Wednesday, September 11, 2013

Kisah Benar..Yang Meruntum Jiwa..Pengorbanan Seorang Ayah

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin... KONGSIKAN sbg tanda sayang kita pada ayah ibu...anak zaman sekarang bukan tahu ibu bapa ada wang atau tidak..mereka mahu apa yang mereka mahu..je..

Sunday, September 8, 2013

Perbandingan Harga Dan Pengeluar Minyak Dunia..Kenapa Kita Mudah Ditipu?

Ramai rakyat Malaysia mengatakan buat apa bandingkan harga minyak dengan negara asia tenggara...Kenapa tak bandingkan dengan negara Venezuela?harga minyak mereka hanya 0.03 Sen perliter... Kenapa tak bandingkan dengan Arab Saudi yang harga seliternya hanya RM 0.50? perbandingan anatara Malaysia dengan China.sebabnya kita sedia tahu yang China merupakan sebuah negara yang paling banyak menjalankan urusan perniagaan dan jual beli.. Boleh dikatakan negara barat takut dengan China...jika barat menghasilkan kereta besar dengan harga 800K...China juga mampu hasilkan kereta yang seumpanya tetapi dengan harga jualan yang berkali lebih rendah dari negara barat... Kalau anda hendak tahu, pembekal dan pemborong di negara China lebih selesa menjual barang mereka dengan berkala besar..walaupun berkala besar namun harganya masih lebih rendah... Kita buat perbandingan dengan Malaysia...China mengeluarkan minyak 4 juta tong sehari dengan kadart harga RM 4.44...jika hendak dibandingkan dengan Malaysia hanya mengeluarkan 693 Ribu dan menjual dengan harga RM 2.10... China mengeluarkan minyak lebih banyak dari Malaysia tetapi kenapa harga jualan mereka tinggi?walaupun tinggi, urusan jual beli dengan negara China tetap masih rendah jika hendak dibandingkan dengan kadar harga di Malaysia.. Jawapannya ialah kerana pemborong dan pembekal di Malaysia telah bersepakat untuk mengenakan harga yang tinggi jika harga minyak naik..kenaikan harga minyak tak adalah menjangkaui harga jualan di China... Peniaga,pembekal dan pemborong di Malaysia tidak kisah jika harga minyak naik..mereka senang ...akan gunakan kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga barang di Malaysia... Bagaimana pula jika harga minyak di Malaysia turun?adakah pemborong dan pembekal akan menurunkan harga? Jawapannya belum pernah terjadi...malah jika harga minyak tak naik pun mereka akan gunakan taktik sembunyikan bekalan makanan untuk beri tekanan menaikkan harga sesuka hati... Malah mereka ini akan mencuri kesempatan menaikkan harga di musim-musim perayaan... Tapi berapa ramai yang sedar akan hal ni?bila harga barang naik je terus kita salahkan kerajaan 100%...sebenarnya tidak...yang bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati ialah golongan pembekal pemborong dan pengilang..kita yang golongan pengguna ni hanya diperbodohkan sahaja..bila harga naik terus percaya berpunca daripada kenaikan harga minyak... HE : Bukalah minda...jangan mudah percaya kenaikan harga barang di pasaran berpunca daripada kenaikan harga minyak 100%...jika ini dijadikan alasan..jika harga minyak turun..harga barangan juga perlu turun..tetapi ini tidak berlaku...apa kata anda?

Ron 92 Akan Digunakan Semula? | Rakyat Dapat Minyak Murah

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak. “Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya. “Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam. Artikel Penuh: KOSMO

