Monday, November 14, 2011

bacaan Wajib penyokong Pakatan


cukup menggalakkan penyokong tegar dan blogger Anwar Ibrahim untuk segera mendapatkan buku ilmiah ini. Nescaya penyokong tegar dan blogger pasti berpuashati dengan isi kandungannya ...

Mengapa perlu dijadikan bahan bacaan wajib?

Tak mahal ... cuma sekitar RM 60.00, boleh didapati dimana-mana toko buku terkemuka ... MPH Bookstore, Kinokuniya dan sebagainya.

Namun begitu, GWM galakkan penyokong tegar dan blogger pencacai Anwar Ibrahim untuk terus melompat ke mukasurat 22 hingga 24. Baca berulang-ulangkali sehingga khatam untuk mendalami ilmu dan rahsia tersirat dalam mukasurat tersebut.


Sepintas lalu, GWM paparkan rahsia utama sebagai senjata utama penyokong tegar dan blogger pencacai untuk meneruskan sokongan terhadap Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Amat jelas pada tahun 1993 dimana beliau (Anwar Ibrahim) menggunakan rangkaian kawan-kawan, kemahiran sebagai pemidato dan sejumlah wangtunai yang besar untuk mendapatkan sokongan yang cukup bagi merampas kedudukan Timbalan Presiden UMNO dan menggantikan Ghafar Baba.

Menjelang tahun 1990-an politik wang semakin merebak kedalam UMNO, dari cawangan dan bahagian terkecil sehingga kepada barisan kanan parti, dan Anwar menggunakan sepenuhnya politik wang dan sistem naungan untuk kepentingannya.

Manakala pengikut Anwar - seperti yang disaksikan dengan mata kepala saya sendiri (Ian Stewart, penulis buku) dan wartawan-wartawan lain - telah menyerahkan paket wang untuk memperolehi sokongan pemimpin-pemimpin bahagian UMNO dalam kempen beliau menentang Ghafar Baba pada tahun 1993, Anwar telah berjaya mendapatkan sokongan mereka yang berpengaruh dalam parti dan menjanjikan jawatan penting dalam membentuk kerajaan setelah beliau mengambil alih kedudukan Dr Mahathir.


(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China Post bagi artikel politik di Malaysia.)



Ahhh ... mana mungkin seorang pemimpin bertaraf Haji Mabrur seperti Tuan Haji Anwar Ibrahim dimomokkan sebagai Bapa Rasuah & Politik Wang No.1 UMNO suatu ketika dahulu. Ini laporan wartawan luar negara ... ,mungkin sudah dibayar UMNO untuk menulis memburukkan pemimpin Anugerah Tuhan ini ... mana mungkin!

Barangkali penyokong tegar dan blogger Anwar Ibrahim boleh merujuk kepada Editor Harakah Ahmad Lutfi Othman dan pemilik akhbar Siasah Mohd Sayuti Omar a.k.a blogger MSO mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim sejak dalam UMNO.

Atau dapatkan sahaja buku terbitan Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Bak kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...

Stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk membuncitkan perut sendiri". Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai UMNO, daripada memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun kemnya

Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit.



Pssst ... jika buku-buku ini sudah tidak berada dalam pasaran, tanya Tuan Haji Anwar Ibrahim kalau-kalau dia ada copy!

Sunday, November 13, 2011

khalid dah gabra



Khalid takut semua perkara terbongkar ??? ataupun nak sangat melayu di buang dari penjawat awam.anda sudah tahu DAP akan kurangkan semua itu.anda nak ker khalid ?? jom kita lihat apa sebenar berlaku.

Apa lagi yang kita perlu kata,inilah hakikat yang kita perlu terima.Tanya Salah Tak Tanya Salah.Ini yang terjadi kepada Adun Batang Kali Datuk Isa Mohd yang diarahkan keluar dewan apabila cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Menteri Besar berkenaan dengan sumbangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor terhadap penjawat awam.Jelas, Menteri Besar tidak bersedia dengan soalan yang ditujukan oleh Adun tersebut.

Apa sebenarnya motif arahan keluar daripada Speaker ??? Adakah untuk menyelamatkan isu kenyataan DAP terhadap penjawat awam sekiranya mereka memerintah ?? Perkara ini perlu ditanya sekali lagi di dalam dewan ketika sidang dun berjalan sekarang.Apakah perancagan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap kakitangan kerajaan negeri.Sekadar pelarasan gaji minima tidak menjamin keberkesanan sesuatu pentadbiran.

