Wednesday, May 23, 2012

TEMBERANG NURUL IZZAH MAKAN DIRI

Apa kecoh-kecoh ni Nurul & RPK? Sebelum ni aku dah bagi tau, Nurul dah terdesak kerana populariti Dato Raja Nong Chik semakin meningkat di Lembah Pantai sedangkan imej Nurul sendiri semakin suram. Oleh itu, untuk memburukkan imej Dato Raja Nong Chik, Nurul pun gunakan RPK sebagai proksi untuk menyerang Dato Raja Nong Chik. Apa tuduhan yang dibuat oleh RPK? RPK mempertikaikan bagaimana syarikat yang pemegang saham utamanya adalah anak Dato Raja Nong Chik boleh mendapat kontrak dari Kementerian Belia dan Sukan. Dalam hal ni, nasib baik ada sumber dari Kementerian Belia dan Sukan yang sanggup membantu untuk menerangkan keadaan sebenar. Apa ceritanya ya? Istijuara Sdn Bhd telah menerima Surat Niat (Letter of Intent) dari KBS pada 18 Julai 2006 untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik tidak memegang sebarang saham dalam syarikat ini. Begitu juga anak beliau. Pada tahun 2007, Dato Raja Nong Chik telah membeli saham di dalam syarikat berkenaan dan meletakkannya di bawah nama anak beliau. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik masih belum dilantik menjadi Menteri. Pada masa ini beliau juga bukan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Dato Raja Nong Chik dah lebih 30 tahun jadi ahli perniagaan. Jual beli saham dalam syarikat ni perkara biasalah. Orang biasa pun main jual beli saham, takkan ahli perniagaan macam Dato Raja Nong Chik tak boleh beli saham kan? Setakat ni nampak tak apa-apa urusan yang melanggar undang-undang? Takda kan? Seterusnya Dato' Raja Nong Chik dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada tahun 2009. Pada 22 Mei 2010 kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Selepas kompleks tersebut siap, barulah surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Haaaa, inilah yang cuba dijadikan isu oleh RPK. Dia cuba membayangkan kononnya tawaran ini diberikan kerana Dato Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri, sedangkan surat niat dah dikeluarkan pada tahun 2006 sebelum Dato Raja Nong Chik menjadi Menteri lagi!! Mungkin ada yang akan tanya, kalau surat niat dikeluarkan pada tahun 2006, mengapa surat tawaran hanya dikeluarkan pada tahun 2010 selepas kompleks IKBN siap? Inilah yang RPK tak faham, atau mungkin sengaja buat-buat tak faham. Kalau spesifikasi dan kontrak dimuktamadkan pada tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010, sudah tentu spesifikasi peralatan yang ditetapkan akan ketinggalan zaman! Cuba bayangkan, dalam tahun 2006, komputer mungkin pakai teknologi Pentium 1, tapi sekarang dah pakai teknologi Pentium 5! Logik ke kalau kompleks serba moden, tapi pakai peralatan kuno! Mesti pembangkang macam Nurul lah orang yang pertama akan bising pertikaikan mengapa Kerajaan buat kontrak untuk bekal peralatan guna spesifikasi out of date! Jadi, kena tunggu sampai kompleks siap, baru boleh dimuktamadkan spesifikasi peralatan yang perlu dibekalkan. Bila dah muktamadkan spesifikasi, baru boleh tetapkan harga untuk tawaran. Bila dah tetapkan harga, baru boleh keluar Surat Tawaran (Letter of Award). Tak tahu spesifikasi, macam mana nak tetapkan harga kan? Inilah SOP atau Standard Operating Procedure perolehan Kerajaan. Kalau tak ikut SOP, pembangkang juga yang akan bising. Tapi sekarang, bila ikut SOP pun dia cuba nak buat isu! Terdesak sangat ke Nurul? Benda macam ni pun nak buat kecoh? Setakat ni, apa yang melanggar undang-undang? Takda apa-apa pun. Nampak sangat pembangkang dah takda modal. Apa kecoh-kecoh ni Nurul dan RPK?

Muzakarah Harus Ikhlas Tanpa Sebarang Syarat

SEREMBAN, 21 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata rancangan untuk bermuzakarah antara UMNO dan Pas perlu dijalankan berlandaskan keikhlasan tanpa meletakkan sebarang syarat. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, muzakarah adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam jadi adalah tidak sesuai untuk meletakkan syarat. “Muzakarah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam dan pada saya adalah nikmat bagi kita kalau semua boleh duduk sekali dan mencari titik perbezaan dan kita menguruskan perbezaan itu secara sepatutnya. “Tentunya dalam titik pertemuan kita yang begitu banyak, mengapa kita mencari titik perpisahan dan (mahu) membesarkannya dan kita kehadapankan? Jadi mekanisme terbaik adalah muzakarah,” katanya selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia, di sini Isnin. Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Umno. Jamil Khir berkata, UMNO sejak dahulu sentiasa membuka pintunya untuk sebarang hasrat mengadakan muzakarah dengan mana-mana pihak termasuk Pas, namun ia sering berakhir dengan kegagalan. Katanya, justeru muzakarah harus dilihat dalam konteks keikhlasan pihak-pihak berkenaan bagi memastikan rancangan untuk bermuzakarah kali ini dapat diadakan. Sementara itu, mengulas mengenai seminar tersebut Jamil Khir berkata, ia diadakan bertujuan bagi memberi pemahaman dan penjelasan kepada orang ramai mengenai wasatiyyah dalam mengamalkan konsep 1Malaysia. Katanya, seminar tersebut yang dianjurkan Biro Agama dan Biro Penerangan UMNO akan diadakan di setiap negeri dan Negeri Sembilan merupakan negeri kedua selepas seminar sama diadakan di Kedah, Ahad

Wednesday, May 9, 2012

Rahsia DAP menjahanamkan Islam terbongkar

Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius… • Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka? • Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU. • Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! • Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. • LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang. • Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim. • Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia. • Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja. • Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?). Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?