Wednesday, October 26, 2011

BUKTI !! KHALID DAN TERESA KOK SELEWENG DANA "AIR" ?!!!

Semenjak Pakatan berjaya mengambilalih Selangor dari tangan UMNO-BN, pelbagai cerita menarik dan ‘misteri’ berlaku di Selangor. Dan menariknya hampir kesemua cerita ‘misteri’ tersebut membabitkan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa yang sangat besar, membabitkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Pencurian wang negeri dibuat dalam skala besar dan kecil. Pelbagai kaedah digunakan untuk mengelabui helah sebenar pencuri-pencuri yang sangat licik ini. Mereka sentiasa mencari isu bagi menghalalkan perbuatan mencuri duit rakyat Selangor.

Daripada penyelewengan peruntukan MARRIS yang tidak digunakan untuk menyelenggarakan dan memperbaiki jalanraya-jalanraya di seluruh Selangor, sehinggalah penjualan dan pemindahmilikan tanah kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Ronnie Liu dan Teresa Kok.

8 November 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen ‘Kembalikan Hak Air kepada Rakyat’ yang diketuai oleh Teresa Kok Suh Sim dan Ronnie Liew. Kempen tersebut dicanangkan sebagai perjuangan Pakatan untuk rakyat Selangor yang kononnya teraniaya kerana bekalan air di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan telah diserahkan kepada SYABAS yang juga merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

Melihat kepada cara persembahan Pakatan dalam isu ini, kelihatan jelas, sememangnya parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Selangor sebenarnya sudah terdesak untuk mencari dana untuk pilihanraya. Projek kempen ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ merupakan salah satu daripada mekanisme yang digunakan oleh Pakatan pimpinan Khalid Ibrahim untuk mencuri duit perbendaharaan negeri Selangor.

Menerusi kempen tersebut, Pakatan atau lebih tepat lagi DAP memberi komitmen kepada para penyokong mereka tentang keuntungan besar yang bakal mereka perolehi sekiranya terus menyokong Pakatan. Malah pada masa yang sama, Pakatan atau DAP memberikan komitmen kepada para penyokong dan propaganda mereka, Pakatan dan DAP akan berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan kempen-kempen yang serupa pada masa hadapan.

Sepanjang kempen tersebut, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti penerangan, penyiaran, ceramah dan gerak kerja bersama beberapa NGO yang menelan belanja sebanyak RM336,130.69. Menariknya, Pakatan dan DAP Selangor mengumumkan kononnya peruntukan yang diluluksna oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanyalah sebanyak RM120,000.

Aktiviti-aktiviti tersebut semuanya memerlukan duit. Dan duit tersebut tidak hanya diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung, tetapi sebenarnya memang diidam-idamkan sangat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan dan DAP Selangor.

Tuntutan peribadi TERESA KOK sahaja sebanyak RM67,342.20 manakala Ronnie Liu pula seperti biasa, tidak akan membuat tuntutan besar bagi mengurangkan persepsi buruk terhadapnya selaku kepala gangster Selangor. Ronnie Liu hanya membuat tuntutan sekadar RM2,005.50.

Paling menarik ialah apabila Khalid Ibrahim dengan menggunakan dua buah agensi kontraktor bukan Bumiputera yang mempunyai kaitan dan kepentingan peribadi dengannya. Khalid Ibrahim menggunakan Thingumagic dan D’macriz Communication Sdn Bhd untuk menyebat duit kerajaan negeri lebih RM200,000.
Perhatikan carta bayaran berkaitan kempen kembalikan hak air Selangor di bawah.

Mufti Perak beri peringatan

SHAH ALAM 22 Okt. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan ingatan bahawa kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku hari ini menyebabkan ada pihak yang berani memesongkan akidah penganutnya, selain menghina agama tersebut sedangkan sebelum ini Islam begitu dihormati.
Beliau yang menjadi tumpuan kira-kira 10,000 peserta Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) sebagai pemidato terakhir mengimbas kembali bagaimana kekuatan orang Melayu yang tetap berpegang teguh dengan agama mereka meskipun ketika dijajah selama 500 tahun.
Malah beliau menyatakan, orang Melayu juga diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab.
“Dalam semangat yang masih ada hari ini kita perlu pertahankan Islam. Bangsa Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana Melayu dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kedatangan pendakwah ke Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu menjadi Islam dan kedatangan Islam membolehkan orang Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu,” katanya pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Menurut beliau, sejak zaman penjajahan lagi, kuasa kuffar tidak henti-henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Tanah Melayu termasuk dengan mengadakan pelbagai muslihat.
“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” katanya.

Sunday, October 9, 2011

HUDUD : DAP IBARAT MANUSIA MELIHAT HANTU : NIK AZIZ

KOTA BHARU 26 Sept. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan apa hubungan DAP dengan Islam sehingga pemimpin parti tersebut sanggup bertindak ‘mengugut’ akan meletakkan jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud.
MenurutNik Abdul Aziz (gambar), tindakan pemimpin DAP itu amat menghairankan kerana hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas adalah untuk orang Islam dan melibatkan mahkamah syariah yang hanya mengendalikan kes-kes membabitkan orang Islam.
Beliau juga secara sinis mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa, mana-mana pihak termasuk DAP yang menentang hasrat Pas itu ibarat “orang takut melihat hantu.”
“Nak keluar kerana apa? Hudud untuk orang Islam, apa hubungan dia dengan Islam? Macam saya kata kelmarinlah, orang takut hudud macam takut hantulah. Tanya dia hantu benda apa, dia tak tahu tapi orang dah takut dia takut sama. Budak kecil takut hantu tapi tanya dia apa hantu, dia tak tahu tapi mengaku takut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan, pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
Ditanya kemungkinan Pas akan kehilangan sokongan pengundi bukan Islam sekiranya melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya mempersoalkan kenapa masyarakat bukan Islam tidak menyokong parti tersebut.
“Tak sokong kerana apa, kerana hudud? Ini bukan untuk dia, untuk orang Islam,” katanya sinis.
Nik Abdul Aziz semalam memberitahu, kerajaan Pas Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya walaupun pelaksanaan hukum Islam itu ditentang keras oleh DAP.
Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan hakim-hakim menggunakan akta tersebut dalam perbicaraan sesuatu kes sekiranya wujud prima facie.
Ditanya sama ada kerajaan negeri perlu meminta kebenaran daripada Kerajaan Pusat sekiranya hendak melaksanakan hukum tersebut, Nik Abdul Aziz berkata, ia tetap perlu meminta kebenaran walaupun bidang kuasa membabitkan mahkamah syariah terletak di bawah sultan.

Thursday, October 6, 2011

Nik Aziz Raja putar belit


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.


5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.


6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.


7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.


8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.


9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.


10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. Tok guru kata DAP hantu atau sebenarnya dia yang hantu,sekejap tuduh DAP sekejap tuduh Tun Mahathir,sekejap tuduh Ds Najib,lepas tu dia salahkan Umno.

Hari tu bukan main sayang dekat Guan Eng,sekarang hentam pulak? Hari tu bukan main peluk cium angkat jadi khalifah,sekarang kata dia hantu pulak? Mana satu betul ni?

PEMBANGKANG PENIPU!!!!!!!!!!!!! MANA ADA ROSMAH BELI CINCIN

Akhirnya segala persoalan dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang terhadap Rosmah/Najib terjawab di sesi Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya, tetapi membuktikan kewujudan cincin tersebut.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Segala penafian oleh Rosmah/Najib dan Nazri adalah berasas.

1- Tiada pembelian cincin tersebut oleh Rosmah – BERASAS.
2- Cincin telah dipulangkan kepada Jacob & Co – BERASAS.
3- Tuduhan pembangkang adalah fitnah semata-mata – BERASAS.
4- Cincin itu bukan milik peribadi Rosmah - BERASAS.

Didalam kebanyakan soalan-soalan oleh pembangkang, tiada satu pun menghubungkaitkan cincin tersebut dengan pertunangan dan perkhawinan Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22.

Rosmah/Najib “memang tidak membuat sebarang pembelian”kerana ia adalah pemberian dari pak mentua Najwa dari Kazakhstanuntuk diteliti dan dilihat. Pak Mentua Najwa adalah Presiden Nursultan Nazarbayev yang kaya raya.

Ia hanya bertujuan untuk dilihat, berkenan atau tidak, dan akan dipulangkan kembali kepada tuan asal Jacob & Co untuk urusan selanjutnya. Jadi jika menuduh ia dibeli dan dimiliki oleh Rosmah adalah dusta semata-mata.

Jika pihak SPRM dan JKDM mengesahkan cincin tersebut wujud dan ditujukan kepada Rosmah, maka inilah satu-satunya jawapan yang ada kerana ia berlaku pada tarikh pertunangan dan rekod kastam yang berdekatan.

