Wednesday, January 27, 2010

PERTANYAAN IBLIS KEPADA ALLAH

siapakah yang akan menjadi utusan-utusanku? "

Allah menjawab dengan firman-Nya, "Utusanmu itu ialah tukang-tukang nujum."

Iblis bertanya lagi, "Dan apa pula yang menjadi kitabku?"

Allah swt kembali berfirman, "Kitabmu ialah tahi lalat buatan."

Bertanya Iblis lagi, "Ya Tuhanku, apakah yang menjadi hadisku?"

Firman Allah swt, "Hadismu ialah semua kata-kata dusta dan palsu."

Iblis bertanya lagi, “Ya Tuhanku, apakah quranku?"

"Quranmu ialah nyanyian." Jawab Allah swt

Iblis bertanya lagi, "Siapakah yang menjadi muazzinku?"

"Muazzinmu ialah seruling." Jawab Allah swt

Iblis bertanya lagi, "Dan apakah yang menjadi masjidku?"

"Masjidmu ialah pasar." Firman allah swt

Bertanya lagi Iblis, "Ya Tuhanku, apakah yang menjadi rumahku?"

Allah swt kembali berfirman, "Rumahmu ialah bilik air tempat permandian."

Iblis bertanya lagi, "Ya Tuhanku, apakah yang menjadi makananku?"

Firman Allah swt, "Makananmu ialah makanan yang tidak disebut nama asmaku."

Iblis bertanya lagi, "Apakah yang menjadi minumanku?"

Allah swt berfirman, "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan."

Dan Iblis bertanya untuk terakhir kalinya kepada Allah swt., "Ya Tuhanku, apakah yang akan menjadi perangkapku? "

Kemudian Allah berfirman lagi, "Perangkapmu ialah perempuan."

Sunday, January 24, 2010

FAMILY

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Wednesday, January 20, 2010

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Wednesday, January 13, 2010

4 isteri(Jagalah yang pertama )

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Wallahualam

Tuesday, January 12, 2010

Seorang Pemimpin Diikuti

Seorang Pemimpin Diikuti kerana beberapa sebab:-

1.KERANA KEBENARANNYA

2. KERANA KUASANYA

3. KERANA ADA SESUATU YANG ORANG HARAPKAN DARINYA

4. KERANA ORANG FANATIK DENGANNYA

5. KERANA KEJAHILAN ORANG YANG MENGIKUTINYA

6. KERANA ORANG TERHUTANG BUDI KEPADANYA.



Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

5 Alam

Alam yang semua manusia alami mempunyai 5 alam semua Nya dengan 5 solat sehari semalaman .

5 Alam :
1 . Alam roh .alam mula mula kejadian Nyawa kita
2 . Alam yang kita bicara ini .alam rahim atau kandungan .
3. Alam Dunia yang kita hidup sekarang ini .yang mana kita sudah mula lalai dan lupa kepada Allah swt yang mengcipta kita dengan kita meninggalkan Al-Kitab Allah swt Al-Quran yang berbahasa arab wahyu yang huruf Nya bermula dari kanan sebagai bahan kehidupan seharian kita .
4 .Alam kubur atau barzakh .semasa mati kita esok hari .
5. Alam yang mana kita semua akan dikumpul kan semua Nya yang dipanggil alam padang masyar .Bila mana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah swt pada satu hari nanti yang kita nama kan kiamat

5 waktu solat sehari semalam .
1 subuh . Roh Nyawa kita mula di ciptakan .

2 zohor . waktu di alam rahim

3 Asar . Waktu menuju kepetang dan akan menghadapi malam .Waktu hidup di Dunia ini dan kita akan mati .Subuh hingga Asar itu lah waktu hidup kita di atas Dunia ini yang sebenar nya .Contoh kita mula dilahirkan dan mati umur kita 99 tahun .waktu ini pada kiraan Allah swt ada lah subuh hingga ke Asar sahaja .Begitu pendek sekali .Kerana 1000 tahun kita hidup di dunia bagi Allah swt baru 1 hari .

Sebab itu turun Nya surah al – Asari Ayat 1 – 3 ,
Allah swt Ingat kan kita supaya jangan lupa dan lalai kerana hanya 4 manusia sahaja yang tidak rugi di dalam kehidupan Nya di dunia ini .

Firman Allah swt kepada kita yang masih hidup lagi ini dengan Sumpah Nya ,
“ Aku bersumpah Demi watu Asar “

Sesungguh Nya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman pada Allah dan Rasulallah saw . mereka yang taat setia pada Allah yang berbuat banyak kebaikan yang soleh dan solehah . mereka yang bercakap benar kerana Allah dan mereka yang sabar kerana Allah .

4 Magrib .Waktu gelap malam .Ini Alam kubur kita

5 Isyak .Malam hari hingga kepagi .Ini alam padang masyar .Perbanyak kan lah solat malam hari (.Kiam'mun'lai ).Semasa orang lain tidur kita bangun menggadap Rob’bi kita ,menggadu munajat dll .Insyallah Allah akan terang kan hati kita membuka hijab hati perasaan kita melihat segala kehidupan 5 alam yang di ciptakan ini untuk kuatkan keyakinan kita .

Maka terjadi lah kita berjaga solat malam 2 rakaat mereka tidur lena ..mereka jaga tapi mereka masih tertidur di dalam kehidupan mereka dengan lalai terlupa pada Allah swt (yakni mati hati perasaan mereka terhadap al-quran yang maha mulia maha suci lagi maha Agong .mereka tidak dapat fahami nya ,sedang kan kita masih terjaga membicarakan sesuatu kebenaran kerana mu rob’bi .

Sebab itu tiap tiap waktu solat kita membaca Surah Al-Fatihah .Ayat 2 .
Ingatan Allah swt supaya kita tidak lupa diri kita yang berbunyi .
“ Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam .

perjalanan hidup

Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

Have a unique character like salt
its presence is not felt but its
absence makes things tasteless

kata pujangga

"Jangan Mencari Yang Sempurna..Andai Diri Tidak Sempurna Di Mata Orang Lain..Redhalah Dengan Apa Yang Kita Ada..Belum Tentu Yang Baru Dapat Memenuhi Citarasa Kita..Belajarlah Menyukai Apa Yang Kita Dapat.."

Monday, January 11, 2010

Mana pejuang islam PAS??

Tika dulu masa aku masih remaja aku masih ingat lagi setiap kali hal-hal yg berkaitan dengan islam sama ada ianya harus, sunat, wajib mahupun haram jika ianya perkara yang mengalahkan islam pasti ada satu parti ini dimana penyokong serta pemimpinnya akan mengecam serta melakukan demonstrasi memprotes habis-habisan.
Aku masih ingat juga dimana ada satu kes pemimpin dari pembangkang dianggap wira kerana mengecam kerajaan membenarkan pasukan Israel menyertai kejohanan cricket yang berlangsung di Malaysia. Dengan tentangan yang kuat maka kerajaan terpaksa akur. Fuh diangkat dan dijulangnya insan ini yg kononnya wira islam kerana berjaya menghalau pasukan Israel daripada menyertai kejohanan ini.
Banyak lagi perkara yg pernah berlaku dulu dan kita melihat kelantangan pihak ini untuk menjaga kedudukan serta maruah islam dinegara ini wlpn ianya tidak bertentangan dengan prinsip islam.
Kini perjuangan mereka terhadap islam semakin pudar. Sudah tidak ada taring. Malah x ada lagi islam dalam perjuangan mahupun dlm arena politik mereka.
Malah bekas PM kita dahulu yang pernah mereka labelkan MahaFiraun pula kini menjadi hero kepada umat islam seluruh dunia. Setiap kata dan ucapan mahathir mengenai islam amat dinanti-nantikan oleh umat islam seluruh dunia. Beliau bukan sahaja setakat berani menegur perihal dlm Negara malah Negara luar sana turut dikecamnya dan kecaman itu dipandang serius oleh masyarakat luar.

