Tuesday, October 29, 2013

Fahami antara GST dan SST

Cukai di Malaysia 1. Cukai Langsung (direct tax) cth : Cukai Pendapatan --- Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. 2. Cukai Tak Langsung (indirect tax) --- cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori ini Apa itu SST dan GST? 1. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu 'Sales tax and Service tax' atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. 2. SST dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Tak caya pi tengok resit tu. 3. Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. 4. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). 5. Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. 6. Kadar 6% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). 7. SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. 8. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama. GST juga adalah bertujuan menggantikan SST sebagai salah satu pembaharuan sistem percukaian. 9. Ini bermakna SST akan dimansuhkan sebaik sahaja GST dilaksanakan. 10. Kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. 11. Pengecualian ini memberi kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima atau tak ada langsung. 12. GST ni perlu sebab boleh meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. 13. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. 14. Dari 28 juta rakyat Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Yang duk bising duit rakyat tu bayar tak cukai pendapatam ni? 15. Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. 16. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan. 17. GST ni tak adil kepada orang miskin ke? GST hanya nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. 18. Sebab itu kerajaan melaksanakan GST perlu perkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. 19. BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M). 20. Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. 21. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. 22. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. 23. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah

No comments:

Post a Comment