Apa kata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menggunakan perancangan DAP terhadap penjawat awam. Mungkin itu akan menjadi penanda aras bahawa apa yang dikatakan oleh DAP itu ada betulnya.Ini sekaligus akan menutup mulut pemimpin-pemimpin pro BN yang lantang mempertikaikan kenyataan Tony Pua.

Tun Mahathir jawab putarbelit Tony Pua

Beberapa hari lepas, Tony PUaKA mengaitkan Tun Mahathir dalam mewajarkan kenyataannya untuk mengurangkan kakitangan awam..

Hari ini Tun Mahathir menjawab balik putarbelit Tony PuaKA dengan mengatakan hasrat DAP untuk mengecilkan jumlah penjawat awam dengan memecat mereka merupakan satu langkah yang tidak wajar.

Walaupun dahulu Beliau Pernah mengurangkan kakitangan awam semasa pentadbirannya, namun penjawat awam itu diserapkan ke dalam syarikat berkaitan kerajaan.

‘‘Bila mereka bekerja dengan syarikat, syarikat itu yang membayar gaji mereka, sekali gus kuranglah perbelanjaan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program dari kaca mata Tun Dr. Mahathir Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM.

Dr. Mahathir dalam pada itu menyifatkan jumlah kakitangan awam kira-kira 1.3 juta ketika ini adalah wajar dan seimbang dengan jumlah penduduk Malaysia yang kini berjumlah 28 juta.

Beliau berkata, untuk mentadbir urus negara yang mempunyai penduduk sebanyak itu memerlukan kerajaan untuk meningkatkan jumlah kakitangannya.

Katanya, memberi contoh, kegiatan mencuri hasil kayu di Pulau Langkawi berlaku oleh kerana kurangnya penguatkuasaan berikutan jumlah kakitangan pegawai perhutanan kurang.

‘‘Dahulu masa saya jadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia hanya sebanyak 13 juta namun semasa saya berhenti, jumlah itu meningkat sehingga 26 juta. Jadi, takkan kita mahu mentadbir 26 juta rakyat tanpa memerlukan banyak kakitangan,” katanya
Hakikatnya apa yang dikata Tony PUAka adalah kenyataan berbaur rasis...senang-senang nak buang kakitangan Awam..

Tuesday, November 8, 2011

KAKITANGAN MELAYU BAKAL MEREMPAT DI TANAH SENDIRI....

Cuepacs Bidas Dap – Jangan Jadi Pemimpin Kalau Tidak Mahu Pikul Beban


KUALA LUMPUR, 8 Nov – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan kenyataan pembangkang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika berjaya mengambil alih kerajaan pusat sebagai idea yang jumud.

Sambil menentang cadangan itu habis-habisan, Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentingan politik pihak yang ketandusan idea.

“Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.

“Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin DAP Tony Pua yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina, sebagai berkata pakatan pembangkang akan mengurangkan bilangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Mengulas lanjut, Osman berkata penjawat awam di negara ini tidak harus disamakan dengan yang di negara lain, kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan masalah lain seperti pengangguran dan membantutkan pelaksanaan projek kerajaan.

Tambahan pula katanya, jumlah 1.2 juta itu adalah sesuai dengan jumlah penduduk hampir 30 juta, cuma perlu dipertingkatkan kemahiran agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Jadi saya menyeru kepada semua penjawat awam agar menolak idea ini. Ini adalah isu politik. Mereka ketandusan idea tidak ada perkara yang nak dipertikaikan sampai peringkat kita pun nak dipertikaikan.

“Kita harap semua penjawat awam di Malaysia jangan bimbang, kita akan tetap pertahankan, kita akan bersama-sama supaya penjawat awam di negara ini akan terus memberi sumbangan dan berdiri di belakang kerajaan khasnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang banyak membuat penambahbaikan dalam penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Osman berkata maklum balas yang diterima Cuepacs mendapati penjawat awam gembira dengan insentif dan inisiatif yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012, termasuk pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi.

Beliau juga mahu penjawat awam menghargai pemberian itu dengan bekerja bersungguh-sungguh serta meningkatkan mutu kerja.

__._,_.___

MANA JANJI KOHILAL ?

PAS sudah songlap duit ahli PAS
sebanyak RM45 juta.

