Thursday, February 16, 2012

Penghina Rasullulah Harus Di Beri Pembelaan-Mat Sabu

Selepas PKR mahukan pembelaan terhadap penghina rasullulah,kini PAS pula tampil kedepan untuk membela Hamza Kashgari.

Penyokong kuat Komunis PAS,Mat Sabu mahukan keadilan dan pembelaan terhadap penghina rasullulah dan agama Islam ini.Jika ini yang dimahukan oleh pakatan. Maka memang benarlah negara ini jika diperintah oleh mereka bakal menjadi syurga buat para penghina rasullulah dan Islam.


Jom baca terjermahan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan Islam yang dibela oleh PAS dan PKR.


“On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you’ve always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you,”("aku tak akan berselawat kepadamu".) he wrote in one tweet.

“On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more,” he wrote in a second.


“On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more,” he concluded in a third.

PAS dan PKR mahu membela keatas orang yang menyamakan rasullulah seperti manusia biasa.Allah dan para malaikat berselawat keatas nabi,Allah menyuruh kita berselawat kepada nabi dan keluarganya,mengikarinya bererti mengikari suruhan Allah.

Semua ini mahu dibela oleh PAS dan PKR.Ini yang anda mahukan?

kenapa jual aset Selangor jika ada RM 1.9 Billion

Kita pun pelik jugalah, biasanya kalau dah ada duit ini, dia gunakanlah duit itu untuk merakyatkan pembangunan itu slogan propaganda mereka. Kita yang jelas sewaktu di zaman pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, kita tidak ada masalah. Kita ada bajet seimbang, ekonomi yang baik malah anak-anak syarikat juga telah diuruskan dengan baik. Kita dapat melaksanakan objektif kerajaan negeri, tidak lari dari garis panduan.

"Tapi hari ini, berlaku seolah-olah menghadapi krisis yang berat pula, nak menjual aset terutamanya melibatkan harta-harta untuk tujuan sosial dan pendidikan, seperti harta Yayasan Selangor," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, tidak ada sebab untuk menjual harta-harta tersebut kerana harta tersebut untuk tujuan pendidikan.

"Kita tahu pengurusan beberapa anak syarikat mengalami masalah, dari diuruskan oleh pihak pentadbir yang terdiri daripada kroni mereka, laporan audit jelas menunjukkan keadaan pengurusan yang dikatakan good governen ini, adalah sebaliknya.

"Pada saya, ini sebenar politik propaganda kerajaan pakatan yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dengan pendekatan yang merakyatkan pembangunan, kebajikan untuk rakyat tetapi nyata selepas 42 bulan memerintah, impak yang diterima oleh rakyat atas nama kebajikan itu pun adalah minimum.

"Contohnya, kerajaan Selangor nak bagi air percuma kepada rakyat Selangor, tetapi ternyata masih ada lagi rakyat yang masih terpinggir dari menerima akses air percuma tersebut. Begitu juga dengan janji-janji yang lain, bukan semuanya yang dapat. Selama 42 bulan memerintah, kita lihat banyak kegagalan dari segi melaksanakan agenda pembangunan yang disebut sebagai agenda kebajikan rakyat, itu tidak termasuk krisis dalaman yang sedang dihadapi mereka sekarang," tambahnya lagi

DAP & Pergaduhan di KFC iCity: Apa Kata PAS & PKR?

Insiden pergaduhan di KFC-iCity menyerlahkan buat kesekian kalinya siapakah rasis sebenar di Malaysia.Ianya bermula dengan seorang pelanggan berbangsa Cina yang tidak berpuas hati telah memaki hamun dengan kata-kata berbaur rasis terhadap seorang pekerja Melayu. Pekerja Melayu yang merasa terhina menjadi hilang sabar lalu memukul pelanggan tersebut.
Pelanggan yang dipukul membuat laporan polis dan kemudiannya bersama-sama DAP membuat sidang akhbar menafikan mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.
Soalnya, jika sipelanggan berkata benar, kenapakah dia perlu membabitkan DAP dalam kes ini?
Melainkan dia telah benar-benar menghina pekerja tersebut dengan kata-kata berbaur rasis dan kini ingin berlindung di bawah payung politik untuk melepaskan diri.
Komen-komen kaum Cina di internet mengenai perkara ini menyerlahkan lagi siapakah rasis sebenar di negara ini. Secara terbuka mereka mendabik dada bahawa syarikat-syarikat milik bangsa mereka boleh bila-bila masa memberhentikan semua pekerja Melayu dan Melayu akan merempat. Komen ini dan lain-lain jelas rasis, bongkak, angkuh dan berbaur ugutan di mana langsung tidak menepati laungan mereka konon didiskriminasi dan ditindas oleh kaum majoriti.
Komen-komen sebegini bukan baru, malah jika dijejak kembali forum-forum seperti Low Yat dan beberapa forum komuniti lain, sikap rasis kaum Cina amat jelas. Malah, bukan satu perkara ganjil melihat bagaimana kaum Cina meluahkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan begitu terbuka.
Suatu ketika, penulis pernah melayari satu forum komuniti untuk mencari rumah untuk dibeli. Di situ terdapat ramai kaum Cina berbincang sesama sendiri mencari kawasan perumahan yang sesuai di mana tidak ramai Muslim. Memaki dan menghina Melayu dan Muslim adalah perkara biasa di forum-forum di mana didominasi mereka.
Hari ini, kita melihat bagaimana anak-anak kecil dan remaja mereka menghina Islam dan Melayu di Facebook dan Youtube sebagai perkara biasa. Percayalah, penghinaan ini akan berterusan dan meningkat di masa hadapan kerana tiada tindakan.
Mungkin pak-pak menteri kita tidak betapa kroniknya sikap perkauman mereka ini kerana tidak pernah bergaul dan bersaing dengan kaum itu sebagai rakyat biasa. Tetapi inilah yang berlaku di Malaysia hari ini di mana keadaan sudah semakin kritikal apabila kaum Cina semakin menyisihkan diri dari jiwa Malaysia dan langsung tidak inginkan perpaduan. Mereka hanya ingin membolot, memonopoli dan menelan semuanya.
Alasan mereka membenci Melayu adalah kerana Melayu mendapat bantuan kerajaan. Sedangkan, kerajaan yang sama jugalah yang membolehkan mereka mengaut keuntungan dan kemewahan tidak pula mereka pertikaikan.
Sifat tiada tolak ansur, tamak haloba dan khianat kaum yang satu ini bukannya semakin pulih, tetapi semakin parah kerana kita tidak pernah cuba untuk mengubatinya kerana tidak sanggup menelan ubat yang pahit.
Yang paling menyedihkan ialah pemimpin kaum itu tidak melihat satu pun kesalahan dan keburukan kaum mereka. Mereka berada 100% di belakang setiap tuntutan dan penghinaan kaum mereka terhadap kita walaupun mereka tahu ia mampu menggugat keamanan negara. Bagi mereka, moral dan sivik bukanlah satu isu bila subjeknya adalah Melayu.
Ini berlaku kerana mereka telah terlalu yakin akan kekuatan bangsa mereka di negara ini. Mereka yakin seluruh bangsa Melayu termasuk kerajaan bergantung 100% kepada mereka dari segi pekerjaan, barang keperluan harian serta cukai pendapatan.
Apa yang berlaku dalam pergaduhan antara pelanggan dan pekerja di KFC tersebut telah dengan sengaja diperbesar-besarkan bagi menutup sikap rasis si pelanggan. DAP sebagai pelopor sifat perkauman dijadikan perisai kalaupun tidak serampang dua mata bagi mencetuskan ketegangan atau sekadar menguji kekuatan di mana:
Jika pelanggan tersebut didapati bersalah, mereka akan menyalahkan kerajaan sebagai membela pekerja Melayu. Dan jika pelanggan tersebut tidak disentuh dan dipersalahkan langsung dan segala kesalahan diletakkan di bahu pekerja KFC itu semata-mata, maka jelaslah kerajaan kini telah benar-benar lemah dan akan memastikan kaum Cina sentiasa ‘menang’ walau apapun situasinya, demi undi pilihanraya.
Kita tidak tahu apakah pendirian PAS dan PKR terhadap tindakan DAP yang berdiri di belakang ataupun di hadapan si pelanggan tersebut.
Yang pasti, UMNO mengambil sikap professional dengan tidak masuk campur dalam isu kepenggunaan atau kes polis yang tidak melibatkan politik.
Dengan tindakan DAP menjadikan kes ini sebagai isu politik dan perkauman, kita mula tertanya-tanya apakah PAS dan PKR juga bersama-sama mereka menentang bangsa sendiri?

