Wednesday, May 23, 2012

TEMBERANG NURUL IZZAH MAKAN DIRI

Apa kecoh-kecoh ni Nurul & RPK? Sebelum ni aku dah bagi tau, Nurul dah terdesak kerana populariti Dato Raja Nong Chik semakin meningkat di Lembah Pantai sedangkan imej Nurul sendiri semakin suram. Oleh itu, untuk memburukkan imej Dato Raja Nong Chik, Nurul pun gunakan RPK sebagai proksi untuk menyerang Dato Raja Nong Chik. Apa tuduhan yang dibuat oleh RPK? RPK mempertikaikan bagaimana syarikat yang pemegang saham utamanya adalah anak Dato Raja Nong Chik boleh mendapat kontrak dari Kementerian Belia dan Sukan. Dalam hal ni, nasib baik ada sumber dari Kementerian Belia dan Sukan yang sanggup membantu untuk menerangkan keadaan sebenar. Apa ceritanya ya? Istijuara Sdn Bhd telah menerima Surat Niat (Letter of Intent) dari KBS pada 18 Julai 2006 untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik tidak memegang sebarang saham dalam syarikat ini. Begitu juga anak beliau. Pada tahun 2007, Dato Raja Nong Chik telah membeli saham di dalam syarikat berkenaan dan meletakkannya di bawah nama anak beliau. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik masih belum dilantik menjadi Menteri. Pada masa ini beliau juga bukan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Dato Raja Nong Chik dah lebih 30 tahun jadi ahli perniagaan. Jual beli saham dalam syarikat ni perkara biasalah. Orang biasa pun main jual beli saham, takkan ahli perniagaan macam Dato Raja Nong Chik tak boleh beli saham kan? Setakat ni nampak tak apa-apa urusan yang melanggar undang-undang? Takda kan? Seterusnya Dato' Raja Nong Chik dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada tahun 2009. Pada 22 Mei 2010 kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Selepas kompleks tersebut siap, barulah surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Haaaa, inilah yang cuba dijadikan isu oleh RPK. Dia cuba membayangkan kononnya tawaran ini diberikan kerana Dato Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri, sedangkan surat niat dah dikeluarkan pada tahun 2006 sebelum Dato Raja Nong Chik menjadi Menteri lagi!! Mungkin ada yang akan tanya, kalau surat niat dikeluarkan pada tahun 2006, mengapa surat tawaran hanya dikeluarkan pada tahun 2010 selepas kompleks IKBN siap? Inilah yang RPK tak faham, atau mungkin sengaja buat-buat tak faham. Kalau spesifikasi dan kontrak dimuktamadkan pada tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010, sudah tentu spesifikasi peralatan yang ditetapkan akan ketinggalan zaman! Cuba bayangkan, dalam tahun 2006, komputer mungkin pakai teknologi Pentium 1, tapi sekarang dah pakai teknologi Pentium 5! Logik ke kalau kompleks serba moden, tapi pakai peralatan kuno! Mesti pembangkang macam Nurul lah orang yang pertama akan bising pertikaikan mengapa Kerajaan buat kontrak untuk bekal peralatan guna spesifikasi out of date! Jadi, kena tunggu sampai kompleks siap, baru boleh dimuktamadkan spesifikasi peralatan yang perlu dibekalkan. Bila dah muktamadkan spesifikasi, baru boleh tetapkan harga untuk tawaran. Bila dah tetapkan harga, baru boleh keluar Surat Tawaran (Letter of Award). Tak tahu spesifikasi, macam mana nak tetapkan harga kan? Inilah SOP atau Standard Operating Procedure perolehan Kerajaan. Kalau tak ikut SOP, pembangkang juga yang akan bising. Tapi sekarang, bila ikut SOP pun dia cuba nak buat isu! Terdesak sangat ke Nurul? Benda macam ni pun nak buat kecoh? Setakat ni, apa yang melanggar undang-undang? Takda apa-apa pun. Nampak sangat pembangkang dah takda modal. Apa kecoh-kecoh ni Nurul dan RPK?

