Tuesday, October 29, 2013

Isu subsidi gula

Subsidi Gula Subsidi adalah isu sensitif di Malaysia, kerajaan membelanjakan RM24 bilion pada tahun lepas untuk mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol,diesel,gula,tepung dan beras. Kita akan bincang berkenaan gula hari ini. Gula yang kita letak sedikit di teh tarik setiap pagi datang daripada pokok tebu, 98.6% gula mentah di Malaysia dibeli/import dari negara luar (Brazil,India) dengan harga pasaran dunia, harga komoditi ini tidak akan kekal dalam masa yang lama kerana ia meningkat dan menjunam(fluctuate) mengikut supply-demand mechanism. Disebabkan China dan India mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, pendapatan rakyat mereka meningkat secara mendadak sehingga meningkatkan ‘consumption’ termasuk gula, jadi harga gula mentah dunia semakin meningkat. Dengan kenaikkan harga komoditi dunia, jumlah subsidi negara juga meningkat. Mengikut Menteri Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun 2012, subsidi gula meningkat dari RM262.41 juta tahun 2011 kepada RM567 juta pada tahun 2012.Ini bukti fluctuation yang agak drastik. Selain itu, Malaysia juga mempunyai masalah diabetes yang agak kronik,Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata penghidap diabetes di negara ini meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 % daripada jumlah penduduk Malaysia. Kesan sampingan ,penyakit ini akan meningkatkan kos hidup kepada populasi Malaysia kerana kos perubatan yang mahal. Secara jujur, disebabkan China,India dan beberapa pasaran lain sedang membangun, permintaan gula mentah dunia akan terus meningkat dan kerajaan Malaysia tidak kira parti mana terpaksa tanggung subsidi yang besar. Di Malaysia wujud 2 kumpulan, kumpulan pertama adalah yang saya panggil ‘free market group’, individu yang bekerja sebagai ahli perniagaan atau pakar pelaburan yang ingin memaksimumkan keuntungan, mereka percaya bahawa rm24 billion itu patut dibelanjakan kepada pembangunan kerana ia adalah ‘wealth mulplier’ dalam kata lain RM1 akan menjadi RM2 jika digunakan untuk pelaburan yang cekap dan bijak, ini akan melonjak Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Kumpulan kedua pula adalah rakyat yang kurang mendapat apa-apa jika pembangunan pesat diteruskan, dan gaji mereka tidak berapa naik manakala jika subsidi dikurangkan, kos hidup mereka akan meningkat,secara kesimpulan mereka ingin subsidi ini diteruskan. Jadi kerajaan sekarang sedang pening apakah langkah yang terbaik, pembangunan negara atau kebajikan rakyat??? Kerajaan ada 2 cara untuk menyelesaikan masalah ini, pertama untuk tanam sendiri pokok tebu secara besar-besaran di Sabah atau Sarawak. Saya bukan pakar pertanian, tetapi Sabah dan Sarawak mempunyai tanah yang luas dan cuaca sama seperti pengeluar gula mentah terbesar Brazil iaitu khatulistiwa atau tropikal. Kerajaan boleh tubuhkan satu koperasi seperti FELDA supaya meningkatkan pendapatan rakyat sambil meningkat pengeluaran gula nasional yang juga akan menurunkan kos gula. Kesan negatifnya ini tidak akan selesaikan masalah kesihatan Malaysia. Kedua, kerajaan perlu cari alternatif kepada gula sebagai bahan pemanis yang lebih sihat. Ini memerlukan masyarakat yang inovatif dan sejumlah dana besar bagi pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di Amerika apabila harga petrol meningkat,syarikat automotif mereka terus menghasilkan kereta hybrid atau electrik (general motors, fisker,tesla), tetapi masyarakat Malaysia kurang rajin mencari penyelesaian kepada masalah harian. Saya berharap kerajaan dan pakar-pakar saintis memulakan kajian ini, demi mengurangkan kos hidup sambil mengurangkan kadar pesakit diabetes di negara. Kesimpulannya, harga gula mentah akan terus meningkat. Kerajaan sudah melaksanakan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah ini termasuk menasionalkan syarikat Malaysia Sugar Manufacturing (MSM) daripada Robert Kuok yang mendapat bantahan kuat daripada rakyat awam, tetapi masalah ini belum selesai lagi. Objektif utama kerajaan adalah sepatutnya mengurangkan kos hidup kerana bilangan pekerjaan berpendapatan tinggi yang wujud tidak mencukupi untuk majoriti rakyat Malaysia, sepatutnya kerajaan kurangkan subsidi gula secara berperingkat dan bukan terus hapuskannya. Semoga wakil kerajaan mengambil tahu masalah rakyat dan juga mencari penyelesaian. P/S :Sewaktu subsidi gula masih ada,kerajaan telah membayar subsidi tersebut kepada pembekal gula utama antaranya Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhari. Namun selepas penarikan subsidi,para pembekal tidak lagi menerima pembayaran dari kerajaan sebaliknya dibayar terus oleh pengguna yang membeli gula pada harga pasaran. Justeru kenapa tiba-tiba Syed Mokhtar dipersalahkan?

No comments:

Post a Comment