Wednesday, February 15, 2012

IKTIRAF NEGARA YAHUDI - NIK AZIZ CABAR ANWAR SAMAN WSJ

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis...Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.”

- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kini bukan bekas ‘anak buah’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang cabar beliau supaya menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam turut mencabar berbuat demikian jika laporan WSJ itu tidak benar.


Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan ‘haram’ mengiktiraf negara Israel.

Kini rakyat Islam dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dunia di negara ini perlu sedar dan menolak Anwar yang ternyata menyokong perjuangan Yahudi yang menindas dan ‘menutup masa depan rakyat Palestin’.

Mahu kata apa lagi Anwar dan konco-konconya kerana jika pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas Anwar mengenai perkara ini, ada pihak mengatakan ia bersifat politik.

Tetapi apabila Mursyidul Am Pas sendiri mencabar Anwar, ini juga tindakan politik?

Hakikatnya, Nik Aziz dan Abdul Hadi memang bertelagah pendapat dengan Anwar yang membayangkan bahawa PAS kini semakin ‘sedar’ bahawa Anwar sebenarnya bukan pemimpin untuk orang Islam di negara ini.

Jika kelmarin PAS bertelagah dengan DAP mengenai Hari Kekasih, semalam PAS bertelagah dengan Ketua Ketua Umum Pakatan Rakyat mengenai isu Palestin pula.

Bagaimana boleh dua penyokong tegar Anwar yang berjuang ke Putrajaya boleh mengkritik Anwar mengenai kenyataannya berkaitan dengan Israel yang disiarkan dalam akhbar WSJ bulan lalu?

Abdul Hadi beralas dan berlapit mengkritik Anwar tetapi Nik Aziz semalam lebih keras apabila menggesa pemimpin PKR itu agar menarik balik kenyataannya.

Sabtu lalu, Presiden Pas, itu menegaskan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Sehubungan itu kata Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Kedua-dua pemimpin Pas ini melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Anwar mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama WSJ baru-baru ini, menjadi isu kontroversi.

Nik Aziz pula petang semalam menegaskan :"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.”

Dalam satu kenyataannya, Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Kata beliau, negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

Oleh itu katanya, wajib bagi umat Islam, bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, pihak berkenaan perlu menyedari bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

Jadi faham-fahamlah orang PAS sendiri kenapa Anwar perlu ditolak dan tidak layak langsung menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya disokong juga bermakna orang PAS menolak pendirian Nik Aziz dan Abdul Hadi yang memang jelas menolak Anwar dalam isu yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara ini

Monday, February 13, 2012

Golongan Kera dan Babi yang disebut Rasullullah

Seperti yang di sabdakan Baginda dalam Hadisnya yang bermaksud, “Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).


Berdasarkan hadis di atas, terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka. Salah satu fatwa yang menyempurnakan nubuwatan Rasulullah saw ialah berkenaan fatwa mengkafirkan sekumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya.Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka bertaqlid dan meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang perkara tersebut.



Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak malu untuk melakukan dusta dan fitnah.Mereka di umpamakan saperti kera dan babi oleh Rasulullah kerana mereka adalah golongan yang suka bertaqlid mengikut sahaja, memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam yang lain sebagai sesat,murtad dan kafir padahal golongan yang dikatakan itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras saperti dalam Hadis tersebut.


Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (HR Bukhari).


Hadis ini memperlihatkan betapa beratnya hukuman kepada orang yang menuduh orang Islam lain kafir atau murtad dan sekiranya tidak benar, hukum kafir atau murtad itu akan kembali kepada si penuduh.


Selagi umat Islam bermain isu kafir mengkafir atau murtad memurtad yang keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt dan manusia itu sendiri.


Nauzubillah!

Thursday, February 9, 2012

Kuasa Ketiga mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS

KUASA KETIGA Dr. Hasan Ali sedang bergerak hebat. Ramai masyarakat di luar sana melihat dengan penuh minat kepada pergerakan itu. Kuasa NGO itu kini dikenali dengan nama JATI. Ia akan menjadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu, selain parti teras kaum itu iaitu UMNO dan Pas.

Dalam sejarah politik negara ini, ketika orang Melayu Islam sedang berada pada kedudukannya yang paling lemah dan rendah, akan muncullah NGO-NGO Melayu seperti ini. Ia wujud secara sengaja atau tidak, dengan kemunculan yang tidak disangka-sangka, bagi menyeimbangkan semula kekuatan Melayu Islam.

Ia semacam satu proses semula jadi, yang ada sesetengah pihak percaya kemunculannya mungkin daripada campur tangan wahyu? Perlu diingat kesemua NGO Melayu yang wujud sekarang ialah ke arah membantu orang Melayu memperkukuhkan semula kuasanya.

Mereka – baik kawan atau musuh, pada masa susah ini, menerima hakikat bahawa kuasa itu masih perlu dikekalkan di bawah acuan atau establishment yang ada sekarang.

Pemecatan Dr. Hasan daripada Pas, sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak, merupakan satu rahmat yang tidak ternampak dengan mata kasar. Ia berlaku semasa orang Melayu amat memerlukan satu lagi kuasa politik untuk menyatukan semula umat itu.

Mungkin juga Haji Hadi Awang, ketika memecat Dr. Hasan sedar mengenai perkara itu. Dr. Hasan lebih berharga di luar sana untuk agama Islam, hak Melayu dan institusi raja-raja.

Sebenarnya dalam banyak hal, Haji Hadi selaku Presiden Pas, memendam rasa terhadap perkembangan yang berlaku dalam pakatannya sekarang. Beliau memendam rasa terhadap agenda besar DAP dan terhadap agenda rakus Anwar Ibrahim.

Pas sendiri kini, dilihat terlalu menyimpang jauh daripada matlamat perjuangan sebenar. Pas bukan lagi boleh diiktiraf sebagai sebuah parti yang membela agama dan umat Islam.

Nik Aziz Nik Mat sudah menjadi tokoh kultus dalam parti itu yang tidak boleh sama sekali ditegur. Para pengikut Pas hanya mengangguk-angguk segala apa yang diperkatakan beliau.

Haji Hadi mungkin masih boleh mengangguk apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, tapi sampai bila? Tindakan Haji Hadi untuk tidak mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang merupakan refleksi atau cerminan dari hatinya.

Haji Hadi sebenarnya sudah letih. Sebenarnya, seperti yang saya nyatakan dalam Cuit yang lepas (Kuasa Ketiga Politik: Dr. Hasan Ali, Dr. Harun Din, Ustaz Nasa), Dr. Harun Din juga sudah letih. Perlu disebut Dr. Harun ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, iaitu timbalan kepada Nik Aziz.

Ustaz Nasharudin Mat Isa (Ustaz Nasa) juga sudah letih. Malah dengan tindakan Ustaz Nasa yang akhir-akhir ini terlibat dalam beberapa program yang dikendalikan oleh kerajaan, kita difahamkan, ia amat-amat tidak disenangi oleh kumpulan parasit dalam Pas.

Tapi Ustaz Nasa bukan bodoh. Beliau memikirkan perjuangan Pas kini sudah melencong jauh dan semakin jauh.

Ustaz Nasa merasakan perjuangan sejatinya dalam Pas tidak boleh diharapkan lagi. Sudah tentu beliau boleh melihat yang mana hitam dan yang mana putih. Beliau merasakan perjuangan itu boleh direalisasikan dari luar, berbanding dari dalam Pas sendiri.

Kita difahamkan misinya sekarang turut membawanya menjelajah ke luar negara. Itu juga kita difahamkan amat-amat tidak disenangi oleh puak-puak parasit Pas. Adakah mereka tidak menyenanginya kerana tugasan yang dilakukan oleh Ustaz Nasa ada bersangkut-paut dengan pucuk pimpinan negara?

Ustaz Nasa juga akan meneruskan perjuangannya demi tiga paksi utama iaitu agama, bangsa dan raja-raja. Ustaz Nasa sedar tanpa Melayu, hilanglah Islam di muka bumi Malaysia ini.

Hanya Nik Aziz sahaja yang memisahkan antara Melayu dan Islam. Tapi sedarkah beliau di negara ini Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Sedarkah beliau bahawa pegangan itulah yang cuba dipecahkan oleh pihak luaran dan dalaman? Tidak sedarkah beliau bahawa soal akidah merupakan cubaan jahat yang sudah dan sedang dilancarkan ke atas orang Melayu?

Namun persoalannya, apakah Ustaz Nasa selaku bekas Timbalan Presiden Pas, dan dilantik sebagai AJK Pas Pusat dan Ahli Majlis Syura akan selamat dalam parti itu?

Benarkah ada angin-angin mengatakan Ustaz Nasa juga akan mengalami nasib sebagaimana Dr. Hasan? Adakah Ustaz Nasa juga akan dipecat? Jika tidak dipecat, apakah beliau akan diberi kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum kelak?

Cakap-cakap itu kini berlegar dalam Pas. Amat sedih, Pas yang sepatutnya menjadi parti kedua terbesar orang Melayu, kini sedang membara. Bara-bara api itu membakar perlahan-lahan. Mungkin ada benarnya kepercayaan Dr. Hasan bahawa dalam Pas kini ada satu kuman yang cukup bahaya iaitu parasit. Tugas parasit ialah memasuki ke dalam Pas dan menjahanamkannya secara perlahan-lahan.

Dr. Hasan sudah menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai salah seorang daripada parasit itu.

Beliau amat marah dengan Khalid. Khalid pernah mengkritiknya semasa isu penentangan penjualan arak di Shah Alam dibangkitkan. Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) ketika agensi itu menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dikatakan menganjurkan majlis yang menyeleweng dengan akidah umat Islam.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.

“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam malam kelmarin. Turut bersama beliau ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri. Majlis itu dihadiri lebih 1,000 orang.

Hakikatnya, apa yang Pas dapat daripada perjuangannya dengan pakatan pembangkang selama ini? Pas berhempas pulas merosakkan pemikiran orang Melayu, tapi yang berkuasa ialah DAP. Di Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia dikuasai oleh DAP. Begitu juga Perak dan Pulau Pinang. DAP yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama sekali bertentangan dengan Pas sedang bergerak dengan begitu licik untuk ke Putrajaya, dengan bantuan Pas.

Namun sesungguhnya perjuangan Dr. Hasan sedang diikuti dengan teliti oleh orang ramai. Bukan sahaja oleh orang di luar Pas, yang berada dalam Pas juga sedang mengikutinya dengan penuh minat.

“Hati dan jiwa mereka bersama kita…'' kata ringkas Dr. Hasan kepada saya semalam.

Kuasa Ketiga JATI, akan menjadi satu lagi elemen penyatuan orang Melayu yang kini berpecah terlalu besar. Seperti yang sering diingatkan perpecahan Melayu akan menyebabkan bangsa itu menjadi minoriti. Sementara yang minoriti akan menjadi kuasa penentu.

Kita sebenarnya tiada pilihan. Saf penyatuan orang Melayu perlu diluruskan semula. Tanpa kemenangan dua pertiga (2/3) dalam pilihan raya kelak, orang Melayu tidak boleh menentukan kuasanya sendiri. Hala tuju orang Melayu akan lebih terumbang-ambing.

Pilihan raya kali ini merupakan perhitungan hidup dan mati kepada bangsa itu, agama yang dianuti dan raja-raja mereka.

Monday, February 6, 2012

Cubaan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman PTPTN

1. sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini.

3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).


Hipokrasi Anwar Ibrahim

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.


PTPTN Perlukan Perubahan Drastik

12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.

13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.

14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.

15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.

16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.

17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.

18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang.

19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya.

20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang.

21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman.

22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.

23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat.

24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.

Hadi Awang Semakin keluar PAS

Ketua Dewan Ulama yang semakin membisu dan kurang berperanan, Harun Taib menyatakan, sekiranya Abdul Hadi Awang keluar dari PAS, bukan sahaja kaum Dewan Ulama akan bubar dengan pengunduran kesemua ulama PAS, bahkan akan berpalinG dari PAS. Dan amaran yang paling keras ialah, jikalau Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke-13, hak menjadi Perdana Menteri perlu diberikan kepada Abdul Hadi Awang, bukannya si meroyan yang membedal China Doll, Anwar Ibrahim.

Ketika Hasan Ali dipecat, PARASIT dalam PAS menyatakan, pemecatan tersebut tidak akan mencacatkan PAS kerana kononnya, pengaruh Hasan Ali tidaklah sebesar mana di dalam PAS. Pun begitu, dalam perkembangan terbaru menyaksikan, Hasan Ali bukan sahaja mempunyai pengaruh di kalangan ahli-ahli PAS tetapi juga di kalangan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu.


Tidak lagi dapat disorokkan ialah perkembangan 'tidak sihat' dalam PAS yang menyaksikan ahli-ahli parti tersebut sedang berbalah sesama sendiri. Biarpun telah diperingatkan berulang kali tentang bahayanya kehadiran kaum PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP, ingatan-ingatan tersebut dianggap sebagai niat jahat UMNO untuk memecahbelahkan PAS.


Kata dua yang diberikan oleh Harun Taib akan menambahkan lagi kehangatan kedua-dua kem besar dalam PAS. Hadi Awang yang kelihatan semakin tertekan dilihat sekarang ini berseorangan dan bersendirian, manakala Majlis Syura dan Dewan Ulama yang selama ini menjadi kebangaan PAS, tidak ubah seperti berhala berserban bisu dan pekak semata-mata.


Siapakah di kalangan PARASIT PAS yang akan kata Hadi Awang boleh berambus dari PAS kerana PAS tidak lagi memerlukan Hadi Awang?


Kita tunggu sama-sama... Yang pastinya, Harun Taib akan menjadi figur baru yang menghangatkan lagi kaum PARASIT yang terus kepanasan kerana pendedahan demi pendedahan!!!

Dilema Ayah Chik

Kenyataan terbuka Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang baru-baru ini yang menawarkan diri tidak mahu bertanding dalam PRU 13 mengundang pelbagai persoalan dan persepsi.

Adakah beliau benar-benar serius? Atau adakah ianya sekadar gimik politik? Atau adakah ianya sindirian kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih tidak mahu berhenti walaupun sudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan? Atau adakah beliau sudah merajuk dengan dunia politik?

Ayah Chik! Itulah nama timangan dan panggilan “manja” untuk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS. Siapa yang mengenali Ayah Chik pasti tahu bahawa beliau seorang pendiam. Ya, pendiam! Nampak garang dan tegas diluar, malah ada yang rasa gerun dengan beliau. Ceramahnya berapi, suaranya bak halalintar membelah bumi.

Tapi disebalik kehebatan dipentas ceramah, wataknya sangat berbeza bila bersendirian. Kalau berbual dan bersembang, jarang benar nak dengar suara keluar daripada Ayah Chik kecuali ayat yang perlu. Beliau lebih banyak tersenyum disebalik sumbing dibibir akibat jatuh semasa kecil dahulu. Beliau lebih gemar bersendirian, dan menjala ikan adalah satu kegemaran!

DUA AMANAT YANG BERBEZA

Tetapi disebalik peribadi pendiam itu, Ayah Chik pernah pada suatu ketika menggemparkan negara dengan “Amanat Hadi 1981” yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.

“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.

JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR

Cuba bandingkan “Amanat Hadi 1981” ini dengan “Amanat Hadi 2003”, iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.

“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!

Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.

JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!

POLITIK DUALAM?

Dalam tempoh 30 tahun, Ayah Chik bercakap tentang dua pendirian yang bukan sahaja berbeza, tetapi bertentangan dan bercanggah satu sama lain dari segi prinsip dan perjuangan. Kalau ikut bahasa pasar, dua kenyataan diatas menggambarkan seseorang yang double talk”, seseorang yang “sudah terbalik kot”? Dalam bahasa politik, dipanggil sebagai “politik dualam”!!!

“Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR”!

“Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong!

Akibat daripada “Amanat Hadi 1981” ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!

Kemuncak kepada “Amanat Hadi 1981” ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.

Setelah 30 tahun berlalu, Ayah Chik kini menjadi Presiden PAS, setelah mengambil alih jawatan daripada Allahyarham Ustadz Fadzil Noor pada 14 Sept 2003.

Sudah tentu ramai yang beranggapan sebagai Presiden PAS, sudah tentu Ayah Chik akan melaksanakan “Amanat Hadi 1981”, akan berjuangan menolak Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan”, dan sebaliknya berjuang menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan laon-lain!

