Wednesday, January 6, 2010

SEDAR ATAU TIDAK

"Hai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa suatu berita perkhabaran, maka hendaklah kamu siasat kebenarannya.." surah al-Hujurat
Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam .
Tidak dinafikan bahawa di Mesir, ada mazhab Arab Kristian yang juga menggunakan kalimah Allah dalam khutbah agama. Ini lumrah biasa bagi masyarakat Arab Islam di Mesir walaupun sesekali ketegangan agama memuncak sesama mereka malah semua manusia berhak menyebut dan menggunakan nama Allah kerana Allah tuhan sekalian alam.
Kita akui Allah adalah tuhan semesta alam. Tapi orang bukan Islam mempercayai banyak tuhan. Penggunaan nama Allah hanya sebagai gula-gula memikat hati orang islam untuk mendekati dan akhirnya masuk kristian. Ini dilakukan setelah mereka gagal mempengaruhi umat islam di malaysia kerana adanya halangan-halangan undang-undang.
Persoalannya sekarang bukannya penggunaan khalimah Allah semata-mata tetapi kebimbangan penyelewengan kebenaran menggunakan nama Allah di tempat yang tidak sepatutnya.Kita curiga bagaimana mereka boleh menjaga kesucian nama Allah ini sebagaimana kita umat Islam menjaganya.
Kalimah Allah bukanlah satu kalimah sekadar menjadi tulisan atau sebutan bagi tuhan semata mata.Ia merupakan nama yang melambangkan Akidah atau agama bagi orang yang menggunakannya.
Sedar atau tidak, Orang kafir akan berusaha untuk menjatuhkan umat islam hingga anak-anak Muslim murtad beramai-ramai atau moral jadi lebih buruk dari orang kafir. Cuba renungkan apa untungnya Umat Islam di Malaysia jika nama Allah dibenarkan diguna oleh bukan Muslim? Benarkah melarang mereka guna nama Allah akan membantutkan dakwah dan menjauhkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam?
Fikirkanlah umat islam semua, Mengapa tiba tiba di Malaysia mereka beria ia mahu guna nama Allah? .Sudah tentu mereka ada agenda tersendiri . Malah,tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja dihiasi dengan kalimah Allah dan menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaannya.Siapa nanti akan keliru?
Mereka akan pakai T Shirts berlogokan tulisan Allah.Umat Islam ada hukum berkaitan kegunaan nama Allah.Umpama tulisan nama Allah tidak boleh di bawa ke dalam tandas dan tempat tempat maksiat dan kotor.Bagi mereka, tidak jadi masaalah, mereka boleh bawa nama Allah ke mana mana sahaja mereka suka, ke tandas, tempat perjudian kerana mereka tidak terikat dengan hukum -hukum Islam .
Realiti nya boleh kah kita jamin agama agama lain, terutama Kristian di Malaysia. tidak akan ambil kesempatan mengguna nama Allah sebagai alat untuk memesongkan umat Islam yang kian tenat akidahnya hari ini?

No comments:

Post a Comment