Wednesday, March 26, 2014

hargai Pengorbanan 3 insan ini #prayforMH370

3 insan ini berdiri teguh bersama sejak hari pertama pesawat MH370 di laporkan hilang.Berdepan dengan pelbagai pihak termasuk dunia bukanlah sesuatu yang mudah.Kita mungkin mudah bercakap dan membuat apa sahaja spekulasi tetapi 3 insan ini memerlukan kudrat serta kekuatan dari segi mental dan fizikal. Terima kasih di atas jasa dan pengorbanan kalian , 1.Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan , Pemangku Menteri Pengangkutan) 2.Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA) 3.Encik Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS)

MASIHKAH KAU INGAT

Ketika sekitar 300 tentera Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, dan kerajaan berusaha berunding selama lebih sebulan dan berusaha utk mengelak bertempur, maka ada di kalangan rakyat yang menempelak dan mencaci maki kerajaan dan berkata "bunuh sahaja penceroboh tersebut". Namun setelah itu baharu lah kita sedar implikasi pertempuran tersebut ke atas keamanan negara. Tapi nampaknya rakyat masih tidak ambil pelajaran! Ketika misteri MH370 terjadi, kalian melakukan kerja yg sebelum ini telah dilakukan! Kalian menempelak kerajaan dan melakukan pelbagai spekulasi dan mengarahkan kerajaan untuk bertindak menggunakan "cara anda". Apakah kita ini ada sesudu darah Keturah yang kemudian melahirkan Mala, sehingga tabiat Yahudi itu kita warisi? Ketika Musa lalukan 12 laluan di laut, dan setelah turun manna dan salwa, kaum Yahudi sudah lupa akan pelajaran lalu meminta bawang!

Hentikan Provokasi yang tidak menguntungkan (MH370)

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina dan laman sosial fb agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370. "Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.

Sunday, March 23, 2014

PRK Kajang : Hajat tak kesampaian

PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?. 2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%. 3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan. 4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? 5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim. 6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang? 7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?. Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan. Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim. Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.

