Wednesday, May 2, 2012
BERSIH 3.0 : Cara Anwar Solat Pelik !
Anwar Ibrahim dikata berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. Mereka berkumpul di situ bersama beberapa pemimpin PR lain. Apabila masuk waktu zohor, mereka ini dikatakan tidak masuk dalam masjid untuk solat berjemaah bersama orang ramai tetapi solat hanya di perkarangan masjid itu sahaja.
Soalnya:
1. Apakah dia terikut dengan perpecahan yang pernah berlaku dulu – kerana tidak mahu ikut imam kerajaan?
2. Apakah masa terlalu suntuk kerana sudah hendak mula Bersih? Kalau solat di dalam masjid nanti lambat. Imam baca surah panjang. Wirid lagi.
3. Apakah dia tidak larat kerana keuzurannya hendak berjalan jauh ke dalam masjid turun naik tangga? Maklumlah masih sakit belakang.
4. Apakah beliau malas nak buka kasut atau bimbang kasut beliau hilang bila tanggal kasut untuk solat di dalam masjid? Solat di luar masjid boleh solat sambil pakai kasut!
dan banyak lagi persolan dan kemungkinan lain.
Namun, apa pun sebabnya beliau tidak mahu solat dalam masjid itu terserahlah kepada dia dan “ahli jemaahnya”.
Yang peliknya ialah apabila dia solat di luar perkarangan masjid mereka solat beramai-ramai macam solat berjemaah tapi mereka solat sendiri-sendiri! Atau IB yang salah? Tolong betulkan.
Lihat gambar-gambar dari minag-jinggo ini:
Pemuda sebelah kiri ini mungkin nak beritahu arah kiblat. Bukankah lebih senang dalam solat masjid – mesti dah confirm arah kiblatnya
Mereka guna banner untuk alas solat. Kenapa tidak diterbalikkan banner tu – guna yang sebelah putih. Nasib baik teringat nak tutup sikit – kalau tak tercium muka Ambiga kat banner (?). Kesian dua orang dihujung sana – banner tak cukup besar.
Nak kata orang sebelah kanan Anwar jadi imam tidak betul juga. Sebab dia turun sujud lambat. Anwar yang sakit belakang nampak mengeran kesakitan bila nak sujud. Tambah pulak dengan pakai kasut – lagi sakit masa nak lipat turun dan duduk tahiyyat.
Bertahiyyat sama-sama. Solat bersama macam berjemaah. Pergerakan semua hampir sama – macam berjemaah. Tapi masing-masing solat bersendirian. Yang belakang tu – agaknya ikut siapa. Mereka tahu tak masing-masing di depan tu solat bersendirian? Mereka mengguna Mazhab yang memboleh dedah tangan semasa solat? (di Malaysia?) Kalau di Indonesia mereka kata “oh sikit aje nampak engak apa-apa”
Lakonan Anwar dan Azmin kantoi depan wartawan...
MUKA RIAK ANWAR sudah bertukar Marah....kantoiiiii Pelbagai soalan dilontar kepadanya tentang Isu BERSIH 3.0.Wartawan sudah tahu ANWAR memang kaki Pusing punya.... Ayat ayat biasa dikatakan ANWAR kepada Wartawan..Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)..ANWAR akan bertanya dahulu, wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana....MEMANG BAHASA KURANG AJAR...INI KER MAHU MENJADI PM DENGAN SIKAP AMARAHNYA....MINTA JAUHLAH DARI MANUSIA DURJANA INI.
Mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih ‘menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah “ Ini soalan UMNIO...Ini soalan UMNO”.Kenapa Anwar takut dan mahu temberang kerana sudah ramai tengok video dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin untuk bertindak bersama peserta Bersih.Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis itu.Dalam video tersebut jelas rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?
Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu. Azmin akhirnya terperanjat apabila seorang wartawan bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, “Dataran Merdeka...boleh masuk...boleh masuk,” .
