Wednesday, September 28, 2011

Pas Gagal Tarbiyah DAP


Usaha Pas yang didakwa telah berjaya mentarbiyah DAP dalam memahami Islam selama ini jelas meleset sama sekali apabila parti itu terus menentang hasrat Pas untuk membentuk negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Seorang penyokong UMNO, Mohd. Azam Mohd. Ghazali, 42, berkata sekiranya tarbiyah itu mampu memberi kefahaman yang menyeluruh sudah semestinya tidak wujud pertikaian dalam isu tersebut.
“Apatah lagi mereka itu (DAP dan Pas) merupakan sekutu dalam pakatan pembangkang. Dalam situasi sekarang, bukan sahaja membuktikan kegagalan Pas tetapi lebih dari itu ia jelas menunjukkan mereka sebenarnya tidak sehaluan meskipun berada dalam satu pakatan,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah menyatakan pendirian bahawa parti itu menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Malah sebelum ini Karpal juga pernah membuat kenyataan terbuka “langkah mayat kami dahulu sebelum laksanakan negara Islam”.
Tetapi Pas pada masa itu dengan penuh bangga mengakui kononnya telah berjaya memahamkan mereka tentang Islam bahkan turut mendakwa mereka kini sudah mampu terima Islam dengan baik.
Azam berkata, hasrat Pas untuk menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan sebagai retorik semata-mata lantaran tersepit berikutan pelbagai tekanan termasuk janji akan laksanakan hukum tersebut sejak 1993 tetapi belum dilaksana hingga sekarang.
“Rakyat sudah cerdik sekarang. Mereka persoal bila dan kenapa belum melaksanakan hudud sedangkan janji itu sudah lama dibuat tetapi masih tidak ditunaikan? Sudah 17 tahun.
“Takkan nak jadi macam isu air, rakyat terpaksa tunggu 17 tahun lagi sebelum selesai,” katanya sinis.
Tambahnya, kerana tekanan itu, Nik Aziz terpaksa beralasan dalam isu tersebut termasuk mendakwa Kerajaan Pusat tidak merestui usaha itu.
–KHABAR KB

No comments:

Post a Comment