“Bekas ahli Kohilal mohon keprihatinan" Nooramaludin Mohamad, Bandar Jengka.

Sehubungan itu, sehingga sekarang saya masih belum menerima apa-apa bayaran / pemulangan balik wang caruman saham kohilal yang berjumlah hampir RM4,000.00. Sudah hampir 4 kali surat saya utuskan, namun tiada jawapan dari Kohilal.

Besarlah harapan saya agar Kohilal dapat memulangkan kembali wang saham yang saya laburkan itu dipulangkan segera. Saya amat memerlukan wang tersebut bagi urusan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya.

Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan. Sudah empat kali Nooramaludin tulis surat minta balik duit dia, habuk pun tak dapat.

Sila perhatikan bahawa Nooramaludin tidak minta bayaran dividen atau bonus. Beliau minta dipulangkan pelaburan asalnya saja RM4,000 untuk bayar perbelanjaan sekolah.


Jawapan kepada surat berkenaan....


Bekas pengarah: "Pelaburan Kohilal rugi kerana " tidak bernasib baik ". Seorang bekas pengarah Koperasi Al-Hilal (Kohilal) berkata, kegagalan pelaburan koperasi itu – yang dianggotai oleh ahli PAS – pada tahun 1990-an sehingga kerugian RM45 juta, bukanlah kerana kelemahan pihak pengurusannya, tetapi kerana ‘tidak bernasib baik”.”


Anda tahu apa itu KOHILAL yang cukup terkenal dengan slogannya yang berbunyi HILAL YANG HALAL?
>Skandal Kohilal Bhg 1 - PAS Telan RM45 juta Wang Ahli PAS Dalam KOHILAL


>Skandal Kohilal Bhg 2 - Cara PAS Menipu 20,000 Ahli PAS Dalam KOHILAL


>Skandal Kohilal Bhg 3 - Skim Pelaburan Ala Pak Man Telo

Sampai sekarang, KOHILAL yang pernah dibangga-banggakan PAS senyap sunyi. Segala masalah yang berlaku dalam koperasi yang menggelapkan duit simpanan dan pelaburan ahli-ahli marhein PAS, disapu ke bawah karpet, seperti mana pengurusan Harakah Daily menyapu dan menyembunyikan masalah duit iklan yang tidak sampai ke jabatan akaun.

Beberapa pemimpin PAS cukup seronok dengan kenaikan harga barang makanan. Sebabnya, mereka boleh mengaitkan dengan kenaikan harga minyak. Sekalipun masalah kelapa, bawang, sayur-sayuran dan ikan, tepung, gula dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan kenaikan harga minyak, pemimpin-pemimpin PAS tersebut tetap juga melihat itulah lubang dan senjata mereka yang dirasakan sangat berkesan.

hakikatnya para pemimpin PAS sebenarnya tidak banyak membaca apa-apa yang berlaku di luar daripada tempurung mereka. Media dan sumber maklumat mereka hanyalah Harakah, Harakah Daily, Rocket dan Suara Keadilan Online, selain Siasah dan mana-mana media yang berpihak kepada politik mereka.

Selain daripada politik, mereka tidak berminat. Amat jarang melihat para pemimpin PAS membaca majalah Discoveries, akhbar Financial Times dan seangkatan dengannya. Kalau tidak, mereka tidak akan menyalahkan kenaikan harga minyak secara buta-buta.

Dan kebanyakan daripada mereka tidak tahu pun yang harga minyak di pasaran dunia telah pun meningkat. Negara-negara pengeluar minyak sendiri pun terpaksa menaikkan harga minyak runcit di negara masing-masing.

Itu tak mengapalah, tapi apabila mengaitkan bahan tanaman dan makanan dikaitkan dengan kos pengangkutan yang kononnya bertambah sekali ganda, sememangnya para pemimpin PAS yang menggunakan hujah tersebut, benaknya mengalahkan pengikut-pengikut PAS yang baru tahu, Al Quran itu tidak sahaja digelar al-Furqan, bahkan ada 3 nama lain.

