Tuesday, June 12, 2012

NIK AZIZ DAN PLAT KERETA PAS 1

Jika ada orang kaya nak hadiahkan ayah saya, carilah plat PAS 1, confirm ayahanda gembira. Pernah dia pakai PAS 13 dulu. Bila tuannya ambil balik, dia ucapkan rasa kecewanya". - Nik Abduh Ingatkan jika ada orang kaya sedekahkan pada anak-anak yatim dan orang-orang miskin di Kelantan ni yang ayahnda Nik Abduh gembira, rupanya ayahnda juga seorang yang cintakan dunia dan dunia itu bukanlah dunia Ulamak kerana tiada seorang pun Ulamak yang suka bermain nombor seperti Nik Aziz. Sesiapa yang rasa nak jadi calon PRU 13 ni kena usaha untuk dapatkan PAS 1, confirm beres!!! Pemimpin Pas bijak mendidik rakyat supaya bersabar didalam menempuhi kesusahan hidup, pemimpin Pas juga terlalu bijak mengkritik pemimpin Umno yang dikatakannya bermewah-mewahan dan membazir, tapi apakah pemimpin Pas itu sempurna dalam erti kata tidak mewah dan tidak membazir, sama-sama kita rujuk dari apa yang kita nampak pada kenyataan anak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibawah ini. Jawapan Nik Abduh ini cukup hebat, kalau anak orang Umno pun jawab macam beliau mungkin akan lepas dari dipandang buruk oleh rakyat. Ceritanya..... Amboiii!!! bapa mentua Nik Abduh ni smart weh, buleh tuai doh ko projek terr ? pioh cabut bubuh dale poket ko ? " Ayah saya pakai motosikal ketika ramai pakai basikal. pakai kereta ketika ramai pakai motor.pakai merc ketika ramai pakai kereta. rumah besar ketika ramai rumah Alkisah keduanya Nik Abduh yang bercita-cita tinggi untuk miliki kesenangan dunia mengaitkan no pendaftaran PAS 17 dengan dakwah pula, ishhh macam-macam diputarnya....katanya, Hj Hadi punya ! " Saya bayar lebih untuk PAS 17 kerana saya yakin ia berguna untuk Islam. Kalau DAS 1 harganya seribu dan PAS 11 harganya 5 ribu, saya pasti bayar untuk PAS 11. Kerana yakin dengan niat dan matlamat saya bahawa saya dengan nombor plat itu telah kempen 24 jam untuk sebuah jamaah Islam, maka saya membayar untuknya, " Saya ada Savvy dengan plat PAS 7667, no di motorsikal saya dulu semasa berulang alik ke Maahad Muhammadi. Hadiah daripada ayahanda. " Ayahanda tanya beberapa hari lepas, dari mana dapat nombor cantik ini? Saya jawab, dari KL, jangan larang setiap hambaNya untuk berseronok dalam minat masing-masing, apatah jika berniat ibadah, Kesimpulannya Ulamak sebegini lebih seronok bercerita dan ingin memiliki no pendaftaran dunia, lupakah mereka berapa ramai rakyat yang susah dan miskin tak cukup makan ? tak payahlah nak fikir nombor-nombor ni semua, bukan boleh bawa masuk kubur, tak sesuai dengan taraf Ulamak. Tak kecewa ke rakyat kalau pemimpin yang disangka Ulamak lebih membincangkan hal-hal yang begini, patutlah kemudahan asas seperti air pun gagal diselesaikan sehingga ke hari ini, mereka lebih mementingkan kepuasan hidup mereka dari melaksanakan keperluan rakyat. Adusss Ulamak pun gila nombor juga takdir bezalah dengan yang jahil. Biasalah Ulamak Pas......Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment