Thursday, July 30, 2015

Bagasi Rosak Berhampiran Sayap Pesawat Petunjuk Terbaru MH370?

KUALA LUMPUR- Media Perancis Linfo.re melaporkan seorang penduduk tempatan Pulau La Reunion telah menjumpai satu bagasi yang rosak teruk berhampiran tempat penemuan serpihan pesawat di Saint-Andre, semalam. Namun, masih belum dapat dipastikan lagi sama ada bagasi tersebut mempunyai kaitan dengan penemuan bahagian sayap pesawat yang dipercayai milik Boeing 777 , MH370 di pulau tersebut. Pihak terlibat sehingga kini masih berusaha untuk mengenal pasti sama ada serpihan sayap tersebut adalah milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Lautan Hindi sejak Mac tahun lalu.

MH370: Keputusan Penemuan Serpihan Dalam Tempoh Kurang Dari 60 jam.

KUALA LUMPUR - Misteri mengenai status serpihan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau La Reunion dijangka boleh diketahui dalam tempoh kurang dari 60 jam. Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, andaian itu dibuat berdasarkan kebiasaannya itu adalah prosedur siasatan oleh badan siasatan antarabangsa. "Saya berani cakap kita tunggu dulu siasatan, dalam tempoh 72 jam kita akan dapat tahu secara mutlak dari mana dan dari pesawat mana serpihan yang dijumpai itu datang," kata Nik Huzlan, pada Khamis malam. Huzlan optimis, penemuan serpihan sayap itu akan membawa kepada penemuan sebenar pesawat MH370 yang hilang lebih setahun lalu. Jelasnya, berdasarkan petunjuk serpihan yang ditemui itu, terdapat kebarangkalian tinggi ia akan membawa pasukan penyiasat kepada penemuan pesawat itu. "Kalau itu milik Boeing 777, maknanya ia datang dari badan pesawat MH370, setahu saya terdapat 1200 Boeing 777 dijual dari tahun 1996, sehingga sekarang hanya lima buah pesawat yang musnah di daratan dan hanya satu pesawat musnah dalam air dan hilang iaitu pesawat MH370," jelasnya lagi. Katanya, jika ia buatan Boeing 777, maka ia jelas membuktikan serpihan tersebut adalah milik MH370. Beliau berkata demikian ketika temubual secara langsung dalam Buletin Awani 7.45 yang disiarkan pada Khamis. Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari dan penyelamat tidak menjumpai serpihan pesawat MH370. Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.

Malaysia dan UK Tingkatkan Kerjasama

PUTRAJAYA – Negara ini dan United Kingdom akan memperbaharui komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor utama seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pertahanan. Bersempena lawatan sehari Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat perwakilan dengan rakan sejawatnya di pusat pentadbiran negara pada Khamis. Dalam kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia dan United Kingdom berminat untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan pada masa akan datang. Dengan jumlah dagangan yang meningkat pada kadar dua peratus setahun untuk 10 tahun terakhir, dan jumlah dagangan tahun lepas bernilai RM17 bilion, ia berkata momentum itu menjadi asas mengukuhkan perdagangan. "Dari sudut pelaburan, kedua-dua pemimpin mengiktiraf penglibatan Malaysia dalam Projek Stesen Janakuasa Battersea yang telah menarik minat ramai. Bernilai RM41 bilion, ia adalah bukti kebolehan syarikat Malaysia untuk memenuhi piawaian global," kata kenyataan itu. Dalam pada itu, United Kingdom turut mempunyai pelaburan di Malaysia bernilai RM15.4 bilion setakat ini dalam pelbagai sektor seperti peruncitan, farmaseutikal serta minyak dan gas, katanya. Dari segi perdagangan, Wisma Putra berkata kedua-dua negara berminat meningkatkan dagangan pada masa akan datang. Ia juga berkata Najib turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat British untuk meneroka peluang perniagaan di Malaysia. Kedua-dua perdana menteri bersetuju bahawa pendidikan adalah salah satu daripada tonggak kerjasama antara Malaysia dan United Kingdom. "Setakat ini terdapat lebih daripada 17,000 penuntut Malaysia yang mengikuti pelbagai kursus di United Kingdom," katanya. Wisma Putra berkata Najib juga mengalu-alukan tawaran United Kingdom untuk membantu meningkatkan pengajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik di sekolah awam Malaysia. Ia berkata United Kingdom juga melancarkan promosi "Tahun HEBAT untuk Pendidikan" yang menjadikan Malaysia hab untuk menggalakkan pendidikan British di rantau ASEAN. Tambah Wisma Putra lagi, Najib juga mengalu-alukan inisiatif itu, yang menandakan pengiktirafan United Kingdom terhadap Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini. Menyentuh kerjasama pertahanan, Wisma Putra berkata kedua-dua pemimpin bersetuju meningkatkan kerjasama dalam sektor penting ini. Katanya kedua-dua pemimpin juga membincangkan beberapa isu serantau dan antarabangsa, menyentuh ancaman IS dan keganasan yang kian meningkat. "Kedua-dua pemimpin bersetuju komuniti antarabangsa perlu menangani ancaman itu secara efektif kerana kumpulan pengganas menyasarkan belia menerusi media sosial. Malaysia berminat meneroka kaedah kerjasama dengan United Kingdom dan rakan antarabangsa lain untuk menentang keganasan," katanya. Menurut Wisma Putra lagi Cameron mengalu-alukan minat Malaysia dan mengiktiraf inisiatif kesederhanaan Malaysia dalam menangani ekstremism. Dalam perbincangan mengenai keputusan undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai resolusi mengujudkan sebuah tribunal antarabangsa untuk nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines, Wisma Putra berkata Najib berterima kasih kepada Cameron atas sokongan United Kingdom kepada inisiatif Pasukan Siasatan Bersama. "Cameron mengulangi sokongan berterusan United Kingdom terhadap usaha antarabangsa untuk membawa pesalah ke muka pengadilan, " katanya. Selain pertemuan dua hala, Najib turut meraikan Cameron dalam satu jamuan makan malam yang turut dihadiri menteri-menteri, pegawai kanan kerajaan dan pemimpin perniagaan daripada kedua-dua pihak. Cameron turut menghadiri beberapa majlis berkaitan perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Suruhanjaya Tinggi British. Lawatan ini merupakan lawatan kedua Cameron ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun selepas lawatan rasminya pada April 2012. Cameron adalah Perdana Menteri pertama British yang melawat Malaysia berturut-turut dalam tempoh dua penggal, ujar Wisma Putra

Thursday, July 9, 2015

Iskandar Malaysia catat pelaburan kumulatif RM172b sejak 2006

kUALA LUMPUR: Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited kumulatif keseluruhan RM172.51 bilion dari 2006 hingga Jun tahun ini, demikian kata Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) pada Khamis. Daripada jumlah itu, 50 peratus atau kira-kira RM87.80 bilion adalah pelaburan yang telah direalisasi, katanya. Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata pelabur tempatan menyumbang RM105.03 bilion (61 peratus) kepada pelaburan komited kumulatif keseluruhan itu manakala baki sebanyak RM67.48 bilion (39 peratus) datang daripada pelabur asing. Beliau berkata untuk enam bulan pertama tahun ini, Iskandar Malaysia menerima pelaburan komited keseluruhan berjumlah RM14.38 bilion. "Ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia ketika ia menuju ke arah objektif pembangunan jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan. Kenyataan itu diedar pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara IRDA dan enam pihak berkepentingan lain dalam Iskandar Malaysia, selepas mesyuarat ke-17 IRDA yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di sini pada Khamis. Ismail berkata Iskandar Malaysia terus memberi penekanan kepada pembangunan lestari merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar sambil memainkan peranan dalam menyumbang kepada matlamat negara maju dan berpendapatan tinggi, seiring objektif Rancangan Malaysia Ke-11. IRDA ialah pihak berkuasa kawal selia yang diberi mandat merancang, mempromosi dan mempermudah pembangunan Iskandar Malaysia menjadi metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mapan. Meliputi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi, Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan ekonomi di Johor selatan. - AstroAwani