Barangkali mereka tidak tahu, Malaysia tidak mengeluarkan bawang, kentang, gandum bahkan gula pun kebanyakannya diperolehi dari tebu-tebu Brazil. Dek kerana terlalu menumpukan kepada politik dan percaturan, mereka tidak sedar, kebanyakan kawasan pengeluaran makanan dunia terjejas akibat malapetaka seperti banjir, musim sejuk yang berpanjangan dan melampau. Apabila mereka cuba mengaitkan naiknya harga kelapa dengan peningkatan harga minyak dunia, mereka benar-benar katak bawah tempurung kerana tidak sedar kebanyakan kelapa di Semenanjung diperolehi dari Sumatera. Dan bekalan kelapa merosot saban tahun kerana kawasan penanaman kelapa telah digantikan dengan kelapa sawit - sama seperti di Semenanjung.

BACA HARAKAH DAILY

Sepatutnya inilah masanya untuk mereka membuktikan bahawa PAS bijak berniaga dan bijak menguruskan harga barang. Prinsip ekonomi mikro yang mudah ialah, apabila berlaku lebihan penawaran, maka permintaan juga akan menurun, sekaligus mendorong penurunan harga.

Buktikanlah KOHILAL bijak dan sangat efisyen. Setidak-tidaknya tak perlulah duk berbohong pasal penyebatan duit pelaburan ahli-ahli PAS yang sampai sekarang tak berjawab!!!

Thursday, November 3, 2011

Budget 2012- penjelasan mengenai sekolah agama rakyat

Monday, October 10th, 2011 | Posted by Adamyan
BUDGET 2012: PENJELASAN MENGENAI SAR




Bila PAS mula buka mulut, ketahuilah oleh pembaca semua yang 90% daripada sebab dia buka mulut ialah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan diri mereka lebih Islam dari yang lain. Banyak yang berubah, termasuk dari segi dasar perjuangan tapi konsep propaganda PAS yang satu ini masih tidak berubah, skema macam itu juga.

Bukanlah dia kisah benar dengan isu yang disensasikan itu. Yang penulis maksudkan ialah kecaman PAS ke atas Bajet 2012 sebab ketiadaan peruntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat.

Tak ke pelik? Dikala berjuta rakyat Malaysia sibuk bercerita di kedai kopi, laman sosial, laman sembang dan sebagainya mengenai pelbagai faedah yang diberikan kerajaan kepada rakyat dalam bajet 2012, PAS memilih untuk mensensasikan isu peruntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sebab itu penulis kata PAS bukan lagi untuk semua rakyat Malaysia, mereka sudah kembali menjadi milik eksklusif orang Islam saja. Sementara pengurusan PAS ke atas orang Islam tidaklah sebaik mana, mereka sudah semakin hilang sokongan dari orang bukan Islam yang dulunya percaya PAS sudah berubah daripada radikal Islam kepada PAS For All.

Baiklah, kembali kepada isu SAR ini tadi.

Sebelum kita mula mengutuk atau menyokong soal ketiadaan peruntukkan kepada SAR, elok kita faham dari mana dan macam mana SAR boleh menerima peruntukkan dari kerajaan. Secara dasarnya SAR adalah sekolah agama persendirian, bukan dimiliki oleh kerajaan. Guru dan pengurusan mereka adalah dibawah pentadbir yang mereka adakan sendiri.

Kerana Sekolah kebangsaan tidak boleh menumpukan pembelajaran kepada agama Islam semata-mata, maka SAR ini mendapat perhatian ibu bapa yang menjadikannya sebagai tambahan kepada aliran sekolah kebangsaan sedia ada.

Atas kerana hebatnya sambutan orang ramai ke atas SAR ini, maka ramai lagi pengusaha yang melihat SAR bukan setakat medium pendidikkan malah sudah bertukar menjadi medium keuntungan. Akibat terlalu asyik mengejar keuntungan, nasib dan kualiti pelajaran semakin lama semakin berkurangan dan hampir mencapai tahap tidak berkualiti.

Disinilah timbul desakan agar kerajaan membantu institusi ini dari segi kewangan terutamanya bagi memberi peluang kepada anak-anak mendalami ajaran agama Islam dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan aliran sekolah kebangsaan.

Oleh itu, proses kawal selia dan peruntukkan SAR ini diletakkan dibawah Majlis Agama Islam negeri-negeri, bukan peringkat persekutuan. Bila peruntukkan bukan dari persekutuan, maka itu tidak perlu disebut dalam pembentangan bajet nasional.

