Wednesday, September 28, 2011

Hudud: Beranikah Pas Bawa Usul Ke Parlimen


Sekiranya Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila bawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah dipinda bagi membolehkan kuasa diturunkan kepada negeri-negeri.

Pada masa sekarang kuasa yang melibatkan undang-undang jenayah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Belum ada mana-mana negeri yang mempunyai kuasa tersebut di negara ini. Negeri-negeri hanya ada kuasa melibatkan syariah. Manakala hudud pula ada melibatkan jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain.

Setakat Dun Kelantan yang meluluskan hudud ianya tidak membawa apa-apa makna selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda untuk memberi kuasa kepada negeri menjalankan sendiri undang-undang jenayah.

Cara yang betul adalah selepas diluluskan oleh Dun Kelantan , Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Pas perlu mengemukakan usul kepada Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Pernahkah anda dengar atau lihat ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari Pas bawa usul berkenaan dalam Parlimen ?

Apa yang Pas Kelantan lakukan dulu adalah mereka serahkan draf yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan kepada Tun Dr M. Sudah tentulah jawabnya tak boleh dan kena tolak. Bukannya Tun Dr M yang ada kuasa mutlak untuk meluluskannya. Ianya kuasa ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara kerana melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Jika ianya tidak melibatkan kuasa ahli-ahli dewan, sudah tentulah hudud yang digubal oleh Pas di peringkat negeri Kelantan tidak perlu diluluskan di Dun Kelantan. Di peringkat negeri pun Nik Aziz tak boleh pakai kuasa dia seorang diri nak luluskan hudud sehingga terpaksa bawa ke dalam Dun, begitulah juga diperingkat persekutuan, bukannya kuasa PM seorang diri.

Sebab itu kita kata Pas tidak serius untuk laksanakan hudud. Cara yang dia buat pun dah tak betul kerana dia mahu perkara itu ditolak dan akhirnya dapatlah dijadikan modal politik mereka.

Sekarang jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila minta ahli-ahli parlimen mereka bawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah supaya kuasa tersebut diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Pas ada lebih 20 orang ahli mereka dalam Dewan Rakyat termasuklah presiden dan dua orang naib presiden mereka yang boleh bawa usul berkenaan. Jangan asyik memalu tong kosong di luar sini, masuk dalam dewan dan buktikan keseriusan untuk laksanakan hudud

No comments:

Post a Comment