Yang menjadi persoalan saya kenapa masyarakat islam dunia tidak mencari Pemimpin2 parti yang melabelkan mereka ini perjuang islam??
Adakah kerana masyarakat islam luar sana tahu bahawa mereka ini hanya mempergunakan isu memperjuangkan islam utk kemenangan dlm politik sahaja dan mereka ini hanya pandai menyamar dgn kata2 islam!!
Masyarakat dunia mencari Tun Mahathir bagi menyelesaikan isu-isu serta orang penting dlm misi memperlengkapkan perjuangan membantu org-org islam diseluruh dunia.

CAKAP MEMANGLAH SENANG

Cakap senang, tapi bila nak buat, bila tak jadi, bagi macam-macam alasan. Janganlah isu naik harga ni dipolitikkan. BN ke, Pakatan ke, parti tupperware ke, isunya harga naik dan ia melangkaui isu kepartian. Ini masalah isu supply chain and value chain management. Kita perlulah rasional dalam menangani masalah dan janganlah main sentimen murah nak menyalahkan orang lain

skrg ni org nak marah sbb BN yg pegang kuasa....tapi kalau pakatan pegang kuasa sama je...mula-mula digula-gulakan rakyat kata barang akan turun kalau pilih pakatan rakyat tapi bila dah menang .... alasan ekonomi tak menentu...!! Nak cakap pasal kroni2 ni bukan BN je, pakatan pun sama...apa dah jadi kat selangor...baru pegang kuasa dah byk kali kena siasat....itu baru duit sikit beratus ribu...belum lagi berbillion..
Malah yang hairannya Anwar boleh dikatakan tiap-tiap bulan pergi luar negeri tapi yang peliknya dari mana dia dapat duit nak pergi melancong ni padahala dia bukan menteri tapi penasihat PKR je
Satu lagi, apa-apa masalah nak bandingkan dengan singapura. Selalu kita dengar ayat ni “Walaupun Singapore kecil dan mempunyai jumlah penduduk yang sikit tetapi mereka dapat mengekalkan harga barangan ,malah pembangunan pesat dilaksanakan”
Cuba kita masuk Singapore dan lihat sendiri rakyat tempatannya. Senang benarkah mereka ini jika hendak dibanding dgn jumlah penduduk dan kekayaan Negara mereka. Sebenarnya yang kaya sejajar dgn kekayaan Negara itu adalah orang luar yang datang bekerja di negara itu. Manakala rakyat tempatannya hanya mendapat serpihan kecil hasil dari kejayaan orang luar.
Kerana kawalan ketat dari pihak kerajaan mereka maka rakyatnya tidak dapat menyuarakan rasa hati sebenar mereka. Mereka takut akan hak kebebasan bersuara. Apa yg dilihat rakyat tempatan mereka lebih tertekan. Hanya segelintir sahaja yg benar-benar berjaya manakala yg lain hidup dlm tekanan.

Thursday, January 7, 2010

HADIAH KEMENANGAN

Tahniah!tahniah!tahniah!PAS Berjaya mengekalkan kemenangan di beberapa buah negeri. Sebagai tanda penghargaan PAS kepada rakyat, kita hayati hadiah-hadiah yang diberikan :
- Isu Azan
Mereka setuju dgn rentak DAP dgn menyatakan pendirian menyokong supaya diperlahankan Azan hanya kerana utk mengambil hati 'rakan' mereka.
Mengeluarkan kenyataan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' dalam erti kehidupan berjiran (mengutamakan jiran dr azan). Tetapi mereka mungkin lupa salah satu tanda2 kiamat adalah apabila 'Azan tidak Lagi berkumandang di Udara' & menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda2 umat akhir zaman.

-Isu Penggunaan Perkataan 'Allah' oleh Agama Lain
kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yg memberikan pendapat penggunaan perkataan Allah oleh agama lain dibenarkan. Ia menimbul kecelaruan dikalangan ahli2 PAS sendiri malah kecelaruan ini menyebabkan 2 Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh agama lain di dalam Parlimen. Mujurlah ada Ust Taib Azamudden memperjelaskan isu penggunaan Kalimah Allah selepas mereka memberi komen.
Dewan Rakyat diberitahu oleh beliau bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (Tauhid) org Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Dalam semua org2 Islam di Malaysia menentang penggunaan Allah oleh agama lain masyarakat dikejutkan oleh PAS yg memberikan kenyataan sebaliknya. Kenyataan ini boleh mengelirukan umat Islam terutamanya bg ahli2 PAS sendiri. Penentangan penggunaan perkataan ini juga ditentang oleh Mufti Perak Utz Harussani Zakaria.

Isu Ketaatan Kepada 'Ulul Amri'
Dalam isu di Perak. PAS sekali lagi celaru dgn mempertikaikan 'kredibiliti' Sultan @ Ulul Amri dlm melaksanakan tugas. PAS bertindak amat berbeza sekali dgn membelakangkan Al-Quran & Sunnah terutama berkenaan dgn kewajipan mentaati pemimpin. Malah ada Ulama' PAS juga mengeluarkan kenyataan yg menjurus kearah menghalalkan tindakan ahli-ahli mereka dgn mempertikai status 'Ulul Amri' pada pandangan mereka. Utk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas hadis & al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin demi utk tidak melihatkan tindakan PR adalah salah. Dimana Objektif penubuhan PAS disini?
Kurangnya penerangan @ tindakan oleh Ulama' PAS telah menyebabkn segelintir penyokong2 PAS di Perak bertindak diluar batasan dgn berdemo & berhadapan dgn Institusi Beraja Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS @ merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir2kanlah. Nasi telah menjadi bubur kerana sikap tersebut akan menjadi 'burden' kpd PAS di kemudian hari.

Bar Council (Isu Hak Keistimewaan & Forum Kebebasan Beragama)
PAS kelihatan kurang menyerlah dlm menghentam Bar Council. Mungkin kerana kebanyakan ahli DAP merupakan ahli Bar Council maka PAS bersikap 'tak apa' & kurang menyengat. Terang2 Bar Council bertindak mempertikai & menempelek salah satu rukun negara & juga mempertikaikan kewibawaan Islam. Kenapa PAS senyap? Kenapa PAS tidak memberikan 'warning' seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini.
Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dr UMNO. Dilihat UMNO lebih menyerlah dlm mempertahankan isu ini.

Di Parlimen
Jika kita lihat di Parlimen. Dahulu PAS adalah sangat 'vokal' bila isu2 melibatkan Agama & Bangsa dimainkan. Tetapi PAS sekarang bukan lagi PAS dahulu. PAS telah hilang taring & menjadi 'parti lesu' di Parlimen. PAS tidak lagi nampak berjuang bila mahupun dr segi agama @pun bangsa. PAS juga dormant apabila bercakap mengenai isu lain seperti ekonomi, perundangan, kewangan & lain2.
Disamping tiada idea2 & isu2 yg bernas dicadangkn, nama2 dalam MP DAP lebih senonim dgn kita daripada MP PAS sendiri. Sebagai contoh Siapa MP PAS Sik ? Bolehkah kita berikan jawapan secepat mungkin ? Sehinggakan kita perlu meneliti dgn lebih dalam internet baru boleh kita ketahui jawapannya. Kenapa ini berlaku ? Adakah pimpinan PAS di Parlimen ketandusan Idea, Lesu @ Ilmu utk diketengahkan @ menonjol di Parlimen.
Untuk mengambil hati rakyat perang Persepsi adalah amat penting. Ini yg menjadi strategi DSAI utk menonjolkn ahli2nya. Cara ini juga digunakan oleh MP DAP utk menaikkan 'rating' masing2 di Parlimen dgn bertanyakan hal2 yg sensitif tanpa mengambil kira apa pandangan PAS sebagai rakan PR. Jika wakil PAS 'cerdik', isu2 yg dimainkan oleh DAP perlulah dilawan @ dipertikai tidak kira siapa mereka. Kawan @ lawan. Bersikap membisu akan menyebabkn persepsi masyarakat PAS sbg parti penumpang dlm PR.
Walaupun ada Ahli Parlimen PAS yg bercakap & mempamerkan idea2 yg bernas utk diketengahkan utk masyarakat tetapi ia tidak mencukupi. Utk menuju kearah 'parti replacement' UMNO, PAS perlu lebih kelihatan 'berkredibiliti' dimata masyarakat. Persoalan yg skrg kenapa PAS kelihatan seperti ’pengikut’ drpd menjadi 'leading'. Ini jelas dimana2 baik di peringkat PR pusat mahupun diperingkat negeri Selangor, bekas Perak & Pulau Pinang.
Setiap kali idea diketengahkan ia ditentang habis-habisan oleh sahabat2 karib di dlm Pakatan. Antara contoh yg boleh dilihat adalah cadangan utk menghapuskan lesen judi & arak di Selangor. Juga tentangan PAS di Penang bila berdepan dgn konsert I-Dance.
Jika dilihat media rasmi Harakah sendiri tidak kira Harakah Online @ suratkhabar Harakah banyak memberi liputan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR & DAP yg lain lebih dari pemimpin mereka sendiri. Misalnya di Parlimen kenyataan Utz Taib Azamudden mengenai penjelasan penggunaan kalimah Allah tidak diberi liputan di Harakah tetapi liputan diberikan di Utusan yg dikatakan media UMNO. Pelik bukan. Ini adalah amat berbeza jika dilihat akhbar PKR & DAP yg lebih mengutamakan berita & kenyataan pemimpin mereka drpd PAS

