Monday, July 23, 2012

58 perkara penyelewengan PAS

1. TAKSUB - PAS sebuah parti yang ekstrim dan taksub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik jahat mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun pendapat orang lain itu benar sekalipun. 2. JUARA PERPECAHAN - PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam Malaysia. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya. 3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK - PAS mentafsir ajaran Islam secara salah (sesat) berdasarkan kehendak politik mereka. 4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK - Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam. 5. SUKA BERMUSUH - PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka. 6. MENANAM PERASAAN BENCI - PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti melatih dan mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara. 7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA - Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke manakah wang tersebut dibelanjakan. 8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH - Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’, Tabung Memali dan KOHILAL yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan. 9. MEMBOHONGI JANJI - Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan. 10. JANJI KOSONG - PAS membuat janji kosong dalam kesemua pilihanraya mereka untuk rakyat Malaysia. Bersekongkol dengan PKR Anwar dan Lims DAP untuk membentuk Kerajaan Palsu Pakatan pada 16 september 2008.. 11. KENYATAAN PALSU & MEMFITNAH - Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri. Sebagai contoh yang menjadi kes Mahkamah; Arwah Bunyamin menuduh Tun Dr Mahadhir melihat filem lucah dengan cucunya 12. MAKSIAT DI KELANTAN - Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan, di Kedah dan di Selongor. Terbaru Pelacur sedang bermahrajalela yang kebanyakannya berhampiran sempadan Thai seperti di Tumpat di Rantau panjang dan sebagainya. 13. MEPERMAINKAN DENGAN HUKUM HUDUD - Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan. Sedangkan hari memperingati Hudud di sambut pada setiap tahun? Sebenarnya seluruh hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran itu adalah HUDUD, ini tidak dinyatakan malah disembunyikan oleh Pas. 14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN - Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS. 15. CAKAP TAK SERUPA BIKIN - Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah, kaya raya, beristeri ramai, berumah besar dan memakai kereta mewah, sedangkan rakyat masih miskin. 16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN - Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu. 17. FATWA YANG MEROSAKKAN - Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini. Dan menyebabkan rakyat bertindak liar seperti Trajidi Maunah, Memali, Kumpulan Jundu-Llah dan sebagainya adalah berpunca daripada “AMANAT HAJI HADI”. PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator dan wakil rakyat perempuan mewakili PAS untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara. • Pada tahun 1963: Dewan ulamak Pas Kelantan menyalah tafsirkan ayat al-Quran daripada maksud asalnya yakni surah Ali-Imran ayat 28: memutuskan satu hukum yang berunsur FATWA: “Orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir (berkongsi kuasa) memerintah negara kafir”. KESANNYA: Orang Melayu (Islam) yang menyokong UMNO terasa takut dan bimbang menjadi kafir atas penyalahgunaan ayat al-Quran. • Pada tahun 1978: Dewan ulamak Pas Kelantan dalam perjumpaan mereka di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan iaitu sebaik sahaja Pas dipecat daripada BN telah menjadikan surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47 sekali lagi UMNO menjadi kafir: “Kerana orang UMNO menjadi kafir, zalim dan fasik kerana tidak melaksanakan HUKUM ALLAH”. • Pada 24 September, 1980: Hj.Hadi Awang telah mentafsirkan ayat 251 surah al-Baqarah dengan menyatakan: “Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia itu bergaduh, bermusuh, berkelahi, nescaya akan rosaklah muka bumi”. Oleh kerana maksud sebenar di sebalik ayat ini tidak diperjelaskan dengan sebenar, menyebabkan pengikut Pas menjadi lebih berani bermusuh dengan Umno kerana ada hukum yang difahami oleh pengikut Pas bahawa: “ Tuhan Suruh Kita Bergaduh”. Bermula dari situ; Kesannya orang Pas berani bertindak ganas dan ingin menyerang serta berjihad dengan Umno kerana mendapat pahala. • Pada tahun 1981 Hj. Hadi MENCIPTA HUKUM: yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Makksud hukum itu ialah “LAWAN UMNO/BN MATI SHAHID”. Kesannya : berlarutan sembahyang dua imam di Terengganu. Lebih serius lagi 19 Nov. 1985 “PERISTIWA BERDARAH MEMALI” yang mengorbankan 18 jiwa. 18. MENGHASUT - PAS menyuburkan perbuatan mengumpat. menghasut, mengelarkan orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memperlekehkan ulama yang tidak sebulu dengan Pas. 19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM - PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat paling besar dalam Asia, dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam. 20. BAHASA LUCAH - Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ‘Shit’. 