Malaysia tersenarai negara ke-24 paling kompetitif

KUALA LUMPUR - Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-24 paling berdaya saing daripada 148 negara dalam Laporan Daya Saing Globalnya (GCR) 2013-2014. Tahun lepas, Malaysia menduduki tempat ke-25 daripada 144 negara, demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam satu kenyataan hari ini. Malaysia kekal sebagai negara kedua paling berdaya saing dalam kalangan negara-negara anggota Asean dan meningkat ke kedudukan ketujuh daripada 25 negara Asia Pasifik. Menurut Kementerian itu, negara-negara yang disenaraikan sebagai 10 negara paling berdaya saing mempunyai kekuatan dalam inovasi dan rangka kerja institusi yang kukuh. GCR menggunakan 70 peratus data persepsi yang diperoleh melalui Tinjauan Pendapat Eksekutif daripada eksekutif sektor swasta peringkat tinggi dan 30 peratus data statistik. Laporan itu terdiri daripada 114 kriteria yang disusun dalam 12 teras daya saing. GCR juga mengkategorikan negara kepada tiga peringkat pembangunan; didorong oleh faktor, dipacu oleh kecekapan dan dirangsang oleh inovasi berdasarkan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita. Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dalam peralihan yang bergerak daripada dipacu kecekapan kepada ekonomi yang didorong oleh inovasi. Menurut Miti, WEF menilai kelebihan yang paling ketara di Malaysia adalah dalam pasarannya yang cekap dan berdaya saing untuk barangan dan perkhidmatan (ke-10), pasaran kewangan yang berkembang dengan baik dan kukuh (keenam), dan rangka kerja institusi mesra perniagaan (ke-29). Prestasi ini disokong oleh penunjuk yang termasuk beberapa prosedur untuk memulakan perniagaan, dengan Malaysia berada pada kedudukan ke-10 dan jumlah kadar cukai, yang bertambah baik sebanyak 30 kedudukan (ke-20). Malaysia juga mengekalkan kedudukannya di tempat keenam dalam teras pembangunan pasaran kewangan, yang telah menjadi salah satu bidang paling kuat Malaysia dengan prestasi konsisten pada tahun-tahun kebelakangan ini. Antara kriteria yang menyumbang kepada teras ini ialah kemudahan akses kepada pinjaman (kelima) dan ketersediaan modal teroka (ketujuh). Mengikut teras institusi, petunjuk yang menyumbang kepada peningkatan kedudukan adalah kekuatan standard laporan dan audit (ke-27, meningkat tiga kedudukan) dan tingkah laku etika firma (ke-28, naik lima kedudukan). Bagaimanapun, Miti menyatakan bahawa WEF mengingatkan Malaysia perlu menghadapi dan menangani beberapa cabaran yang lebih penting kepada daya saing Malaysia termasuk defisit belanjawan kerajaan, kedudukan rendah yang berterusan bagi penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan kesediaan teknologi. Menurut Miti, meskipun Malaysia naik dalam kedudukan ranking tahun ini, kerajaan menyedari bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan. Langkah-langkah seperti rasionalisasi subsidi, cadangan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta peningkatan dalam kualiti pendidikan dan latihan penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia. Kerajaan juga perlu memberi keutamaan kepada langkah-langkah untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Walaupun kerajaan akan meningkatkan usaha untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi, sektor swasta juga perlu memainkan peranan untuk memastikan Malaysia terus mencapai peningkatan dalam kedudukan, demikian menurut Miti. Ini penting bagi Malaysia supaya negara akan terus menjadi destinasi pelaburan pilihan dan tempat yang menarik untuk menjalankan perniagaan. __._,_.___

Isu Minyak - Penjelasan dari Petronas

PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah. Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal. Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik. Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat. Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya. Ini bertentangan dengan negara seperti Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar. Minyak Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga premium US$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding minyak mentah yang biasa dijual iaitu minyak Brent blend pada US$115.38 pada hari yang sama. Petronas berkata, harga runcit semasa produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah. Ini disebabkan perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan. Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan keselamatan di Timur tengah seperti Mesir dan Syria. “Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana di subsidi oleh kerajaan. “Subsidi besar merupakan perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam jangka panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak berhemat dan tidak cekap,” kata Petronas. – Bernama

