Tuesday, August 28, 2012

Pelbagai Bantuan Dan Insentif Kepada Warga Felda Bertepatan Dengan Tema Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 27 Ogos – Pelbagai bantuan dan insentif yang diberikan kepada para peneroka Felda merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memperkukuh sosio ekonomi peneroka tanah rancangan itu serta bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati”. Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata selain itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti dewan serba guna, sekolah, masjid, jalan raya, projek perumahan warga Felda serta memberi pinjaman tanpa faedah bagi membina semula atau mengubah suai rumah mereka. Bagi merancakkan lagi ekonomi para peneroka, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti Skim Insentif Usahawan Felda dan Skim Pinjaman Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata kerajaan juga bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menggalakkan program “Edible Garden” atau taman makanan di mana segala hasil projek tersebut akan dibeli oleh FAMA, dan ini akan membantu para peneroka meningkatkan pendapatan mereka. Rozali berkata setakat ini, 112,636 peneroka di seluruh Felda mendapat durian runtuh apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian duit raya kepada setiap peneroka Felda. “Tradisi pemberian duit raya kepada warga peneroka pada setiap tahun jelas membuktikan keprihatinan kerajaan kepada kebajikan rakyatnya. Semua faedah yang dinikmati pada hari ini adalah hasil kecekapan pentadbiran dan kepimpinan kerajaan yang telah mentadbir Malaysia sejak merdeka lagi,” katanya. Namun, beliau berkata terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak bersyukur atas kenikmatan yang diperoleh pada hari ini dan mentaliti sesetengah mereka terutamanya golongan muda masih dijajah kerana lebih cenderung memilih keseronokan berbanding menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan dan memandang sepi pengorbanan para pejuang kemerdekaan terdahulu. Beliau berkata setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan, mereka lebih mengutamakan hiburan dan justeru itu, bukan hanya kerajaan yang perlu memainkan peranan dalam mencari inisiatif bagi memastikan kemerdekaan yang diperoleh dapat dikekalkan, tetapi masyarakat Malaysia juga perlu bersama-sama mengembleng tenaga dan usaha untuk memastikan kemakmuran Malaysia terpelihara.

Kelab Wartawan Muda Malaysia Sokong Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 Dikekalkan

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menyokong penuh pendirian kerajaan untuk tidak menyemak semula serta mengekalkan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi persidangan April lepas. Presiden KWMM Dzulkarnain Taib berkata tujuan pindaan itu adalah bagi mengemaskini pengurusan aliran maklumat dalam dunia internet yang jika tidak diselenggara dengan baik akan menjejaskan hak pengguna sendiri. “Apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan dan akses kepada pelbagai maklumat dan informasi menjadi suatu perkara yang amat mudah, jika tidak dikawal akan menyebabkan bermacam-macam masalah sosial, politik dan ekonomi bukan sahaja kepada individu tetapi juga masyarakat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Dzulkarnain berkata pihak yang membuat bantahan terhadap pindaan Seksyen 114A rata-ratanya adalah daripada parti pembangkang serta blogger dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkiblatkan pembangkang. Beliau berkata pihaknya juga kesal terhadap sikap sama yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang seolah-olah menyebelahi pihak pembangkang. “Perlu diketahui pindaan terhadap Seksyen 114A telah diluluskan secara sah oleh Dewan Rakyat pada sesi persidangan April lepas, jadi setelah pindaan tersebut dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat secara terperinci, kami tidak melihat logiknya pihak pembangkang dan Suhakam meminta supaya ia dikaji semula,” katanya. Beliau berharap agar pindaan tersebut akan mampu mengekang gejala penyebaran fitnah dan khabar angin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada bagi tujuan peribadi, politik atau sebagainya. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 akan dikekalkan bagi menjamin dan melindungi keselamatan negara. Selain itu, ia turut menjamin keselamatan rakyat daripada keganasan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Monday, August 27, 2012

