Sunday, March 18, 2012

YB Dr MASHITAH ; MERUNGKAI PEMIMPIN TIN MILO

Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang
> dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan adalah
> kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan
> pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan
> beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan
> Agama Islam Pahang.
>
> Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba
> membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis
> rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan
> sementara kesnya disiasat.
>
> Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak
> lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.
> Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang
> dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar),
> Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang
> (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang
> berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan
> Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar
> menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.
>
> Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas,
> Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya
> sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli
> Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam
> bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan
> di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.
>
> Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di
> stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina
> dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa
> diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
>
> Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan
> pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau
> rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai
> menutup bangkai dengan nyiru.
> Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun.
> Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas
> sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang
> mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.
>
> Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis
> Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan
> menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita
> mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden
> parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir
> Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.
>
> Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran
> Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks,
> dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak
> mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes
> khalwatnya.
>
> Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan
> skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan
> mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu
> juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan
> wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama,
> tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor
> dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan
> media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah.
> Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui
> Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.
>
> Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai
> hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun
> terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang
> panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan
> wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit
> dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir

No comments:

Post a Comment