Majlis Pertunangan 17 June 2011

Wednesday, October 5, 2011

PAS = Perjuangan Islam

Sampai Bilakah 'Pembangkang' Perlu Bergantung Kepada Jentera PAS Pada Setiap Kali Pilihanraya?


Setiap kali berlakunya pilihanraya, baik pilihanraya kecil atau pilihanraya umum maka pasti ada saja yang merungut di "kem pembangkang", terutamanya tentang persediaan jentera dan petugas pilihanraya. Apa tidaknya, setiap kali musim pilihanraya pasti jentera Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang lebih menonjol daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri.


Di Pahang, senario ini memang kerap berlaku dan sudah menjadi kebiasaan kepada semua pihak sebenarnya. Persoalannya, apakah fenomena ini harus dibiarkan terus berlaku sampai bila-bila?. Jentera atau petugas pilihanraya adalah penting dalam membantu kemenangan. Maka itu, jentera harus dilatih dan diperkemaskan dengan kemahiran untuk berkerja sebelum, semasa dan selepas sesuatu pilihanraya itu. Mutakhir ini, bagi negeri Pahang apa yang bakal disaksikan masih hampir sama dengan yang terdahulu. Kebergantungan terhadap parti PAS, dilihat sebagai sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.


PAS yang dianggap "lebih advance" dalam kemahiran berhadapan dengan pilihanraya sering dijadikan alat setiap kali pilihanraya. Alasan yang diberikan cukup mudah iaitu parti lain iaitu DAP dan PKR, masih baru dan tidak mempunyai jentera yang mempunyai semangat jati diri dan komitmen yang tinggi seperti ahli PAS. Jika inilah alasannya, maka sampai bila agaknya ia boleh diubah. Sampai bilakah parti pembangkang lain harus bergantung kepada jentera PAS semat-mata. Malah, ada sesetengah kawasan langsung tidak ada cawangan atau kewujudan parti lain dalam pembangkang selain PAS.

Anehnya, ada pula parti yang tidak mempunya jentera yang cukup kuat dan bersedia tetapi berusaha melobi untuk bertanding di banyak kawasan sedangkan mereka tahu senario yang berlaku. Akhirnya, jentera PAS terus digunakan atas dasar persepakatan sampai bila-bila.

Mana-mana kawasan yang tidak berwibawa untuk parti lain memberi ruang kepada PAS untuk meletakkan calon mereka. Jika tidak sudah pasti ia akan mengecewakan ramai pihak, seolah-olah mereka diperalatkan oleh rakan-rakan yang lain. Semua ini sebenarnya berlaku di mana-mana di seluruh negara.Jika ia berlaku di kawasan yang ditandingi oleh PAS sendiri, mungkin tiada masalahnya. Bayangkan jika ia terjadi kepada kawasan yang ditandingi oleh parti lain?.Usaha perlu dilakukan lebih awal memperkuatkan jentera, bukan sekadar seronok beretorik mahu menawan Putrajaya sedangkan kemampuannya tidak ada.

NEGARA KEBAJIKAN : BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI KELANTAN TAK ADA AIR




TUMPAT 2 Okt. - Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.
Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.
"Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.
Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.
Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.
"Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain,” katanya.
Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. - Bernama

Tuesday, October 4, 2011

MAT SYABU DAH LALOK



Parasit ni berucap dgn penuh perasaan, berapi-api dengan diselangi gelak tawa di depan pengikut yang tak tahu apa-apa pun .. tu dialah si Mat syabu sejak dulu lagi...apalah yg disumbangkannya kpd negara selama ini... 1 ayat. saja...TIDAK ADA.....hanya tau cetuskan kontroversi...x de riak kesal langsung diwajahnya bila bermain dgn isu komunis ni...dia tidak tahu skg dia dok senang hasil perjuangan anggota keselamatan yg berjuang bermati-matian..ade dia fikir semua tu...

Dah terbukti PR penyokong komunis...
1) Masa BESIH: tertangkap konvoi dgn baju-T simbol komunis dan Chin Peng
2) Anwar sokong kepulangan Chin Peng,
3)PAS- mewirakan komunis
4)PRM-Tian Chua, disatukan dgn PKR.Komunis Malaya ialah tali barut Peking ( Beijing / China ) ) atau ..."Maoisme" (ideologi Marx- Mao Zedong ).

