Monday, July 23, 2012
PAS hanya parti dan bukan agama
Menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam di Malaysia menagani persoalan ini dengan memperingatkan mereka bahawa memperalatkan Islam bagi tujuan untuk mendapatkan kuasa politik adalah salah dan mengaibkan agama Islam itu sendiri.
Perlu disedari bahawa PAS bukan AGAMA, tetapi Pas adalah sebuah parti politik yang bersandarkan dengan nama Islam sahaja. Barang siapa yang menyamai PAS dengan agama baik secara terang mahupun sembunyi, mereka adalah golongan sesat lagi menyesatkan. Sebagai contoh jika ada sebuah Bas diletakkan nama “ISLAM” pada Basnya, adakah orang Islam wajib menaiki Bas tersebut, dan tidak boleh lagi naik Bas lain? Tentu tidak, kerana itu nama sahaja demikian juga parti. Rasulullah tak pernah berjuang atas nama parti tetapi Rasulullah berjuang atas nama Islam.
Daripada Sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari saidina Ali k.w. : yang bermaksud:-
“Jangan kamu sekali-kali kamu mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqiaskan dan permulaan orang yang mengqiaskan itu ialah iblis”.
Dan firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 153 bermaksud: “Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus (Islam) ikutlah dan jangan mengikuti jalan-jalan lain (yang boleh meneysatkan) . Maka akan terpisah kamu dari jalan Allah”. (terkeluar dari landasan perintah Allah). (Surah al-An’am ayat 153)Nik Aziz atau Pas menganggap mereka sahajalah Islam dengan menuduh UMNO tidak mahu kepada Islam, ini adalah salah dan satu fitnah, serta tuduhan jahat PAS terhadap orang-orang UMNO malah lebih teruk lagi sehingga sanggup mengatakan; menyokong UMNO akan masuk Neraka.
ISLAM CIPTAAN ALLAH
Islam agama ciptaan Allah yang diturunkan kepada para Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengikut syariat masing-masing untuk seluruh umat manusia di muka bumi Allah. Sedangkan PAS adalah ciptaan manusia, dan hanya di bumi Malaysia khusus orang-orang Melayu yang menjadi ahli Pas sahaja. Lebih teruk lagi apabila mereka menganggap parti ciptaan mereka itu sebagai parti Islam sebenar.
DASAR ISLAM YANG SEBENAR..
Dasar yang disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah al-Quran dan al-Hadis (Sunnah) yang secara langsung menjadi pegangan umat Islam bagi mencapai kesempurnaan Iman dan Islam. Apa yang berlaku kepada Pas ialah ingin menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai Perlembagaan PARTI dan diperalatkannya untuk mencapai tujuan politik Pas bukannya untuk mencapai keredhaan Allah.
Saidatina Aishah r.ha pernah berkata bahawa. “Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran” Persoalannya: Apakah akhlak pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong PAS baik dari segi percakapan dan perbuatan mereka mengambarkan al-Quran dan al-Hadis? Jelas terlau berbeza tingkah laku mereka jikalau dibandingkan dengan sifat Rasulullah s.a.w.. Dan ini juga memperjelaskan lagi bahawa al-Quran dan al-Hadis juga turut diperalatkan oleh Pas bagi mencapai tujuan politik mereka.
Amanah memperjuangkan Islam sebelumnya adalah dipikul oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat, pejuang-pejuang Islam dan seluruh umat Islam dalam menegakkan kalimah Allah, kini Pas mendakawa bahawa perjuangan Islam hanya pemimpin-pemimpin mereka, ulama-ulama mereka sahaja, dan ahli-ahli serta penyokong-penyokong mereka sahaja yang memperjuangkan Islam, malah sanggup menafikan hak orang lain dengan penuh sombong dan bongkak. Segala perlaksanaan Islam orang lain semuanya tidak betul belaka (kita tidak pernah dengar pemimpin Pas memuji kerja-buat Umno) malah dicaci sedangkan Pas tidak melakukan satu apa pun dan masih dianggap merekalah lebih ISLAM berbanding orang lain.
Asas dan matlamat perjuangan Islam adalah menegak dan mengukuhkan Iman dan Aqidah termasuk syariat, muamalah, munakahah merangkumi segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah. Malah bagi Pas tidak ada asas perjuangan yang kukuh mengenai persoalan Iman, Aqidah dan akhlak Islam. Bagi mereka semata-mata mahu (BERKUASA) tanpa melaui sebuah doktrin yang jelas sebagaimana yang ditunjuk pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu melalui ketegori: Individu Islam, Rumah tangga Islam, Masyarakat Islam, dan barulah Negara Islam. Tegasnya Pas tidak ada lansung matlamat perjuangan sebaliknya hanya memuaskan nafsu di samping mencari kedudukan, kekayaan sehingga agama Allah dijadikan urusan jual beli oleh mereka demi mencapai matlamat ini.
Dan telah jelas bahawa pemimpin mereka semuanya telah menjadi kaya raya belaka.
Perjuangan Pas tidak melaui dakwah atau tarbiyah didikan Islam seperti yang dilaksanakan oleh para nabi khususnya Nabi Muhammad s.a.w. Yang jelas diperlakukan oleh Pas adalah dakyah (menghasut dan menanam sifat kebencian di kalangan ahli mereka terhadap pemimpin negara dengan menggelar gelaran yang buruk dan hina. Perbuatan mereka ini amat bertentangan dengan Islam yang sebenar.
ARAH TUJU ISLAM SEBENAR: seperti yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat seterusnya para-para ulama ‘ warassatun Anbiya’ adalah mengeluarkan manusia dari kejahilan ke jalan kebenaran secara mendampingi mereka dengan memberi nasihat secara sifat berlemah lembut dan memujuk hati mereka sehingga berjaya memikat mereka kepada Islam sebenarnya. Sebaliknya pendekatan Pas dengan memaki hamun, mengkeji caci, menghina dengan sikap kasar semata-mata untuk mendapat pengaruh dan penyokong Pas lebih kepada sikap ganas dan kasar kerana mereka dididik secara agresif oleh pemimpin-pemimpin mereka yang nyata bercanggah dengan kaedah Islam.
Dalam ceramah Nik Aziz di Padang Tembok, Pengkalan Chepa pada 3 Julai 1999 menjelaskan dan memberi pengertian bahawa Umno adalah kafir . Kalau tak masuk Pas dianggap menjadi kafir, apakah status orang-orang Islam yang jadi ahli Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia juga kafir? Kafirkah Anwar Ibrahim? Kafirkah Wan Azizah? Kafirkah Syed Husin Ali? Kamaruddin Jaafar pernah menjadi ahli UMNO sebelum menjadi ahli Pas dan bilakah beliau bertaubat?. Apakah status Kamaruddin semasa dia menjadi ahli UMNO – Islam ke kafir?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment