Wednesday, September 28, 2011

Perbezaan hudud PAS dan hudud sebenar

15 Julai 1994
Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.
Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.
Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.
Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.
Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS.

No comments:

Post a Comment