Pembangkang Mula Bimbang, Pembohongan Terbongkar

Pihak pembangkang, khusus DAP dan PKR yang semakin terdesak akibat kehancuran Pakatan Rakyat kini berusaha mengalihkan perhatian umum terhadap kemelut yang melanda mereka. Kedua-dua parti itu tidak mahu konflik pakatan pembangkang terus menjadi perdebatan umum atau diperkatakan terlalu lama kerana dikhuatiri akan menghilangkan keyakinan rakyat yang menyokong mereka. "Mesyuarat tergempar" oleh ahli Parlimen daripada parti pembangkang yang diatur di luar bangunan Parlimen untuk membincangkan tuduhan media antarabangsa terhadap kepimpinan negara adalah satu usaha untuk menarik perhatian rakyat. Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sebelumnya menyepi diri dan dilihat gagal menyelesaikan konflik dalam pakatan bagaikan mendapat "suntikan baru" untuk "menyelesaikan isu negara" yang dicipta sendiri oleh mereka bersama media antarabangsa dan media propembangkang. Tidak cukup dengan itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata parti itu akan memfailkan saman bagi mencabar kemenangan wakil-wakil rakyat UMNO dalam PRU-13 kerana mendakwa dana itu digunakan untuk kempen pilihanraya. Pembangkang sengaja menyambung isu yang timbul dan mendahului siasatan yang dijalankan Pasukan Petugas Khas untuk mencari bukti berhubung dakwaan penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun Perdana Menteri. Kumpulan itu seolah-olah mahu "mengganggu" pula siasatan Pasukan Petugas Khas yang terdiri Pejabat Peguam Negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahah Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk mencari bukti terhadap dakwaan yang dibuat oleh The Wall Street Journal dan dilaporkan oleh Sarawak Report. Media barat juga memainkan peranan semasa dan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan digugurkan daripada Kabinet pada 1998. Sasaran utama ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kepimpinan kerajaan pada waktu krisis kewangan melanda Asia termasuk di Malaysia dan Indonesia. Sumber berita yang tidak sahih atau dikelirukan dijadikan peluru oleh pemimpin pembangkang yang dipercayai bersekongkol dengan beberapa individu berkepentingan dalam negara. Media sosial dan media antarabangsa digunakan sebagai saluran utama untuk menjatuhkan kepimpinan negara yang dipilih secara demokratik. Kini satu demi satu pembohongan terbongkar. Terdapat fakta dan dokumen perbankan yang diubah suai. Pasukan penyiasat pula tidak menolak kemungkinan ada pihak yang disyaki menjual maklumat perbankan dan berlaku pembocoran dokumen yang digunakan untuk siasatan. Terdahulu Perdana Menteri yang bertekad mahu membersihkan namanya telah memulakan langkah awal untuk mengambil tindakan perundangan terhadap media antarabangsa yang terbabit. Kita tunggu apa lagi helah dan tuduhan lain yang akan dicari oleh media antarabangsa dan portal propembangkang dalam gerakan menjatuhkan kepimpinan kerajaan. Agenda utama serangan bertali arus itu memang dirancang ketika suasana ekonomi negara negara tidak begitu baik. Media asing dan pembangkang mengambil kesempatan dengan kenaikan harga barang dan bahan bakar untuk menyemarakkan api kemarahan rakyat dengan harapan rakyat bangkit menentang kerajaan. Hakikat itu diperkukuhkan apabila Dr. Mahathir awal lagi telah pun meramalkan BN akan kecundang dalam PRU akan datang jika Najib tidak berundur. Teguran dan serangan peribadi Dr. Mahathir juga membuka ruang yang lebih luas kepada pembangkang dan media propembangkang untuk menyerang Najib dan keluarganya. Seperti juga Dr. Mahathir, Perdana Menteri juga tidak berseorangan dalam menghadapi badai serangan liar itu kerana barisan Kabinet dan pimpinan parti termasuk dua pemimpin utama PAS turut mempertahankan beliau. Perdana Menteri dalam reaksi tegasnya menyatakan bahawa beliau tidak akan mengkhianati rakyat yang memberi kepercayaan kepadanya. Najib juga memberi komitmen akan menegakkan kebenaran dengan membuktikan segala tuduhan terhadapnya tidak benar. Kebiasaannya pihak menjalankan kempen memfitnah itu kemudian akan mencari dan mencipta isu lain yang boleh dimanipulasikan setelah apa yang didakwa sebelumnya tidak benar. Serangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri ini dilakukan begitu tersusun selain mendapat sokongan padu parti pembangkang terutama DAP dan PKR hingga kepimpinan parti itu lupa bahawa krisis yang melanda pakatan juga bertambah parah. Ia ibarat api di dalam sekam dan bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja. Walaupun usaha mensabotaj kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi dan perpaduan, usaha mensejahterakan rakyat tetap diteruskan walaupun dalam kesulitan. Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. KepadaNya diserahkan kerana doa mereka yang terniaya akan segera dimakbulkan, apatah lagi di penghujung bulan yang penuh keberkatan ini. Oleh: Elyana SS

Tiada Sebab PM Perlu Bercuti - Rais Yatim

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bercuti dari jawatan Perdana Menteri kerana setakat ini hanya akaun peribadinya sahaja disiasat bagi mencari bukti dakwaan `pengaliran wang’ yang dikatakan berbilion-bilion milik 1MDB. Pakar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, hanya jika didakwa, barulah Perdana Menteri boleh meninggalkan jawatan itu buat sementara. “Buat masa ini Perdana Menteri tidak perlu bercuti atau berehat daripada jawatannya kerana beliau bukan disiasat atas rasuah, cuma siasat betul atau tidak duit (AS$700 juta) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau. “Cuma jika Kabinet memutuskan secara ramai bahawa Perdana Menteri wajar berehat untuk disiasat, itu perkara lain,” kata Rais ketika dihubungi KLxpress hari ini. Mengenai keghairahan Wall Street Journal (WSJ) memainkan isu 1MDB dalam laporannya, Rais beranggapan WSJ gemar menunjukkan pihaknya lebih putih daripada pihak lain `demi populariti dan jenama’. “Bagaimanapun berdasarkan rekod, belum ada media asing berjaya menumbangkan sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyatnya. “Dulu pernah dicuba oleh beberapa penerbitan seperti Far Eastern Economic Review dan ASWJ tentang beberapa kes sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri khususnya melibatkan kes Tun Salleh Abas yang ketika itu Ketua Hakim Negara. “Mereka hanya menyukarkan, tetapi tidak berjaya tumbangkan kerajaan,” kata Rais.

Wednesday, July 8, 2015

Pergolakan Dalaman PAS: DAP Suka, Penyokong Duka

Sepatutnya jika jernih di hulu, jernihlah di muara. Namun tidak begitu bagi Pas. Parti yang berlabelkan Islam, lahir pada 24 November 1951 itu kini sedang mengalami krisis yang begitu kompleks. Kenyataannya, Pas kini terbahagi tiga. Sementara ‘haluan tak sekata’ sesama pemimpin semakin ketara. Suasana dalam Pas sekarang amat mengecewakan penyokong. Ahli-ahli Pas di kampung-kampung tidak tahu sangat tentang pandangan dan pendirian berbeza di kalangan pemimpin mereka. Cuma yang mereka tahu ada pertelagahan sesama sendiri di kalangan tokoh-tokoh yang mereka beri mandat untuk pemimpin parti. Dikatakan Pas kini terbahagi tiga kerana terdapat golongan Pas ulamak (asal) dan dua puak yang ‘ mahu bermufarakah’ iaitu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan yang terdiri daripada 18 tokoh parti itu yang disebut sebagai G18. Masing-masing kumpulan ini mempunyai pendirian tersendiri. Pas yang didokongi kalangan ulamak cuba mempertahankan perjuangan asal parti itu berlandaskan prinsip dan ciri-ciri keislaman sejati. Malah mereka sudah ‘melarikan diri’ dari pakatan dengan DAP lantaran banyak isu-isu berbangkit demi menegakkan Islam tidak direstui DAP. Punca ketara yang menjadi titik perpecahan Pas dan DAP adalah isu hudud. Ketegasan Pas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 (hukum Hudud) amat tidak disenangi DAP. Satu kumpulan yang memang awal-awal lagi mahu ‘menjaga hati’ DAP adalah PasMa. Mereka ‘cuba ketepi’ isu hudud apabila didapati sahabat karibnya DAP tidak senang dengan hasrat melaksanakan hukum itu di Kelantan. Penyokong PasMa ‘menterjemahkan’ pendirian secara terbuka bahawa mereka tidak ‘sehaluan’ dengan Pas ulamak pada Muktamar Tahunan parti itu ke-61 di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu. Maka pada pemilihan pucuk pimpinan Pas yang baru lalu itu, dapat disaksikan Haji Ahmad Awang menentang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk jawatan Presiden, sementara jawatan Timbalan Presiden yang disandang Mohamed Sabu atau Mat Sabu, tokoh yang dikatakan mendapat ‘habuan bulanan’ dari kerajaan DAP Pulau Pinang telah dirampas oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Malah kumpulan pro-ulamak boleh dikatakan berjaya ‘mendominasikan’ keseluruhan barisan kepimpinan baharu Pas pada Muktamar yang baru lalu. Ini termasuk dalam sayap Pemuda dan Muslimat. Satu lagi kumpulan yang barangkali merasakan kalangan mereka lebih ‘berwibawa’ dan ‘berkredibiliti’ setidak-tidaknya kerana mereka adalah kalangan wakil-wakil rakyat baik di peringkat Parlimen mahu pun di Dewan Undangan Negeri telah membentuk kumpulan sendiri yang disebut sebagai kumpulan G18. Ini kerana jumlah mereka adalah seramai 18 orang. Kedua-dua Pasma dan G18 ketara menentang kepimpinan Haji Hadi. Mereka dengan terbuka menyalahkan Hadi serta kumpulannya yang seolah-olah tidak boleh menerima teguran dan pandangan pihak lain. PasMa dan G18 melabelkan golongan ulamak dalam kepiminan baharu Pas adalah ‘lebih mesra’ UMNO. Mereka cuba ‘mengalih’ pandangan penyokong parti agar tidak merestui golongan ini kerana dilihat sedia bekerjasama dengan UMNO dalam beberapa hal termasuk Hudud. Terbaharu, seorang anggota kumpulan G18 yang juga dikenali sebagai ‘Anwarinas’ Khalid Samad dipetik dari blognya sebagai mendakwa: “kepimpinan baharu Pas sekarang berjiwa sempit” Sebaliknya umum dapat melihat dengan jelas bahawa PasMa dan G18 adalah dua kumpulan yang mempunyai kepentingan dengan DAP. Mudah ceritanya kedua-dua kumpulan ini adalah ‘sayap’ DAP bagi menawan hati orang-orang Melayu. Lalu kata Hadi kepada golongan yang mahu meninggalkan perjuangan asal Pas: “katalah apa saja, siapa yang meninggalkan Jemaah asal, nescaya tidak akan ke mana…” Dalam ketegasan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan, Haji Hadi berkata: “Pas tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang nak berlawan. Biarlah…biarlah dia sahaja yang bersuara. Kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak…qabilah berjalan terus ke destinasi, matlamat dituju.” Terpaksa pula Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfordz Mohamad memperbetul istilah ‘anjing’ dan ‘serigala’ yang disebut Haji Hadi dalam ceramah di Kepala Batas, Pulau Pinang itu. Katanya penggunaan nama haiwan itu adalah sebagai ‘suatu kiasan’, bukan bermaksud melabelkan seumpama haiwan berkenaan. Penjelasan itu dibuat ekoran ada rungutan negatif terhadap apa yang disebutkan oleh Presiden Pas itu atas konteks, pihak yang menentang Kanun Jenayah Syariah (II)(1963) 2015 itu diibarat sebagai ‘menyalak’. Segala ini cukup bagi menggambarkan kecelaruan di kalangan pemimpin Pas dan mereka ‘yang meninggalkan’ Pas. Ertinya pertelagahan sesama mereka seperti sudah tidak terbendung. Sekali lagi, yang kecewa adalah para penyokong. Persoalan besar sekarang…ke mana ketiga-tiga kumpulan ini akan pergi? Bersyukurlah jika ada kecenderungan kumpulan pendokong ulamak ‘mahu berjinak-jinak’ dengan UMNO. Sekurang-kurangnya hasrat utuk melihat umat Islam dan orang-orang Melayu lebih bersatu akan sedikit menampakkan ‘cahaya di hujung terowong’. Tetapi yang dua kumpulan lagi itu macam mana? Apakah mereka hanya bersedia berjuang dengan ‘menempel’ di bawah telunjuk DAP? Di mana maruah dan apa matlamat politik sebenar yang mereka cari? Persoalan ini perlu dijawab dengan jujur agar umum khususnya kalangan orang Melayu tidak menganggap dua golongan ini cenderung untuk ‘menggandai’ kepentingan dan masa depan ummah. Apakah golongan ini akan akur dengan ‘kehendak’ DAP sehingga membabitkan isu-isu bangsa dan agama? Itu pun belum dibayangkan formula perletakan calon bagi pilhan raya umum (PRU) ke-14 akan datang. Sudah pasti akan timbul masalah penempatan kumpulan G18 dengan PasMa. Apakah G18 dapat pastikan mereka diletak kembali pada kawasan yang mereka menangi sebelum ini? Pertembungan akan dapat dilihat antara PasMa, G18, malah termasuk dengan PKR. Ketiga-tiga kumpulan ini akan ‘mengintai’ kawasan-kawasan majoriti Melayu dan yang berbentuk 50-50. Manakala kawasan-kawasan yang majoriti pengundi Cina sudah pasti akan ‘dibolot’ oleh DAP. Malah Pas sendiri akan menghadapi kesukaran mengekalkan kemenangan mereka di sesetengah kawasan. Ada kawasan-kawasan yang ketara kemenangan mereka sebelum ini atas sokongan pengundi Cina. Tetapi mahukah pengundi Cina menyokong mereka susulan mereka sudah tidak lagi ‘bersekongkol’ dengan DAP? Hubungan Pas dan DAP ternyata sukar pulih. Malah Pas dengan PKR juga semakin tidak sehaluan. Pengalaman sebelum ini membuatkan Pas ‘agak serik‘ dengan PKR. Ada pihak dalam Pas yang menuduh PKR hanya manis pada janji tetapi lain sikapnya apabila memegang kuasa. Contoh yang mereka alami adalah di Selangor, di Pulau Pinang dan di Perak sedikit masa dahulu. Pas rasa ‘dipermain’ PKR dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor. Pas sedar cadangan melantik Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail oleh PKR adalah atas desakan DAP. Pas ternyata tidak mahu ‘dipaksa’. Pas pernah mengharap pengaruh PKR dapat membantu mengekalkan pemerintahan di Kedah. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Pendek kata banyak ‘karenah’ PKR yang Pas anggap ‘didalangi’ DAP tidak memihak kepada nilai setiakawan sebenar. Ada pula pihak yang mendakwa, terdapat tokoh tertentu (master mind) di sebalik percaturan ‘siapa dan di mana’ tokoh-tokoh dari PKR, DAP dan Pas ini perlu berada. Senario ini sepatutnya menyedarkan semua, betapa dalam berpolitik, perlu melihat kepentingan jangka panjang. Berpolitik bukan sekadar untuk ‘selesa’ dalam sehari dua atau bukan sekadar ‘menyenangkan hati’ mana-mana individu atau puak. Tidak guna berpolitik jika asas perjuangan bangsa dan agama diketepikan. Perjuangan politik bukan untuk semata-mata mengutuk atau mengatakan pihak lain salah, korup atau serba tidak betul, tetapi perjuangan sebenarnya mestikan berasaskan ideologi yang jelas dan fokus selain berpijak pada ‘skop’ yang luas dan terbuka. Yang tersenyum lebar sekarang adalah DAP. Mereka sedang menyaksikan orang-orang Melayu di dalam Pas sedang berpecah. Dan yang menarik lagi bagi mereka ialah, ada pula kelompok-kelompok Melayu yang ‘berlari’ ke arah mereka. Justeru, elok jika ada pemikiran baharu daripada semua pihak terbabit agar kembali bersatu atas nama perpaduan ummah. Percayalah perpaduan berpaksikan nilai dan tuntutan islam akan lebih menjamin kesejahteraan. Mudah-mudahan perjuangan diberkati. Apa salahnya jika diketepikan sentimen politik kepartian yang ‘keterlaluan’, dengan mengalih kepada yang lebih ‘sederhana’ sambil meletakkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan peribadi atau kumpulan. Sebaik-baiknya fikirkan soal maruah dan hala tuju yang sebenar. Sengaja tidak disebut konsep ‘wasatiyyah’ yang dianjurkan UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Bimbang mereka ‘segan’ untuk menyelusuri wadah yang dibawa oleh UMNO meski pun konsep itu baik untuk ‘diguna-pakai’ oleh semua pihak. Wajar bagi semua pihak melihat suasana kini yang semakin mencabar khususnya bagi umat Melayu dan Islam. Sebarang usaha untuk kembali bersatu tidak kira atas apa nama parti politik yang dianuti perlu mengambilkira kepentingan bangsa dan ummah. Katakan saja…bahawa di Malaysia, Melayu tidak lagi mampu menyaksikan perpecahan demi perpecahan sekadar untuk membentuk kelompok kecil di mana-mana. Lagi pun jumlah keseluruhan mereka sebenarnya tidaklah begitu besar. Banyak unsur kekuatan Melayu hanya boleh dibina melalui muafakat dan bersatu padu. Dato’ Sayuti Mukhtar

