Monday, July 23, 2012

58 perkara penyelewengan PAS

1. TAKSUB - PAS sebuah parti yang ekstrim dan taksub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik jahat mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun pendapat orang lain itu benar sekalipun. 2. JUARA PERPECAHAN - PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam Malaysia. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya. 3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK - PAS mentafsir ajaran Islam secara salah (sesat) berdasarkan kehendak politik mereka. 4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK - Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam. 5. SUKA BERMUSUH - PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka. 6. MENANAM PERASAAN BENCI - PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti melatih dan mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara. 7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA - Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke manakah wang tersebut dibelanjakan. 8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH - Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’, Tabung Memali dan KOHILAL yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan. 9. MEMBOHONGI JANJI - Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan. 10. JANJI KOSONG - PAS membuat janji kosong dalam kesemua pilihanraya mereka untuk rakyat Malaysia. Bersekongkol dengan PKR Anwar dan Lims DAP untuk membentuk Kerajaan Palsu Pakatan pada 16 september 2008.. 11. KENYATAAN PALSU & MEMFITNAH - Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri. Sebagai contoh yang menjadi kes Mahkamah; Arwah Bunyamin menuduh Tun Dr Mahadhir melihat filem lucah dengan cucunya 12. MAKSIAT DI KELANTAN - Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan, di Kedah dan di Selongor. Terbaru Pelacur sedang bermahrajalela yang kebanyakannya berhampiran sempadan Thai seperti di Tumpat di Rantau panjang dan sebagainya. 13. MEPERMAINKAN DENGAN HUKUM HUDUD - Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan. Sedangkan hari memperingati Hudud di sambut pada setiap tahun? Sebenarnya seluruh hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran itu adalah HUDUD, ini tidak dinyatakan malah disembunyikan oleh Pas. 14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN - Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS. 15. CAKAP TAK SERUPA BIKIN - Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah, kaya raya, beristeri ramai, berumah besar dan memakai kereta mewah, sedangkan rakyat masih miskin. 16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN - Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu. 17. FATWA YANG MEROSAKKAN - Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini. Dan menyebabkan rakyat bertindak liar seperti Trajidi Maunah, Memali, Kumpulan Jundu-Llah dan sebagainya adalah berpunca daripada “AMANAT HAJI HADI”. PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator dan wakil rakyat perempuan mewakili PAS untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara. • Pada tahun 1963: Dewan ulamak Pas Kelantan menyalah tafsirkan ayat al-Quran daripada maksud asalnya yakni surah Ali-Imran ayat 28: memutuskan satu hukum yang berunsur FATWA: “Orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir (berkongsi kuasa) memerintah negara kafir”. KESANNYA: Orang Melayu (Islam) yang menyokong UMNO terasa takut dan bimbang menjadi kafir atas penyalahgunaan ayat al-Quran. • Pada tahun 1978: Dewan ulamak Pas Kelantan dalam perjumpaan mereka di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan iaitu sebaik sahaja Pas dipecat daripada BN telah menjadikan surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47 sekali lagi UMNO menjadi kafir: “Kerana orang UMNO menjadi kafir, zalim dan fasik kerana tidak melaksanakan HUKUM ALLAH”. • Pada 24 September, 1980: Hj.Hadi Awang telah mentafsirkan ayat 251 surah al-Baqarah dengan menyatakan: “Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia itu bergaduh, bermusuh, berkelahi, nescaya akan rosaklah muka bumi”. Oleh kerana maksud sebenar di sebalik ayat ini tidak diperjelaskan dengan sebenar, menyebabkan pengikut Pas menjadi lebih berani bermusuh dengan Umno kerana ada hukum yang difahami oleh pengikut Pas bahawa: “ Tuhan Suruh Kita Bergaduh”. Bermula dari situ; Kesannya orang Pas berani bertindak ganas dan ingin menyerang serta berjihad dengan Umno kerana mendapat pahala. • Pada tahun 1981 Hj. Hadi MENCIPTA HUKUM: yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Makksud hukum itu ialah “LAWAN UMNO/BN MATI SHAHID”. Kesannya : berlarutan sembahyang dua imam di Terengganu. Lebih serius lagi 19 Nov. 1985 “PERISTIWA BERDARAH MEMALI” yang mengorbankan 18 jiwa. 18. MENGHASUT - PAS menyuburkan perbuatan mengumpat. menghasut, mengelarkan orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memperlekehkan ulama yang tidak sebulu dengan Pas. 19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM - PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat paling besar dalam Asia, dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam. 20. BAHASA LUCAH - Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ‘Shit’. 21. PENYALAHGUNAAN SEKOLAH PONDOK - PAS telah menggunakan sekolah-sekola pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh golongan pondol yang tidak bersetuju dengan golongan Wahabi mereka seperti Tahlil, Selawat dan sebagainya. 22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK - PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan BN. Pemimpin Pas juga masing-masing mendirikan sekolah rakyat tetapi anak-anak mereka tidak ditempatkan di situ, hanya dibiarkan anak-anak penyokong Pas sahaja yang belajar, kerana mereka tahu jika lulus sekolah rakyat mereka tidak dapat menghantara anak mereka ke mana yang lebih untu menjadi cerdik. 23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR - Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam dalam kerajaan BN. 24. ABAI TANGGUNGJAWAB - PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain. 25. PERLU TETAPI MALU PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan. 26. MENANAM BIBIT-BIBIT KEBENCIAN DAN PERMUSUHAN - Buku-buku, risalah, buliten dan akhbar yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan BN bukannya pemberi input pendidikan. Yang paling populer; Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah. 27. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN - PAS menggunakan surau-surau atau masjid-masjid seperti membaca khutbah sambil menghasut pendengar agar menimbulkan kebencian kepada kerajaan BN sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat hasil daripada progran atau sistem yang dilahirkan oleh kerajaan BN. 28. PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KRONI - PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat sedanglan mereka juga telah memperolehi faedah yang banyak daripadanya. APA DAH JASDI DENGAN DINASR EMAS HUSAM ANAK DIDIK NIK AZIZ DI KELANTAN? 29. MENGHASUT TENTANG SAHAM ASB/ASN - PAS memesongkan orang ramai dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan BN sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia. Yang menghairan pemimpin mereka telah melabur dalam saham tersebut. 30. HANYA PANDAI MENGKRITIK - PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik. Masalah air bersih di kelantan semakin serius dan membimbangkan.. 31. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH - PAS memerintah negeri Kelantan selama hampir 20 tahun tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. 32. TIDAK IKHLAS - Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN atau Parlimen. Usaha menyatukan ummah yang berbeza fahaman politik juga menjadi bahan gurauan. PAS memang sesat lagi menyesatkan. 33. TIDAK TETAP PENDIRIAN - Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya. 34. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN - PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial. 35. KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT TERBATAS - PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah. Menganjurkan perhimpunan OREN membantah penyeneraian FGV, mendakwa FELDA di mahkamah menggunakan khidmat guaman KAFIR Harbi. Kemudian bergaduh sesama sendiri tentang habuan dan komisyen. Mazlan Aliman dah 4 kali bertanding atas tiket PAS tapi kalah. Memperalat ANAK untuk tujuan politik.. 36. PAS TIDAK PETRIOTIK - PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara. 37. KHURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN - PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam. Sebagai contoh mempamirkan air tawar Nik Aziz yang kononnya Keramat boleh menyembuhkan berbagai penyakit, sedangkan Nik Aziz dan keluarganya sendiri pergi ke Hospital apabila sakit. 