Wednesday, July 8, 2015

Kes Bunuh Bekas Pengasas AmBank Tiada Kaitan Dengan 1MDB

KINI semakin banyak dakwaan tanpa bukti yang lebih mudah dikenali sebagai fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pelbagai teori dicipta oleh musuh politik terutamanya DAP yang gemar menimbulkan perspeksi negatif dan mereka-reka cerita pada rakyat Malaysia dengan harapan dapat menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi itu. Terbaru, dakwaan tidak berasas Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengatakan pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013 ada kaitan dengan skandal 1Malayia Development Berhad (1MDB). Untuk mengetahui cerita sebenar disebalik punca pembunuh itu, terlebih dahulu kita perlu mengenali siapa sebenarnya Hussain Ahmad Najadi.. Hussein Najadi memang dikenali ramai kerana beliau merupakan pengasas Ambank. Bukan itu saja, pada tahun 1983-1984 beliau telah menjual semua sahamnya dan membantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Mengenai pembabitan beliau dengan AmBank, Hussain Najadi dipercayai tidak terlibat dalam pengurusan AmBank mahupun berada di pejabat bank tersebut.sejak 30 tahun yang lalu lagi. Oleh itu, dakwaan Lim Kit Siang tentang Hussain Najadi yang dilaporkan ke Bank Negara pada Mac 2013 dan memasukkan sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank tersebut ke akaun peribadi Najib adalah mengarut sama sekali. Hal ini kerana tiada laporan polis difailkan oleh Hussain Najadi pada Julai 2013 atau masa-masa lain berkenaan transaksi tersebut, malah rekod tersebut didapati tidak wujud sama sekali. Tuduhan Lim Kit Siang ini juga tidak berasas, kerana didapati tiada mana-mana Ketua IT dipaksa untuk meletak jawatan pada tahun 2013. Tambahan pula, CIO, Charles Tan, bekas Accenture masih ada sehingga hari ini dan telah berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun. Jikalau ada mana-mana Ketua IT yang dipaksa untuk meletak jawatan, mereka pasti akan membocorkannya rahsia itu kepada orang awam atau pergi terus kepada pihak pembangkang kerana jumlah wang yang hilang bukan sedikit. Namun sudah lebih dua tahun berlalu, tiada sesiapa yang sedar akan sejumlah besar pemindahan tersebut. Terbuktilah teori Lim Kit Siang itu sama seperti mendakwa lembu boleh melompat ke bulan. Apa yang sebenarnya terjadi ialah Pengasas Ambank itu dibunuh kerana pertikaian tanah kuil di Bukit Ceylon dimana beliau telah menyekat penjualan tanah tersebut kepada pihak lain. Anak tunggal pengasas Ambank, Pascal Najardi yang kini mempersoalkan kes ini merupakan seorang yang bermasalah. Dia dilahirkan di Swiss dan memegang kewarganegaraan bagi dua negara iaitu Swiss-British dan tidak dapat tinggal di Malaysia. Terdahulu, Pascal pernah menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri arwah ayahnya iaitu Cheong Mei Kuen dan menghalangnya dari mendapat harta pusaka berjumlah RM1.8 juta kerana beliau bukan beragama islam dan mengarahkan beliau untuk membayar wang berjumlah RM30 000. Puan Cheong juga didapati cedera dalam kejadian tembak-menmbak tersebut dan memangku mayat suaminya yang berlumuran darah. Kesimpulannya, tuduhan berkenaan pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi yang dikaitkan dengan Najib adalah tidak benar, fitnah Lim Kit Siang ini bolehlah diibaratkan seperti mendakwa lembu berkeupayaan untuk melompat ke bulan.

No comments:

Post a Comment