Perhimpunan janji ditepati bakal digamatkan dengan 200,000 orang

MO, KL, 28/8/2012 – Hampir 200,000 orang dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memeriahkan Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini. Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk SeriKamaruddin Siaraf berkata, khalayak adalah daripada agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, badan beruniform,parti komponen Barisan Nasional, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi,komuniti 1Malaysia serta belia pelbagai kaum. “Kesemua pihak yang terlibat menunjukkan minat yang amat menggalakkan dalam penyertaan ‘Perhimpunan Janji Ditepati’ berdasarkan kepada penambahan jangkaankehadiran pada hari itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat akhir jawatankuasa khalayak persembahan khas sempena perhimpunan itu, Isnin. Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sudah memohon untuk mendapatkan perkhidmatan sistem aliran ringan (LRT) secara percuma bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Jalil.
“Kita sedang usahakan sesuatu yang melibatkan pihak awam untuk menggalakkanorang ramai turun beramai-ramai bukan sahaja untuk mengisi ruang di dalam malahdi luar stadium yang dihias bertemakan Merdeka Raya. “Dan yang paling penting adalah untuk mendengar perutusan sambutan kemerdekaan ke-55 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam itu nanti,” katanya. Persembahan untuk khalayak adalah berunsur patriotik dan bercirikan perpaduan yang dibahagi kepada tiga segmen melibatkan 16,000 peserta. Antara acara pada malam itu ialah persembahan artis remaja tanah air, senimempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api. Selain menyampaikan amanat, Perdana Menteri dijangka menyertai Tweet Up Merdeka dan meluangkan masa beramah mesra dengan Gen Y di luar Stadium Nasional. Sementara itu, mengulas perhimpunan ‘Janji Bersih’ pada malam sambutan Hari Kemerdekaan, Kamaruddin berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana kawasanDataran Merdeka dipenuhi peralatan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. “Kita sudah gunakan Dataran Merdeka sejak hari ini, dan semua tempat kita sudah isi dengan peralatan seperti sistem PA. “Peralatan semua dah disiap pasang. Saya ingat polis tidak akan benarkan perhimpunan itu berlaku di dalam kawasan Dataran Merdeka,” katanya. Beberapa NGO, termasuk Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), merancang Perhimpunan ‘Janji Bersih’ di Dataran Merdeka pada malam Hari Kemerdekaan bagi mengulangi tuntutan penambahbaikan proses pilihan raya. Berdasarkan laporan sebuah portal berita 9 Ogos lepas, wakil kumpulan NGO terbabit iaitu Pengerusi bersama Bersih Datuk A. Samad Said berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Janji Bersih’ akan bermula pada 10 malam. - ( Dipetik dari BERNAMA)

DAP DAN GELARAN RAJA-RAJA MELAYU

Cadangan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang menggesa DAP mengkaji semula peraturan tidak bertulis yang tidak menggalakkan ahli menerima pingat dan darjah kebesaran istana. Hujah Ng, DAP wajar menerima anugerah istana untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadap DAP sebagai parti yang anti-Melayu. Menurut Lim, beliau sendiri tidak dapat memberikan kata putus berkenaan perkara itu kerana dikhuatiri memberikan gambaran yang salah kepada umum. Bagi kita orang Melayu tentu tidak dapat melupakan bagaimana DAP melalui Karpal Singh bertindak kurang ajar dengan Raja Perak apabila mahu Menyaman Sultan Azlan Syah. Kita juga tentu tidak dapat melupakan bagaimana DAP melalui Ngah dan Ngeh memaksa Mufti Perak supaya mebahagi-bahagikan juga wang Zakat kepada penganut agama lain atas dasar kesamarataan. Kita juga tentu tidak akan lupa hasrat DAP mahu meMalaysiankanMalaysia dengan satu tujuan iaitu menyamaratakan semua kaum-kaum di Malaysia ini termasuk Raja-Raja Melayu yang disamaratakan disamatarafkan dengan orang kebanyakan. MalaysianMalaysia antara lain bermaksud tiada Raja dan tiada Sultan. Anda sudah tentu miliki lagi banyak bukti betapa Rasisnya DAP dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Jika tidak, mana mungkin YB Nasharudin Mat Isa YB PAS Bachok mendesak Pas menyatakan pendirian sebenar untuk keluar dari Pakatan DAP. Anda bolehlah berjalan-jalan di bandaraya Pulau PInang dan bertanya kepada anaka-anak Cina DAP, siapakah Perdana Menteri Malaysia? Mereka jawab Mr. Lim or Mr. Najib. Kebanyakan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia menentang pemberian Anugerah Raja-Raja Melayu kepada DAP.

