Wednesday, October 28, 2009

wahai wanita yang solehah
jangan risau akan jodohmu kerana
muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita
hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman
pada bicara manja yang mengoda atau
pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya
sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
andai belum sampai jodohmu
anggaplah bahawa Adam yang kau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu
kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya
dan Adam yang benar-benar layak
pasti akan hadir untuk melengkapkan kehidupanmu