Monday, July 23, 2012

Benarkah PAS parti ajaran sesat?

DR BURHANUDDIN HELMY (HISBUL MUSLIMIN) PERNAH BERKATA:- INDERAGIRI PASIRNYA LUMAT, KERANG BERCAMPUR DENGAN ROKAN, BAGAI NABI KASIHKAN UMAT, BEGITU SAYA KASIHKAN WATAN.. Sesungguhnya dari gerakan hisbul muslimin itulah lahirnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang lebih dikenali sebagai United Malays National Organisation (UMNO) sehingga sekarang. Sementara Parti Ajaran Sesat (PAS) ditubuhkan oleh British untuk menentang dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam supaya menentang konsep ketuanan Melayu dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. (Rujuk: Kerajaan Kelantan vs Kerajaan Persekutuan, MLJ). PAS PARTI POLITIK ATAU AGAMA? Apabila al-Quran dan al-Hadis diputar-belitkan, apabila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, apabila fatwa disongsangkan, apabila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, apabila sesama Islam dipecah-belahkan, apabila kemungkaran disorok-sorokkan, apabila kebatilan diwar-warkan, apabila tabung jihad diselewengkan, apabila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, apabila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, apabila air tawar dan selipar Nik Aziz dijadikan keramat, apabila kafir harbi DAP dijadikan teman memerintah negara, dan akhirnya apabila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan. Tidak sesatkah Pas dan masih dianggap Islam lagikah? BRITISH MELULUSKAN PERLEMBAGAAN PAS Pada masa Pas dilahirkan, pemerintah Malaya pada masa itu ialah penjajah (British) yang beragama Kristian. Orang Kristian manakah yang bersetuju kepada perjuangan bagi penubuhan sebuah kerajaan Islam yang boleh menggugat sistem kafir. Mereka meluluskan pendaftaran PAS kerana mereka (orang putih) sangat arif tentang sesuatu perjuangan (sebab itu mereka boleh perintah dunia); dan mereka yakin dengan adanya parti PAS nanti akan menjadi saingan sengit serta boleh menghancurkan parti Melayu Islam UMNO, yang secara langsung Melayu akan berpecah menjadi dua puak, dan secara tidak langsung Islam akan pudar. Dalam keadaan yang sama, British telah mengharamkan sebuah parti yang bernama “Hizbul Muslimin” yang ditubuhkan di Gunong Semanggol kerana British tahu yang parti ini akan benar-benar menghancurkan kapitalis mereka. Pas hanya sebuah pertubuhan politik yang diasaskan oleh golongan yang kecewa daripada mendapatkan kedudukan jawatan. Kekecewaan ini menyebabkan timbullah satu gerakan perjuangan menentang UMNO bermula pada tahun 1951 Parti ini mengambil nama ”Islam” kononnya bercita-cita memperjuangkan Islam sebagai matlamat perjuangan bagi mereka. Hasrat mereka bagi mendapatkan pengaruh di kalangan umat Islam (Melayu) bagi tujuan untuk memperolehi kuasa memerintah. Persoalannya sekarang: Apakah Islam sebagai alat atau matlamat? Apakah matlamat Islam akan tercapai dengan hanya Islam diperalatkan oleh PAS. Persoalan inilah yang menjadi punca perbalahan umat Melayu yang membawa kepada perpecahan yang serius yang memerlukan penerangan dan penjelasan sejelas-jelasnya supaya orang Melayu tidak tertipu dengan dakwaan songsang pihak pemimpin-pemimpin Pas yang melabelkan diri mereka sebagai “ulama” atau pejuang Islam. Menurut falsafah politik bahawa setiap parti lawan adalah musuh, maka setiap musuh wajib diperangi. Cara menguasai kerajaan melalui demokrasi adalah menjatuhkan dalam pilihanraya. Untuk menjatuhkan lawan politik berbagai senjata digunakan termasuk senjata agama dan sehingga sanggup agama diperalatkan. Dengan sebab menggunkan nama Islam kepada sesebuah parti maka ramai orang menjadi keliru. Mereka sanggup mengatakan; menolak Pas sama sahaja dengan menolak Islam. Menolak Islam boleh menjadi kafir dan murtad yang wajib diperangi – maka inilah jihad sekiranya mati dengan secara jihad ini sebagai mati shahid dan dijanjikan syurga. Sebagai Contoh: Nik Abd. Aziz semasa beliau mengajar di masjid kampung Pulau Melaka telah mengatakan: “ Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”.Dakwaan ini menjadi pegangan yang kukuh di kalangan golongan fanatik Pas yang perlu ditangani dengan cermat kerana ia melibatkan persoalan akidah. Penjelasan dengan bukti yang kukuh berdasarkan al-Quran dan al-Hadis perlu dijelaskan secara terang agar akidah umat Islam tidak terpesong

No comments:

Post a Comment