PERKASA Gesa Rakyat Sokong Perdana Menteri

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (Perkasa) menggesa semua pemimpin dan rakyat memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perkara itu melibatkan nama baik negara. Menurut beliau, laporan Wall Street Journal (WSJ) kononnya terdapat penyiasat telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dideposit ke akaun dipercayai milik Najib adalah satu tuduhan tidak berasas. Sehubungan itu katanya, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyarankan tindakan undang-undang diambil ke atas WSJ bagi membersihkan nama baik Perdana Menteri dan negara, wajar disokong semua pemimpin dan rakyat negara ini. “Tindakan Muhyiddin yang telah mengeluarkan kenyataannya berhubung isu tersebut wajar dipuji kerana itu adalah isyarat daripada pemimpin nombor dua negara. Ia wajar diperluaskan oleh pemimpin lain di semua peringkat dan juga rakyat tanpa mengira parti politik. “Ini kerana pendakwaan ke atas WSJ boleh membuktikan bahawa Najib tidak bersalah. Paling penting pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah itu juga boleh dikenal pasti dan didakwa di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Ibrahim mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menafikan tuduhan WSJ dengan menegaskan, beliau tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi baik daripada 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti. Malah, menurut Najib, tuduhan terbaharu yang dilemparkan terhadap beliau menerusi media asing itu adalah sebahagian daripada kempen sabotaj yang dibuat secara terancang untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang di- pilih secara demokratik. Dalam pada itu, Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung laporan media antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkenaan. Beliau berkata, Perkasa memandang serius perkara tersebut kerana sebarang tuduhan yang berniat jahat terutama datang daripada anasir-anasir asing dikhuatiri mempunyai agenda sulit untuk memporak-perandakan negara ini. “Siasatan perlu dijalankan seadil-adilnya tanpa bersifat apologetik seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut dengan telus dan menyeluruh. “Jika dakwaan mereka didapati tidak benar selepas siasatan dibuat, ini adalah satu malapetaka buat rakyat yang mempercayainya. Ia bukan sahaja telah mencalarkan kredibiliti negara di mata dunia malah menunjukkan bahawa fitnah mudah bermaharajalela di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Kes Bunuh Bekas Pengasas AmBank Tiada Kaitan Dengan 1MDB

KINI semakin banyak dakwaan tanpa bukti yang lebih mudah dikenali sebagai fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pelbagai teori dicipta oleh musuh politik terutamanya DAP yang gemar menimbulkan perspeksi negatif dan mereka-reka cerita pada rakyat Malaysia dengan harapan dapat menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi itu. Terbaru, dakwaan tidak berasas Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengatakan pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013 ada kaitan dengan skandal 1Malayia Development Berhad (1MDB). Untuk mengetahui cerita sebenar disebalik punca pembunuh itu, terlebih dahulu kita perlu mengenali siapa sebenarnya Hussain Ahmad Najadi.. Hussein Najadi memang dikenali ramai kerana beliau merupakan pengasas Ambank. Bukan itu saja, pada tahun 1983-1984 beliau telah menjual semua sahamnya dan membantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Mengenai pembabitan beliau dengan AmBank, Hussain Najadi dipercayai tidak terlibat dalam pengurusan AmBank mahupun berada di pejabat bank tersebut.sejak 30 tahun yang lalu lagi. Oleh itu, dakwaan Lim Kit Siang tentang Hussain Najadi yang dilaporkan ke Bank Negara pada Mac 2013 dan memasukkan sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank tersebut ke akaun peribadi Najib adalah mengarut sama sekali. Hal ini kerana tiada laporan polis difailkan oleh Hussain Najadi pada Julai 2013 atau masa-masa lain berkenaan transaksi tersebut, malah rekod tersebut didapati tidak wujud sama sekali. Tuduhan Lim Kit Siang ini juga tidak berasas, kerana didapati tiada mana-mana Ketua IT dipaksa untuk meletak jawatan pada tahun 2013. Tambahan pula, CIO, Charles Tan, bekas Accenture masih ada sehingga hari ini dan telah berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun. Jikalau ada mana-mana Ketua IT yang dipaksa untuk meletak jawatan, mereka pasti akan membocorkannya rahsia itu kepada orang awam atau pergi terus kepada pihak pembangkang kerana jumlah wang yang hilang bukan sedikit. Namun sudah lebih dua tahun berlalu, tiada sesiapa yang sedar akan sejumlah besar pemindahan tersebut. Terbuktilah teori Lim Kit Siang itu sama seperti mendakwa lembu boleh melompat ke bulan. Apa yang sebenarnya terjadi ialah Pengasas Ambank itu dibunuh kerana pertikaian tanah kuil di Bukit Ceylon dimana beliau telah menyekat penjualan tanah tersebut kepada pihak lain. Anak tunggal pengasas Ambank, Pascal Najardi yang kini mempersoalkan kes ini merupakan seorang yang bermasalah. Dia dilahirkan di Swiss dan memegang kewarganegaraan bagi dua negara iaitu Swiss-British dan tidak dapat tinggal di Malaysia. Terdahulu, Pascal pernah menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri arwah ayahnya iaitu Cheong Mei Kuen dan menghalangnya dari mendapat harta pusaka berjumlah RM1.8 juta kerana beliau bukan beragama islam dan mengarahkan beliau untuk membayar wang berjumlah RM30 000. Puan Cheong juga didapati cedera dalam kejadian tembak-menmbak tersebut dan memangku mayat suaminya yang berlumuran darah. Kesimpulannya, tuduhan berkenaan pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi yang dikaitkan dengan Najib adalah tidak benar, fitnah Lim Kit Siang ini bolehlah diibaratkan seperti mendakwa lembu berkeupayaan untuk melompat ke bulan.

Pekebun Kecil Risda Perak Terima Dividen RM17.2 Juta

SUNGAI SIPUT - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Saarani Mohamad berkata sejumlah 5,585 pekebun kecil di Perak menerima dividen RM17.2 juta daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), hari ini.. Jelas beliau, pembayaran diberikan kepada pekebun kecil dalam Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK). "Paling rendah, bagi peserta RTBB menerima dividen sebanyak RM1,976.80 bagi setiap satu hektar dan paling tinggi menerima RM4,000 bagi 2.02 hektar. Manakala bagi peserta TSK pula, paling rendah menerima dividen berjumlah RM2,640 bagi setiap satu hektar dan RM8,750 bagi setiap 3.3 hektar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen RTBB dan TSK RISDA negeri Perak 2015, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah RISDA Perak, Ali Sabudin Abdul Samad. Ali Sabudin berkata Risda pada tahun ini, akan memberikan tumpuan dan penekanan yang lebih kepada pembangunan usahawan sebagai satu fungsi utama RISDA selain daripada penanaman semula. Katanya, agenda RISDA itu adalah selaras dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui pelbagai aktiviti ekonomi tambahan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada sumber getah dan sawit sahaja. Sehubungan itu, beliau berkata pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk membangunkan usahawan pekebun kecil dari aspek latihan dan kemahiran, bantuan modal dan pembiayaan, pembangunan produk dan pensijilan, premis perniagaan, pemasaran dan promosi.

Tindakan Tegas Pada Pasukan Penyiasat Khas Yang Berkhianat

KUALA LUMPUR - Pasukan Penyiasat Khas perlu menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti siapakah dalang yang membocorkan maklumat siasatan kepada The Wall Street Journal (WSJ). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut menggesa Peguam Negara, mengambil tindakan tegas ke atas anggota pasukan itu yang berkhianat dalam menjalankan tugas. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Johor dan mantan Timbalan Menteri Pendidikan menyuarakan kebimbangan sambil berkata kecuaian itu boleh membawa kesan tidak adil dan fitnah kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak. “Tindakan tegas perlu diambil kerana pembocoran maklumat ini telah mengakibatkan spekulasi negatif terhadap imej Dato’ Sri Najib Tun Razak” katanya dalam satu kenyataan media. Menurut Mohd Puad lagi, Pembocoran maklumat ini juga boleh menjejaskan keseluruhan penyiasatan kerana terdapat individu yang tidak lagi bersifat ‘impartial’(tidak berat sebelah). Beliau turut berasa hairan mengapa Pasukan Penyiasat Khas ini menumpukan siasatan kepada akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan Pasukan Khas ini sepatutnya mendapatkan testimoni terlebih dahulu daripada pihak WSJ sebagai pihak yang menyebarkan tuduhan. Mohd Puad berkata, Peguam Negara perlu bertanggungjawab di atas kebocoran ini dan perlu menafikan dia terlibat dengan kebocoran ini. “Adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila Wall Street Journal boleh menerbitkan sebuah artikel berkaitan dokumen Pasukan Peyiasatan Khas kurang daripada 24 jam selepas serbuan dibuat.” Jelas Mohd Puad Tidak lama selepas kenyataan mengenai enam akaun yang dibekukan dibuat, Wall Street Journal sekali lagi telah menerbitkan dokumen-dokumen berkaitan. Terdahulu, Wall Street Journal berkata terdapat dua jenis dokumen yang telah mereka terima daripada Pasukan Penyiasat Khas Kerajaan di Malaysia. Yang pertama adalah ‘remittance document’ dan yang kedua adalah dokumen pasukan penyiasatan tersebut. ‘Remittance document’ cuma menyebut nombor akaun AmIslamic Bank yang tidak mempunyai nama sesiapa pun. Tambah beliau lagi, dokumen terbocor kepada WSJ adalah dokumen yang masih di dalam siasatan yang tidak lagi tahu kesahihannya atau kebenarannya. “Pihak berkuasa juga perlu menyiasat sama ada wujud konspirasi terancang untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik terutama dalang utamanya.” Katanya.

Jangan Buat Spekulasi Hingga Siasatan Selesai - Ismail Sabri

SERDANG - Semua pihak diminta tidak mewujudkan 'perbicaraan' di media, melakukan spekulasi mahupun membuat sebarang kesimpulan sebelum pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun Perdana Menteri mengumumkan hasil siasatan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata setakat ini dakwaan yang timbul adalah berdasarkan laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report dan tindakan membuat kesimpulan atau menghakimi sebelum selesai akan mewujudkan perbicaraan di media. "Kalau di mahkamah dokumen yang didedahkan di media sosial tidak boleh diterima. "Pasukan petugas khas telah pun dibentuk dan mereka sedang melakukan siasatan, lebih baik semua pihak menunggu keputusan siasatan tersebut. Hasil siasatan pasukan petugas tersebut boleh kita anggap sebagai sumber yang boleh dipercayai," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa kementeriannya di sini Selasa. Ismail Sabri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan beberapa portal hari ini berhubung penyiaran dokumen oleh Wall Street Journal yang didakwa merupakan penyaluran dana ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Minggu lalu sebuah pasukan petugas khas dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia memulakan siasatan berhubung dakwaan penyaluran dana berkaitan 1MDB ke akaun Perdana Menteri. Tambah Ismail Sabri, selagi siasatan (oleh pasukan petugas khas) belum selesai dan hasil belum diumumkan semua pihak masih belum boleh menerima apa-apa laporan media sebagai maklumat yang sahih dan sah. "Saya pun tidak pasti sama ada akaun yang didedahkan ialah akaun peribadi Perdana Menteri atau siapa punya akaun sebab yang disiasat bukan Perdana Menteri. Yang disiasat ialah syarikat yang dituduh menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. "Semua pihak perlu berlaku adil. Bila buat spekulasi dan kesimpulan mungkin akan mengganggu siasatan. Jadi beri peluang kepada pasukan petugas khas menyiasat. Itu yang terbaik," katanya lagi. -- BERNAMA

Surat Peguam DS Najib Sudah Keluar

Menurut sumber yang diperoleh, pasukan guaman Dato' Sri Najib telah mengeluarkan surat bertarikh 8 Julai 2015 kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung dua artikel berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia tersebut. Surat tersebut dikeluarkan oleh Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menamakan Lembaga Pengarah Dow Jones & Company, Inc sebagai penerima surat guaman tersebut. Surat tersebut menyatakan bahawa artikel yang ditulis oleh Simon Clark dan Tm Wright di dalam WSJ yang bertajuk "Malaysia Leader's Account Probed" yang diterbitkan pada 2 Julai 2015 dan "Scandal In Malaysia" yang diterbitkan pada 6 Julai 2015. Menurut surat itu lagi, peguam Dato' Sri Najib telah diarahkan untuk mendapatkan kepastian daripada WSJ adakah pendirian mereka di dalam artikel tersebut yang menyatakan bahawa Dato' Sri Najib telah menerima hampir USD 700juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pihak peguam Dato' Sri Najib juga menyebut bahawa arahan tersebut adalah kerana penulis tidak pasti sumber wang tersebut dan apakah yang terjadi kepada wang tersebut pada akhirnya. Walhal, keseluruhan artikel tersebut telah menampakkan secara jelas bahawa wang hampir USD 700 juta telah diterima oleh Dato' Sri Najib yang dimiliki oleh 1MDB. Surat tersebut juga menyatakan bahawa dakwaan WSJ diambil serius dan tindakan undang-undang akan diambil. Peguam Dato' Sri Najib juga meminta jawapan dalam masa 14 hari bermula pada tarikh surat tersebut dan memaklumkan sekiranya WSJ telah melantik peguam di Malaysia bagi mewakili syarikat dan juga penulis artikel tersebut. Bagi mereka yang bertanyakan samada Dato' Sri Najib akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak terhadap WSJ, inilah jawapan kepada persoalan tersebut. Kes ini akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya WSJ menjawab bahawa dakwaan mereka bahawa Dato' Sri Najib menerima hampir USD 700 juta adalah benar-benar dimaksudkan oleh WSJ ataupun tidak. Sudah tentu sekiranya WSJ menjawab bahawa dakwaan tersebut bukanlah maksud mereka, maka artikel tersebut akan ditarik balik dan kredibiliti WSJ akan tercalar. Pada masa yang sama, Dato' Sri Najib sudah tentu akan dapat membersihkan nama beliau sekaligus menolak segala persepsi buruk dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau selama ini.

Peneroka Terima Dividen FGV

ELEBU – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini mengumumkan pembayaran dividen FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui pegangan FELDA dalam syarikat ini yang berjumlah RM 59,212,800. Pembayaran dividen ini adalah termasuk dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham. Perdana Menteri yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga peneroka juga menyampaikan duit raya kepada peneroka FELDA dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM29,606,400. Dividen FGV dan pemberian duit raya ini akan dibayar mulai 13 Julai 2015. Seramai 98,688 peneroka FELDA yang bersama FELDA dan layak, masing-masing akan menerima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya manakala 13,947 peneroka yang tidak bersama FELDA tidak mendapat dividen dan duit raya. Peneroka yang tidak bersama FELDA adalah mereka yang tidak menanam semula bersama FELDA atau tidak menghantar hasil ladang ke FELDA, berurusniaga tanah tanpa kebenaran FELDA dan menyaman FELDA. “Saya berharap pemberian duit raya ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,” ujar Perdana Menteri. Beliau turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama FELDA agar dapat kembali bersama FELDA bagi maju bersama dan memakmurkan lagi tanah rancangan. Hadir bagi Program Ihya Ramadhan 2015/1436H di sini adalah Pengarah Besar FELDA, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan FELDA, Pengurusan Kumpulan FELDA, 5,000 warga peneroka, dan penduduk-penduduk kampung tradisional berdekatan. Felda Voice

Peneroka Terima Dividen FGV, Duit Raya Mulai 13 Julai – PM

Wall Street Journal

Kerana Wall Street Journal juga lah sebuah Negara di Teluk Iraq musnah akibat dakwaan mempunya senjata "mass destruction". Sehingga hari ini, negara Iraq dah lebur dan beratus ribu rakyat Iraq terkorban namun senjata yang dicanang-canangkan oleh Wall Street Journal tidak pernah dijumpai.