Dewan Ulama Pas

PAS terkenal dgn dewan Ulama' PAS. Tetapi sejak akhir2 ini peranan Dewan tersebut amat lesu & kadangkala tidak berfungsi dgn baik. Dewan Ulama' juga kurang diberi liputan oleh Harakah sendiri.. Sepatutnya Dewan Ulama' PAS perlu digunakan sebaik2nya bilamana kemusykilan berlaku bila melibatkan Al-Quran, Hadis & isu2 agama. Ini dapat mengelakkan berlakunya pertembungan @ konflik kenyataan celaru pimpinan2 PAS yg memberikan pendapat berbeza2 tanpa merujuk kepada Dewan Ulama.
Musyawarah @ perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama' PAS sebelum apa2 kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS @ saf kepimpinan. Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat basalannya diakhirat kelak.
Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain2 hanya akan menjadikn bahan @ 'point' utk BN menghentam PAS. Adakah isu2 ini mendapat sokongan Dewan Ulama' ? Salah siapa? Komen2 pimpinan @ individu bila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan & pendapat dikeluarkan. Jgnlah Dewan Ulama' berfungsi apabila Muktamar diadakan @ bilamana diperlukan sahaja. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan & menjadi rujukan oleh semua pimpinan & ahli2 PAS sebelum terlambat.

ITULAH POLITIK

Wednesday, January 6, 2010

AKHIR KALAM

Salam Semua, cerita ini mengenai seorang perompak yang mati tercucuk besi setelah dikejar mangsa. Dulu mungkin kita pernah terbaca seorang tua berumur 70 tahun mati di sisi pondan, orang pencen mati di samping pelacur, peragut mati terlanggar divider, penagih mati overdose dan accident di dalam keadaan mabuk. Banyak lagi berita insiden buruk seperti ini.

Betapa ruginya manusia seperti ini yang perbuatan terakhirnya di mukabumi ini adalah perbuatan jahat. Tak sempat mengucap. Biasanya orang yang selalu melakukan kejahatan juga susah jugak untuk mengucap sebab tak biasa. Keluarga yang ditinggalkan juga malu berpanjangan. Mati di dalam keadaan jahat adalah amat celaka sekali untuk diri sendiri dan kerabat yang ditinggalkan. Sudah tentu kita tak mahu keadaan ini.

Memang kita tak tahu bila, mana dan bagaimana kita akan menghembus nafas terakhir kita. Ia telah tertulis dalam Luh Mahfuz dan kita tidak dapat download untuk membacanya melalui internet. Cuma yang ada ialah ringkasan dan indikasi dalam Al-Quran bahawa Baik di Balas Baik dan Jahat di Balas Jahat.

Tapi selagi kita masih hidup, kita di-izinkan untuk memilih dan mengharap untuk mati dalam kebaikan. Jika itu yang kita mahu.

