 2 aspek penting dalam sistem hidup bernegara iaitu Keluhuran Perlembaagaan dan kepatuhan kepada Prinsip-Prinsip Rukun Negara, salahkah itu?

1MALAYSIA mementingkan 3 teras perpaduan nasional iaitu Kenegaran yang satu - 1Bangsa Malaysia, 1Negara Malaysia dan 1Matlamat Kenegaran - Negara Maju yang progresif dan berpendapatan tinggi, adakah itu salah dan tak mampu kita capai?

1MALAYSIA menerapkan 4 Nilai-nilai Murni buat warganegaranya iaitu Hormat Menghormati sesama insan, Rendah diri bukan membesar diri (ego dan sombong bodoh apatah lagi merasa diri besar dan takabur), Kesederhanaan dalam segala hal dan Berbudi Bahasa, salahkah semua itu?

1MALAYSIA menekankan betapas pentingnya rakyat menjunjung tinggi 8 Nilai-Nilai Aspirasi Negara meliputi Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan (Masa), Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Inovasi, Integriti, Kesetiaan, Kebijaksanaan dan Ketabahan... Adakah salah semua itu?

Tuesday, September 13, 2011

BILA GOLONGAN SEKULAR MEMIMPIN PAS




Risalah ini dikeluarkan oleh PAS Pendang pada Januari 1985 ketika kempen Pilihanraya .

"PAS mengajak masyarakat kepada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka kita tolak segala ajaran lain seperti kebangsaan, sekular, komunis, kapitalis ...."

Ini adalah zaman dulu PAS semasa di bawa Allahyarhan Fadzil Noor dan menegakkan negara Islam dan menolak sekular, komunis ,kapitalis merupakan perjuangan sebenar mereka .

Tetapi hari ini bila naik sahaja ayam sabung PAS Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden , terus ideologi PAS telah berubah secara drastik dan kini diresapi pulak komunis . PAS kini pejuangkan negara kebajikan dan terkini Mat Sabu mahu ubah sejarah mengangkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan !

Ternyata PAS hari ini telah mengkhianati perjuangan dahulu PAS di bawah Fadzil Noor .

Monday, September 12, 2011

I Follow


Jangan merasakan diri anda sudah terlalu besar dan serba tahu. EGO itu adalah sifat Iblis Laknatullah. Lihat apa yang telah berlaku kepada Anwar Ibrahim dan Mat Sabu... EGO telah menyebabkan mereka menjadi personaliti yang sentiasa bermasalah yang akan ditertawakan oleh kalayak ramai dikemudian hari.

Orang yang merasa dirinya sentiasa benar dan tidak pernah berdosa sebenarnya adalah pendusta kepada Allah.

Thursday, September 8, 2011

Karl marx Sabu



PAS DULU :MATLAMAT PERJUANGAN- perjuangan Islam!
PAS SEKARANG :sudah jadi caca-marba...buang perjuangan Islam ambik pulak negara Kebajikan dah tu promote perjuangan Komunis...katanya(Karl Marx Sabu) sealiran dengan perjuangan Islam!...apa ni? betul la kata orang,DAP ganti PAS!
PAS tak berani sebut pasal Hudud atau pun Perjanjian Madinah masa ceramah atau tazkirah macam dulu-dulu....takut kat DAP!

PAS dah ada kuasa di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang...kenapa tak cuba ubah perlembagaan negeri ikut perlembagaan Islam yang dilaung-laungkan dulu? Kalau kat ceramah bukan main lagi kata kita akan gantikan perlembagaan kafir(Lord Reid kata Ali Setan) dengan perlembagaan Islam!