Tuesday, March 11, 2014

Bila Dr Redhuan Tee Abdullah berbicara

Dr Redhuan Tee Abdullah BELUM pun PRK Kajang bermula, bermacam-macam tuntutan dan desakan dikemukakan kepada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri oleh parti-parti politik dan NGO ultra kiasu Cina. Mereka tidak segan-segan menuntut, kerajaan mesti mengiktiraf UEC dan tambah lagi Sekolah Persendirian Cina. Undi hanya akan diberikan kepada parti politik yang dapat penuhi hak Cina. Persoalan saya, hak bangsa lain pula bagaimana? Ingatan kepada pihak berkuasa, jangan sampai tiada telur kerana kemaruk undi. Cukup! tidak perlu tambah masalah pendidikan negara ini yang sudah semakin berserabut. Lebih berani lagi, kerajaan ultra kiasu Pulau Pinang, mempertikaikan Putrajaya kerana tidak melayan permintaan mereka yang telah meluluskan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil (SMJK) di Bagan Dalam, Pulau Pinang. Kerajaan ultra kiasu menyalahkan Putrajaya kerana tidak memenuhi permintaan mereka. Tidak cukupkah dengan lambakan SJKC/T yang sedia ada. Sehinggakan kadang kala kita lihat murid dan gurunya terlalu sedikit bilangannya. Tetapi mereka tetap mahu sekolah ini beroperasi. Tidak cukupkah kita pisahkan mereka sejak kecil? Perlukah kita pisahkan lagi mereka sehingga dewasa. Pengerusi Dong Zong dalam temu bual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkata, peratus kelulusan keputusan kertas Bahasa Melayu (BM) UPSR SJKC sama dengan Sekolah Kebangsaan (SK). Nasihat saya, berikan data. Jangan bercakap kosong. Tidakkah beliau tahu kertas BM di SJKC jauh lebih mudah berbanding SK. Lebih menyedihkan lagi beliau berkata, BM adalah bahasa orang Melayu yang pertama, kedua bagi orang Cina. Jika pelajar Cina tidak berjaya dalam kertas ini ada justifikasinya. Bukankah BM adalah bahasa pertama dan utama atau bahasa negara untuk semua warganegara Malaysia? Di manakah kiblat kita sebenarnya? Saya mohon Kementerian Pendidikan paparkan statistik pencapaian BM kalangan pelajar Cina di SJKC. Jangan biarkan mereka memanipulasikan angka. Buatlah kajian di kelas peralihan. Berapa ramai bilangannya. Lebih serius lagi, kebanyakan mereka langsung tidak boleh menguasai BM mudah. Sedangkan Bangladesh dan Nepalis yang tinggal di sini buat seketika, boleh menguasai BM. Kenapa kita yang lahir dan tinggal di sini beratus tahun sukar sekali untuk menguasai BM? Berhubung dengan pengiktirafan UEC, katanya, seluruh dunia iktiraf UEC, kenapa begitu sukar bagi kerajaan. Apakah beliau tidak sedar bahawa kerajaan mensyaratkan supaya Sekolah Persendirian Cina mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kenapa begitu berdegil? Tidakkah beliau sedar dengan UEC, pelajar-pelajar ini masih berpeluang untuk memasuki universiti swasta? Apa lagi yang mereka mahu? Baru-baru ini kerajaan membuat keputusan, bagi meramaikan orang Cina dalam menyertai perkhidmatan polis, maka cukup dengan syarat sekadar lulus BM sahaja, tanpa kredit. Apakah kerajaan masih tidak bertolak ansur dan memenuhi kehendak orang Cina? Sudahlah kita ada universiti yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Apakah selepas ini universiti ini akan menerima pelajar daripada sekolah perkauman juga. Perkara ini perlu difikirkan secara serius. Ultra kiasu sengaja melakukan perkara ini untuk menguji dan memberi tekanan kepada Putrajaya. Selepas ini mereka ada alasan untuk ditudingkan kepada Putrajaya. Tengok! Putrajaya yang tidak meluluskan, bukan mereka. Liciknya strategi mereka. Saya amat mengharapkan Kerajaan Pusat tidak akan tunduk kepada tekanan desperado sebegini. Biar pun kalah dalam PRK Kajang. Pembangunan negara bangsa mesti diutamakan daripada agenda bangsa dan politik. Kita tidak mahu keputusan yoyo. Sekejap ya, sekejap tidak. Tidak ada negara dalam dunia bertindak sebegini melainkan kita. Apakah kita mahu menambah masalah yang sedia menjadi masalah atau menyelesaikan masalah tersebut? Saya amat yakin, dalam kempen-kempen PRK Dun Kajang, kita akan menjanjikan bulan dan bintang. Ingatlah wahai pemimpin, sekali keputusan dan hak terlepas, terlalu sukar untuk kembali semula. Ini strategi licik ultra kiasu, tekan dan minta semaksimum mungkin. Mereka tahu kerajaan akan terkejut. Untuk memberi semua, mustahil. Maka, kerajaan akan berikan sedikit. Sedikit itu adalah merupakan kejayaan besar kepada mereka. Apabila berdebat dengan mereka, saya selalu bertanya, berikan contoh negara-negara yang ada dalam dunia ini, yang mempraktikkan sistem sebegini. Jawapannya, tidak ada jawapan. Justeru, kenapa perlu beria-ia mendesak dan menggugat. Ultra kiasu akan menyambung, inilah uniknya Malaysia. Malaysia boleh

Pilihan terletak ditangan semua rakyat N.25 Kanjang

moga Rakyat #PRKKajang dapat memilih dengan betul calon yang lebih layak bukan proksi spt wan ajijah... Dalam ucapan YB Khairy Jamaluddin dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sependapat bahawa PRK Kajang ini bukan kehendak BN, sebaliknya gelanggang yang dipilih sendiri oleh Anwar Ibrahim dan dia lah yang merancang peletakan jawatan mantan ADUN Kajang Lee Chin Cheh menghampiri tarikh perbicaraan kes liwat yang telah ditetapkan oleh mahkamah. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah perosak demokrasi dengan mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi pada PRU13 yang lalu. PRK Kajang adalah bukti kerakusan Anwar Ibrahim untuk berkuasa, apabila dia sendiri hilang kelayakan bertanding, dia letak bini dia sebagai calon. Sebab itu, pengundi Kajang wajib menolak Anwar Ibrahim dengan tidak mengundi Wan Azizah yang hanya dijadikan boneka (proksi).