Soal SAR ini bukan baru ya tuan puan. Kali terakhir ia menjadi sensasi ketika Tun Dr Mahathir masih memegang jawatan Perdana Menteri lagi apabila kerajaan menarik balik bantuan kepada SAR kerana ia telah disalah guna PAS untuk memperkasakan partinya dengan wang rakyat!!!!

Tapi kecenderungan memahami separuh fakta telah menyebabkan sebilangan rakyat tidak melihat isu ini dari sudut yang diatas sebaliknya dari sudut kerajaan menekan pengembangan agama Islam dikalangan kanak-kanak melalui sekatan ke atas peruntukkan kerajaan kepada SAR.

Pendeknya beginilah, peruntukkan untuk sekolah agama bantuan penuh kerajaan, sekolah mubaligh dan sebagainya berada dibawah Kementerian Pelajaran, maka itu bajet mengenainya disebut dalam pembentangan bajet 2012. Kalau pun dulu-dulu ia disebut dalam pembentangan Bajet nasional sebab seperti dikata peruntukkan kepada SAR pernah ditarik dan untuk mengembalikannya semula perlulah melalui diumum melalui pembentangan bajet nasional.

Wajarkah Kita Biarkan LGBT Bertapak Di Malaysia?

Kecoh betul tentang program Seksualiti Merdeka yang bakal dirasmikan oleh “dewi” pujaan puak-puak Pakatan Haram, Ambiga Srevenasan, pada rabu depan. Bukan setakat itu saja. Sebenarnya “pesta perjuangan lesbian, gay, transgender dan biseksual” itu sudah pun bermula hari ini. Sebenarnya, malam ini (1 Novemeber) ada “workshop seksualiti merdeka” yang berlangsung di tingkat 2, bangunan Annexxe beberapa [...]

Kecoh betul tentang program Seksualiti Merdeka yang bakal dirasmikan oleh “dewi” pujaan puak-puak Pakatan Haram, Ambiga Srevenasan, pada rabu depan. Bukan setakat itu saja. Sebenarnya “pesta perjuangan lesbian, gay, transgender dan biseksual” itu sudah pun bermula hari ini.
Sebenarnya, malam ini (1 Novemeber) ada “workshop seksualiti merdeka” yang berlangsung di tingkat 2, bangunan Annexxe beberapa meter dari pejabat Majlis Peguam, tempat Ambiga dan konco-konconya melepak. Tapi “workshop” itu diadakan secara “private” dan hanya yang mendapat jemputan saja yang boleh masuk. Mungkin passwordnya ialah “Mohktar” jugak!
Esok malam akan diadakan majlis forum bertajuk “HUMAN RIGHTS for LGBTIQ: Make it real in Malaysia!”. Antara yang akan hadir dan menjadi panelnya ialah kawan baik Anwar dan Ambiga, iaitu Irene Fernandez!
Saya hairan dengan puak-puak NGO yang menganjurkan program-program atau festival sebegini. Mereka secara terang-terangan memperjuangkan LGBT, kononnya beralasan “hak asasi kemanusiaan”. Memang betullah hak asasi kemanusiaan, tapi apakah mereka tahu bahawa Tanah Melayu ini melarang sebarang unsur LGBT bertapak di buminya ini?
Nak tahu kenapa? Kerana negara ini beragama rasmikan Islam dan corak serta dasarnya mencerminkan atas dasar Islam! Dan sudah semestinya Islam melarang dan menolak sama sekali LGBT dan pengamal dasar ini.
Malaysia atau Islam bukan mendiskriminasikan golongan LGBT seperti Anwar dan sebagainya, cuma kerajaan dan rakyat negara ini belajar dari sirah nabi Allah, Luth A.S. Kami tak mahu LGBT bertapak di sini kerana kami tidak mampu menanggung bala Allah sebagaimana yang diberikan kepada kaum Nabi Luth! Kami tak rela..!!!
Kalau Ambiga dan konco-konconya nak perjuangkan LGBT juga, memang boleh. Tapi, sila keluar dari negara ini kerana undang-undang negara ini melarang sama sekali unsur-unsur LGBT itu diamalkan atau masuk ke negara ini. Muktamad!
Ambiga dan rakan-rakan LGBTnya boleh keluar ke mana-mana negara yang menerima golongan LGBT. Di sana, mungkin tiada undang-undang yang melarang mereka untuk berkahwin atau bercinta sesama jenis.
Suka saya memberitahu kepada Ambiga supaya tidak menggunakan alasan “hak asasi manusia” kerana manusia secara neutral dan fitrah kejadiannya tidak bercinta atau berkahwin sesama jenis! Dalam ertikata lain, manusia bercinta dan berkahwin dengan jantina atau seks yang berlawanan. Yang kahwin sesama jantina itu bukan manusia!
Sedar tak Ambiga, Anwar dan puak-puak LGBT bahawa mereka tidak normal dan mungkin boleh digolongkan sebagai bukan manusia? Sukar untuk mentafsirkan golongan ini. Nak dikatakan haiwan, haiwan pun bersenggama jantan betina. Rasanya payah benar nak dengar cerita kambing jantan bersenggama dengan kambing jantan lain!
Justeru itu pada saya, saya menggesa agar JAKIM atau pihak-pihak berwajib segera mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap perkara tidak normal ini. Kalau boleh, berjagalah ditepi pintu lokasi forum-forum dan pelancaran program itu pada 9 November ini. Kalau ada umat Islam yang hadir, laranglah mereka dan ajaklah kembali ke pangkal jalan…
Kita tak boleh membiarkan puak-puak LGBT ini bermaharajalela di negara ini begitu saja. Bukan membenci mereka, namun mereka perlu diberi peluang untuk memilih untuk menjadi manusia atau menjadi LGBT yang diragui identiti mereka. Mereka patut diselamatkan!

