Tuesday, June 12, 2012

NIK AZIZ DAN PLAT KERETA PAS 1

Jika ada orang kaya nak hadiahkan ayah saya, carilah plat PAS 1, confirm ayahanda gembira. Pernah dia pakai PAS 13 dulu. Bila tuannya ambil balik, dia ucapkan rasa kecewanya". - Nik Abduh Ingatkan jika ada orang kaya sedekahkan pada anak-anak yatim dan orang-orang miskin di Kelantan ni yang ayahnda Nik Abduh gembira, rupanya ayahnda juga seorang yang cintakan dunia dan dunia itu bukanlah dunia Ulamak kerana tiada seorang pun Ulamak yang suka bermain nombor seperti Nik Aziz. Sesiapa yang rasa nak jadi calon PRU 13 ni kena usaha untuk dapatkan PAS 1, confirm beres!!! Pemimpin Pas bijak mendidik rakyat supaya bersabar didalam menempuhi kesusahan hidup, pemimpin Pas juga terlalu bijak mengkritik pemimpin Umno yang dikatakannya bermewah-mewahan dan membazir, tapi apakah pemimpin Pas itu sempurna dalam erti kata tidak mewah dan tidak membazir, sama-sama kita rujuk dari apa yang kita nampak pada kenyataan anak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawah ini. Jawapan Nik Abduh ini cukup hebat, kalau anak orang Umno pun jawab macam beliau mungkin akan lepas dari dipandang buruk oleh rakyat. Ceritanya..... Amboiii!!! bapa mentua Nik Abduh ni smart weh, buleh tuai doh ko projek terr ? pioh cabut bubuh dale poket ko ? " Ayah saya pakai motosikal ketika ramai pakai basikal. pakai kereta ketika ramai pakai motor.pakai merc ketika ramai pakai kereta. rumah besar ketika ramai rumah Alkisah keduanya Nik Abduh yang bercita-cita tinggi untuk miliki kesenangan dunia mengaitkan no pendaftaran PAS 17 dengan dakwah pula, ishhh macam-macam diputarnya....katanya, Hj Hadi punya ! " Saya bayar lebih untuk PAS 17 kerana saya yakin ia berguna untuk Islam. Kalau DAS 1 harganya seribu dan PAS 11 harganya 5 ribu, saya pasti bayar untuk PAS 11. Kerana yakin dengan niat dan matlamat saya bahawa saya dengan nombor plat itu telah kempen 24 jam untuk sebuah jamaah Islam, maka saya membayar untuknya, " Saya ada Savvy dengan plat PAS 7667, no di motorsikal saya dulu semasa berulang alik ke Maahad Muhammadi. Hadiah daripada ayahanda. " Ayahanda tanya beberapa hari lepas, dari mana dapat nombor cantik ini? Saya jawab, dari KL, jangan larang setiap hambaNya untuk berseronok dalam minat masing-masing, apatah jika berniat ibadah, Kesimpulannya Ulamak sebegini lebih seronok bercerita dan ingin memiliki no pendaftaran dunia, lupakah mereka berapa ramai rakyat yang susah dan miskin tak cukup makan ? tak payahlah nak fikir nombor-nombor ni semua, bukan boleh bawa masuk kubur, tak sesuai dengan taraf Ulamak. Tak kecewa ke rakyat kalau pemimpin yang disangka Ulamak lebih membincangkan hal-hal yang begini, patutlah kemudahan asas seperti air pun gagal diselesaikan sehingga ke hari ini, mereka lebih mementingkan kepuasan hidup mereka dari melaksanakan keperluan rakyat. Adusss Ulamak pun gila nombor juga takdir bezalah dengan yang jahil. Biasalah Ulamak Pas......Anda Mampu Mengubahnya...

Rafizi mengamuk PTPTN tak beri pinjaman kepada UNISEL

masa ni buktikan kerajaan Selangor bagi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi....kata ada reserve byk more than one billion x kan x bleh nak biayai pelajar UNISEL....dan agak hairan lak naper nak gadai asset untuk mendapatkan kewangan bagi membantu pelajar....sy agak hairan.... Dari satu pehak mengatakan Selangor kaya ada byk reserve klu x silap lebih 1 billion rgt...byk tu...x kan x boleh bantu pelajar dan bila PTPTN di bekukan kerajaan Selangor nak mencari kewangan untuk membantu pelajar...very contradict lak can anyone explain... bila bekukan pinjaman PTPTN bising lak Rafizi....sedangkan dia beria2 benar memperjuangkan pendidikan percuma untuk pengajian tinggi... Memang sy rasa x professional pehak kementerian membekukan PTPTN untuk sementara waktu pada pelajar UNISEL....tapi ada masa dan ketika kena juga bersikap unprofessional bagi membuka mata rakyat....pada sy mereka gertak tu wlupun sy x setuju juga cara mereka tu...well setidak2nya membuka mata kita semua bkn senang nak bagi pendidikan percuma spt yg di canang2kan.... Pada sy pehak pembangkang sudah melatah....sepatutnya bila kerajaan tarik PTPTN Rafizi x usah bising tetapi mengatakan kita akan cari jalan keluar untuk membantu pelajar2 UNISEL....

Sindiran Nizar Cetus Kemarahan Sultan Johor

Mohammad Nizar adun PAS telah menyindir DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor berkenaan pembelian plat kenderaan WWW 1 baru-baru ini. Tunku Ismail Idris bagaimanapun agak murka dengan perkara tersebut. Ini jelas mesej yang disampaikan di dalam tweet baginda. Sedia maklum bahawa Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi mempunyai perniagaan sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sultan Johor juga membayar zakat sehingga jutaan ringgit kepada Majlis Agama Islam Johor Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa harus beliau membeli kereta atau no plat menggunakan wang rakyat lagi? Sindiran atau teguran Nizar ini adalah tidak masuk akal kerana ketika baru menjadi Menteri Besar dahulu beliau telah mengarahkan pembelian kereta kerajaan negeri berjenama Camry baru beserta no. plat yang mahal. Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606. Adakah Nizar sedar, rakan-rakan seperjuangan beliau sendiri juga memiliki no plat pendaftaran yang orang biasa tak mampu miliki? Plat K = Kedah = Menteri Besar = Azizan Plat D = Kelantan = Menteri Besar = Nik Aziz Walaupun plat2 yang dibeli tidak mencecah RM520 Ribu seperti plat WWW 1, tapi rasanya duit untuk membeli no plat oleh kedua-dua kerajaaan negeri ni pun boleh digunakan kepada program-program lain yang dapat membantu rakyat. Dan pembaca juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya", pembaca dapat melihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Secara logiknya Rakyat Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini