Tuesday, May 20, 2014

UMNO untuk orang muda

Tahukah anda, UMNO pernah meletakkan seorang calon yang begitu muda pada tahun 1976, dan orang itu berumur 23 tahun ketika itu! Dan anda juga perlu tahu pada 4 Mei 1982, UMNO memberi ruang kepada seorang pemuda berumur 29 tahun menerajui Kerajaan Negeri Pahang. Ianya adalah antara Menteri Besar paling muda di Malaysia. Pemuda itu adalah Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. ----------------------- Bukankah Dr. Mahathir dicalonkan ketika muda? Seorang doktor muda yang kacak, dicalonkan oleh Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Bukankah kebanyakan pemimpin negara bermula dari bawah? Iaitu bermula dari muda? Jika anda mengatakan UMNO tiada orang muda, anda hanya melihat untuk HARI INI, dan bukannya untuk HARI ESOK dan SEMALAM. Jika kita katakan Pakatan Rakyat untuk orang muda, juga tak berapa tepat kerana Ahli Parlimen mereka antara yang tertua di parlimen ketika ini. Tun Mahathir dah bersara, orang tua tu masih jadi Ahli Parlimen. Inilah namanya KITARAN. Hari ini kita melihat Rafizi Ramli, Nurul Izzah sebagai pemimpin muda. Ketahuilah akan datang kita akan lihat Rafizi Ramli yang tua, dan Nurul Izzah yang kerepot. Dan orang muda di zaman itu memberontak menyuruh mereka pula turun dari takhtanya! Jika kita kata nak naikkan pemimpin muda, kita juga kena tanya bilakah pemimpin muda ini akan bersara apabila mereka sudah tua? Zaman ini, adalah zaman Pakatan Rakyat letak ranting kayu pun boleh menang. Yang mana UMNO dan BN juga pernah mengalami zaman yang indah itu. Dan ianya akan berulang kembali. --------------------- Rakan-rakan seperjuanganku dalam pemuda dan puteri. Jangan risau dengan tuduhan ini, teruskan perjuangan. Pangkat itu datang dengan sendirinya jika ianya telah ditakdirkan untuk kita. Siapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, untuk menjadi pelapis di kemudian hari. Tiada gunanya kita nak berjawatan muda tetapi di dalam dada kosong dari erti perjuangan. Pemimpin datang dan pergi. Suatu hari nanti manusia akan BERHENTI atau MATI. Jangan risau dengan pangkat dan kedudukan. Kerana ianya akan datang apabila kita diamanahkan oleh Tuhan.

No comments:

Post a Comment