Thursday, September 5, 2013
Caj pengangkutan meningkat sehingga 5 peratus
Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa 4 Septemberakan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus.
Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api.
“Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan.
“Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Yusoff berkata, kenaikan harga minyak itu juga sekali gus akan meningkatkan harga barangan lain.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata, barangan lain secara langsung membabitkan kebergantungan kepada kos pengangkutan untuk proses pengedaran dan penghantaran.
Wednesday, September 4, 2013
TAHNIAH KERAJAAN DAP MENAIKAN SURCHARGE AIR 100%
DAP terpaksa akui memerintah dan membuat janji adalah 2 perkara berbeza.
Mereka terpaksa naikkan surcaj air sebanyak 100 % bagi menggalakkan pengguna menguna air dengan bijak.
Janji memang senang, nak penuhi janji pun bukan senang.
So sekarang apa komen pakatan? sukarkan nak memerintah!
DAP KATA TAK MAMPU TANGGUNG SUBSIDI..
........." PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta. - UTUSAN ONLINE"
Thursday, August 29, 2013
GUAN ENG HARAM FILEM TANDA PUTRA TAYANG DI P.PINANG !!
Kerajaan DAP Pulau Pinang mula tunjukan sifat rasis mereka dengan mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.
Lim Guan Eng berkata, pihak kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem Tanda Putra yang mendedahkan kejadian sebenar apa yang berlaku ketika tragedi berdarah 13 Mei.. Mungkin Guan Eng takut rakyat akan tahu siapa sebenarnya parti Dap..
DAP Pulau Pinang cukup cemerlang dalam melaksanakan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara dan kebebasan media versi DAP adalah anda perlu agongkan liberalisme,hentam raja melayu,promosi LGBT,promosi pluralisme,semua agama sama,Promosi nama Allah hak kristian,menghentam Umno,Melayu dan BN .
Tanda Putra filem ini mendedahkan perjuangan dua tokoh berlatarbelakangkan peristiwa 13Mei. DAP adalah parti yang menjadi dalang pertumpahan darah yang meragut banyak nyawa apatah lagi Lim Kit Siang juga turut terlibat. Sebolehnya DAP mahu sejarah ini dipadam agar golongan generasi baru lupa akan betapa kesan buruknya politik perkauman chauvanis ultrakiasu DAP yang berterusan mengasak dan menghina bangsa melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
