Tuesday, May 24, 2016

‘Tun M Sekarang Berbeza Dengan Dahulu’ – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR - Umum harus menerima hakikat bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memilih untuk menyebelahi parti pembangkang yang sangat dimusuhi beliau, suatu ketika dahulu dan tidak lagi meneruskan perjuangannya seperti dahulu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kesediaan bekas Perdana Menteri itu menyertai kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar tanpa menolak dakwaan Tun Mahathir mempunyai pengikutnya yang tersendiri. “Itu adalah hak Tun Dr. Mahathir (Mohamad), dia bukan ahli UMNO. Dia telah memilih untuk berjuang di arena yang lain. Itu hak beliau. “Tun Mahathir adalah bekas pemimpin. Beliau ada pengikutnya. Rakyat perlu dijelaskan, beliau sekarang tidak sama macam dahulu. Beliau sekarang sekongkol dengan parti yang beliau musuhi hanya kerana kepentingan peribadi yang taksub untuk jatuhkan Perdana Menteri kita. “Kita tak boleh halang beliau untuk berkempen. Itu hak beliau. Yang penting kita jelaskan kepada rakyat kenapa beliau berbuat demikian,” katanya. Dalam pada itu, Salleh mengingatkan agar semua ahli Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka perlu memilih BN. “Rakyat perlu dijelaskan mengapa mereka perlu memilih BN untuk meneruskan kesinambungan kepada perjuangan di kawasan berkenaan,” katanya selepas merasmikan pelancaran Program Khairat Yayasan 1 Malaysia anjuran Yayasan Artis 1 Malaysia semalam. Program ini merupakan pakej pengurusan jenazah lengkap yang ditawarkan kepada semua penggiat seni. Melalui program itu, bantuan tidak terhad kepada jenazah sahaja malahan ahli keluarga turut diberikan bantuan.

No comments:

Post a Comment