KERAJAAN Pulau Pinang abaikan usaha membina Perumahan RAKYAT

Kenyataan Media Datuk Seri Zainal Abidin Osman Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Rabu, 8 Julai 2015 Kenyataan balas kepada kenyataan YB Jagdeep Singh Deo, EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang pada Khamis, 2 Julai 2015. Dalam pertemuan saya, Perda dan JKP Sdn Bhd dengan YB Jagdeep Singh Deo, EXCO Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang pada Rabu 17 Disember 2014, isu-isu yang menjadi halangan bagi pihak Kerajaan Negeri meluluskan 15 Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon telah dibincangkan satu persatu dan dikenalpasti. PERDA dan JKP Sdn Bhd juga bersetuju untuk meminda komponen beberapa projek supaya selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri. Exco Perumahan juga bersetuju PERDA dan JKP Sdn Bhd memberikan justifikasi komponen perumahan dan harga yang dicadangkan untuk beberapa projek. Kerajaan Negeri nampaknya sengaja mencari alasan untuk tidak meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Permohonan kedua-dua agensi yang dikemukakan lebih awal daripada tarikh Kerajaan Negeri memperkenalkan polisi Perumahan Mampu Miliknya yang sepatutnya tidak tertakluk kepada polisi berkenaan juga tidak diluluskan. Dalam perjumpaan dengan Exco Perumahan pada penghujung tahun lalu, beberapa permohonan yang dikemukakan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd dipersetujui menepati syarat-syarat yang dikenakan Kerajaan Negeri dan sepatutnya diberikan kelulusan juga masih belum mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Salah satu projek JKPSB dikenakan syarat membayar RM 500,000 kepada MBPP sebagai gantirugi kos pembaikan akibat pemancar telekomunikasi runtuh di Menara UMNO sebelum permohonan PKM diluluskan. Pembayaran telah dibuat pada Januari 2015 namun hingga kini tiada kelululusan diberikan bagi projek berkenaan. Pihak saya tidak dapat mengelak untuk berpandangan bahawa Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang adalah seorang Exco tanpa kuasa seperti " anak harimau tiada gigi ". Ini adalah kerana YB Exco sendiri memberi jaminan semasa perjumpaan tersebut kelulusan Pelan Kebenaran Merancang akan diberikan secepat mungkin kepada permohonan-permohonan berkenaan. Saya ingin mengingatkan YB Exco Perumahan bahawa piagam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi permohonan Pelan Kebenaran Merancang ; keputusan Kebenaran Merancang perlu diberi dalam tempoh 8 minggu daripada tarikh penerimaan pelan yang ditunaikan syarat. Walaupun kesemua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tersebut telah dipatuhi, pihak JKPSB contohnya, masih tidak menerima sebarang maklum balas secara bertulis daripada pihak PBT mengenai status kelulusan permohonan- permohonan tersebut. Permohonan PERDA dan JKP Sdn Bhd seawal tahun 2011 juga masih belum mendapat maklum balas dari pihak berkuasa negeri. Pihak saya juga tidak dapat mengelak dari merumuskan Kerajaan Negeri dengan sengaja mencari alasan untuk menggagalkan usaha dan rancangan agensi Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan bagi rakyat Pulau Pinang. Kerajaan Negeri mencari dan mencipta alasan untuk menolak permohonan-permohonan yang dikemukakan JKPSB dan PERDA setelah mesyuarat SPC tanpa sebarang justifikasi berkali-kali menangguh kelulusan permohonan-permohonan berkenaan. Kerajaan Negeri tidak sepatutnya bermain politik dalam penyediaan perumahan untuk rakyat. Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa mengajak pihak saya untuk berbincang berdasarkan fakta tetapi beliau sendiri menggunakan fakta yang salah. Fakta: 1. Sebanyak 2447 unit (25.9% dari 9444 unit) adalah rumah Kos Rendah (jenis teres dan pangsapuri) dan ditawarkan pada harga RM35, 000 dan RM 42, 000 seunit; 2. Peratusan komponen rumah di bawah siling harga mampu milik kerajaan negeri adalah pada 64.21% dari keseluruhan jumlah yang dicadangkan. ***Bukan sepertimana yang didakwa oleh YB Exco majoriti komponen perumahan yang dipohon melebihi paras harga mampu milik kerajaan negeri. 3. Kelulusan permohonan projek JKP Sdn Bhd di Kampung Awak yang dirujuk YB Exco dalam kenyataannya sebelum ini diperolehi pada tahun 2009. Ini berlaku sebelum kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan polisi perumahan yang baru. Saya ingin ulangi bahawa pihak PERDA dan JKP Sdn Bhd sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang. Ini terbukti bilamana pihak saya bersama JKPSB dan PERDA telah bersetuju untuk berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan YB Exco Perumahan sebagaimana yang diminta oleh YAB Ketua Menteri. Sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang saya telah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri sendiri yang juga Pengerusi Jawantankuasa Perancangan Negeri (SPC) untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Ketua Menteri meminta saya berurusan dengan YB Exco Perumahan terlebih dahulu dan beliau berjanji akan berjumpa saya sekiranya isu-isu tidak dapat diselesaikan di peringkat Exco Perumahan. Ketua Menteri tentunya lebih tahu YB Exco tiada kuasa untuk membuat keputusan meluluskan pelan Pelan Kebenaran Merancang kerana hanya SPC yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sahaja berkuasa melakukannya. Sembilan(9) bulan sudah berlalu sejak saya menulis surat memohon untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Ketia Menteri. Sehingga kini belum ada jawapan dari pihak Ketua Menteri walaupun saya sudah berjumpa dengan YB Exco dan isu permohonan PKM oleh PERDA dan JKPSB tidak juga selesai. Ini jelas menunjukkan Ketua Menteri tiada niat atau hasrat untuk meluluskan permohonan perumahan untuk rakyat. Kerajaan Negeri lebih gemar bermain politik dalam isu-isu rakyat termasuk dalam isu perumahan. Ini bukan sikap yang sepatutnya bagi sebuah kerjaaan yang mengaku mereka mengutamakan kepentingan rakyat. Terima kasih.

Fitnah The Wall Street Journal

Ketua Kumpulan Perbankan Islam CIMB pertikai KESAHIHAN Dokumen bank yang disiarkan WSJ! (Bahasa Melayu) WSJ MESTI MENIPU? Badlisyah Abdul Ghani Saya telah memuktamadkan analisis saya sendiri. Dalam usaha saya untuk menilai kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib berdasarkan kepada dokumen yang dikongsi dalam talian (di http://s.wsj.net/.../documents/info-MALPROBE070715b.html) oleh WSJ dan Sarawak Report (yang menyatakan mereka telah melihat dokumen yang sama seperti WSJ), saya diajukan tiga soalan jelas dan mudah berikut: Pertama, di manakah bukti dokumentari substantif yang mengesahkan nombor akaun yang digambarkan dalam dokumen sebenarnya milik Perdana Menteri? Gambar rajah asas termasuk daripada mereka menjelaskan bagaimana dana mengalir adalah tidak relevan kerana ia jelas dibuat oleh orang lain dan secara jelasnya ia bukan satu dokumen rasmi bank. Mana-mana Tom, Dick dan Harry boleh melukis rajah ini. Ini menjadikan ia satu bukti yang tidak boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi, surat yang kononnya dikeluarkan oleh seseorang dengan nama yang dinyatakan di bawah tandatangan tidak merujuk kepada Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. Ada berkemungkinan beliau merujuk kepada orang lain sama sekali. Ini mewujudkan keraguan yang munasabah yang sangat kuat. Secara keseluruhannya, dokumen-dokumen ini kurang jelas. Ini menyebabkan sukar untuk menyimpulkan bahawa "bukti" dokumentari yang dikongsi adalah kukuh atau cukup baik untuk digunapakai bagi tuduhan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri pada gambaran awal. Saya berharap WSJ boleh memberi lebih banyak penjelasan di atas gambaran yang seolah-olah tidak tepat dan tidak lengkap ini. Bagaimana mereka boleh membuat tuduhan tersebut menggunakan kononnya dokumen perbankan yang tidak pernah menyebut nama Perdana Menteri Najib di mana-mana? Kedua, mengapa alamat Wells Fargo Bank NA (New York Cawangan Antarabangsa) dinyatakan dalam mesej SWIFT adalah sangat berbeza dengan alamat sebenar? Ia dinyatakan dalam mesej SWIFT bahawa alamatnya adalah 375 Park Avenue, NY 4080, New York, NY, Amerika Syarikat. Apabila saya mencari dalam talian untuk alamat Wells Fargo Bank NA (New York Cawangan Antarabangsa), saya mendapati ia menjadi 11 Penn Plaza, Tingkat 4, New York, New York 10001. Lihat http://www.banklocationslist.com/. ../branch.24723.html Jadi apa yang terletak di 375 Park Avenue? Carian pertama saya membawa saya ke Penasihat Wells Fargo, yang merupakan sekutu bukan bank dari Wells Fargo & Company. Lihat https://home.wellsfargoadvisors.com/001_PNZ2. Alamat sebenar adalah 375 PARK AVENUE, TINGKAT 10, NEW YORK, NY 10152. Walau bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan carian ini kerana kemungkinan masih ada cawangan bank Wells Fargo di lokasi yang sama dengan Penasihat Wells Fargo jadi saya mencari dalam talian khusus untuk Wells Fargo Bank NA menggunakan alamat yang sama dan apabila pemeriksaan lanjut saya mendapati bahawa terdapat juga Wells Fargo Bank NA (New York Cawangan Antarabangsa) lain di alamat yang sama ini, menjadikan dokumen WSJ ini kelihatan cukup asli kepada orang-orang yang tidak mengkaji dokumen ini dengan teliti. Walau bagaimanapun, alamat dalam talian sebenar untuk bank ini masih sangat ketara dan kelihatan sangat berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam dokumen yang dikongsi oleh WSJ. http://www.swift-code.com/.../swift-code-pnbpus3nnyc.html. Alamat sebenar adalah 375 PARK AVENUE, TINGKAT 10, NEW YORK, NY 10152. Sila ambil perhatian selepas kod adalah sangat berbeza - 10152 vs 4080 dan juga bagaimana alamat yang tertulis dalam dokumen itu dikongsi oleh WSJ adalah salah seperti berikut 375 Park Avenue, NY 4080, New York, NY, Amerika Syarikat. (iaitu - poskod diletakkan di tengah-tengah alamat). Ini adalah satu cara biasa bagaimana seseorang itu boleh memeriksa ketulenan mesej SWIFT. Tanda kisah memberitahu termasuk nama bank yang salah dan / atau alamat yang salah. Penipu akan sentiasa membuat sekurang-kurangnya nama atau alamat yang sedikit berbeza supaya orang tidak perasan dalam penelitian pertama. Bagaimana WSJ boleh bergantung kepada dokumen yang mempunyai percanggahan yang begitu jelas terdapat di dalam dokumen berbanding maklumat yang didapati di laman web Wells Fargo? Ketiga, yang merupakan salah satu soalan yang paling penting - mengapa Kod SWIFT digunakan dalam dokumen yang dikongsi WSJ adalah berbeza? Cara terbaik dan paling mudah untuk memeriksa sama ada dokumen SWIFT tulen adalah dengan memeriksa Kod SWIFT bank yang digunakan dalam dokumen itu. Jika ia adalah salah maka keseluruhan perkara ini adalah penipuan juga. Ini juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi yang berkaitan. SWIFT Kod Wells Fargo Bank NA (New York Cawangan Antarabangsa) yang terletak di 375 Park Avenue, NY 4080, New York, NY, Amerika Syarikat yang digambarkan pada dokumen SWIFT yang dikongsi adalah PNBPUS3NANYC. Walau bagaimanapun, SWIFT Kod sebenar Kod Wells Fargo Bank NA (New York Cawangan Antarabangsa) yang terletak di 375 PARK AVENUE, TINGKAT 10, NEW YORK, NY 10152 sebenarnya PNBPUS3NNYC. Lihat http://www.swift-code.com/.../swift-code-pnbpus3nnyc.html SWIFT Kod PNBPUS3NANYC milik Alfa-Bank Moscow. Ini bukan sahaja tanda kisah memberitahu bahawa dokumen itu adalah satu penipuan mutlak tetapi pengesahan yang amat tegas bahawa dokumen itu adalah satu penipuan atau pembohongan. Bagaimana SWJ [WSJ] boleh terlepas kesalahan berfakta ini? Tiga soalan mudah sudah cukup untuk membuktikan dokumen yang dikongsi tidak boleh dipercayai sebagai asas bagi tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Sesiapa pun membuat dan mengesahkan tuduhan berdasarkan dokumen yang dikongsi tanpa bertanya soalan-soalan ini malangnya akan dilihat sebagai melakukan sesuatu yang remeh, menyusahkan dan juga sangat dan amat tidak bertanggungjawab. Penipuan menggunakan pesanan SWIFT ini benar dan ia adalah mengejutkan bahawa SWJ boleh mempercayainya. Dan adalah lebih malang bahawa terdapat sejumlah rakyat Malaysia turut mempercayainya kerana bergantung kepada reputasi baik WSJ. Saya berharap WSJ akan melakukan sendiri semakan berasaskan tiga soalan mudah di sini dan jika hasilnya adalah sama dengan apa yang saya telah kongsikan di sini maka mereka mesti menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib. http://mynation.my/wsj-must-lie/ The Wall Street Journal - WSJ.com S.WSJ.NET

Thursday, July 2, 2015

Time bomb in Malaysia

LIM KIT SIANG mahu semua rakyat Malaysia membaca bukunya Time Bombs in Malaysia kerana di situlah terletak tapak semaian membenci kerajaan.Dalam buku itu, semua pembangunan yang kerajaan buat adalah salah, korup dan tidak cekap. Terkini Kit Siang mendakwa sebanyak 10 TIME BOMBS akan berlaku di Malaysia hasil pemerintahan kerajaan Melayu.Dalam bahasa lain, dia menuduh kerajaan pimpinan Melayu bodoh. Sampai hari ini DAP masih menanam dan menyemai kepercayaan itu, sehinggakan ramai di kalangan anak Melayu (dari peringkat belia hingga ke usia warga emas) sudah mencemuh dan tidak menghormati kepemimpinan Melayu.Sesungguhnya DAP sangat licik dan penuh dengan muslihat. Gerak-geri mereka pada masa sekarang ini jauh berbeza dengan taktik semasa mereka tiada kuasa politik. Kini mereka cukup strategik.Penasihat mereka juga hebat. Bukan sahaja dari dalam negara, malah mereka menggunakan penasihat dari luar negara termasuk Amerika Syarikat.Kelihatannya DAP berkeyakinan untuk menakluk Malaysia. Beberapa negara asing yang baik dengan DAP juga mahu melihat kerajaan Melayu sekarang ini segera ditumbangkan.Sedar atau tidak, ketika orang Melayu sedang sengketa sesama sendiri, warga DAP sedang cergas bergerak ke sana sini untuk menabur fitnah dan menghasut semua pihat supaya terus membenci kerajaan Melayu.Sehinggakan ke Mesir pun mereka (DAP) pergi membawa ideologi Malaysian Malaysia (konsep sama rata) sambil mempersoal mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di negara itu. Mengapa tiada bangsa Cina dan India dihantar belajar perubatan di situ?Mengapa DAP tiba-tiba ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan Malaysia di Kaherah.Dengan yakin DAP juga ke bumi Kelantan untuk memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itu sebenarnya agenda utama DAP.PASma, merupakan serpihan PAS yang dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya PASma? Semua sudah tahu, malahan Kit Siang sendiri mengesahkan bahawa semua wakil DAP dalam PASma sudah ditendang keluar dari barisan kepimpinan PAS.Hakikatnya dalam politik Malaysia dari dahulu hingga sekarang hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan PAS. Jika DAP tidak boleh pecahkan UMNO, maka DAP mesti pecahkan Melayu dan Islam dalam PAS.Sebab itu DAP marah kerana semua wakil mereka dalam PAS sudah gulung tikar. Mat Sabu dan rakan-rakan telah gagal menjalankan misi utama dalam PAS.Namun misi ejen DAP ini ialah terus menjadikan Mat Sabu dan rakan-rakan supaya menghasut ahli PAS sedia ada supaya membenci Presiden PAS dan golongan ulama.Soal runtuhnya institusi Pakatan Rakyat, individu yang bersungguh-sungguh mengisytihar pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.Terus terang bahawa barisan pemimpin tertinggi pembangkang sekarang ini sedang melancarkan satu strategi perang yang paling mengelirukan umat Melayu.Umat Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak sedar apa yang sedang berlaku sekarang kerana ramai pemimpin mengeluarkan kenyataan berbeza.DAP kata PR sudah bubar, PAS kata belum, PKR pula kata jangan libatkan mereka dalam sengketa itu. UMNO cuba cari peluang tapi disekat oleh PAS sendiri.  Tentera semut DAP pula sedang sibuk bekerja. Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan selamba berkata “kami susah mahu kalahkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara sebenarnya tidak tidur. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!Operasi perang saraf mereka (pembangkang) cukup halus, cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU14. Malaysia mesti ditawan.Semasa UMNO dan kerajaan Persekutuan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan pelbagai isu termasuk 1MDB (yang paling hangat), DAP dan kroni sedang mengatur langkah.Isu ke mana perginya wang berbilion ringgit dalam Selangor Incorporation telah dilupakan sama sekali.Rafizi, Tony Pua diberi peranan menggegar kerajaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati, jangan terlalu seronok sangat kerana muslihat mereka semakin hari semakin profesional. Tentera semut dan semua jeneral pembangkang sedang bekerja 24 jam termasuk dari dalam penjara!