Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 : Cara Anwar Solat Pelik !

Anwar Ibrahim dikata berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. Mereka berkumpul di situ bersama beberapa pemimpin PR lain. Apabila masuk waktu zohor, mereka ini dikatakan tidak masuk dalam masjid untuk solat berjemaah bersama orang ramai tetapi solat hanya di perkarangan masjid itu sahaja. Soalnya: 1. Apakah dia terikut dengan perpecahan yang pernah berlaku dulu – kerana tidak mahu ikut imam kerajaan? 2. Apakah masa terlalu suntuk kerana sudah hendak mula Bersih? Kalau solat di dalam masjid nanti lambat. Imam baca surah panjang. Wirid lagi. 3. Apakah dia tidak larat kerana keuzurannya hendak berjalan jauh ke dalam masjid turun naik tangga? Maklumlah masih sakit belakang. 4. Apakah beliau malas nak buka kasut atau bimbang kasut beliau hilang bila tanggal kasut untuk solat di dalam masjid? Solat di luar masjid boleh solat sambil pakai kasut! dan banyak lagi persolan dan kemungkinan lain. Namun, apa pun sebabnya beliau tidak mahu solat dalam masjid itu terserahlah kepada dia dan “ahli jemaahnya”. Yang peliknya ialah apabila dia solat di luar perkarangan masjid mereka solat beramai-ramai macam solat berjemaah tapi mereka solat sendiri-sendiri! Atau IB yang salah? Tolong betulkan. Lihat gambar-gambar dari minag-jinggo ini:
Pemuda sebelah kiri ini mungkin nak beritahu arah kiblat. Bukankah lebih senang dalam solat masjid – mesti dah confirm arah kiblatnya
Mereka guna banner untuk alas solat. Kenapa tidak diterbalikkan banner tu – guna yang sebelah putih. Nasib baik teringat nak tutup sikit – kalau tak tercium muka Ambiga kat banner (?). Kesian dua orang dihujung sana – banner tak cukup besar.
Nak kata orang sebelah kanan Anwar jadi imam tidak betul juga. Sebab dia turun sujud lambat. Anwar yang sakit belakang nampak mengeran kesakitan bila nak sujud. Tambah pulak dengan pakai kasut – lagi sakit masa nak lipat turun dan duduk tahiyyat.
Bertahiyyat sama-sama. Solat bersama macam berjemaah. Pergerakan semua hampir sama – macam berjemaah. Tapi masing-masing solat bersendirian. Yang belakang tu – agaknya ikut siapa. Mereka tahu tak masing-masing di depan tu solat bersendirian? Mereka mengguna Mazhab yang memboleh dedah tangan semasa solat? (di Malaysia?) Kalau di Indonesia mereka kata “oh sikit aje nampak engak apa-apa”

No comments:

Post a Comment