Monday, July 4, 2016

RASIONAL YANG PERLU ADA SEBELUM RAKYAT MENGANGGAP SEGALANYA ADALAH KONSPIRASI

RASIONAL YANG PERLU ADA SEBELUM RAKYAT MENGANGGAP SEGALANYA ADALAH KONSPIRASI Yang menjadi persoalan di fikiran penulis adalah jika pemimpin pembangkang didakwa di mahkamah, segelintir pihak bukan saja terus menghukum dia tidak bersalah, malah lebih hebat lagi mereka menuduh semuanya adalah satu bentuk tindakan dari pihak kerajaan, khususnya UMNO. Apakah UMNO yang suruh Miss Phang jual banglo pada Guan Eng? Apakah UMNO yang suruh Miss Phang letakkan harga murah pada Guan Eng? Apakah UMNO juga yang memecahkan rahsia urus niaga jual beli banglo itu? Begitu juga dengan isu Taman Manggis. Adakah semuanya di ‘set-up’ oleh BN untuk perangkap Guan Eng? Bagaimana jika yang didakwa di mahkamah itu pemimpin UMNO sendiri? Ia juga kerja Kerajaan Malaysia? Atau itu semua konspirasi pemimpin pembangkang? Pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk seorang ahli politik itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan kesalahan undang-undang, namun kerajaan dituding jari sebagai pihak yang menjadi dalang ‘mengenakan’ mereka. Sebagai contoh, ahli politik A yang tidak berpuasa beli nasi kandar dan makan dalam hotel 5 bintang. Bila ada laporan dibuat dan ‘kantoi’ tidak berpuasa tanpa alasan syarak, maka dia didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut. Apakah pihak kerajaan wajar disalahkan atas pendakwaan tersebut? Kerana itulah pada penulis, pendakwaan yang dihadapi oleh Guan Eng itu adalah merujuk kepada perbuatan peribadinya sendiri dan ia tidak ada sebarang kena mengena dengan pihak kerajaan mahupun UMNO. Pendakwaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan siasatan SPRM yang menunjukkan wujud ‘prima facie’ untuk melakukan pertuduhan di mahkamah mengikut bukti-bukti kukuh yang diperoleh. Itu saja. Jika bersalah, maka bersalahlah. Jika tidak, maka terlepaslah! Justeru itu, tidak perlulah terpengaruh dengan mana-mana pihak dalam soal ini. Yang ditabur cumalah permainan persepsi untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja. Begitulah nasib kita bila mempunyai pembangkang yang ‘tidak sihat’, salah sendiri pun hendak dipolitikkan. Sabar sajalah… - Nukilan terpilih daripada tulisan Saudara Mohamad Najid :-) #lge #noswimmingpoolhouse #lgepenjawatawam #DAP #rakyatMalaysiabijakmenilai #Malaysia

No comments:

Post a Comment