Wednesday, March 5, 2014

Sejarah dalam perundangan Malaysia

Rayuan pendakwaan atas keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat pekerjanya sendiri pada 26 Jun 2008 dulu dijangka akan disambung semula pada 6 dan 7 Mac ini. PERBICARAAN PERINGKAT MAHKAMAH RAYUAN 1. 3 Mac 2014 - Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan ketiga Anwar untuk menggugurkan peguam kanan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan, menyifatkan permohonan terbaharu Ketua Pembangkang itu hanya bertujuan melengah-lengahkan rayuan terhadap pembebasannya daripada tuduhan liwat. Sambil menganggap perkembangan rayuan tersebut begitu perlahan seperti siput, Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim dengan tegas menolak permohonan Anwar untuk menangguhkannya, sekali gus memerintahkan rayuan pihak pendakwaan itu diteruskan pada Khamis dan Jumaat ini. 2. 4 Mac 2014 - Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat yang dihadapinya, Supritendan Judy Blacious Pereira. Tudiaaaaa...... sejarah dalam perundangan Malaysia dan dunia kerana kes tertangguh baru 69 kali dalam perbicaraan Anwar meliwat pekerjanya pada Jun, 2008 dulu. Sekarang pun memakan masa 6 tahun, tuh belum selesai lagi kes di peringkat Mahakamah Rayuan. Mungkin bila Anwar mati, perbicaraannya pun belum selesai dan dibawa dalam kuburnya.

Soal akidah no 2, kalimah Allah untuk semua" - siti kassim kumpulan Comango

INI LAH REALITY KEHIDUPAN AHLI2 COMANGO.. BEBAS BERAGAMA SEKS BEBAS LGBT DAN BEBAS SEGALA MACAM... ANUTAN KRISTIAN NEGARA BARAT... "Saya tak kisah orang nak kata saya murtad. In the end tuhan yang akan judge saya. Orang melayu jgn jadi macam lembu dicucuk hidung" Aktivis yang tak setuju dengan ngo melayu islam yang membantah penggunaan kalimah Allah. "mereka ekstremis, selalu melakukan provokasi, dan saya tak perlu bagi tahu bentuk provokasi tersebut" -Siti Kasim.

Monday, March 3, 2014

Prestasi terbaik KWSP

bersyukurlah kita. prestasi baik untuk semua pemegang akaun kwsp

Rasionalisasi Subsidi

Kita sebagai rakyat Malaysia harus menghormati semua dasar dasar kerajaan demi kebaikan bersama. transformasi yang di praktikkan oleh Pm ada lah satu dasar yg perlu dihormati.

Menteri yang komited membanteras Pendatang Tanpa Izin

kepada rakan2 Pati,janganlah kamu menyalahkan kerajaan kami diatas tindakan kami ini.apa yang kami lakukan hanyalah tanggungjawab kami demi keselesaan hidup kami.bukannya kami melarang anda semua kemari.tapi biarlah kamu disini masuk mengikuti saluran yang di sediakan.bumi ini hak ALLAH.tapi kita dipertanggungjawabkan agar menjaga keamanan dan keselesaan negara masing2.kemasukan kamu tanpa izin samalah halnya jika memasuki rumah orang tanpa memberi salam.kalau ditanya,mana lebih baik masuk ikut pintu atau masuk ikut jendela?sudah jelas ikut pintu lagi sopan.walhal jika kita mahu membuat andaian mahukah rumah kita dimasuki orang lain tanpa memberi salam dan masuk melalui jendela?walaupun saudara kita sendiri.apakah kamu tidak marah.dan selepas masuk ke rumah orang bagaimana pula adab kita?kamu tanyalah diri sendiri.ini hanya pesanan yang bolehlah dianggap penyejuk hati saudara sekalian.kita fikir2kanlah.

lagi....projek Barisan Nasional...Janji di kota

Klik link ini untuk melihat perkembangan pembinaan Stesen LRT baru http://www.lrtextension.com/top-headline/lrt-extension-project-progress-and-updates

Nak ke Haji pun dapat subsidi... Tahniah kerajaan Barisan Nasional

Bersyukurlah tidak ada negara lain yg dpt kemudahan begini, hanya di Malaysia sahaja yang ada. Kadang-kadang manusia ini apabila kita membuat kebaikan manusia lain tak pernah hargai apatah lagi berterima kasih. Ingat utk buat benda yg baik bukan semua org boleh buat. Kita bukan manusia yg sempurna tetapi bersama-sama berbuat baik sesama manusia amat besar ganjarannya disisi Allah.

Itulah Politik Namanya

BR1M untuk rakyat dari Kerajaan Barisan Nasional

BN yang terbaik

Ini lah kerajaan BN yg berjiwa rakyat, projek begitu besar pun diwujudkan walaupun ia bawah perintah pembangkang. Syabas, BN adalah kebanggaan rakyat Malaysia. World recognition and solute to BN!

Saturday, March 1, 2014

Skim latihan 1 Malaysia

Skim latihan 1 malaysia berjaya melatih 42 000 graduan menganggur mendapat pekerjaan semenjak dilancarkan pada tahun 2011

kerajaan BN yang prihatin

sabar ya yang belum mendapat BR1M

fahami dahulu sebelum berkata-kata

#BR1M 3.0

menghargai erti rezeki Allah

Saya ingin memberikan tazkirah untuk diri sendiri dan juga mungkin boleh diambil manfaat oleh pembaca. Ia berkaitan perkara yang asas dalam kehidupan kita, iaitu tentang rezeki ataupun dalam bahasa Arab disebut al-Rizq. Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. (lihat: Abu al-Baqa al-Kafawi, al-Kulliyyat, 472. Beirut: Muassasah al-Risalah). Ertinya segala yang kita miliki dari perkara yang bermanfaat ataupun memberikan kebaikan buat kita samada di sudut keperluan dunia semata ataupun untuk agama maka itu adalah kurniaan ataupun rezeki. Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya. Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w menyebut tentang Khadijah: “Aku telah direzekikan cintanya”. Lupa Diri Dalam keghairahan insan mencari kurniaan dalam kehidupan dari segi harta, pasangan, kegembiraan, kebahagiaan dan segalanya kadang-kala mereka melupai sumber rezeki yang asal iaitu Allah S.W.T. Sehingga seseorang seakan terasa dengan kemampuan dan kebijaksanaannya dia mampu mengaut rezeki untuk dirinya. Demikian tidak kurang pula ada yang apabila berpeluang memberikan kelebihan yang dia miliki kepada orang lain menganggap seakan dialah punca rezeki yang telah dia dapat dengan kebijaksanaan dan kekuatan yang dia ada. Ini persis seperti Qarun yang dimusnahkan oleh Allah: (maksudnya) “Qarun berkata: “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan kepandaian yang ada padaku”. Tidakkah dia (Qarun) mengetahui bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, umat-umat Yang telah lalu, mereka itu yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar”. (Surah al-Qasas: 78-80). Al-Razzaq Agar manusia ingat, Allah menamakan diriNYA al-Razzaq (dibaca ar-razzaq). Ini merupakan salah satu dari nama-nama Allah yang indah (Asma` Allah al-Husna). Al-Razzaq bermaksud Maha Pemberi Rezeki. DIA memberikan kepada sesiapa sahaja yang DIA pilih. DIA juga yang menetapkan kadar pemberian menurut yang DIA kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah pemberi rezekinya. Allah menentukan kadar rezeki dengan kehendakNYA yang sebahagian dari kehendakNYA itu dikaitkan dengan peraturan alam yang DIA tetapkan. Sesiapa yang keluar mencari rezeki dengan memenuhi percaturan alam ini maka DIA membuka jalan rezeki untuk hamba itu. Sesiapa yang tidak berusaha, maka tiada rezeki untuknya. Pun begitu Allah boleh melakukan dengan kehendakNYA luar dari kebiasaan percaturan alam. Maka tidak mustahil ada yang memenuhi peraturan alam tidak mendapat rezeki sementara yang tidak berusaha tiba-tiba hadir untuknya rezeki tertentu. Kuasa Allah merentasi segalanya. Pelbagai Rezeki Jenis-jenis rezeki yang Allah kurniakan juga berbeza antara satu sama lain. Ada yang diberikan harta, tidak berikan zuriat. Ada yang diberikan harta dan zuriat, tidak diberikan kebahagiaan ataupun ketenangan dalam hidup. Ada yang diberikan kesihatan, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan kasih sayang. Ada yang diberikan ilmu, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan penghormatan dan maruah. Ada diberikan penghormatan, tidak diberikan harta. Begitulah seterusnya. Maka jangan hairan jika si miskin tidur lena dalam rumah buruknya, si kaya pula kegelisahan dalam banglo mewahya. Jangan hairan jika rakyat bawahan makan dengan sedapnya, sementara raja dan menteri hilang seleranya. Jangan hairan jika ilmuwan lebih dihormati dari menteri. Rezeki itu pelbagai, yang dikurniakan makanan, belum tentu dikurniakan selera. Maka, janganlah kita melihat rezeki itu hanya pada satu sudut semata sehingga kita merasa rezeki kita kurang dalam semua sudut dibandingkan orang lain. Ini seperti cerita seorang miskin yang datang mengadu kepada seorang ilmuwan bahawa Tuhan tidak merezekikan dia apa-apa. Lalu ilmuwan itu bertanya: “Mahukah engkau menjual tanganmu dengan harta seratus ribu? Dia menjawab: “Tidak”. Ditanya lagi, “Mahukah engkau menjual pendengaranmu dengan harta seratus ribu?”. Jawabnya: “Tidak”. Kemudian ditanya mata, kaki dan seterusnya. Akhirnya, kata ilmuwan itu menghitung segalanya dan berkata “engkau sebenarnya mempunyai asset yang berjuta harganya. Tunaikanlah kesyukuran kepada tuhanmu”. Dua Jenis Rezeki Rezeki Allah itu terbahagi kepada dua jenis, satu rezeki yang umum dan satu lagi rezeki yang khas. Rezeki umum diberikan kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-hambaNYA. Samada muslim, bukan muslim, manusia, haiwan, yang baik, yang jahat dan seterusnya. Pada asasnya sesiapa yang berusaha, mengikuti percaturan alam yang telah Allah tetapkan akan memperolehi rezeki. Seorang muslim yang tidur di rumahnya tidak akan memperolehi ikan dari laut, sebaliknya seorang bukan muslim yang turun ke laut dengan kelengkapan dan ilmu tentang penangkapan ikan akan memperolehinya. Demikian, sayur-sayuran tidak akan tumbuh hanya kerana seseorang itu bersolat tanpa usaha, tetapi yang berusaha menanam walaupun tidak bersolat akan tumbuh sayurannya. Di samping alam itu sendiri mempunyai pelbagai percaturan yang lain; hujan, panas, ribut, musuh, kawan dan pelbagai lagi. Segala usaha untuk mendapatkan rezeki hanya akan terhasil jika Allah izinkan. Samada yang DIA izinkan itu DIA redha ataupun tidak, itu persoalan yang lain. Firman Allah: (maksudnya) “dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya” (Surah Hud, ayat 6). Rezeki bahagian kedua ialah rezeki khusus untuk hamba-hambaNYA yang terpilih. Allah rezekikan iman, kebahagiaan jiwa, hikmah, ketenangan roh dan seumpamanya. Ini semua tidak diperolehi dengan usaha kebendaan, tetapi dengan kurniaan Allah. DIA maha mengetahui siapakah hamba-hambaNYA yang layak dikurniakan itu semua. Maka, jangan hairan jika Nabi Musa a.s lebih bahagia dari Firaun yang berkuasa dan memburunya. Jangan hairan jika Firaun itu lebih derita jiwa dari kesakitan golongan yang dia tindas. Demikian juga segala golongan yang zalim yang menindas golongan yang soleh. Jangan sangka orang yang penuh bangga dengan kekayaan hartanya lebih menikmati kemanisan dan keindahan hidup dibandingkan hamba Allah yang tidak berharta tetapi sentiasa sujud penuh syukur kepadaNYA. Berusaha Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi s.a.w menyebut: “Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih). Ada pihak cuba gunakan hadis ini untuk tidak berusaha atas alasan Allah akan berikan rezeki seperti burung. Itu fahaman yang salah. Hadis ini menceritakan bahawa selepas benar-benar tawakkal, seseorang hendaklah seperti burung yang keluar dari sarangnya pada awal pagi mencari rezeki dan akhirnya pulang kekenyangan. Burung tidak tidur dalam sarangnya tanpa usaha. Demikianlah muslim dengan rezekinya. Alam ini ada peraturan dan percaturan, seseorang hendaklah berusaha. Usaha itu adalah ibadah. Qana’ah Usaha berjalan dengan jiwa yang syukur dan qana’ah. Qana’ah bererti akur dengan apa yang diperolehi dari kurniaan Allah. Jiwa pun menjadi lapang dan tenang. Fikiran tidak hanya tertumpu kepada persoalan rezeki yang dilihat semata, juga yang tidak dilihat oleh mata seperti ilmu, bahagia, cinta, kasih dan tenang. Bukan dalam bentuk kebendaan semata, juga dalam bentuk yang lain seperti anak-anak, sahabat, kesihatan, keamanan dan seumpamanya. Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang berpagi dalam keadaan aman pada dirinya, sejahtera jasadnya, baginya makanan hariannya maka seakan dihimpunkan untuk dunia” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dll, hadis hasan). Demikian insan menilai kehidupan dengan penuh kesyukuran. Bukan menolak yang tiada tetapi bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jasamu Dikenang

1 Mac 2014..genap setahun terkorbannya perwira-perwira negara di Lahad Datu. 3 Mac 2014..genap setahun terkorbannya perwira-perwira negara di semporna.. Al Fatihah untuk semua yang terkorban semuga syurga milih semua kerna berkorban untuk pemertahankan negara. Lahad Datu (1 Mac 2013) Terkorban Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat Koperal 113088 Sabarudin B. Daud Semporna (3 Mac 2013) Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman) ASP Michael, (KCKD Semporna) Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna) Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna) Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah) Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau) Al-Fatihah بسم الله الرحمن الرحيم (١) الحمدلله رب العلمين (٢) الرحمن الرحيم (٣) ملك يوم الدين (٤) اياك نعبد واياك نستعين (٥) ا هد نا الصر ط المستقيم (٦) صر ط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم و لا الضا لين (٧)

Air Vs Tanah

Air ialah kurnian tuhan kpd manusia. Penang dpt air drp Kedah, tariff air penang naik tarak sapa bising n hbq Kedah PATUT JUAI AIR MURAH2 sahaja kpd Penang sbb air ialah kurnian tuhan kpd manusia. Tanah ialah kurniaan tuhan juga kpd manusia. Kos hartanah di Penang sgt tak munasabah sehingga org Penang sndiri terutama berkemampuan rendah ta mampu membeli rumah di bhgn pulau lalu berpindah ke seberang. Kenapa harga hartanah di Pulau Pinang esp bhgn pulau mahal sedangkan tanah itu juga kurniaan tuhan kpd manusia? Kenapa pemaju JUAI HARTANAH MAHAL2 kpd pembeli? Dan kenapa org Penang sndiri ta mampu membeli tanah di negeri sendiri? Penang diperintah oleh DAP bukan BN. apa justifikasi anda lagi?

BR1M 2014

Br1m nie duit bantuan utk org susah.. Tujuan no wahidnya ialah utk memastikan di rumah org2 susah nie at least ada beras, minyak masak, gula, kopi, roti pat sagi, teloq ayam gred D.. Utk memastikan org2 susah nie tak akan lapaq.. Then, gomen kembangkan lagi pemberian kpd golongan eksekutif junior d bandar, staff2 perkhidmatan dan sokongan dan berbagai2 lapis termasuk kpd merka yg berstatus bujang... Utk mereka ini, duit Br1m nie bleh diguna at least utk ringankan beban hutang.. Cth utiliti bil, credit card, renew rodtex, courts mammoth, ataupun bayaq insuran kesihatan/medical card keluarga... Bkn utk depa guna bayaq downpayment keta suprima S... credit to Asy Sybilla Khalil

Anti Hadis

pada 26hb Februari 2014 pukul 12.44 ptg 1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran. 2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah. 3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam. 4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama. 5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam. 6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka. 7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima. 8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam. 9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir. 10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum? 11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa? 12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula. 13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut. 14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran. 15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya. 16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina. 17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman. 18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil. 19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina. 20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri. 21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t. 22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah. 23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama. 24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama. 25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka. 26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir. 27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.Credit to:chedet - anti hadis article