Siapa yang memilih dan ingin untuk mati dalam kebaikan, selalunya memilih amalan yang berikut:
1. Menjaga Solat 5 Waktu
2. Berpuasa Fardhu dan Sunat
3. Selalu menunaikan Solat Sunat
4. Suka membaca Al-Qoran
5. Suka berzikir dengan Nama Allah
6. Suka bersedekah dan berzakat
7. Suka membantu kerana Allah
8. Suka mendengar nasihat
9. Menjauhi larangan Allah, Bid'ah dan Syubhat

Kalau taqdirnya setelah memilih untuk mati dalam kebaikan, kita mati dalam kebaikan Alhamdulillah, kita selamat. Jika tidak mati dalam suasana kebaikanpun, Alhamdulillah kita redha. Kita hanya perlu menanti Timbangan Mizan untuk mengukur kebaikan dan menarik Syafaat Rasul untuk keselamatan. Sebabnya, kita dah lakukan apa yang diperintah.

Kebarangkalian Tetap Ada
Kebarangkalian untuk mati dalam kebaikan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka kepada kebaikan.

Dan kebarangkalian untuk mati dalam kejahatan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka melakukan kejahatan.

Allah Maha Adil ... kita semuapun tahu samada ambil tahu atau buat tak tahu. Takkanlah jahat dibalas baik dan baik dibalas jahat ..kan.

Dan Allah Maha Mengetahui .... dalam soal keikhlasan kita melakukan kebaikan. Niat Ikhlas dan Nilai Ikhlas kita itu adalah Rahsia di antara kita dengan Allah. Ia hanya akan terbongkar di hadapan berbillion Anak Adam di Yaumil Mahsyar, apabila dibuat keputusan samada kita ke Syurga atau Neraka ( Jannah Walla Jahannam ).

Mengapa Ilmu Penting Untuk Mati Dalam Baik atau Buruk
Badan kita hanyalah badan tumpang. Ia akan dimamah cacing setelah ditimbus tanah. Yang menerima akibat baik dan buruk dari segala perbuatan kita adalah Ruh. Ruh akan menerima Badan Baru di Yaumil Mahsyar. Badan yang kekal dan sesuai untuk hidup selama-lamanya dalam Baik atau dalam Buruk.

Ada orang kata kita akan selamat jika kita beramal. Tetapi amalan ada standardnya, iaitu perlu mengikut tertib yang ditunjukkan Rasulullah. Malahan hidup kita perlu bertertib dan berakhlak. Jika tidak, amalan kita tidak diterima atas dasar kita ikut suka hati. Hanya dengan menuntut ilmu saja kita dapat mengenal baik, buruk, tertib dan akhlak sesama manusia.

Kenal tidak cukup kerana ia sekadar tahu tertib dan tahu akhlak. Kita perlu juga Faham Ilmu, supaya ilmu itu memberi kesan di dalam setiap amalan kita. Untuk Faham Ilmu, makanan dan tabiat kita perlu dijaga supaya tidak mengotorkan hati dan akal kita dengan kegelapan. Dari sinilah kita mulai menarik nikmat ikhlas sebagai hadiah dari Yang Maha Pengasih. Ikhlas adalah benih taqwa. Maka perlahan-lahan dalam kesabaran berputiklah bunga-bunga taqwa yang harum di dalam kehidupan yang penuh cubaan. Nescaya Akhir Kalam berkebarangkalian tinggi adalah perkataan dari mulut seorang mukmin.

Dunia Darul Asbab, di mana Hasil bermula dengan Pilihan.