“Bohong’, jerit Azmin menafikan pendedahan wartawan tersebut. Namun Azmin kantoi bila wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dikatakan ahli parlimen Gombak itu.
Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut. Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300 ribu peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang. Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.
Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk Seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi...mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya. Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.
Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut. Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu saja,
Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis. Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang.
Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.
Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis.
Azmin dan Tian Chua pun sama. Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmin. Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar juga hadir sidang media itu sebagai ‘duduk dan dengar’ saja.
Selepas sidang media hampir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu. Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa.
Penyelewengan Tabung Memali oleh PAS
C.N Al-Afghani telah mendedahkan dengan berani dan terbuka berhubung dengan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas.
Akibatnya buku tersebut telah digam secara terhormat dan halus oleh kepimpinan PAS sehingga yang paling ketara ialah apabila buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu.
Munurut Datuk Nakhaie Hj Ahmad, bekas Naib Presiden PAS yang juga berpengalaman selama 12 tahun di dalam PAS bahawa penyelewengan sebegini bukanlah perkara baru di dalam parti ini.
Menurut beliau lagi selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah dipergunakan cukup-cukupnya sehingga diusung ke mana-mana sebagai alat simpati bagi tujuan mengutip derma.
Apa yang memilukan masyarakat ialah kutipan wang jutaan ringgit hasil dari darah, keringat dan airmata itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disonglap oleh pihak tertentu di dalam Parti Islam SeMalaysia.
Darah, keringat dan airmata keluarga Ibrahim Libya telah dijadikan modal oleh PAS untuk meraih wang sebagai habuan dan kepentingan konco-konco mereka yang berserban dan berjubah. Mereka gamak memperalatkan dan mempergunakan apa sahaja untuk berkuasa waima nama Islam sekali pun.
Serakahnya mereka ini belum lagi dihitung bagaimana mereka menguruskan perolehan dari sumbangan wang-wang tunai dan barang-baranag kemas yang mereka perolehi dari sumbangan semasa ceramah-ceramah umum mereka yang mereka tadah sambil disulam seli dengan laungan “Takbir!!!”.
Apabila mereka diberi kuasa oleh rakyat pula yang lebih mendukacitakan mereka langsung tidak menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Janji-janji seperti dalam manifesto sebelum mereka menang hanya tinggal janji dan apabila rakyat persoalkan mereka bebagai-bagai dolak-dalik mereka memberi alasan seperti perlaksanaan hukum hudud.
Sejak mereka menerajui Kerajaan Kedah exco-exco dalam Kerajaan mereka langsung tidak “deliver”. Malah MB sendiri seperti “lost” dan mereka langsung tidak membawa apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat seperti slogan mereka “Kedah Sejahtera”.
Rakyat Kedah yang menyokong mereka atas nama Islam ternyata seperti ditipu. Sebagai contoh, mangsa mala petaka banjir di Kedah diabaikan. Maruah mereka telah dijual kepada Cina Singapura Lee Kuan Yew apabila Mursyidul Agung mereka Nik Aziz menyokong secara terang-terangan supaya penganut Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Pakatan mereka di dalam komplot yang dipanggil Pakatan Rakyat lebih memberi lemak kepada bukan Islam untuk menuntut perkara-perkara yang boleh melemahkan Islam sendiri seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Suara mereka di dalam komplot itu seperti anjing menyalak bukit dan langsung tidak diambil endah oleh rakan karib mereka DAP malah mereka lebih sebagai pak turut dan pak hangguk.
Salam siratulrahim yang dihulur UMNO dibalas dengan najis apabila mereka lebih rela memeluk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh serta menyindir Melayu dengan menunjukkan isyarat “thumbs up! “ tanda “bagus” kepada Lee Kuan Yew.
Apa nak jadi PAS ini? Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT membuka hati mereka untuk berdamai di dunia sebelum tiba alam kekal akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)