38. KEPERCAYAAN DAN KEPERCAYAAN SESAT - PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga. 39. TIADA PERSEFAHAMAN - PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan daripada sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan. Menjadikan mimbar untuk menghasut rakyat dan berdoa untuk kehancuran sesama umat? 40. TIDAK SERIUS DALAM HUKUM-HUKUM ISLAM - PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam. 41. MENGKHIANATI AMANAH - PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara. 42. TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM KEBAIKAN & KERJA-KERJA KEBAJIKAN - PAS memandang rendah kepada Tabung Haji, tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain, bahkan pihak kerajaan Saudi mengiktiraf kebaikan Tabung Haji Malaysia. 43. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN - PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi. bERDEMONSTRASI DI NEGARA ORANG KONON ITULAH KEBEBASAN. 44. JEMAAH HAJI TERTIPU - Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas. 45. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM - Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam. 46. KEGONCANGAN DALAM POLITIK - PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan, tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka. 47. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN - Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk melindungi/menolong golongan tersebut. 48. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN - PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam walaupun terhadap jiran yang kafir. 49. TIDAK JELAS PENDIRIAN - PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah. 50. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN - PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/KeADILan sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu. 51. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN - Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka. 52. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN - PAS di peringkat awal pada zaman awal penubuhasn dulu kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim. Islam menganjurkasn wasatiyyah, PAS menggalakkan sikap melampau dan keganasan! 53. MEMENTINGKAN SIMBOL - PAS hanya mementingkan simbol dan retorik kosong tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam. 55. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA - PAS melarang perempuan yang cantik bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya. 56. TIDAK JAWAB/MEMBERI SALAM PADA PENYOKONG UMNO - Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti UMNO? Sikap bermusuhan seperti itu adalah wajib kepada pengikut PAS. Isteri diceraikan kerana bertentangan fahaman politik dah jadi makanan harian. 57. PENYALAHGUNAAN SIMBOL - PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat. 58. ORANG BUKAN ISLAM DIBENAR MEMBACA AL-QURAN UNTUK KEMPEN - PAS membenarkan orang bukan Islam membaca al-Quran dan bertakbir di tempat ibadat Islam, sedangkan sesama Islam pun dilarang membaca al-Quran jika orang Islam itu berada dalam hadas besar.

PAS hanya parti dan bukan agama

Menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam di Malaysia menagani persoalan ini dengan memperingatkan mereka bahawa memperalatkan Islam bagi tujuan untuk mendapatkan kuasa politik adalah salah dan mengaibkan agama Islam itu sendiri. Perlu disedari bahawa PAS bukan AGAMA, tetapi Pas adalah sebuah parti politik yang bersandarkan dengan nama Islam sahaja. Barang siapa yang menyamai PAS dengan agama baik secara terang mahupun sembunyi, mereka adalah golongan sesat lagi menyesatkan. Sebagai contoh jika ada sebuah Bas diletakkan nama “ISLAM” pada Basnya, adakah orang Islam wajib menaiki Bas tersebut, dan tidak boleh lagi naik Bas lain? Tentu tidak, kerana itu nama sahaja demikian juga parti. Rasulullah tak pernah berjuang atas nama parti tetapi Rasulullah berjuang atas nama Islam. Daripada Sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari saidina Ali k.w. : yang bermaksud:- “Jangan kamu sekali-kali kamu mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqiaskan dan permulaan orang yang mengqiaskan itu ialah iblis”. Dan firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 153 bermaksud: “Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus (Islam) ikutlah dan jangan mengikuti jalan-jalan lain (yang boleh meneysatkan) . Maka akan terpisah kamu dari jalan Allah”. (terkeluar dari landasan perintah Allah). (Surah al-An’am ayat 153)Nik Aziz atau Pas menganggap mereka sahajalah Islam dengan menuduh UMNO tidak mahu kepada Islam, ini adalah salah dan satu fitnah, serta tuduhan jahat PAS terhadap orang-orang UMNO malah lebih teruk lagi sehingga