Muzakarah Harus Ikhlas Tanpa Sebarang Syarat

SEREMBAN, 21 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata rancangan untuk bermuzakarah antara UMNO dan Pas perlu dijalankan berlandaskan keikhlasan tanpa meletakkan sebarang syarat. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, muzakarah adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam jadi adalah tidak sesuai untuk meletakkan syarat. “Muzakarah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam dan pada saya adalah nikmat bagi kita kalau semua boleh duduk sekali dan mencari titik perbezaan dan kita menguruskan perbezaan itu secara sepatutnya. “Tentunya dalam titik pertemuan kita yang begitu banyak, mengapa kita mencari titik perpisahan dan (mahu) membesarkannya dan kita kehadapankan? Jadi mekanisme terbaik adalah muzakarah,” katanya selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia, di sini Isnin. Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Umno. Jamil Khir berkata, UMNO sejak dahulu sentiasa membuka pintunya untuk sebarang hasrat mengadakan muzakarah dengan mana-mana pihak termasuk Pas, namun ia sering berakhir dengan kegagalan. Katanya, justeru muzakarah harus dilihat dalam konteks keikhlasan pihak-pihak berkenaan bagi memastikan rancangan untuk bermuzakarah kali ini dapat diadakan. Sementara itu, mengulas mengenai seminar tersebut Jamil Khir berkata, ia diadakan bertujuan bagi memberi pemahaman dan penjelasan kepada orang ramai mengenai wasatiyyah dalam mengamalkan konsep 1Malaysia. Katanya, seminar tersebut yang dianjurkan Biro Agama dan Biro Penerangan UMNO akan diadakan di setiap negeri dan Negeri Sembilan merupakan negeri kedua selepas seminar sama diadakan di Kedah, Ahad

Wednesday, May 9, 2012

Rahsia DAP menjahanamkan Islam terbongkar

Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius… • Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka? • Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU. • Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! • Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. • LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang. • Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim. • Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia. • Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja. • Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?). Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Wednesday, May 2, 2012

HARI INI RAKYAT DI AJAR DAN DIDIDIK MELAWAN PEMERINTAH MELALUI DEMONSTRASI JALANAN

Hari ini rakyat di ajar dan di didik melawan pemerintah melalui demonstrasi. Mereka sangka apabila mereka dapat kuasa dan memerintah negara mereka mudah menegakkan keadilan, amankan negara, rakyat boleh relaks dan hidup bahagia. Kalau anda berfikiran sedemikian............ anda silap. Kerana ketika itu pihak lawan tidak akan duduk diam . Kerana mereka akan pastikan pemimpin pemerintah dan penyokongnya sentiasa panas tak senang duduk dan tak boleh tidur. Kerana Demonstrasi Jalanan yang mereka taja hari ini pasti akan makan tuannya esok.

