Sunday, January 6, 2013

Karpal Singh saperti Tikus tercekik Capati

Sikap membisu kelu seribu bahasa yang diambil oleh Karpal Singh boleh lah diibaratkan seperti ‘tikus tercekik makan capati’ apabila didesak oleh orang ramai mahukan Karpal menjadi saksi utama bersama Shamsidar dalam kes saman fitnah Anwar terhadap Nallakarupan. Permintaan ini atas sebab Karpal Singh sebagai seorang ‘hero’ telah buat kenyataan dalam Parlimen bahawa beliau ada pelbagai bukti bukti yang kukuh mengenai pembabitan Anwar Ibrahim dalam kegiatan liwat. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal yang merupakan Pengerusi DAP sejak 1997 telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar, dan Karpal seterusnya mendesak supaya kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut. Nallakaruppan yang sebelum ini dikatakan rakan baik Anwar turut mengakui “apa yang didakwa oleh Karpal Singh pada 1997 itu (mengenai Anwar) memang benar. Pada masa itu Karpal kutuk Anwar habis habisan dan menuntut Anwar letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Hari ini Karpal Singh macam sesumpah kerana mahu Anwar jadi calon Perdana Menteri pula jika Pakatan menang PRU. Jika saya adalah Gobind Singh Deo, maka pastilah saya dan seluruh kaum keluarga saya akan merasa amat malu disebabkan mempunyai seorang bapa yang hipokrit, tiada prinsip dalam hidup dan tahap maruah yang amat rendah. Oleh :Ruslan Kasim Ketua Penerangan Perkasa