Tuesday, March 20, 2012

Hadi Awang :berniaga dengan yahudi boleh




Allah swt dgn jelas menegah umat Islam bersekongkol dgn Yahudi-Nasrani. Hatta atas dasar kerjasama yg dibenarkan sekalipun, Islam perlu berada di kedudukan yg menentukan keputusan terakhir dan lebih berkuasa seperti dlm Piagam Madinah.



2. Kita tidak perlu pergi jauh sehingga berniaga spt disaran Hadi Awang, malah gabungan PAS-DAP itu pun ditegah Allah swt. Sudah terang lagi bersuluh, DAP memperjuangkan wawasan utk menubuhkan negara sekular sepertimana termaktub dlm perlembagaannya.



3. Sbg parti yg kononnya perjuangkan Islam itu pun, PAS sudah mengengkari tuntutan Allah swt dan sanggup memperjudikan Islam demi politik.



4. Atas alasan apa jua pun, PAS telah mengorbankan kesyumulan Islam malah kalau ia dikatakan 'helah' sekalipun, Gabungan DAP-PAS adalah tidak seimbang. Sepatutnya PAS mengawal DAP, tetapi yg berlaku adalah sebaliknya. Ini mungkin berlaku kerana kantung PAS utk PRU13 semakin 'kering' lagi 'kosong'.



5. Niat untuk berniaga dgn Yahudi pun baiklah dilupakan. Kita mesti ingat bahawa semua keuntungan mana-mana syarikat kepunyaan Yahudi sebahagiannya disumbangkan semula bagi mendaulatkan Negara Israel dan meranapkan Negara Palestine!



6. Menghimbau kembali sirah Rasulullah saw di peringkat awal penghijrahan ke Madinah, Rasulullah seru agar semua telaga dan perigi air kepunyaan Yahudi dibeli semula oleh umat Islam.



7. Kita perlu ingat bahawa Yahudi secara keseluruhan (tidak kira Zionis atau tidak) adalah lintah darat yg jika diberi betis nak peha dan berperangai seperti Belanda dapat tanah.



8. Ini bukan saya saja yang kata tetapi seperti disimpulkan dalam Al-Quran dan sirah Rasulullah saw.

Sunday, March 18, 2012

YB Dr MASHITAH ; MERUNGKAI PEMIMPIN TIN MILO

Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang
> dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan adalah
> kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan
> pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan
> beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan
> Agama Islam Pahang.
>
> Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba
> membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis
> rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan
> sementara kesnya disiasat.
>
> Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak
> lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.
> Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang
> dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar),
> Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang
> (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang
> berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan
> Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar
> menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.
>
> Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas,
> Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya
> sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli
> Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam
> bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan
> di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.
>
> Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di
> stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina
> dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa
> diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
>
> Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan
> pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau
> rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai
> menutup bangkai dengan nyiru.
> Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun.
> Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas
> sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang
> mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.
>
> Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis
> Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan
> menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita
> mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden
> parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir
> Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.
>
> Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran
> Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks,
> dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak
> mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes
> khalwatnya.
>
> Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan
> skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan
> mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu
> juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan
> wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama,
> tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor
> dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan
> media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah.
> Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui
> Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.
>
> Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai
> hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun
> terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang
> panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan
> wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit
> dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir

Kenaikan 13%: Pembangkang Mula panas !!!!!!!!!

Isu kenaikan gaji kakitangan awam antara 7% – 13% yang diumumkan Perdana Menteri ternyata mereka tidak berpuas hati dengan jumlah kenaikan yang katanya tidak setaraf dengan kadar kehidupan semasa.
(Walaupun belum ada pengumuman dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri mengenai kenaikan kakitangan awam masing-masing tapi penulis pasti yang semua kerajaan negeri BN akan turut mengikut praktis sama yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Maka itu tidak hairan isu ini menjadi topik hangat di kalangan kakitangan awam persekutuan dan negeri di seluruh negara).
Macam-macam rasa tidak puas hati yang dilontarkan, semua berkisar kepada jumlah kenaikan yang mungkin diterima masing-masing dan bandingan dengan sebilangan syarikat swasta yang membayar jumlah kenaikan gaji yang menurut mereka jauh lebih tinggi dari yang diumumkan kerajaan.sikap tidak tahu turut dikongsi oleh segelintir penjawat awam yang lain diseluruh negara, terutama yang menjadi penganut tegar fahaman pembangkang.
Nak disalahkan mereka 100% pun tidak adil juga kerana telah selalu disogokkan oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim bahawa Malaysia dibawah Pakatan pembangkang mampu memberi yang lebih baik untuk negara ini – termasuklah faedah menarik untuk kakitangan awamnya.
Sedangkan mereka lupa bahawa DAP, antara komponen utama Pakatan telah mengeluarkan kenyataan melalui Setiausaha Publisitinya Tony Phua yang Pakatan akan membuang hampir separuh kakitangan awam sedia ada yang disifatkan tidak efektif dan membazirkan wang negara.
Selain itu, tidak ada sekelumit pun disebut di dalam kitab anutan puak-puak Pakatan ini (Buku Jingga) mengenai kakitangan awam dan faedah yang bakal diterima mereka kerana pemimpin Pakatan tahu, keutamaan perlu diberikan pada majoriti yang tidak membentuk kumpulan kakitangan awam ini tadi, atau mereka akan kehilangan lebih banyak kerusi.
Jumlah kenaikan 13% untuk kumpulan sokongan ini pada hemat penulis amatlah wajar. Mengikut kajian mengenai gaji oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) pada 2010 (kaji selidik 2011 masih belum dikeluarkan), majoriti syarikat membayar kenaikan tahunan antara 7% – 10% – satu jumlah yang lebih rendah dibanding apa yang diterima oleh kakitangan kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri
Tak lagi disebut, kakitangan awam juga menerima pencen setelah capai umur persaraan dibanding dengan kakitangan swasta yang tidak menerima apa-apa melainkan wang yang disumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum tentu cukup kalau tidak ada perancangan kewangan yang baik dari sekarang.
Kita harap mana-mana penjawat awam yang rasa tidak puas hati dengan kenaikan yang pada mereka tidak wajar ini, mereka wajiblah meletakkan jawatan mereka jika benar ada maruah. Ramai lagi orang diluar sana yang mahu mengisi jawatan tersebut