Wednesday, June 29, 2011

DEMONStrasi

demonstrasi ni bukan sama macam berarak hari merdeka atau pun maulidur rasul.. demonstrasi ni membakar semangat dan menentang dalam keadaan kemarahan. namapun dah DEMONStrasi. So nanti banyak demons2 yang datang mendampingi nanti menghasut kita melakukan perkara yang di luar batasan. So di antara demonstrasi dan perarakan serta perhimpunan yang lain (seperti himpunan 1 juta belia) amat berbeza sekali. demonstrasi penuh dengan perasaan marah oleh peserta2nya.. manakala pogram himpunan belia serta perarakan maulidur rasul, merdeka serta lain2 penuh dengan kegembiraan serta keinsafan. Sebab itu demonstrasi seperti BERSIH ini tidak patut dilaksanakan. tambahan pula ianya lebih kepada kepentingan agenda parti tertentu. Nampak jelas permainan parti politik!!Sedarlah pengikut yang mengikut pemimpin yang tak bersih-bersih lagi....

Monday, June 27, 2011

MANA PENDIRIAN PAS?

Di mana pengikut-pengikut PAS, memperjuangkan Islam tetapi bersengkokol dengan orang yang menentang Islam, Masalahnya orang Melayu merasakan telah selesa hidup mereka selama ini hingga tidak terhidu bau rancangan buruk yang telah tersemai lama di hati kaum yang bukan Islam ini.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Ciptaan: Tan Sri Nordin Kardi

Sunday, June 26, 2011

Demonstrasi Jalanan .....Apa dah jadi pada melayu

Melayu yang pernah hidup di zaman 13 Mei sahaja yang sedar betapa pentingnya larangan keatas demonstrasi jalanan.
Kalau nak tahu 13 Mei bermula dari demonstrasi jalanan
Dalam demontrasi mereka angkat penyapu nak sapu orang Melayu
Melayu sekarang tidak merasa bagaimana rasa terhina nya nak kena penyapu
Melayu yang pernah alami 13 Mei sahaja lah yang sedar betapa penting memelihara ketuanan Melayu.
Melayu yang pernah alami 13 Mei sahaja lah yang sedar betapa penting memelihara KeSultanan Melayu
Melayu yang pernah alami 13 Mei sahaja lah yang sedar betapa penting nya Melayu bersatu.

Melayu generasi selepas era 13 Mei tidak hendak ambil tahu
Kalau di sebut 13 Mei pun mereka kata entah apa benda tu
Kalau tahu pun buat buat tak tahu


Ada juga Melayu yang dah tahu
Sama juga buat buat tak tahu
Kerana telah di brainwash pemimpin pengkhianat Melayu
Mereka tak hargai apa itu hak Melayu sedangkan mereka Melayu
Mereka kata tak perlu bela Melayu sedangkan mereka Melayu
Mereka kata Melayu bodoh sedangkan mereka Melayu
Emak, bapa, datuk, nenek mereka pun Melayu


Ini Melayu tak sedar diri yang dia tu Melayu

Yang sedia menggadai hak Melayu
Terikut ikut dengan kata nista pemimpin mereka yang Melayu.
Mereka kata kena bela Bangsa Malaysia yang di sebut Malaysian Malaysia
Mereka tak tahu apa agenda di sebalik Malaysian Malaysia
Mereka kata kalau bela Melayu aje itu perkauman nama nya.
Mereka tak sedar mereka tertipu


Ada Melayu yang mengaku pembela agama berkata, bela Islam aje, di situ tak ada perkauman
Mereka lupa Islam di negeri Melayu di hidupkan oleh bangsa Melayu
Melayu hilang Islam pun lesu.


Wahai anak anak Melayu zaman sekarang
Kamu mabuk dengan politik ikut ikutan
Kamu tak kenal intan permata
Kaca kamu genggam kuat kuat, mati mati kamu katakan intan berlian permata
Dek kerana dah terlalu mabuk terkena air hasutan
Dari pemimpin Melayu derhaka jahanam yang hasad dan gila kuasa

Thursday, June 23, 2011

KENAPA PERHIMPUNAN HARAM ?