sanggup mengatakan; menyokong UMNO akan masuk Neraka. ISLAM CIPTAAN ALLAH Islam agama ciptaan Allah yang diturunkan kepada para Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengikut syariat masing-masing untuk seluruh umat manusia di muka bumi Allah. Sedangkan PAS adalah ciptaan manusia, dan hanya di bumi Malaysia khusus orang-orang Melayu yang menjadi ahli Pas sahaja. Lebih teruk lagi apabila mereka menganggap parti ciptaan mereka itu sebagai parti Islam sebenar. DASAR ISLAM YANG SEBENAR.. Dasar yang disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah al-Quran dan al-Hadis (Sunnah) yang secara langsung menjadi pegangan umat Islam bagi mencapai kesempurnaan Iman dan Islam. Apa yang berlaku kepada Pas ialah ingin menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai Perlembagaan PARTI dan diperalatkannya untuk mencapai tujuan politik Pas bukannya untuk mencapai keredhaan Allah. Saidatina Aishah r.ha pernah berkata bahawa. “Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran” Persoalannya: Apakah akhlak pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong PAS baik dari segi percakapan dan perbuatan mereka mengambarkan al-Quran dan al-Hadis? Jelas terlau berbeza tingkah laku mereka jikalau dibandingkan dengan sifat Rasulullah s.a.w.. Dan ini juga memperjelaskan lagi bahawa al-Quran dan al-Hadis juga turut diperalatkan oleh Pas bagi mencapai tujuan politik mereka. Amanah memperjuangkan Islam sebelumnya adalah dipikul oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat, pejuang-pejuang Islam dan seluruh umat Islam dalam menegakkan kalimah Allah, kini Pas mendakawa bahawa perjuangan Islam hanya pemimpin-pemimpin mereka, ulama-ulama mereka sahaja, dan ahli-ahli serta penyokong-penyokong mereka sahaja yang memperjuangkan Islam, malah sanggup menafikan hak orang lain dengan penuh sombong dan bongkak. Segala perlaksanaan Islam orang lain semuanya tidak betul belaka (kita tidak pernah dengar pemimpin Pas memuji kerja-buat Umno) malah dicaci sedangkan Pas tidak melakukan satu apa pun dan masih dianggap merekalah lebih ISLAM berbanding orang lain. Asas dan matlamat perjuangan Islam adalah menegak dan mengukuhkan Iman dan Aqidah termasuk syariat, muamalah, munakahah merangkumi segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah. Malah bagi Pas tidak ada asas perjuangan yang kukuh mengenai persoalan Iman, Aqidah dan akhlak Islam. Bagi mereka semata-mata mahu (BERKUASA) tanpa melaui sebuah doktrin yang jelas sebagaimana yang ditunjuk pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu melalui ketegori: Individu Islam, Rumah tangga Islam, Masyarakat Islam, dan barulah Negara Islam. Tegasnya Pas tidak ada lansung matlamat perjuangan sebaliknya hanya memuaskan nafsu di samping mencari kedudukan, kekayaan sehingga agama Allah dijadikan urusan jual beli oleh mereka demi mencapai matlamat ini. Dan telah jelas bahawa pemimpin mereka semuanya telah menjadi kaya raya belaka. Perjuangan Pas tidak melaui dakwah atau tarbiyah didikan Islam seperti yang dilaksanakan oleh para nabi khususnya Nabi Muhammad s.a.w. Yang jelas diperlakukan oleh Pas adalah dakyah (menghasut dan menanam sifat kebencian di kalangan ahli mereka terhadap pemimpin negara dengan menggelar gelaran yang buruk dan hina. Perbuatan mereka ini amat bertentangan dengan Islam yang sebenar. ARAH TUJU ISLAM SEBENAR: seperti yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat seterusnya para-para ulama ‘ warassatun Anbiya’ adalah mengeluarkan manusia dari kejahilan ke jalan kebenaran secara mendampingi mereka dengan memberi nasihat secara sifat berlemah lembut dan memujuk hati mereka sehingga berjaya memikat mereka kepada Islam sebenarnya. Sebaliknya pendekatan Pas dengan memaki hamun, mengkeji caci, menghina dengan sikap kasar semata-mata untuk mendapat pengaruh dan penyokong Pas lebih kepada sikap ganas dan kasar kerana mereka dididik secara agresif oleh pemimpin-pemimpin mereka yang nyata bercanggah dengan kaedah Islam. Dalam ceramah Nik Aziz di Padang Tembok, Pengkalan Chepa pada 3 Julai 1999 menjelaskan dan memberi pengertian bahawa Umno adalah kafir . Kalau tak masuk Pas dianggap menjadi kafir, apakah status orang-orang Islam yang jadi ahli Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia juga kafir? Kafirkah Anwar Ibrahim? Kafirkah Wan Azizah? Kafirkah Syed Husin Ali? Kamaruddin Jaafar pernah menjadi ahli UMNO sebelum menjadi ahli Pas dan bilakah beliau bertaubat?. Apakah status Kamaruddin semasa dia menjadi ahli UMNO – Islam ke kafir?

