Monday, January 4, 2010

Gerakan Pembaharuan –Minda Tajdid

Sabda Rasulallah :-
Sesiapa yang bersungguh-sungguh pergi ke majlis ilmu nescaya Allah akan menunjukkan jalan ke Syurga

Taman-taman syurga di muka bumi ini adalah majlis ilmu. Tanggal 1 januari 2010, Ketua UMNO Bahagian Arau iaitu Dato’Seri Shahidan Bin Kassim telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan menyeru pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menghadiri Kursus “Gerakan Pembaharuan-Minda Tajdid pada 1 Januari hingga 3 Januari bertempat di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) bertempat di Janda Baik Pahang.
Perlaksanaan program ini betul-betul bermanfaat kepada peserta kerana pada awal pagi peserta diajak berkumpul dan bersama-sama bersembahyang berjemaah. Imam di pilih dari peserta kursus, malah tazkirah pagi sebagai santapan rohani kepada peserta. Peserta diajak untuk belajar dan bertanyakan kemusykilan agama di majlis tersebut. Betapa indahnya permulaan pagi apabila manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berhimpun dan memuji kebesaran Allah s.wt.
Dari kursus ini kita dapat melihat bagaimana sifat pemimpin berjiwa rakyat. Mereka bersama-sama peserta makan semeja, bersama –sama mencuci pinggan mangkuk yang di makan dan beramah-mesra dengan peserta. Sifat keterbukaan pemimpin yang sanggup menerima pendapat dan kritikan akar umbi patut di puji. Malah golongan muda yang terpinggir dengan ilmu keagamaan seperti disuntik dengan jiwa baru apabila mereka mula mendekati masjid, bersembahyang berjemaah bersama dan menghadiri majlis ilmu dengan penuh minat.
Perjalanan selama 12 jam berbaloi dan memberi semangat baru kepada peserta bagi menghadapi permulaan tahun baru ini. Semoga niat yang baik ini diberkati oleh Allah s.w.t. Insyallah.


“Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruh kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kamu mengikut mereka “ (Riwayat at-Tabrani)

No comments:

Post a Comment