Mat Sabu sakit hati sebab nak tipu kena langgar dgn 4WD polis tapi terkantoi.. nak balas dendam ,sanggup,seru rakyat bunuh polis supaya jadi HERO

Islam macam mana pun, guru agama pun, kalo dah bersenkongkol dgn kafir harbi, bunuh org Islam..x de maknenye.
Jangan samakan Mat Indera dengan Tok Janggut, sejarah perjuangan Tok Janggut diiktiraf, ada dlm buku teks.
Kebanyakan "Pejuang-Pejuang Kiri" macam Burhanuddin, Boestamam, Ibrahim Yaakob, pun tak sama mcm Tok Janggut, mereka ini ni bercita-cita nak masukkan Tanah Melayu dalam "Indonesia Raya"

UMNO yang menuntut kemerdekaan melalui rundingan..dan UMNO jugalah yang mengisytiharkan kemerdekaan negara ini..walaupun ada gerakan2-gerakan menuntut perkara yang sama (kemerdekaan).namun atas sifat khawarij pas..mereka tak mahu mengambil hikmah mengapa tanah bertuah ini dibebaskan British hanya melalui rundingan ..bukan melalui gerakan bersenjata..seharusnya kalian bersyukur.bukan mempertikai.

Sambutan Hari Kemerdekaan tidak hambar - Rais yatim

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 baru-baru ini sebagai hambar seperti yang didakwa oleh Pakatan Rakyat.

Rais sebaliknya berkata, perayaan Hari Merdeka yang disambut serentak dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu mendapat sambutan baik rakyat selain meninggalkan kesan patriotisme dan semangat kekitaan dalam kalangan mereka.

"Hanya Yang Berhormat yang kata hambar, barangkali mungkin parti Yang Berhormat kurang kisah tentang perayaan Hari Merdeka atau cara Yang Berhormat melihat Hari Malaysia.

"Saya katakan begitu kerana semua negeri, kecuali di Kelantan dan sedikit sebanyak di Pulau Pinang dan Selangor sahaja yang tidak menonjolkan perayaan ini.

"Saya cadang Yang Berhormat melihat kembali dalam pintu hati sendiri sama ada betul atau tidak komen tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Rais berkata selain di tiga negeri itu, perayaan Merdeka dirai meriah dengan sebanyak 218 program berlangsung di seluruh negara, lebih 10,000 rakyat mengambil bahagian dalam acara sambutan di Dataran Merdeka dan ribuan lagi memeriahkan acara itu di peringkat negeri.



"Sebagai pengerusi Jawatankuasa Sambutan Perayaan Merdeka ke-54 dan Hari Malaysia, saya menyifatkan perayaan ini berjaya dan jauh daripada hambar," tegasnya.

Kepada soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Rais berkata kerajaan bersedia mengadakan pertemuan cendekiawan sejarah dalam konteks menentukan fakta akademik sejarah dapat diperbetulkan.

Bung Moktar bertanya mengenai usaha kementerian untuk menjelaskan kekeliruan dan putar belit fakta sejarah yang sengaja dimain pembangkang untuk mengelirukan rakyat, termasuk kenyataan pembangkang yang mengangkat komunis sebagai wira.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Rais berkata bilangan semasa keseluruhan pengguna kad perkhidmatan telefon prabayar di seluruh negara ialah 28.4 juta.

Pengguna perkhidmatan prabayar yang tidak menggunakan sepenuhnya nilai kad itu ialah 90.2 peratus dan kuantum yang tidak digunakan ialah RM71 juta, yang merupakan 0.5 peratus daripada pendapatan syarikat telekomunikasi, katanya.

Menjawab soalan tambahan Idris mengenai cukai perkhidmatan telefon prabayar, beliau berkata Kementerian Kewangan akan menimbang cara terbaik untuk menyelesaikan isu itu.

Pada masa sama, Rais menggesa rakyat sebagai pengguna memberikan maklumat balas berhubung kadar caj yang dirasakan berpatutan dan jika merasa adanya ketidakadilan boleh mengemukakan butir lengkap sebagai bukti.

Jika tiada sebarang aduan dikemukakan, kerajaan mungkin bertanggapan kadar yang dikenakan sekarang diterima rakyat, katanya.

- Bernama

Monday, October 3, 2011

Parti baru, KITA sedang bergolak panas




Parti baru, KITA sedang bergolak panas
21/09/2011 10:51am


KUALA LUMPUR 21 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lepas, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan “tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan” Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.
Tindakan memecat tiga anggota CWC — setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher — dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam satu e-mel kepada Bernama hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.
"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.
"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti,” katanya. - Bernama

Iktibar dari sebatang pensil

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak

Sunday, October 2, 2011

Guan Eng tidak patut sabotaj negeri lain: TPM

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya.


Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan, akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.


"Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan jahat yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang...ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia.


"Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari sempena lawatannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Jumaat..

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.


Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Lim sepatutnya sedar bahawa pelabur tidak akan datang ke Pulau Pinang sekiranya tiada sokongan daripada Kerajaan Pusat.

Malah, beliau berkata Lim juga seharusnya sedar bahawa asas pembinaan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perindustrian di Malaysia sudah pun terbentuk sejak sekian lama sedangkan DAP baru sahaja memerintah negeri itu tiga tahun lalu.

"Jadi atas dasar itu sepatutnya tidak ada perasaan bongkak dan sombong pasal dia kata negeri dia sahaja yang paling baik dan negeri lain tidak baik.

"Ini sikap pembangkang yang bagi saya memang tidak adil. Dia boleh kempen atau promosi macam saya promosi Johor tetapi kalau pelabur kata mahu ke Pulau Pinang, mereka boleh pergi asalkan datang ke Malaysia kerana ia memberi kesan berganda.

"Kalau pelabur melabur di sana pun (Pulau Pinang), kesannya kepada seluruh negara kerana bila dia eksport, negara dapat tukaran wang asing, peluang pekerjaan turut diterima rakyat dari seluruh negara," katanya.

Ditanya mengenai perancangan BERSIH untuk mengadakan satu lagi demonstrasi pada 30 September ini, Muhyiddin berkata anggota BERSIH sewajarnya memberikan sokongan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang dibentuk bagi mengkaji dan menambahbaik sistem serta proses pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, ini kerana jawatankuasa berkenaan yang disertai wakil daripada kerajaan BN dan pembangkang akan berbincang bagi merumus langkah susulan dalam proses penambahbaikan pilihan raya.

"Kalau ada ugutan seperti itu, ia tindakan yang tidak bertanggungjawab...sengaja nak timbulkan kekacauan...ugut pihak berkuasa supaya mencabar mereka. Saya tidak fikir ia beri faedah pada kita kerana yang penting bagaimana proses nak selesai, bukan tuntutan itu," katanya. - BERNAMA

HUDUD : MASALAH ANTARA PAS DAN DAP

Cubalah PAS berhenti jadi bodoh dan belajar menerima kesilapan. Kesilapan pertama kerana menjadikan isu agama sebagai isu politik, kedua kerana cuba mengalih tumpuan kepada pihak lain setiap kali tidak boleh menjawab perkara asas yang dibincangkan.

MCA dan Gerakan tidak bersekutu dengan PAS, sebaliknya DAP. Jadi apa sahaja bantahan oleh 2 pihak ini sepatutnya tidak memberi kesan kepada politik PAS, sebaliknya pulak bila DAP yang buat bantahan. Gerakan dan MCA memberikan pendirian masing-masing yang jelas konsisten, bukan macam PAS. Kejap nak buat, kejap taknak buat, kemudian nak buat balik.

Kenyataan itu pulak diluar konteks politik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS dan DAP.

Dan berbincang tentang hudud ni pun (dalam konteks politik Malaysia) adalah satu pembaziran masa. Yang berjanji pun tak pernah nak melaksanakan walaupun dah berkuasa di beberapa negeri. Kelantan dan Terengganu ada draf, Kedah? Siapa ada dengar pasal draf hudud di Kedah? Seingat penulis tak pernah sekali dibangkitkan soal nak laksana hudud di Kedah, apatah lagi nak buat draf.

Pendek kata hanya modal politik, maklum, pilihanraya nak mula tak berapa lama lagi. Kita dok bincang panjang lebar, siap tuduh sana sini orang sebagai kafir, rupanya, hanya modal PAS nak dapat undi, nak dapat kuasa. Bila menang dan tak boleh nak buat, tuduh perlembagaanlah itulah inilah.

CUBAAN NIK AZIZ MENUTUP KEBAIKAN NAJIB

Isu Pas Kelantan untuk laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas dilihat cuba mengaburi rakyat terhadap usaha murni kerajaan pusat menegakkan hak kemanusiaan di negara ini dengan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Respon beberapa penduduk Kota Bharu berpendapat, Pas dilihat terdesak kerana ketandusan isu dan telah membangkitkan isu lama seperti hudud bagi menghangatkan provokasi politik di dalam negara bagi menutup kebaikan yang telah dibuat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).