Perasmian Jambatan kedua Pulau pinang

Malam ini, jambatan kedua Pulau Pinang akan dirasmikan. Elok juga bagi nama Agong, sebab Pulau Pinang juga sebahagian dari Kedah (jangan lupa tu) takut ada orang nak claim nama dia pulak. Ketika Tun Dr Mahathir mahu membinanya, kenderaan di jalanraya pun masih belum banyak. Ketika itu ada ketua sebuah parti sekarang pun, "oi buat apa naik jambatan Mahathir, lebih baik aku berenang" Ramai mengkritiknya katanya akan jahanamkan syarikat feri. Tapi Allah Maha Besar, kalau ingat peristiwa jeti terbakar masa tu. Agaknya tanpa jambatan tu, terputuslah hubungan mereka. Tapi kita tak pernah lupa, bagaimana impian beliau untuk membina sebuah jambatan menggantikan Tambak Johor. Kata pengantinya waktu itu membazir dan Singapura tak luluskan. Jika membazir, bagaimana boleh membina sebuah lagi jambatan yang jauh lagi tinggi kosnya dan tidak mendatangkan hasil jangka panjang sebagimana jambatan bengkok yang mampu melumpuhkan sedikit ekonomi Singapura? Walhal, kita tahu yang kita bina hanya di sebelah negara kita kenapa perlu minta permission negara lain? Malah Sultan pun sudah bertitah untuk jambatan itu diteruskan. bagaimana pula janji Perdana menteri sekarang ketika masih menjadi Timbalan untuk meneruskan projek jambatan itu? Tidak ramai yang berpandangan jauh seperti Mahathir. Jika ada antara kita yang lebih suka melihat dari mata kasar, kita tak akan faham apa yang Tun Mahathir cuba nak buat.

pakcik yang membangkang perlu muhasabah diri

Dari segi ekonomi, pdptn isi rumah sepatutnya meningkat dari setahun ke setahun. jika pakcik duk mengeluh harga barang naik (sudah tentu kenaikan pasti berlaku dlm ekonomi), makna kata pakcik tak usaha nak tambah income isi rumah pakcik n selesa dgn income yg tak naik itu sedangkan golongan kaya akan berusaha menambahkan income masing2. so dlm 5 tahun, pakcik masih lg berada dlm lingkungan income isi rumah yg statik tetapi ramai dah berjaya meningkatkan income dan pakcik tuduh mrk semakin senang sedangkan pakcik malas berusaha. harga goods and service pasti naik. jangan asyik menyalahkan kerajaan atas kegagalan pakcik merubah keadaan diri pakcik sedangkan pelbagai bantuan perniagaan utk tingkatkan ekonomi pakcik tak berminat. tanggung jawab pakcik bukanlah tanggung jawab kerajaan.

Kisah Pakcik yang bersyukur

Abu : Pakcik harga rokok sekarang mahal ...RM12 sekotak. Pakcik: Lantaklah, pakcik org miskin dan tak hisap rokok. Lgpun rokok haram disisi Islam. Abu : Pakcik, bil elektrik naik tahun depan? Pakcik: Lantaklah, pakcik org miskin, bil api api pakcik RM50 je tak terlibat dgn kenaikan pun Abu: Pak Cik, tol pun nak naik tahun depan? Pakcik: La, apa kaitannya. Tol tu kat KL & Selangor je naik. Lagi pun pakcik org miskin. Tp betul jugak takkan org Sabah, sarawak, kelantan & terengganu nak tanggung subsidi tol diaorang. Berkorbanlah sikit. Abu: Pak Cik, harga gula pun dah naik. Pakcik: Pakcik dah terlebih makan gula. Lagi pun naik 34 sen je. Sebulan 2 kilo.. baru 68 sen. Miskin pakcik pun masih boleh bayar. Kerajaan jimat RM setenggah billion... boleh bagi dana kat org miskin! Abu: Dah harga minyak macam mana lak pakcik..setuju jgk ke?Pakcik: Pakcik tak nak jawab lah... Abu : Sebab apa pakcik..? Pakcik: Sebab anak tak belajar ekonomi... subsidi melampau adalah penghalang kepada sifat daya saing dalam sesebuah ekonomi, dan ianya tidak baik!! Abu: Tapi kita semua merana pakcik? Pakcik: Korang yang merana... aku yang miskin makin banyak nikmatnya ada mcm2 bantuan dan dana..sbb subsidi tu dah mengalir kepada yg sepatutnya !!! Abu: Mana aci? Pakcik: Kerana adil bukan samarata tapi ikut hak yg patut terima...pak cik yakin dgn komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dengan "Program Pelarasan Subsidi Terarah" ini supaya tepat kepada golongannya khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Janganlah dianggap kerajaan ingin memperbodohkan rakyat