SEDAR ATAU TIDAK

"Hai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa suatu berita perkhabaran, maka hendaklah kamu siasat kebenarannya.." surah al-Hujurat
Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam .
Tidak dinafikan bahawa di Mesir, ada mazhab Arab Kristian yang juga menggunakan kalimah Allah dalam khutbah agama. Ini lumrah biasa bagi masyarakat Arab Islam di Mesir walaupun sesekali ketegangan agama memuncak sesama mereka malah semua manusia berhak menyebut dan menggunakan nama Allah kerana Allah tuhan sekalian alam.
Kita akui Allah adalah tuhan semesta alam. Tapi orang bukan Islam mempercayai banyak tuhan. Penggunaan nama Allah hanya sebagai gula-gula memikat hati orang islam untuk mendekati dan akhirnya masuk kristian. Ini dilakukan setelah mereka gagal mempengaruhi umat islam di malaysia kerana adanya halangan-halangan undang-undang.
Persoalannya sekarang bukannya penggunaan khalimah Allah semata-mata tetapi kebimbangan penyelewengan kebenaran menggunakan nama Allah di tempat yang tidak sepatutnya.Kita curiga bagaimana mereka boleh menjaga kesucian nama Allah ini sebagaimana kita umat Islam menjaganya.
Kalimah Allah bukanlah satu kalimah sekadar menjadi tulisan atau sebutan bagi tuhan semata mata.Ia merupakan nama yang melambangkan Akidah atau agama bagi orang yang menggunakannya.
Sedar atau tidak, Orang kafir akan berusaha untuk menjatuhkan umat islam hingga anak-anak Muslim murtad beramai-ramai atau moral jadi lebih buruk dari orang kafir. Cuba renungkan apa untungnya Umat Islam di Malaysia jika nama Allah dibenarkan diguna oleh bukan Muslim? Benarkah melarang mereka guna nama Allah akan membantutkan dakwah dan menjauhkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam?
Fikirkanlah umat islam semua, Mengapa tiba tiba di Malaysia mereka beria ia mahu guna nama Allah? .Sudah tentu mereka ada agenda tersendiri . Malah,tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja dihiasi dengan kalimah Allah dan menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaannya.Siapa nanti akan keliru?
Mereka akan pakai T Shirts berlogokan tulisan Allah.Umat Islam ada hukum berkaitan kegunaan nama Allah.Umpama tulisan nama Allah tidak boleh di bawa ke dalam tandas dan tempat tempat maksiat dan kotor.Bagi mereka, tidak jadi masaalah, mereka boleh bawa nama Allah ke mana mana sahaja mereka suka, ke tandas, tempat perjudian kerana mereka tidak terikat dengan hukum -hukum Islam .
Realiti nya boleh kah kita jamin agama agama lain, terutama Kristian di Malaysia. tidak akan ambil kesempatan mengguna nama Allah sebagai alat untuk memesongkan umat Islam yang kian tenat akidahnya hari ini?

