Thursday, September 5, 2013

Caj pengangkutan meningkat sehingga 5 peratus

Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa 4 Septemberakan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus. Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres. Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api. “Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan. “Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Yusoff berkata, kenaikan harga minyak itu juga sekali gus akan meningkatkan harga barangan lain. Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata, barangan lain secara langsung membabitkan kebergantungan kepada kos pengangkutan untuk proses pengedaran dan penghantaran.

No comments:

Post a Comment