Tuesday, May 20, 2014

Kesinambungan legasi Barisan Nasional akan diteruskan oleh Mah Siew Keong Di Telok Intan.

Kesinambungan legasi Barisan Nasional akan diteruskan oleh Mah Siew Keong Di Telok Intan. Pembangunan sosial, kemanusiaan dan masyarakat adalah tonggak kepada pembangunan rakyat. APA YANG TELAH BARISAN NASIONAL LAKUKAN dan di teruskan oleh Wakil Wakil rakyat dipilih.. 1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia. 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1. 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta. 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan. 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing. 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini). 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu). 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara. 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV. 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang. 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral. 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi. 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti. 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat. 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia. 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera. 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas. 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara. 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima. 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan. 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Warkah Terbuka dari Senior Dyana

Uitm bukan milik UMNO,UiTM milik Rakyat".- kata calon DAP Teluk Intan, Dyana.. Ungkapan Calon DAP Dyana sebelum ini telah diungkapkan berkali-kali oleh Pemimpin Tertinggi DAP. Bezanya dahulu Cina yang ungkapkan dan sekarang Melayu yang ungkapkan..mesej yang dibawa tetap sama iaitu ingin Menghapuskan Keistimewaan Melayu. Sungguh licik permainan DAP ini persis permainan PAP suatu ketika dulu. Saya adalah salah seorang dari ratusan ribu bekas pelajar UiTM. Saya terpanggil untuk menyatakan kepada semua terutamanya kepada bekas pelajar UiTM Adik Dyana bahawa UiTM bukan Milik UMNO tetapi UITM SEBENARNYA MILIK MELAYU dan UMNO adalah parti yang memperjuangkannya. Saya pernah beritahu kepada rakan (bekas pelajar UiTM) dan adik-adik yang sedang menuntut ungkapan UITM ini adalah Untuk Islam, (untuk) Tanah Melayu... Universiti Ini Tolong Melayu...Universiti Ini Tempat Melayu.. Anak Melayu tidak kira fahaman politik menuntut dalam pelbagai jurusan di UiTM. Yurannya berbeza dengan Universiti lain. Suasana pengajian berbeza dengan Universiti lain. Penerapan agama berbeza dan pendekatan semangat Melayu juga lebih dari universiti lain. Wahai Dyana, YA, UITM bukan Milik UMNO... UITM Milik hakiki MELAYU dan UITM adalah kebanggaan Melayu. Dyana, kamu muda lagi... usia kamu sedang meningkat. Bila kamu bergaul 23 jam besama Cina DAP. Kamu akan mudah terpengaruh dik. Jadi bergaul juga dengan Melayu.. Ingat Dik, Misi DAP adalah hapuskan keistimewaan Bangsa Kita Dik. Ingat ya. Dik Dyana. Kena ingat pemimpin tertinggi DAP pernah kata Melayu Adalah Pendatang.. DAP tetap dan konsisten pecah belahkan Bangsa Kita Melayu. DAP pengaruhi pemimpin PAS dalam bab penghinaan pada Nabi Muhammad SAW sehingga ada pemimpin PAS berkata Muhammad (Rasulullah) adalah sama dengan Muhammad atau Mamat Kampung. DAP pernah pecah belahkan Islam dan Melayu melalui isu Kalimah Allah. DAP pernah mengharamkan sambutan Maulidurasul di Pulau Pinang..DAP pernah "sound" supaya tiada laungan Azan.. DAP pernah menggunakan Taktik "ladang babi terbesar" untuk halau orang Melayu. DAP pertikai peruntukan untuk membina Masjid di negara kita. Ingat Dik, DAP sedang menggunakan adik Dyana untuk pecahkan Islam dan Melayu melalui Isu HUDUD. Ingat Dik Dyana, DAP sedang gunakan adik dan Mak adik untuk pecahkan perpaduan Wanita Melayu yang sebelum ini menjadi TERAS kepada Melayu itu sendiri. Deen Qassim Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Rekod, UiTM Kelantan dan Shah Alam Pengerusi Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR)