Wednesday, November 2, 2011

PANAS ! Ustaz Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian

oleh : Ridhuan Tee
>
> Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.
>
> Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.
>
> Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
>
> Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?
>
> Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.
>
> Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.
>
> Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.
>
> Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.
>
> Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.
>
> Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.
>
> Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.
>
> Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.
>
> Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.
>
> Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.
>
> Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.
>
> Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.
>
> Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.
>
> Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

AKIBAT SOKONG PAKATAN PEMBANGKANG, GERAI DIROBOH



Pada PRU 2008, kebanyakan pemilik gerai di Selangor khususnya mereka yang berniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom menyokong Pakatan Pembangkang menerusi undi dengan mengundi calon DAP dan PKR. Mereka berbuat demikian setelah termakan janji-janji manis calon Pakatan Pembangkang.


Mereka berkumpul bagi membantah tindakan ADUN Telok Datok dari DAP, Philip Tan Choon Swee dan Anggota Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid yang didakwa lepas tangan dalam isu itu.


Itu yang berlaku pada Mac 2008, tetapi kini mereka mula sedar bahawa pemimpin Pakatan Pembangkang itu bukan sahaja tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat sebaliknya mengutarakan janji-janji kosong. Akibatnya, gerai-gerai yang diusahakan mereka sejak 60 tahun lalu telah musnah dirobohkan walaupun beberapa kali memohon penangguhan, tetapi tidak diendahkan.


Kedai mereka dirobohkan pada 26 September lalu atas arahan kerajaan negeri tanpa ada perasaan belas kasihan dengan menolak permintaan untuk menangguhkan dahulu perpindahan mereka.


Difahamkan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang ada menawarkan sebuah kedai, tetapi hanya berkeluasan 100 kaki persegi, lebih kecil dari saiz kedai asal mereka.


Seorang peniaga, Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan setimpal kepada mereka dan bukannya memberi sebuah kedai berkeluasan tidak sampai 100 kaki persegi.


"Tanah untuk kedai ini sudah dimiliki sejak zaman pemerintahan British lagi, kini hak kami sejak empat generasi lalu dirobohkan tanpa apa-apa pampasan setimpal diberikan."


Mereka difahamkan tempat tersebut diperlukan untuk kegunaan sekolah dan akur serta bersetuju dengan cadangan itu, namun mahu kerajaan negeri memberipampasan sewajarnya seperti wang atau tapak perniagaan yang bersesuaian.


Seorang lagi peniaga, Siah Peck Yoke, 53, menjelaskan dalam satu mesyuarat yang pernah diadakan sebelum ini, mereka dijanjikan pemilikan tanah kerana sudah menduduki kawasan tersebut sejak lebih 30 tahun namun itu hanya janji.


"Saya nak tanya mana semua orang kerajaan, adakah mereka turun menjalankan tugas ataupun hanya tidur. Saya ingin mereka jawab adakah mereka tidur saja."


Selepas ini, peniaga-peniaga di Selangor tidak akan tidur lena dengan memikirkan gerai mana lagi yang akan menjadi sasaran dirobohkan.