UMNO JUARA RAKYAT

UMNO juara rakyat bermaksud UMNO ialah parti politik yang menjuarai pembelaan rakyat. Parti yang menyelesaikan masalah rakyat dan UMNO parti yang menjuarai kehidupan rakyat.Malah kini UMNO adalah parti yang berada di barisan hadapan serta menjadi parti nombor satu di hati dan minda rakyat.
UMNO telah memperjuangkan nasib bangsa dan negara sejak dahulu lagi. Malah dalam perjuangan ia seperti membina sebuah bangunan. Di dalam proses pembinaannya memerlukan batu bata, pasir dan simen. Air sangat diperlukan untuk mengadunkanya. Semua itu perlu cukup untuk menjadikan bangunan yang dibina berdiri kukuh. Selama ini rakyat kurang sedar tentang perjuangan UMNO sudah berada di hadapan dan membela nasib rakyat sebelum dan selepas kemerdekaan. Segala pembangunan yang kita kecapi datang dari UMNO dan permufakatan bersama parti komponen Barisan Nasional. Rakyat perlu sedar dari mereka lahir hingga mati UMNO telah banyak menyumbangkan bakti dan kesenangan kepada mereka.
Apabila anak kita yang bakal dilahirkan, UMNO telah menyediakan kemudahan kepada kita. Anak yang dilahirkan itu, lahir di hospital kerajaan yang merupakan hospital yang di bina oleh kerajaan iaitu hospital kerajaan Barisan Nasional. Bila menjadi kanak-kanak mereka di hantar ke tadika KEMAS yang merupakan tadika Barisan Nasional. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka menggunakan jalan yang di bina oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.Persekolahan diteruskan di sekolah rendah dan menengah yang juga merupakan sekolah Barisan Nasional. Anak-anak miskin tidak kira anak orang PAS, DAP, PKR dan UMNO diberi makanan tambahan, pinjaman buku teks secara percuma , bantuan biasiswa yang datangnya dari kerajaan Barisan Nasional .Malah Universiti juga adalah kemudahan yang disediakan hasil dari perjuangan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Biasiswa yang diperolehi, peluang bekerja di sektor kerajaan adalah limpahan kenikmatan kepada rakyat di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.Malah pekerja swasta juga turut mengecapi nikmat ini. Anank-anak yang bekerja di kilang-kilang adalah hasil daripada kesediaan kerajaan membawa masuk kilang-kilang dari luar supaya rakyat dapat mengecapi keselesaan hidup.
Rakyat di desa mahupun di kota tidak terlepas menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.Bekalan air, elektrik dan tempat-tempat beribadat juga adalah hasil keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Rakyat yang sakit akan di bawa ke hospital kerajaan, anak-anak kita meninggal dunia di bawa oleh kereta jenazah dan disembahyangkan di masjid-masjid yang disediakan oleh kerajaan. Dari hidup hingga ke mati UMNO dan BN berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi sedikit sahaja rakyat yang berterima kasih kepada kerajaan, malah hari nelayan di beri gaji RM 200 sebulan sebagai tanda menghargai kesusahan golongan ini. Malah kerajaan membelanjakan RM 22 billion sebagai subsidi di dalam pelbagai barangan kepada rakyat. UMNO adalah pembela rakyat dan BN adalah bela nusa, bela negara untuk agama bangsa dan negara.
Apa yang lebih penting kita persoalkan, apa yang boleh kita berikan pada UMNO dan bukan apa yang boleh UMNO beri kepada kita, seorang pemimpin akan menyelesaikan masalah dan yang membawa masalah adalah pengacau yang cuba merosakkan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Hala tuju UMNO sedang berada dilandasan yang betul, teruskan agenda pembangunan untuk rakyat ,cuma ahli UMNO jangan unjurkan politik serampang dua mata. Bagi yang kabur dengan perjuangan UMNO renung-renungkanlah. Semoga langkah yang pertama akan mensejahterakan insan di hari muka.

Monday, January 4, 2010

Gerakan Pembaharuan –Minda Tajdid

Sabda Rasulallah :-
Sesiapa yang bersungguh-sungguh pergi ke majlis ilmu nescaya Allah akan menunjukkan jalan ke Syurga

Taman-taman syurga di muka bumi ini adalah majlis ilmu. Tanggal 1 januari 2010, Ketua UMNO Bahagian Arau iaitu Dato’Seri Shahidan Bin Kassim telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan menyeru pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menghadiri Kursus “Gerakan Pembaharuan-Minda Tajdid pada 1 Januari hingga 3 Januari bertempat di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) bertempat di Janda Baik Pahang.
Perlaksanaan program ini betul-betul bermanfaat kepada peserta kerana pada awal pagi peserta diajak berkumpul dan bersama-sama bersembahyang berjemaah. Imam di pilih dari peserta kursus, malah tazkirah pagi sebagai santapan rohani kepada peserta. Peserta diajak untuk belajar dan bertanyakan kemusykilan agama di majlis tersebut. Betapa indahnya permulaan pagi apabila manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berhimpun dan memuji kebesaran Allah s.wt.
Dari kursus ini kita dapat melihat bagaimana sifat pemimpin berjiwa rakyat. Mereka bersama-sama peserta makan semeja, bersama –sama mencuci pinggan mangkuk yang di makan dan beramah-mesra dengan peserta. Sifat keterbukaan pemimpin yang sanggup menerima pendapat dan kritikan akar umbi patut di puji. Malah golongan muda yang terpinggir dengan ilmu keagamaan seperti disuntik dengan jiwa baru apabila mereka mula mendekati masjid, bersembahyang berjemaah bersama dan menghadiri majlis ilmu dengan penuh minat.
Perjalanan selama 12 jam berbaloi dan memberi semangat baru kepada peserta bagi menghadapi permulaan tahun baru ini. Semoga niat yang baik ini diberkati oleh Allah s.w.t. Insyallah.


“Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruh kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kamu mengikut mereka “ (Riwayat at-Tabrani)