Wednesday, January 6, 2010

UMNO JUARA RAKYAT

UMNO juara rakyat bermaksud UMNO ialah parti politik yang menjuarai pembelaan rakyat. Parti yang menyelesaikan masalah rakyat dan UMNO parti yang menjuarai kehidupan rakyat.Malah kini UMNO adalah parti yang berada di barisan hadapan serta menjadi parti nombor satu di hati dan minda rakyat.
UMNO telah memperjuangkan nasib bangsa dan negara sejak dahulu lagi. Malah dalam perjuangan ia seperti membina sebuah bangunan. Di dalam proses pembinaannya memerlukan batu bata, pasir dan simen. Air sangat diperlukan untuk mengadunkanya. Semua itu perlu cukup untuk menjadikan bangunan yang dibina berdiri kukuh. Selama ini rakyat kurang sedar tentang perjuangan UMNO sudah berada di hadapan dan membela nasib rakyat sebelum dan selepas kemerdekaan. Segala pembangunan yang kita kecapi datang dari UMNO dan permufakatan bersama parti komponen Barisan Nasional. Rakyat perlu sedar dari mereka lahir hingga mati UMNO telah banyak menyumbangkan bakti dan kesenangan kepada mereka.
Apabila anak kita yang bakal dilahirkan, UMNO telah menyediakan kemudahan kepada kita. Anak yang dilahirkan itu, lahir di hospital kerajaan yang merupakan hospital yang di bina oleh kerajaan iaitu hospital kerajaan Barisan Nasional. Bila menjadi kanak-kanak mereka di hantar ke tadika KEMAS yang merupakan tadika Barisan Nasional. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka menggunakan jalan yang di bina oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.Persekolahan diteruskan di sekolah rendah dan menengah yang juga merupakan sekolah Barisan Nasional. Anak-anak miskin tidak kira anak orang PAS, DAP, PKR dan UMNO diberi makanan tambahan, pinjaman buku teks secara percuma , bantuan biasiswa yang datangnya dari kerajaan Barisan Nasional .Malah Universiti juga adalah kemudahan yang disediakan hasil dari perjuangan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Biasiswa yang diperolehi, peluang bekerja di sektor kerajaan adalah limpahan kenikmatan kepada rakyat di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.Malah pekerja swasta juga turut mengecapi nikmat ini. Anank-anak yang bekerja di kilang-kilang adalah hasil daripada kesediaan kerajaan membawa masuk kilang-kilang dari luar supaya rakyat dapat mengecapi keselesaan hidup.
Rakyat di desa mahupun di kota tidak terlepas menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.Bekalan air, elektrik dan tempat-tempat beribadat juga adalah hasil keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Rakyat yang sakit akan di bawa ke hospital kerajaan, anak-anak kita meninggal dunia di bawa oleh kereta jenazah dan disembahyangkan di masjid-masjid yang disediakan oleh kerajaan. Dari hidup hingga ke mati UMNO dan BN berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi sedikit sahaja rakyat yang berterima kasih kepada kerajaan, malah hari nelayan di beri gaji RM 200 sebulan sebagai tanda menghargai kesusahan golongan ini. Malah kerajaan membelanjakan RM 22 billion sebagai subsidi di dalam pelbagai barangan kepada rakyat. UMNO adalah pembela rakyat dan BN adalah bela nusa, bela negara untuk agama bangsa dan negara.
Apa yang lebih penting kita persoalkan, apa yang boleh kita berikan pada UMNO dan bukan apa yang boleh UMNO beri kepada kita, seorang pemimpin akan menyelesaikan masalah dan yang membawa masalah adalah pengacau yang cuba merosakkan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Hala tuju UMNO sedang berada dilandasan yang betul, teruskan agenda pembangunan untuk rakyat ,cuma ahli UMNO jangan unjurkan politik serampang dua mata. Bagi yang kabur dengan perjuangan UMNO renung-renungkanlah. Semoga langkah yang pertama akan mensejahterakan insan di hari muka.

No comments:

Post a Comment