Thursday, September 5, 2013

Harga naik elak kesan lebih buruk

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta rakyat supaya bersabar dan memahami bahawa tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bertujuan mengelak kesan yang lebih buruk atau "meletup" pada masa depan. "Rakyat kena bersabar dan faham apa yang kita buat, semuanya semata-mata untuk kebaikan rakyat dan kerajaan. Kalau kita teruskan (subsidi), akan bagi kesan yang lebih serius kepada negara," katanya. Beliau berkata kerajaan memberi subsidi untuk barangan keperluan seperti tepung, minyak masak, tong gas dan sebagainya, namun kerajaan mesti mengawal defisit yang boleh menjejaskan penarafan kredit Malaysia . "Apabila defisit kita bertambah, penarafan kita menurun, persepsi negara negatif, dan ini akan menjejas pelaburan masa depan dan menyusahkan cucu-cicit kita, kata Mustapa pada sidang media selepas perbincangan dengan peserta pameran Malaysia pada Ekspo China-Asean ke-10 (CAEXPO). Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa pada Selasa. Mustapa berharap tindakan mengurangkan subsidi ini tidak memberi kesan yang terlalu besar kepada rakyat. "Kita akan mengurangkannya secara perlahan-lahan," katanya. Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM20 bilion setahun ke atas subsidi minyak dan gas, yang merupakan angka yang besar. "Kita bukannya tak boleh beri subsidi... kerajaan akan terus bagi subsidi, namun jumlahnya kena dikawal," katanya. Pada Julai, agensi penarafan dunia Fitch Ratings menyemak unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif. – Bernama

'Ubah suai' perbelanjaan, bersedia kesan subsidi

Rakyat Malaysia mulai sekarang harus menanam di fikiran dan bersedia bahawa subsidi kerajaan akan berkurangan dan langkah pengurangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari masa ke masa. Kerajaan yang kini memperuntukkan subsidi kira-kira RM30 bilion bagi tahun ini meliputi barangan asas, pada semalam telah mengurangkan subsidi bermula dengan petrol RON95 dan diesel sebanyak RM1.1 bilion. Subsidi bahan api merupakan komponen terbesar dengan peruntukan kira-kira RM24 bilion setahun. Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata penyelarasan subsidi sudah lama diuar-uarkan oleh kerajaan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. Bercakap kepada Bernama hari ini Mohd Yusof berkata pengguna sewajarnya sudah bersedia menerima kesan ekoran penurunan subsidi ketika ini dan di masa hadapan. Namun katanya, penerangan berkaitan kewajaran subsidi itu diturunkan dan dasar-dasar kerajaan bagi meningkatkan ekonomi haruslah sampai hingga mencecah ke peringkat akar umbi. Seorang pemerhati pasaran pula berkata rakyat Malaysia harus mula "mengubah suai" perbelanjaan mereka dengan mengandaikan harga petrol RON95 seolah-olah kini "benar-benar" berada pada harga pasaran iaitu harga tanpa subsidi. Tambahan pula harga petrol bersubsidi ketika ini sudah menghampiri harga pasaran sebenar, hanya kurang 63 sen seliter, kata pemerhati itu yang enggan dikenali. Dengan perbelanjaan "ke hadapan" sebegini, katanya pengguna tidak akan merasa terjejas setiap kali peningkatan harga petrol berlaku berikutan pengurangan subsidi secara berperingkat. Sementara itu, ungkapan "Bersyukurlah Malaysia masih aman" kelihatan digunakan di media sosial bagi satu pihak yang membantu menjawab kritikan terhadap kerajaan berikutan keputusan menurunkan kadar subsidi semalam. Ia juga dilihat sebagai ungkapan "memujuk hati" bagi pihak sama walaupun keputusan subsidi dikurangkan itu turut dirasai oleh mereka sendiri.