Nik aziz takut kepada Nasharudin

Nampaknya bukan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat saja yang takut pada bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, tapi Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang pun takut juga untuk mengambil tindakan terhadap bekas orang paling kanannya itu. Rentetan dari kenyataan pedas Nasharuddin terhadap PAS yang mahu partinya itu keluar dari gabungan pembangkang di dalam Pakatan Haram tempohari, ramai di kalangan para pemimpin PAS yang melompat marah padanya. Namun, di dalam riuh rendah meluahkan perasaan marah terhadap tokoh pro-ulama itu, pemimpin tertinggi PAS “tahap dewa pelangi sakti”, Nik Aziz tidak berani pun mengarahkan supaya bekas pemimpin nombor dua PAS itu dipecat dari “agama” pimpinannya. Malah, Nik Aziz terpaksa pula menafikan laporan portal “talibarut” pro-pembangkang, Malaysiakini, yang melaporkan kononnya dia mahu Nasharuddin dipecat. Terkini, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS menyerahkan soal nasib Nasharuddin kepada Majlis Syura PAS memandangkan bekas Timbalannya itu bukan terdiri dari AJK PAS atau terlibat di dalam biro politik parti itu. Malah katanya, Nasharuddin hanyalah salah seorang AJK Majlis Syura dan dia akan membiarkan majlis berkenaan untuk memutuskan tentang Nasharuddin serta “ketajaman lidahnya” yang hampir memancung PAS! Nampaknya, dari peringkat akar umbi ahli PAS di bawah, hinggalah ke peringkat tertinggi parti itu, tiada seorang pun dari mereka yang berani untuk “menyentuh” dan mengambil tindakan tegas terhadap Nasharuddin yang menghiris jantung parti itu baru-baru ini. Maka dengan itu, maka bolehlah ditafsirkan bahawa sehingga kini PAS belum mampu menafikan kebenaran kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS itu. Kalau mereka menyalak pun, yang kedengaran hanyalah bunyi salakan kosong tidak bermakna. Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini, dia kononnya mahu menyindir UMNO yang dikatakan seolah-olah tidak mempunyai tokoh agama dan terpaksa “meminjam” tokoh PAS untuk bersama-sama ke Makkah di dalam sebuah program ulama di sana. Pada saya, ini bukan soal UMNO tidak punya tokoh agama untuk diketengahkan dan sekiranya disenaraikan barisan ulama Islam sebenar yang menyokong usaha kerajaan BN terhadap Islam, rasanya bilangannya sudah tentu melebihi seluruh kepimpinan politik PAS di seluruh negara. Penyertaan Nasharuddin di program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membuktikan keterbukaan pemimpin nombor satu negara itu terhadap mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan Islam sepertinya. Pada saya, penglibatan Najib – Nasharuddin di ijtima’ ulama di Arab Saudi itu membayangkan bahawa Perdana Menteri tidak pernah meletakkan sebarang sempadan, termasuk kekangan fahaman politik di dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini, malah juga di peringkat dunia. Justeru itu, mungkin Hadi tersinggung melihat Nasharuddin di bawa Najib ke Makkah berbanding dirinya yang lebih berkedudukan di dalam PAS. Nasharuddin adalah calon Timbalan Presiden PAS yang tewas sedangkan dia adalah Presiden yang menang tanpa bertanding! Tapi kenapa pula Nasharuddin yang diraikan dan diajak Najib di dalam sebuah program Islam yang bertaraf dunia? Saya yakin bahawa PAS tidak akan berani mengambil tindakan terhadap Nasharuddin sehinggalah PRU ke-13 selesai nanti. Cukuplah PAS menerima kesengsaraan akibat kehilangan dan diserang teruk bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hasan Ali, yang dipecat “Anwar melalui Azmin”. PAS tidak bersedia menerima kesan kehilangan Nasharuddin pula. PAS mungkin sedar, sekiranya Nasharuddin dipecat dari parti itu, berkemungkinan besar ramai di kalangan ahli dan penyokong mereka yang akan meninggalkan PAS, serta golongan umat Islam atas pagar pula akan lebih jelas melihat parti mereka yang begitu lemah diperkudakan DAP. Kalau nak tengok Nasharuddin dipecat dari PAS, rasanya kita boleh tunggu saat itu selepas PRU ke-13 nanti. Rasanya PAS sudah tidak ada “telur” untuk berhadapan dengan seorang tokoh pro-ulamanya yang menyatakan kebenaran setelah bertaut dengan DAP…kan?