Benarkah PAS parti ajaran sesat?

DR BURHANUDDIN HELMY (HISBUL MUSLIMIN) PERNAH BERKATA:- INDERAGIRI PASIRNYA LUMAT, KERANG BERCAMPUR DENGAN ROKAN, BAGAI NABI KASIHKAN UMAT, BEGITU SAYA KASIHKAN WATAN.. Sesungguhnya dari gerakan hisbul muslimin itulah lahirnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang lebih dikenali sebagai United Malays National Organisation (UMNO) sehingga sekarang. Sementara Parti Ajaran Sesat (PAS) ditubuhkan oleh British untuk menentang dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam supaya menentang konsep ketuanan Melayu dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. (Rujuk: Kerajaan Kelantan vs Kerajaan Persekutuan, MLJ). PAS PARTI POLITIK ATAU AGAMA? Apabila al-Quran dan al-Hadis diputar-belitkan, apabila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, apabila fatwa disongsangkan, apabila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, apabila sesama Islam dipecah-belahkan, apabila kemungkaran disorok-sorokkan, apabila kebatilan diwar-warkan, apabila tabung jihad diselewengkan, apabila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, apabila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, apabila air tawar dan selipar Nik Aziz dijadikan keramat, apabila kafir harbi DAP dijadikan teman memerintah negara, dan akhirnya apabila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan. Tidak sesatkah Pas dan masih dianggap Islam lagikah? BRITISH MELULUSKAN PERLEMBAGAAN PAS Pada masa Pas dilahirkan, pemerintah Malaya pada masa itu ialah penjajah (British) yang beragama Kristian. Orang Kristian manakah yang bersetuju kepada perjuangan bagi penubuhan sebuah kerajaan Islam yang boleh menggugat sistem kafir. Mereka meluluskan pendaftaran PAS kerana mereka (orang putih) sangat arif tentang sesuatu perjuangan (sebab itu mereka boleh perintah dunia); dan mereka yakin dengan adanya parti PAS nanti akan menjadi saingan sengit serta boleh menghancurkan parti Melayu Islam UMNO, yang secara langsung Melayu akan berpecah menjadi dua puak, dan secara tidak langsung Islam akan pudar. Dalam keadaan yang sama, British telah mengharamkan sebuah parti yang bernama “Hizbul Muslimin” yang ditubuhkan di Gunong Semanggol kerana British tahu yang parti ini akan benar-benar menghancurkan kapitalis mereka. Pas hanya sebuah pertubuhan politik yang diasaskan oleh golongan yang kecewa daripada mendapatkan kedudukan jawatan. Kekecewaan ini menyebabkan timbullah satu gerakan perjuangan menentang UMNO bermula pada tahun 1951 Parti ini mengambil nama ”Islam” kononnya bercita-cita memperjuangkan Islam sebagai matlamat perjuangan bagi mereka. Hasrat mereka bagi mendapatkan pengaruh di kalangan umat Islam (Melayu) bagi tujuan untuk memperolehi kuasa memerintah. Persoalannya sekarang: Apakah Islam sebagai alat atau matlamat? Apakah matlamat Islam akan tercapai dengan hanya Islam diperalatkan oleh PAS. Persoalan inilah yang menjadi punca perbalahan umat Melayu yang membawa kepada perpecahan yang serius yang memerlukan penerangan dan penjelasan sejelas-jelasnya supaya orang Melayu tidak tertipu dengan dakwaan songsang pihak pemimpin-pemimpin Pas yang melabelkan diri mereka sebagai “ulama” atau pejuang Islam. Menurut falsafah politik bahawa setiap parti lawan adalah musuh, maka setiap musuh wajib diperangi. Cara menguasai kerajaan melalui demokrasi adalah menjatuhkan dalam pilihanraya. Untuk menjatuhkan lawan politik berbagai senjata digunakan termasuk senjata agama dan sehingga sanggup agama diperalatkan. Dengan sebab menggunkan nama Islam kepada sesebuah parti maka ramai orang menjadi keliru. Mereka sanggup mengatakan; menolak Pas sama sahaja dengan menolak Islam. Menolak Islam boleh