Tuesday, October 29, 2013

AHLI PARLIMEN PEKATAN RAKYAT TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA KEDIAMAN PM DENGAN KOMPLEKS PM

Bil elektrik RM2.2 juta di Seri Perdana bukan hanya kediaman sahaja tetapi meliputi keseluruhan kompleks, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini. Ia meliputi dewan pelbagai guna dan kuarters kakitangan, katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. "Disebut dengan terang, ia adalah kompleks perdana menteri. Ahli-ahli parlimen yang tidak faham antara kediaman dengan kompleks, ini meresahkan pemikiran rakyat. "Rakyat mesti kena faham antara kompleks dan residen. Ia melibatkan dewan serba guna, kuarters kakitangan (dan) yang melibat seminar di kompleks itu," katanya. Menurutnya lagi, tiada beza antara kadar elektrik bilik tidur Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berbanding pasangan biasa di kampung-kampung. "Kalau Datuk Seri Najib dan Rosmah tidur sebilik, mereka dua orang, (kadar) sama dengan Timah dan Mamat di Tambun Tulang (Perlis). "Tidak ada (kadar) elektrik yang kata bahawa kalau amoi pakai harga murah, Datuk Seri Najib harga mahal. Sama sahaja kadarnya. Tidak ada beza. "Jangan bincang sehingga rakyat boleh tertawa bahawa kita tak faham antara kompleks dan kediaman rasmi," kata Shahidan lagi. Shahidan semalam mendedahkan jumlah bil elektrik itu, termasuk bil air RM311,174.25 sepanjang tahun lalu

GST vs SST

Belanjawan 2014

BN tidak pernah melupakan kebajikan pendidikan sekolah agama rakyat

Budget : Meningkatkan pengangkutan awam

160 BUah negara yang melaksanakan GST

Auta Anwar

Isu subsidi gula

Subsidi Gula Subsidi adalah isu sensitif di Malaysia, kerajaan membelanjakan RM24 bilion pada tahun lepas untuk mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol,diesel,gula,tepung dan beras. Kita akan bincang berkenaan gula hari ini. Gula yang kita letak sedikit di teh tarik setiap pagi datang daripada pokok tebu, 98.6% gula mentah di Malaysia dibeli/import dari negara luar (Brazil,India) dengan harga pasaran dunia, harga komoditi ini tidak akan kekal dalam masa yang lama kerana ia meningkat dan menjunam(fluctuate) mengikut supply-demand mechanism. Disebabkan China dan India mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, pendapatan rakyat mereka meningkat secara mendadak sehingga meningkatkan ‘consumption’ termasuk gula, jadi harga gula mentah dunia semakin meningkat. Dengan kenaikkan harga komoditi dunia, jumlah subsidi negara juga meningkat. Mengikut Menteri Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun 2012, subsidi gula meningkat dari RM262.41 juta tahun 2011 kepada RM567 juta pada tahun 2012.Ini bukti fluctuation yang agak drastik. Selain itu, Malaysia juga mempunyai masalah diabetes yang agak kronik,Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata penghidap diabetes di negara ini meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 % daripada jumlah penduduk Malaysia. Kesan sampingan ,penyakit ini akan meningkatkan kos hidup kepada populasi Malaysia kerana kos perubatan yang mahal. Secara jujur, disebabkan China,India dan beberapa pasaran lain sedang membangun, permintaan gula mentah dunia akan terus meningkat dan kerajaan Malaysia tidak kira parti mana terpaksa tanggung subsidi yang besar. Di Malaysia wujud 2 kumpulan, kumpulan pertama adalah yang saya panggil ‘free market group’, individu yang bekerja sebagai ahli perniagaan atau pakar pelaburan yang ingin memaksimumkan keuntungan, mereka percaya bahawa rm24 billion itu patut dibelanjakan kepada pembangunan kerana ia adalah ‘wealth mulplier’ dalam kata lain RM1 akan menjadi RM2 jika digunakan untuk pelaburan yang cekap dan bijak, ini akan melonjak Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Kumpulan kedua pula adalah rakyat yang kurang mendapat apa-apa jika pembangunan pesat diteruskan, dan gaji mereka tidak berapa naik manakala jika subsidi dikurangkan, kos hidup mereka akan meningkat,secara kesimpulan mereka ingin subsidi ini diteruskan. Jadi kerajaan sekarang sedang pening apakah langkah yang terbaik, pembangunan negara atau kebajikan rakyat??? Kerajaan ada 2 cara untuk menyelesaikan masalah ini, pertama untuk tanam sendiri pokok tebu secara besar-besaran di Sabah atau Sarawak. Saya bukan pakar pertanian, tetapi Sabah dan Sarawak mempunyai tanah yang luas dan cuaca sama seperti pengeluar gula mentah terbesar Brazil iaitu khatulistiwa atau tropikal. Kerajaan boleh tubuhkan satu koperasi seperti FELDA supaya meningkatkan pendapatan rakyat sambil meningkat pengeluaran gula nasional yang juga akan menurunkan kos gula. Kesan negatifnya ini tidak akan selesaikan masalah kesihatan Malaysia. Kedua, kerajaan perlu cari alternatif kepada gula sebagai bahan pemanis yang lebih sihat. Ini memerlukan masyarakat yang inovatif dan sejumlah dana besar bagi pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di Amerika apabila harga petrol meningkat,syarikat automotif mereka terus menghasilkan kereta hybrid atau electrik (general motors, fisker,tesla), tetapi masyarakat Malaysia kurang rajin mencari penyelesaian kepada masalah harian. Saya berharap kerajaan dan pakar-pakar saintis memulakan kajian ini, demi mengurangkan kos hidup sambil mengurangkan kadar pesakit diabetes di negara. Kesimpulannya, harga gula mentah akan terus meningkat. Kerajaan sudah melaksanakan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah ini termasuk menasionalkan syarikat Malaysia Sugar Manufacturing (MSM) daripada Robert Kuok yang mendapat bantahan kuat daripada rakyat awam, tetapi masalah ini belum selesai lagi. Objektif utama kerajaan adalah sepatutnya mengurangkan kos hidup kerana bilangan pekerjaan berpendapatan tinggi yang wujud tidak mencukupi untuk majoriti rakyat Malaysia, sepatutnya kerajaan kurangkan subsidi gula secara berperingkat dan bukan terus hapuskannya. Semoga wakil kerajaan mengambil tahu masalah rakyat dan juga mencari penyelesaian. P/S :Sewaktu subsidi gula masih ada,kerajaan telah membayar subsidi tersebut kepada pembekal gula utama antaranya Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhari. Namun selepas penarikan subsidi,para pembekal tidak lagi menerima pembayaran dari kerajaan sebaliknya dibayar terus oleh pengguna yang membeli gula pada harga pasaran. Justeru kenapa tiba-tiba Syed Mokhtar dipersalahkan?