Tetapi sebaliknya yang berlaku. “Amanat Hadi 2003” menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai “cukup Islamik dan boleh didukongi”! Dan kesan “Amanat Hadi 2003” membawa implikasi yang sangat memeranjatkan ramai pengikut setia dan taqsub Ayah Chik sendiri!

Bersuaian dengan Amanat Hadi 2003 ini, maka lahirlah Dokumen Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkan BiaDAP-PKR-PAS pada 18 Dis 2009 yang bersetuju tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda bersama.

Ini diikuti dengan kelahiran Kitab Jinggay yang langsung tidak menyebut soal Negara Islam dan perlaksanaan hudud. Kemuncaknya ialah perisytiharan Manifesto Bersama Pakatan BiaDAP-PKR-PAS 2011 yang jelas tidak menjadikan penubuhan Negara Islam sebagai agenda dan menolak perlaksanaan hudud sekiranya mereka diberi peluang memerintah Malaysia (na’uzubillah).

DILEMA AYAH CHIK

Ini semua berlaku setelah PAS dibawah pimpinan Ayah Chik memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan menjadikan Anwar sebagai bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan BiaDAP-PKR-PAS dalam PRU 11!

Ini semua terjadi bila parti PAS pimpinan Ayah Chik diresapi oleh “parasit Anwarinas” yang sudah bersarang ditempat-tempat strategik didalam PAS. Sehingga sampai ke peringkat ulama’ muda dan tokoh Islam saperti Ustadz Nasharudin Mat Isa boleh tumbang dalam pemilihan Timbalan Presiden kepada tokoh yang kontroversi Mohd. Sabu dalam Muktamar Agong 2011!

Jadi cuba bayangkan perasaan Ayah Chik sekarang?

Daripada pejuang tegar sebuah Negara Islam yang mahu melaksanakan hudud dengan menolak Perlembagaan Persekutuan sebagai kafir, tiba-tiba menjadi orang yang menukar perjuangan Negara Islam kononnya atas alasan “tidak disebut dalam Quran”, dan menerima penolakan hudud oleh pakatan BiaDAP-PKR-PAS. Dan akhirnya kini menerima dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan” dahulu sebagai “cukup Islamik”!

Tidak cukup dengan itu, pakatan sokongan dan dokongan parti pimpinan Ayah Chik menjadikan Islam sebagai "alat mainan politik", hingga Islam dilacurkan sehina yang teman percaya tidak pernah Ayah Chik terfikir!

Kalimah ALLAH digadaikan kepada kristian walaupun Timbalan Mursyidul Am PAS membantah dengan tegas dan keras, bai’ah talaq tiga kepada isteri dihalalkan demi menjaga kerusi dan jawatan, himpunan bersama umat Islam jadi 'haram', himpunan bersama kafir menjadi 'halal'.

Kafir harbi mengagihkan daging qurban sembelihan penyokong Ayah Chik! Kafir harbi berjoget robek disurau masjid naungan pendokong Ayah Chik! Komunis atheist di idolakan, pejuang kemerdekaan dibangsatkan! Malah sehingga ahli parti Ayah Chik ada yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi la’natullah! Semua itu berlaku dihadapan mata Ayah Chik, yang kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa!

Kemuncaknya ialah apabila Ayah Chik terpaksa membaca teks kenyataan yang disediakan untuk memecat pejuang yang sangat dia kasih dan sayangi, YB Datuk Dr. Hasan Ali. Tokoh pemimpin dan ikon gerakan Islam itu dikorbankan akibat mainan politik kotor dan sempit para parasit Anwarinas yang rakus mahu ke Putrajaya, yang melihat Hasan Ali sebagai batu penghalang kepada nafsu besar mereka!

Ayah Chik terpaksa memecat seorang ikon, tokoh dan aktivis Islam yang berjuang untuk memartabat, menobat, memuliakan, mempertahan dan membela Islam dan syariat Islam. Satu perjuangan yang sangat dekat dihati Ayah Chik! Hasan Ali menjadi mangsa rakus parasit Anwarinas yang sudah bersarang enak didalam PAS pimpinan Ayah Chik.

Melihat apa yang berlaku kepada Hasan Ali, Ayah Chik tahu ia boleh berlaku kepada Ayah Chik sendiri! Ia tidak mustahil!

