Monday, July 4, 2016

Standard pelawak Singapura

Berbeza dan amat jauh bezanya antara pelawak Melayu Malaysia jika ingin dibandingkan dengan pelawak Melayu Singapura. Di Singapura, pelawak Melayu tidak akan mampu menjadikan Perdana Menterinya sebagai subjek hiburan. Jauh sekali menjadikan dasar kerajaannya sebagai bahan satira. Dalam sejarah Singapura, belum ada. Yang terjadi baru baru ini adalah seorang V-log atau Video Blogger yang menghina Lee Kuan Yew tetapi berakhir dengan pendakwaan segera. Di Singapura, pelawak Melayu adalah artis kelas ketiga, kalau ada show maka upahnya mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari dan akan kembali kepada kerja hakikinya samada pencuci jamban pejabat yang tiada Melayu di dalamnya sebagai staf atau kerja di kedai-kedai makan non halal serta restoran muslim bukan milik mamak. Kalau ada rezeki lebih, dia mungkin akan diambil secara tetap oleh mana-mana stesen yang hidup dengan pembiayaan ahli atau parti politik. Di Singapura, pelawak berbangsa Melayu tidak akan mendapat tempat di stesen TV utama negara tersebut. Paling kuat, mendapat tempat di stesen yang hidup dengan 'pancaran youtube'. Itu sebabnya pelawak Melayu Singapura yang dikatakan asalnya dari Melaka itu terpaksa menyebarkan sendiri lawak bodohnya dalam usaha menghina Perdana Menteri Malaysia kelmarin. Mungkin itu juga antara sebahagian perjanjian skop kerja, lawak yang disusun skripnya dan wajib menyebarkan sendiri hasil lawak bodohnya itu. Di Malaysia, pelawak Melayu diajar dengan adap sopan, bahan lawak untuk membina generasi seterusnya. Paling ketara, di Malaysia pelawak Melayu tahu makna "bersyukur selalu" dengan pemberian rezeki yang melimpah dari Kerajaan yang perihatin kepada semua golongan. Lupa, di Malaysia pelawak Cina juga boleh cari makan setanding dengan pelawak Melayu Malaysia. Mungkin di Singapura, itu sahaja cara untuk terus dapatkan dedak bagi seorang yang bergelar pelawak Melayu!

No comments:

Post a Comment