Fahami antara GST dan SST

Cukai di Malaysia 1. Cukai Langsung (direct tax) cth : Cukai Pendapatan --- Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. 2. Cukai Tak Langsung (indirect tax) --- cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori ini Apa itu SST dan GST? 1. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu 'Sales tax and Service tax' atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. 2. SST dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Tak caya pi tengok resit tu. 3. Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. 4. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). 5. Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. 6. Kadar 6% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). 7. SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. 8. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama. GST juga adalah bertujuan menggantikan SST sebagai salah satu pembaharuan sistem percukaian. 9. Ini bermakna SST akan dimansuhkan sebaik sahaja GST dilaksanakan. 10. Kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. 11. Pengecualian ini memberi kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima atau tak ada langsung. 12. GST ni perlu sebab boleh meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. 13. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. 14. Dari 28 juta rakyat Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Yang duk bising duit rakyat tu bayar tak cukai pendapatam ni? 15. Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. 16. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan. 17. GST ni tak adil kepada orang miskin ke? GST hanya nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. 18. Sebab itu kerajaan melaksanakan GST perlu perkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. 19. BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M). 20. Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. 21. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. 22. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. 23. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah

Monday, October 28, 2013

Teras ke3 hingga ke 5 belanjawan negara

teras ke 3 :Dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu dan terbilang, #Bajet2014 memperuntukkan Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM250 kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT. Teras ke 4: #Bajet2014 memperuntukkan RM130 juta subsidi pengangkutan udara luar bandar, terutamanya bagi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Ini sebahagian daripada Teras Keempat Bajet 2014: Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar Teras ke 5 : Demi terus mensejahterakan kehidupan rakyat, #Bajet2014 mempertingkat dan memperluaskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) agar beban yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah dapat dikurangkan.

Teras kedua:Mengukuhkan dasar fiskal negara

#Bajet2014 memperkenalkan GST yang akan dilaksanakan pada April, 2015. Namun, pengecualian GST dikenakan ke atas barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan untuk kegunaan domestik, perkhidmatan yang disediakan kerajaan, pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah.

Belanjawan yang merancakkan ekonomi negara

#Bajet2014 membawa anjakan kepada sektor pelancongan apabila Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion diperkenalkan. Semoga Malaysia terus menjadi pilihan pelancong-pelancong dari seluruh dunia

Sunday, October 6, 2013

BR1M 2 kali Setahun

Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima. Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini. “Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M. “Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini Ahad. Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus. “Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti,” katanya.Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012. Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.- BERNAMA