1. WAKIL PEMBANGKANG LEMAH.GAGAL BERSUARA DI DALAM PARLIMEN DAN HANYA TAHU MENGARAH PENGIKUT YANG TAKSUB MELAKSANAKAN PERKARA YANG SALAH DAN PEMIMPIN -PEMIMPIN PAKATAN YANG MENDAPAT GAJI BULANAN HANYA DUDUK SENANG LENANG, DAN YANG AKAN BEKERJA MENAGGUNG AKIBATNYA ADALAH PENGIKUT YANG TAKSUB MEMBABI BUTA. TIADA GUNA MENGUNDI MEREKA SEBAGAI WAKIL PEMBANGKANG JIKA NAK CAKAP UNTUK RAKYAT PUN TAKUT...RUGILAH...
2. PASTINYA YANG RAMAI MENGIKUT PERHIMPUNAN HARAM INI ADALAH ORANG MELAYU....TAHNIAH PAS KERANA BEKERJA KUAT MENGHIMPUNKAN PENGIKUT TAPI PERNAHKAN TERFIKIR MANA PARTI DAP DAN PKR....




Sebelum protes lihat diri kita dulu, apakah kita ini lengkap sebagaimana Allah swt berfirman dgn maksud: "Ali Imran 104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji).

DISEBALIK TABIR NGO YANG MEMPERTAHANKAN MURTADNYA LINA JOY:-

§ All Women’s Action Society (AWAM)
§ Sisters in Islam (SIS)
§ Catholic Lawyers Society
§ Interfaith Spiritual Fellowship
§ Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
§ Malaysian Consultative Council of Buddhism,
Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
§ National Human Rights Society (HAKAM)
§ Pure Life Society
§ Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
§ Vivekananda Youth Movement, Seremban
§ Women’s Development Collective (WDC)

Inilah yang berlaku, juga merupakan penasihat2 DAP yang berhubung dengan Singapore yang Bapaknya Lebih Bapak daripada APCO. Malah seluruh pimpinan DAP meletakkan bahu dan tengkuk masing2 di bawah Gugusan ini.

SIAPA AMBIGA SREENEVASAN

AMBIGA SREENEVASAN merupakan orang yang menuntut penggunaan nama Allah di dalam akhbar Kristian.
Ramai dikalangan Ulama' PAS bertelagah mengenai perkara ini, Mursyidul Am Pas kata boleh manakala Timbalannya kata Haram.
Apatah lagi dikuatkan pula Hujah Oleh Presiden PAS di dalam Harakah mengsamawikan agama Kristian dan Yahudi.
AMBIGA SREENEVASAN juga merupakan peguam kepada Kemenangan Lina Joy mempertahankan kemurtadannya setelah murtad.
Akhirnya PAS yang disokong kuat Mohamad sabu telah bersetuju dengan pimpinan AMBIGA SREENEVASAN mengadakan himpunan BERSIH. Apakah kita umat islam bersetuju dengan perhimpunan BERSIH di atas pimpinan AMBIGA SREENEVASAN ini? Setelah membawa umat Islam di malaysia kepada lembah Murtad dan mempertahankan murtadnya Lina Joy? Dimanakah bijaknya kita berpidato di atas pentas sehingga memukau jutaan manusia tiba2 terikut2 dengan kafir yang memurtadkan dan mempertahankan murtad?...cerdikkah kita bergelar ulama' sehingga terleka dalam hal seperti ini?

Perhimpunan Ber"shit"

Kita selalu disogokkan dengan berita keburukan2 kerajaan yang ada dan kita seringkali diajak mengadakan demonstrasi untuk menyatakan isi hati kita mengikut apa yang telah diberitahu kepada kita. Dan kita mengikut sahaja tanpa banyak usul periksa. Lepas demonstrasi berakhir, kita balik rumah dan tengok tv lepas tu makan nasi dan tidur. Alangkah enaknya mengadakan demonstrasi....for the sake of wanting to have a demonstration.....