menjadi kafir dan murtad yang wajib diperangi – maka inilah jihad sekiranya mati dengan secara jihad ini sebagai mati shahid dan dijanjikan syurga. Sebagai Contoh: Nik Abd. Aziz semasa beliau mengajar di masjid kampung Pulau Melaka telah mengatakan: “ Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”.Dakwaan ini menjadi pegangan yang kukuh di kalangan golongan fanatik Pas yang perlu ditangani dengan cermat kerana ia melibatkan persoalan akidah. Penjelasan dengan bukti yang kukuh berdasarkan al-Quran dan al-Hadis perlu dijelaskan secara terang agar akidah umat Islam tidak terpesong

Fauziah berang NGO yang dibiayainya mohon maaf pada LYNAS

Kumpulan protes 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)', hari ini menerbitkan surat memohon maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini. Dalam satu kenyataan memetik, "Kami merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan, yang mendakwa bahawa loji Lynas mungkin tidak selamat. "Kami memohon maaf kerana penerbitan ini langsung tidak mempunyai asas yang saintifik. Kajian semula peraturan dan keselamatan loji Lynas telah dilakukan dengan teliti dan menyeluruh." merujuk kepada kenyataan rasmi SMSL. Sumber KL POS. Nah tu dia, MOHON MAAF setelah keceluparan membuat artikel Fitnah dari pihak pembangkang. Bukan sekali mereka pihak pembangkang membuat permohonan Maaf setelah membuat artikel fitnah tetapi sudah acap kali ianya berlaku yang mana dengan niat untuk menghasut rakyat Malaysia. Sekarang ini kita tanya pula kepada MP Kuantan Fauziah Toron yang cukup glamour dengan isu Lynas ini. Apakah MP PKR ini akan membuat permohonan maaf kepada Lynas? Apakah pihak PKR akan mengesa agar Fauziah bakal Ketua Wanita PKR itu menarik balik segala tomahan dan fitnah keatas Lynas? Percayalah wahai rakyat Malaysia, mereka ini puak pembangkang terutama para pemimpin mereka tidak akan mearik balik kesilapan yang telah dilakukan. Sebaliknya mereka akan terus menfitnah dan mewujudkan kebencian rakyat kepada kerajaan Malaysia. Semoga rakyat Malaysia peka mengenai pekara ini kerana persepsi yang mereka lakukan boleh menyebabkan rakyat mudah termakan hasutan dan menyebabkan rakyat di KELDAI kan oleh mereka pimpinan Pakatan Pembangkang.

Membongkar Nista Tuan Guru

SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz. Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar- gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz. Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).Rasulullah SAW ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut. Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah SWT. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir ayat 6 bermaksud: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu. Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS. Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur? Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu? Siapa berbohong dan siapa kufur? Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung. Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun lalu). Nik Aziz juga seperti manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah SWT, Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka. Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah SWT. Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah Pas menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah SWT. Penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas setelah diperkenankan oleh Allah SWT kata penceramah Pas dengan sombong, dan disambut dengan takbir, takbir, takbir. Tetapi yang peliknya ramai juga calon yang diputuskan oleh Nik Aziz itu telah tewas di tangan UMNO. Para pembaca boleh fikir sendiri.