Benarkah Melayu Rasis

Melayu sering di gambarkan sebagai kaum yang rasis apa bila menyebut & memperkata akan hak dan soal dalaman bangsa sendiri. Sehingga Melayu sendiri berasa rendah diri,berasa keterbelakang malah sanggup menunjukkan keterbukaan(liberal) hanya semata mata tidak mahu di lebel kan sebagai rasis. Salah kah mengaku kita rasis? tetapi adakah kita benar benar bangsa yang rasis? Entri kali ini kita tidak mahu berbicara soal politik, elok kita tumpu kepada masalah ekonomi. Fikirlah dan tanya pada diri sendiri apa bila membaca serba sedikit yang ingin Pisau perkatakan. Melayu rasis? 1.Melayu sering membeli barangan keperluan rumah di kedai kedai berbangsa cina. (kerana apa?) rasiskah Melayu? 2. Barangan di dalam kedai runcit, dari beras hinggalah tepung di keluarkan oleh kilang milik siapa? Gula & Tepung di monopoli oleh syarikat milik berbangsa cina 100%,gula di miliki oleh keluarga Kwok, khabarnya sehingga 12 keturunan pun tak kan habis. Malaysia kini milek mereka? 3. Susu anak,berus gigi,sabun,pinggan mangkuk- apa saja anda namakan didalam isi rumah anda beli dari siapa? berapa peratus anda beli dari bumi dan berapa peratus anda beli dari bukan bumi? 4. Beras selain dari Bernas dan Faezah, semua nya datang dari kilang pemprosesan milik bangsa cina, walau pun harga di kawal, tapi beras yang anda suap itu sebahagian kecil sahaja untung di perolehi oleh petani melayu,selebih nya oleh pekilang berbangsa cina. 4. Perabot rumah,katil,tilam hingga ke kain selimut -adakah produk bumi? berapa banyak? berapa ramai yang beli produk bumi? atau langsung tak ada 5.TV,LCD ,Home Theater anda beli dari siapa? Seng Heng? atau ada beli dari kedai bumi? Ada kedai elektrik melayu ? berapa banyak? berapa banyak yang beli di kedai milik cina? 6.Berapa ramai yang mengunakan komputer?berapa ramai yang membeli dari melayu,dan berapa ramai yang membeli dari kedai cina? Pisau persoal kan kalau anda beli dari kedai milik melayu sekali pun ,adakah pemilik kedai itu dapatkan dari pemborong komputer milik melayu? Percayalah langsung tak ada pemborong melayu . 7. Sayur,ikan & ayam , harga nya siapa yang kawal? KPDN-HEP boleh kawal? Kita tergelak bila fikirkan soal ini, sejauh mana nak di kawal? Harga barang mahal jugak.Salah kan kerajaan?Anda tersilap jika salah kan kerajaan,patut di salah kan pemborong pemborong cina yang sabotaj ekonomi negara agar rakyat marah kepada pemerintah. Anda tak faham lagi?atau perlu di fahamkan?Agenda siapa? Persatuan Pemborong Cina & macam macam persatuan lagi penyokong DAP tegar. selidik lah kalau mahukan jawapan. 8.Walau pun ada pekebun,petani ,nelayan & penternak Melayu, Tetapi berapa ramai kah Melayu?Berapa ramai pemborong Cina? Pergi ke Chow Kit, Bukit Bintang dan Jalan Petaling, anda akan tau jawapannya. Siapa yang kawal harga?Walaupun di beri subsidi harga tetap mahal,di mana yang tak kena? 9.Cuba fikirkan, kalau ada sambutan tahun baru cina, kita yang melayu ni punya lah susah nak cari ikan di pasar,semua pasar di tutup.Jawap nya ke hyper market lah.Pasar tutup sebab kan cina bercuti,melayu tergopoh gopoh simpan stok makanan. 10.Tiap hari anda memandu,kereta yang anda pandu tu tukar tayar di mana?mekanik?tukar sport rim?perbaiki aircond?eksesori kereta?cat kereta hinggalah ke tinted cermin gelap.Berapa ramai usahawan melayu dalam bidang ini? tak sampai 1% kan. 11.Kedai elektrik- berapa ramai usahawan melayu yang memiliki jenis perniagaan ini? 12.Komputer & semua jenis peralatan IT, berapa ramai pemborong melayu? Langsung tak ada,kalau ada pun dia mengaku dia pemborong tapi akhirnya ambil dari China jugak.. 13.Pakaian yang anda pakai setiap hari,seluar,seluar dalam, baju dalam,kain baju kurung,baju melayu,kilang nya dari mana?siapa miliki kilang pakaian.Teruk bukan,hingga ke seluar dalam pun tak ada melayu buat.Adakah seluar dalam cap Hashim? atau anda terjumpa nama nama melayu? 14. Hingga ke kain tudung kepala perempuan pun orang cina jual cuba lihat di kedai Long Wan.siapa yang tinggal di bandar bandar kecil tahu la kedai Long Wan tu.

luahan Hati anak polis

Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING? Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini... Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas... Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah... Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat? Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE... Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...
Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan? Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini... Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....

Lepas lebih 10 tahun, Shahnon baru sedar.

GEORGETOWN: Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW. Beliau yang juga Sasterawan Negara, berkata Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah. Justeru, ahli PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW. “Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin. Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan. Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada 1982 dan menghasilkan pelbagai karya satira seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999. Dalam perkembangan sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP. Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS. “Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini? “Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP,” katanya

BERSIH 3.0 : Cara Anwar Solat Pelik !

Anwar Ibrahim dikata berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. Mereka berkumpul di situ bersama beberapa pemimpin PR lain. Apabila masuk waktu zohor, mereka ini dikatakan tidak masuk dalam masjid untuk solat berjemaah bersama orang ramai tetapi solat hanya di perkarangan masjid itu sahaja. Soalnya: 1. Apakah dia terikut dengan perpecahan yang pernah berlaku dulu – kerana tidak mahu ikut imam kerajaan? 2. Apakah masa terlalu suntuk kerana sudah hendak mula Bersih? Kalau solat di dalam masjid nanti lambat. Imam baca surah panjang. Wirid lagi. 3. Apakah dia tidak larat kerana keuzurannya hendak berjalan jauh ke dalam masjid turun naik tangga? Maklumlah masih sakit belakang. 4. Apakah beliau malas nak buka kasut atau bimbang kasut beliau hilang bila tanggal kasut untuk solat di dalam masjid? Solat di luar masjid boleh solat sambil pakai kasut! dan banyak lagi persolan dan kemungkinan lain. Namun, apa pun sebabnya beliau tidak mahu solat dalam masjid itu terserahlah kepada dia dan “ahli jemaahnya”. Yang peliknya ialah apabila dia solat di luar perkarangan masjid mereka solat beramai-ramai macam solat berjemaah tapi mereka solat sendiri-sendiri! Atau IB yang salah? Tolong betulkan. Lihat gambar-gambar dari minag-jinggo ini:
Pemuda sebelah kiri ini mungkin nak beritahu arah kiblat. Bukankah lebih senang dalam solat masjid – mesti dah confirm arah kiblatnya
Mereka guna banner untuk alas solat. Kenapa tidak diterbalikkan banner tu – guna yang sebelah putih. Nasib baik teringat nak tutup sikit – kalau tak tercium muka Ambiga kat banner (?). Kesian dua orang dihujung sana – banner tak cukup besar.
Nak kata orang sebelah kanan Anwar jadi imam tidak betul juga. Sebab dia turun sujud lambat. Anwar yang sakit belakang nampak mengeran kesakitan bila nak sujud. Tambah pulak dengan pakai kasut – lagi sakit masa nak lipat turun dan duduk tahiyyat.
Bertahiyyat sama-sama. Solat bersama macam berjemaah. Pergerakan semua hampir sama – macam berjemaah. Tapi masing-masing solat bersendirian. Yang belakang tu – agaknya ikut siapa. Mereka tahu tak masing-masing di depan tu solat bersendirian? Mereka mengguna Mazhab yang memboleh dedah tangan semasa solat? (di Malaysia?) Kalau di Indonesia mereka kata “oh sikit aje nampak engak apa-apa”

Lakonan Anwar dan Azmin kantoi depan wartawan...

MUKA RIAK ANWAR sudah bertukar Marah....kantoiiiii Pelbagai soalan dilontar kepadanya tentang Isu BERSIH 3.0.Wartawan sudah tahu ANWAR memang kaki Pusing punya.... Ayat ayat biasa dikatakan ANWAR kepada Wartawan..Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)..ANWAR akan bertanya dahulu, wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana....MEMANG BAHASA KURANG AJAR...INI KER MAHU MENJADI PM DENGAN SIKAP AMARAHNYA....MINTA JAUHLAH DARI MANUSIA DURJANA INI. Mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih ‘menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah “ Ini soalan UMNIO...Ini soalan UMNO”.Kenapa Anwar takut dan mahu temberang kerana sudah ramai tengok video dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin untuk bertindak bersama peserta Bersih.Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis itu.Dalam video tersebut jelas rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu? Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu. Azmin akhirnya terperanjat apabila seorang wartawan bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, “Dataran Merdeka...boleh masuk...boleh masuk,” . “Bohong’, jerit Azmin menafikan pendedahan wartawan tersebut. Namun Azmin kantoi bila wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dikatakan ahli parlimen Gombak itu. Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut. Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300 ribu peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon. Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang. Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO. Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk Seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi...mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya. Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan. Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut. Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu saja, Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis. Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang. Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain. Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis. Azmin dan Tian Chua pun sama. Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmin. Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar juga hadir sidang media itu sebagai ‘duduk dan dengar’ saja. Selepas sidang media hampir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu. Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa.

Penyelewengan Tabung Memali oleh PAS

C.N Al-Afghani telah mendedahkan dengan berani dan terbuka berhubung dengan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas. Akibatnya buku tersebut telah digam secara terhormat dan halus oleh kepimpinan PAS sehingga yang paling ketara ialah apabila buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu. Munurut Datuk Nakhaie Hj Ahmad, bekas Naib Presiden PAS yang juga berpengalaman selama 12 tahun di dalam PAS bahawa penyelewengan sebegini bukanlah perkara baru di dalam parti ini. Menurut beliau lagi selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah dipergunakan cukup-cukupnya sehingga diusung ke mana-mana sebagai alat simpati bagi tujuan mengutip derma. Apa yang memilukan masyarakat ialah kutipan wang jutaan ringgit hasil dari darah, keringat dan airmata itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disonglap oleh pihak tertentu di dalam Parti Islam SeMalaysia. Darah, keringat dan airmata keluarga Ibrahim Libya telah dijadikan modal oleh PAS untuk meraih wang sebagai habuan dan kepentingan konco-konco mereka yang berserban dan berjubah. Mereka gamak memperalatkan dan mempergunakan apa sahaja untuk berkuasa waima nama Islam sekali pun. Serakahnya mereka ini belum lagi dihitung bagaimana mereka menguruskan perolehan dari sumbangan wang-wang tunai dan barang-baranag kemas yang mereka perolehi dari sumbangan semasa ceramah-ceramah umum mereka yang mereka tadah sambil disulam seli dengan laungan “Takbir!!!”. Apabila mereka diberi kuasa oleh rakyat pula yang lebih mendukacitakan mereka langsung tidak menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Janji-janji seperti dalam manifesto sebelum mereka menang hanya tinggal janji dan apabila rakyat persoalkan mereka bebagai-bagai dolak-dalik mereka memberi alasan seperti perlaksanaan hukum hudud. Sejak mereka menerajui Kerajaan Kedah exco-exco dalam Kerajaan mereka langsung tidak “deliver”. Malah MB sendiri seperti “lost” dan mereka langsung tidak membawa apa-apa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat seperti slogan mereka “Kedah Sejahtera”. Rakyat Kedah yang menyokong mereka atas nama Islam ternyata seperti ditipu. Sebagai contoh, mangsa mala petaka banjir di Kedah diabaikan. Maruah mereka telah dijual kepada Cina Singapura Lee Kuan Yew apabila Mursyidul Agung mereka Nik Aziz menyokong secara terang-terangan supaya penganut Islam di Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam. Pakatan mereka di dalam komplot yang dipanggil Pakatan Rakyat lebih memberi lemak kepada bukan Islam untuk menuntut perkara-perkara yang boleh melemahkan Islam sendiri seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Suara mereka di dalam komplot itu seperti anjing menyalak bukit dan langsung tidak diambil endah oleh rakan karib mereka DAP malah mereka lebih sebagai pak turut dan pak hangguk. Salam siratulrahim yang dihulur UMNO dibalas dengan najis apabila mereka lebih rela memeluk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh serta menyindir Melayu dengan menunjukkan isyarat “thumbs up! “ tanda “bagus” kepada Lee Kuan Yew. Apa nak jadi PAS ini? Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT membuka hati mereka untuk berdamai di dunia sebelum tiba alam kekal akhirat.