Wednesday, May 2, 2012

Penyelewengan Tabung Memali oleh PAS

C.N Al-Afghani telah mendedahkan dengan berani dan terbuka berhubung dengan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas. Akibatnya buku tersebut telah digam secara terhormat dan halus oleh kepimpinan PAS sehingga yang paling ketara ialah apabila buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu. Munurut Datuk Nakhaie Hj Ahmad, bekas Naib Presiden PAS yang juga berpengalaman selama 12 tahun di dalam PAS bahawa penyelewengan sebegini bukanlah perkara baru di dalam parti ini. Menurut beliau lagi selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah dipergunakan cukup-cukupnya sehingga diusung ke mana-mana sebagai alat simpati bagi tujuan mengutip derma. Apa yang memilukan masyarakat ialah kutipan wang jutaan ringgit hasil dari darah, keringat dan airmata itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disonglap oleh pihak tertentu di dalam Parti Islam SeMalaysia. Darah, keringat dan airmata keluarga Ibrahim Libya telah dijadikan modal oleh PAS untuk meraih wang sebagai habuan dan kepentingan konco-konco mereka yang berserban dan berjubah. Mereka gamak memperalatkan dan mempergunakan apa sahaja untuk berkuasa waima nama Islam sekali pun. Serakahnya mereka ini belum lagi dihitung bagaimana mereka menguruskan perolehan dari sumbangan wang-wang tunai dan barang-baranag kemas yang mereka perolehi dari sumbangan semasa ceramah-ceramah umum mereka yang mereka tadah sambil disulam seli dengan laungan “Takbir!!!”. Apabila mereka diberi kuasa oleh rakyat pula yang lebih mendukacitakan mereka langsung tidak menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Janji-janji seperti dalam manifesto sebelum mereka menang hanya tinggal janji dan apabila rakyat persoalkan mereka bebagai-bagai dolak-dalik mereka memberi alasan seperti perlaksanaan hukum hudud. Sejak mereka menerajui Kerajaan Kedah exco-exco dalam Kerajaan mereka langsung tidak “deliver”. Malah MB sendiri seperti “lost” dan mereka langsung tidak membawa apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat seperti slogan mereka “Kedah Sejahtera”. Rakyat Kedah yang menyokong mereka atas nama Islam ternyata seperti ditipu. Sebagai contoh, mangsa mala petaka banjir di Kedah diabaikan. Maruah mereka telah dijual kepada Cina Singapura Lee Kuan Yew apabila Mursyidul Agung mereka Nik Aziz menyokong secara terang-terangan supaya penganut Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam. Pakatan mereka di dalam komplot yang dipanggil Pakatan Rakyat lebih memberi lemak kepada bukan Islam untuk menuntut perkara-perkara yang boleh melemahkan Islam sendiri seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Suara mereka di dalam komplot itu seperti anjing menyalak bukit dan langsung tidak diambil endah oleh rakan karib mereka DAP malah mereka lebih sebagai pak turut dan pak hangguk. Salam siratulrahim yang dihulur UMNO dibalas dengan najis apabila mereka lebih rela memeluk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh serta menyindir Melayu dengan menunjukkan isyarat “thumbs up! “ tanda “bagus” kepada Lee Kuan Yew. Apa nak jadi PAS ini? Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT membuka hati mereka untuk berdamai di dunia sebelum tiba alam kekal akhirat.

No comments:

Post a Comment