UMNO untuk orang muda

Tahukah anda, UMNO pernah meletakkan seorang calon yang begitu muda pada tahun 1976, dan orang itu berumur 23 tahun ketika itu! Dan anda juga perlu tahu pada 4 Mei 1982, UMNO memberi ruang kepada seorang pemuda berumur 29 tahun menerajui Kerajaan Negeri Pahang. Ianya adalah antara Menteri Besar paling muda di Malaysia. Pemuda itu adalah Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. ----------------------- Bukankah Dr. Mahathir dicalonkan ketika muda? Seorang doktor muda yang kacak, dicalonkan oleh Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Bukankah kebanyakan pemimpin negara bermula dari bawah? Iaitu bermula dari muda? Jika anda mengatakan UMNO tiada orang muda, anda hanya melihat untuk HARI INI, dan bukannya untuk HARI ESOK dan SEMALAM. Jika kita katakan Pakatan Rakyat untuk orang muda, juga tak berapa tepat kerana Ahli Parlimen mereka antara yang tertua di parlimen ketika ini. Tun Mahathir dah bersara, orang tua tu masih jadi Ahli Parlimen. Inilah namanya KITARAN. Hari ini kita melihat Rafizi Ramli, Nurul Izzah sebagai pemimpin muda. Ketahuilah akan datang kita akan lihat Rafizi Ramli yang tua, dan Nurul Izzah yang kerepot. Dan orang muda di zaman itu memberontak menyuruh mereka pula turun dari takhtanya! Jika kita kata nak naikkan pemimpin muda, kita juga kena tanya bilakah pemimpin muda ini akan bersara apabila mereka sudah tua? Zaman ini, adalah zaman Pakatan Rakyat letak ranting kayu pun boleh menang. Yang mana UMNO dan BN juga pernah mengalami zaman yang indah itu. Dan ianya akan berulang kembali. --------------------- Rakan-rakan seperjuanganku dalam pemuda dan puteri. Jangan risau dengan tuduhan ini, teruskan perjuangan. Pangkat itu datang dengan sendirinya jika ianya telah ditakdirkan untuk kita. Siapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, untuk menjadi pelapis di kemudian hari. Tiada gunanya kita nak berjawatan muda tetapi di dalam dada kosong dari erti perjuangan. Pemimpin datang dan pergi. Suatu hari nanti manusia akan BERHENTI atau MATI. Jangan risau dengan pangkat dan kedudukan. Kerana ianya akan datang apabila kita diamanahkan oleh Tuhan.

Sunday, May 4, 2014

#InfoGST- Barang keperluan

#InfoGST MITOS: Barang mentah tak kena GST tapi kalau beli di hypermarket kena GST sebab hypermarket pendapatan layak cukai melebihi 500k setahun FAKTA: GST dikira mengikut setiap item,bukan secara pukal.Anda hanya bayar GST pada barangan yang ada GST sahaja. Misal kata,anda ke Tesco dan membeli sekampit beras, 2 kilo ayam, dan sekilo gula, anda tak akan dikenakan GST pun sebab item yang anda beli memang tidak dikenakan GST. Benda senang jangan bagi pening kepala

#InfoGST-barang pengguna

#InfoGST Barangan makanan mentah seperti ayam,udang,ikan,daging,sayur,tepung,gula,minyak masak,garam dan sebagainya TIDAK DIKENAKAN GST.Boronglah 10 TAN sekalipun,masih tak kena. Kecuali,kalau anda beli ayam sudah digoreng dari KFC atau McD,memang ada GST (tak ada perubahan harga kerana kadar SST sekarang juga 6%)

#InfoGST/ peniaga

#InfoGST TIDAK SEMUA pengilang/peniaga/peruncit/pembekal perkhidmatan LAYAK dikenakan GST dan mengenakan GST kepada pengguna. Mereka yang layak perlu mendaftar dengan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan No Id Unik GST yang tersendiri dan WAJIB diPAMERKAN di premis perniagaan/laman sesawang masing-masing sebelum mereka layak mengenakan GST kepada pengguna. Antara kriterianya ialah pengusaha mesti mempunyai bekalan layak cukai atau keuntungan layak cukai MELEBIHI RM500,000 setahun. P/s: Kalau setakat Ah Pek tauke mini market hujung kampung pun konon kata kedai dia kena GST nampak benar membohongnya....