Melihat airmuka Ayah Chik sewaktu membaca teks pemecatan Hasan Ali, jelas terbayang diraut wajahnya kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan!

Sebab itu teman tidak terkejut dengan kenyataan Ayah Chik baru-baru ini yang menyatakan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Pada teman, itu hanyalah kesan semulajadi yang sewajibnya berlaku kepada Ayah Chik. Mungkin itu sebagai penebus kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan yang telah berlaku.

Cuma teman berpendapat pada peringkat ini Ayah Chik mempunyai tiga pilihan.

Pertama, Ayah Chik boleh terus bersama dengan para parasit Anwarinas didalam pakatan BiaDAP-PKR-PAS dan menelan sahaja segala maruah dan harga diri, dan persetankan segala perjuangan. Yang penting Putrajaya! Yang penting dapat kuasa! Yang penting dapat jawatan, habuan & kedudukan!

Tetapi teman yakin Ayah Chik tidak akan ambil pilihan itu. Kerana berbuat sebegitu sama saperti dia “kencing” diatas kubor para pejuang Islam sebelum ini, yang antara mereka mati terkorban kerana perjuangan yang diyakini! Ayah Chik tidak akan sanggup melihat darah Ustadz Ibrahim mengalir sia-sia! Ayah Chik tidak akan sanggup membiarkan airmata Ustadz Fadzil Noor menitis tanpa pembelaan!

Maka Ayah Chik punya pilihan kedua! Iaitu menjadi Saidina ‘Umar dengan memancung semua para parasitus Anwarinas dan bermufaraqah daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, yang telah merosakkan perjuangan murni Ayah Chik selama ini! Ini adalah tindakan yang akan menebus semua maruah dan harga diri Ayah Chik yang sudah tercalar-balar akibat persekongkolan dengan para parasit ini. Teman yakin kalau ini berjaya dilakukan, nama Ayah Chik pasti akan dicatat dalam sejarah sebagai Singa ALLAH!

Jika Ayah Chik tidak ada keberanian itu, maka pilihan ketiga yang ada kepada Ayah Chik ialah untuk mengundur diri secara senyap sunyi, membawa diri ke perkampungan Rusila, dan meneruskan kehidupan sebagai imam Masjid, dengan kuliah agama diselang-seli dengan khutbah di mimbar. Mungkin Ayah Chik boleh meneruskan hobi menjala yang menjadi kegemaran sekian lama

Thursday, February 2, 2012

Ustaz Hassan Basri : Fahaman Anwarisme Paling Bahaya …Sesat
Published by AIDC on February 1, 2012 | 22 Comments

AIDCNews – 01/02/12 – Ustaz Hassan Basri, bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor (2001-2003) berkata fahaman Anwarisme adalah menjadi ancaman yang paling bahaya dan menyesatkan di negara ini.

“Tiba-tiba kita dikejutkan kononnya untuk membangun dan menjaga keselamatan Yahudi..Israel..Ini lah ancaman yang diperingatkan Allah swt..

“Yang kita bimbang..satu fahaman yang amat sesat yang berada di hadapan kita..fahaman yang mengajak kita jauh dengan Allah swt..yang kalau boleh saya sebut iaitu ‘fahaman Anwarisme’, fahaman yang paling bahaya berada di tengah-tengah kita”, katanya dalam ceramah bertajuk “Masa Depan Politik Malaysia – Demi Kedaulatan Agama Islan, Bangsa Melayu & Institusi Raja-raja (IMR) di Balai Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 31 Januari 2012.

“Kenapa saya sebut bahaya..pertama kerana sanggup mengiktirafkan Israel..satu bangsa yang dilaknatkan Allah swt.

“Saya amat heran dalam keadaan itu pun kita boleh menerima…sedangkan kitalah dahulu menjadi juara menentang kebiadapan Israel.

“Apakah Mahfuz Omar lupa..apabila pemain ragbi dari Israel datang..mereka berarak, mereka menentang, akhirnya apabila dipenjara kerana mereka mempertahankan Islam daripada pencerobohan Israel, hari ini, tokoh mereka, ikon mereka menyatakan akan menjaga Israel, sekiranya Israel mengiktiraf negara Palestin, mana suara-suara yang dahulunya menjadi juara menentang Israel laknatullah

“Apakah ini bukan ancaman kepada masa depan Islam ?”, katanya