Turun subsidi bahan api, cara kurangkan defisit

Keputusan merasionalisasikan subsidi bahan api merupakan usaha permulaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara, kata ketua ekonomi Malaysia Rating Corp (MARC), Nor Zahidi Alias. Beliau berkata penurunan subsidi sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha menangani sebahagian daripada beban kewangan yang kian meningkat. "Penurunan subsidi itu juga akan mengurangkan tekanan daripada agensi penarafan antarabangsa yang sentiasa memantau secara dekat rancangan jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan," kata beliau kepada Bernama. Semalam, kerajaan telah menurunkan subsidi bahan api dengan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, berkuat kuasa hari ini. Langkah itu dijangka dapat menjimatkan RM1.1 bilion untuk tahun ini dan RM3.3 bilion setiap tahun untuk kerajaan, yang sekali gus boleh membantu mengurangkan defisit fiskalnya. Sebelum pengumuman kenaikan harga bahan api, kerajaan telah memperuntukkan RM24.8 bilion untuk subsidi bahan api tahun ini. Nor Zahidi berkata dengan langkah-langkah ini, seperti garis panduan pinjaman lebih ketat yang telahpun diambil untuk mengurangkan hutang isi rumah, negara boleh menjangkakan impak ke atas pertumbuhan boleh dilihat dalam suku ketiga. Beliau berkata kuantum kenaikan harga petrol iaitu 20 sen amat penting kerana kenaikan yang signifikan akan memberikan kesan yang hebat kepada penggunaan persendirian, terutamanya ketika ekonomi telah sedia lembap. "Saya percaya usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi akan secara umumnya dilihat positif oleh kedua-dua pelabur antarabangsa dan agensi penarafan," tambah beliau. Sementara itu, pakar ekonomi Dr Jorah Ramlan berkata penurunan subsidi petrol dan diesel merupakan langkah yang sesuai kerana ia akan membantu mengurangkan defisit negara. Beliau bagaimanapun mengingatkan yang kerajaan seharusnya sedar dengan menaikkan harga petrol, ia akan secara automatik akan meningkatkan harga barangan dan produk. "Untuk kesan jangka panjang, kerajaan berbuat sesuatu yang baik untuk rakyat. "Bagaimanapun, kerajaan juga perlu fikirkan kesan ke atas kumpulan berpendapatan rendah yang akan membebankan mereka," katanya. Jorah berkata kumpulan berpendapatan rendah tidak boleh bertahan di bawah situasi semasa dan lambat laun mereka mungkin akan mendapatkan bantuan daripada kerajaan. "Saya tidak fikir kumpulan berpendapatan tinggi akan berhadapan dengan masalah sekiranya subsidi dikurangkan. Saya lebih bimbangkan kumpulan berpendapatan rendah kerana harga produk isi rumah akan naik dan ahli perniagaan pula mengambil peluang untuk mengaut keuntungan," kata Jorah sambil menambah yang kerajaan seharusnya memantau secara aktif ke atas perniagaan. Jorah menambah kerajaan boleh menjimatkan banyak wang dengan menurunkan subsidi petrol dan berharap kerajaan akan menggunakannya untuk membangunkan infrastruktur lain di dalam negara. – Bernama

Peniaga diberi amaran tak naik harga barang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter 3 september. Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak. Beliau berkata kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. "Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini hari ini. Hasan juga berkata kenaikan harga barangan tidak sepatutnya berlaku kerana dari segi bekalan, semuanya mencukupi. - Bernama

Caj pengangkutan meningkat sehingga 5 peratus

Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa 4 Septemberakan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus. Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres. Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api. “Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan. “Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Yusoff berkata, kenaikan harga minyak itu juga sekali gus akan meningkatkan harga barangan lain. Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata, barangan lain secara langsung membabitkan kebergantungan kepada kos pengangkutan untuk proses pengedaran dan penghantaran.

Wednesday, September 4, 2013

TAHNIAH KERAJAAN DAP MENAIKAN SURCHARGE AIR 100%

DAP terpaksa akui memerintah dan membuat janji adalah 2 perkara berbeza. Mereka terpaksa naikkan surcaj air sebanyak 100 % bagi menggalakkan pengguna menguna air dengan bijak. Janji memang senang, nak penuhi janji pun bukan senang. So sekarang apa komen pakatan? sukarkan nak memerintah! DAP KATA TAK MAMPU TANGGUNG SUBSIDI.. ........." PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta. - UTUSAN ONLINE"