Monday, July 4, 2016

Dato Seri Shafie Afdal umum keluar UMNO

Sayang sungguh..emosi dalam membuat keputusan tu..Sepatutnya dia belajar dengan Tan Sri Isa Samad.. Tak ramai yang macam Tan Sri Isa Samad yang tetap setia dengan UMNO walau pun di gantung 3 tahun bermula 24 Jun 2005...tapi tetap kekal sebagai ahli parlimen Jempol yang berstatus bebas yang menyokong Kerajaan BN.. Tak ada pun dia melompat dan emosi untuk buat road show untuk keluar UMNO..Waktu tu ramai kawan-kawan dalam UMNO yang menjauhi dirinya..Bila di tanya kenapa tak lawan balik..??Sedangkan calon lain pun sama jugak main duit waktu pemilihan... Dia jawap bersahaja aje.. "Tak perlulah nak marah..UMNO dah terlalu banyak jasa dekat saya dan keluarga..Maka kita kena akur atas keputusan dan bersabarlah.." Pada waktu di gantung Tan Sri Isa menjawat sebagai Naib Presiden UMNO..Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Jempol tau..Hasil keputusan penggantungan beliau hilang jawatan naib presiden..digugurkan dari kabinet dan dilucutkan jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan..Bayangkan maruah beliau masa tu yang pernah jadi MB negeri sembilan selama 22 tahun.. Kesan kesabarannya dan kesetiaan Tan Sri Isa kepada parti UMNO.. Maka.. Dato Seri Najib waktu menjadi PM menggantikan Pak Lah pada tahun 2009..Telah berani meletakkan Tan Sri Isa menjadi calon pilihanraya kecil dun Bagan Pinang..Orang kata keputusan PM sangat berisiko memandangkan Tan Sri Isa di kaitkan dengan rasuah politik wang dan pernah dihukum gantung... Ternyata..Keputusan PM adalah tepat..Tan Sri Isa menang besar atas tiket BN bagi kerusi Dun bagan Pinang..itulah PRK yang pertama di menangi oleh BN selepas 8 siri kekalahan BN dalam PRK sebelum itu sejak PRU12..Akibat kemenangan itu PM sekali lagi melantik Tan Sri Isa Samad menjadi pengerusi Felda..Bukan senang..sebab di Felda sahaja ada 54 kerusi parlimen yang Tan Sri kena pikul amanah untuk memastikan kemenangan BN pada PRU13..Waktu tu teruk Felda diasak oleh pembangkang sebab pembangkang tahu nak menang PRU kena pecahkan undi Felda..Tapi Alhamdulillah pada PRU13..Tan Sri Isa melaksanakan tugasan yang di amanahkan oleh PM dengan berjaya mempertahankan kerusi parlimen Felda sebanyak 48 kerusi parlimen lebih dari yang di menangi pada PRU12.. Dari kemenangan disitulah BN bangkit menang dan terus menang dalam siri PRK seterusnya.. Pada tahun 2013 Tan Sri bertanding bagi kerusi parlimen Jempol dan melepaskan kerusi DUN Bagan Pinang..Dan kekal sebagai ahli parlimen Jempol sehingga sekarang... Keputusan yang Dato Seri Shafie Afdal buat telah membuktikan kepada aku bahawa UMNO tak perlukan orang yang tak setia..Selamat jalan kepada Dato Seri Shafie Afdal... -tak paham takpa ‪#‎senyum‬ ‪#‎KekalNajib‬

No comments:

Post a Comment