Monday, July 23, 2012

Fauziah berang NGO yang dibiayainya mohon maaf pada LYNAS

Kumpulan protes 'Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL)', hari ini menerbitkan surat memohon maaf kepada Lynas Corp di atas menyebarkan tuntutan dan tuduhan palsu terhadap tahap keselamatan loji pemprosesan nadir bumi ini. Dalam satu kenyataan memetik, "Kami merujuk kepada artikel yang pernah diterbitkan, yang mendakwa bahawa loji Lynas mungkin tidak selamat. "Kami memohon maaf kerana penerbitan ini langsung tidak mempunyai asas yang saintifik. Kajian semula peraturan dan keselamatan loji Lynas telah dilakukan dengan teliti dan menyeluruh." merujuk kepada kenyataan rasmi SMSL. Sumber KL POS. Nah tu dia, MOHON MAAF setelah keceluparan membuat artikel Fitnah dari pihak pembangkang. Bukan sekali mereka pihak pembangkang membuat permohonan Maaf setelah membuat artikel fitnah tetapi sudah acap kali ianya berlaku yang mana dengan niat untuk menghasut rakyat Malaysia. Sekarang ini kita tanya pula kepada MP Kuantan Fauziah Toron yang cukup glamour dengan isu Lynas ini. Apakah MP PKR ini akan membuat permohonan maaf kepada Lynas? Apakah pihak PKR akan mengesa agar Fauziah bakal Ketua Wanita PKR itu menarik balik segala tomahan dan fitnah keatas Lynas? Percayalah wahai rakyat Malaysia, mereka ini puak pembangkang terutama para pemimpin mereka tidak akan mearik balik kesilapan yang telah dilakukan. Sebaliknya mereka akan terus menfitnah dan mewujudkan kebencian rakyat kepada kerajaan Malaysia. Semoga rakyat Malaysia peka mengenai pekara ini kerana persepsi yang mereka lakukan boleh menyebabkan rakyat mudah termakan hasutan dan menyebabkan rakyat di KELDAI kan oleh mereka pimpinan Pakatan Pembangkang.

No comments:

Post a Comment