21. PENYALAHGUNAAN SEKOLAH PONDOK - PAS telah menggunakan sekolah-sekola pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh golongan pondol yang tidak bersetuju dengan golongan Wahabi mereka seperti Tahlil, Selawat dan sebagainya. 22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK - PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan BN. Pemimpin Pas juga masing-masing mendirikan sekolah rakyat tetapi anak-anak mereka tidak ditempatkan di situ, hanya dibiarkan anak-anak penyokong Pas sahaja yang belajar, kerana mereka tahu jika lulus sekolah rakyat mereka tidak dapat menghantara anak mereka ke mana yang lebih untu menjadi cerdik. 23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR - Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam dalam kerajaan BN. 24. ABAI TANGGUNGJAWAB - PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain. 25. PERLU TETAPI MALU PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan. 26. MENANAM BIBIT-BIBIT KEBENCIAN DAN PERMUSUHAN - Buku-buku, risalah, buliten dan akhbar yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan BN bukannya pemberi input pendidikan. Yang paling populer; Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah. 27. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN - PAS menggunakan surau-surau atau masjid-masjid seperti membaca khutbah sambil menghasut pendengar agar menimbulkan kebencian kepada kerajaan BN sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat hasil daripada progran atau sistem yang dilahirkan oleh kerajaan BN. 28. PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KRONI - PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat sedanglan mereka juga telah memperolehi faedah yang banyak daripadanya. APA DAH JASDI DENGAN DINASR EMAS HUSAM ANAK DIDIK NIK AZIZ DI KELANTAN? 29. MENGHASUT TENTANG SAHAM ASB/ASN - PAS memesongkan orang ramai dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan BN sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia. Yang menghairan pemimpin mereka telah melabur dalam saham tersebut. 30. HANYA PANDAI MENGKRITIK - PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik. Masalah air bersih di kelantan semakin serius dan membimbangkan.. 31. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH - PAS memerintah negeri Kelantan selama hampir 20 tahun tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. 32. TIDAK IKHLAS - Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN atau Parlimen. Usaha menyatukan ummah yang berbeza fahaman politik juga menjadi bahan gurauan. PAS memang sesat lagi menyesatkan. 33. TIDAK TETAP PENDIRIAN - Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya. 34. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN - PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial. 35. KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT TERBATAS - PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah. Menganjurkan perhimpunan OREN membantah penyeneraian FGV, mendakwa FELDA di mahkamah menggunakan khidmat guaman KAFIR Harbi. Kemudian bergaduh sesama sendiri tentang habuan dan komisyen. Mazlan Aliman dah 4 kali bertanding atas tiket PAS tapi kalah. Memperalat ANAK untuk tujuan politik.. 36. PAS TIDAK PETRIOTIK - PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara. 37. KHURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN - PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam. Sebagai contoh mempamirkan air tawar Nik Aziz yang kononnya Keramat boleh menyembuhkan berbagai penyakit, sedangkan Nik Aziz dan keluarganya sendiri pergi ke Hospital apabila sakit. 38. KEPERCAYAAN DAN KEPERCAYAAN SESAT - PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga. 39. TIADA PERSEFAHAMAN - PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan daripada sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan. Menjadikan mimbar untuk menghasut rakyat dan berdoa untuk kehancuran sesama umat? 40. TIDAK SERIUS DALAM HUKUM-HUKUM ISLAM - PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam. 41. MENGKHIANATI AMANAH - PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara. 42. TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM KEBAIKAN & KERJA-KERJA KEBAJIKAN - PAS memandang rendah kepada Tabung Haji, tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain, bahkan pihak kerajaan Saudi mengiktiraf kebaikan Tabung Haji Malaysia. 43. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN - PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi. bERDEMONSTRASI DI NEGARA ORANG KONON ITULAH KEBEBASAN. 44. JEMAAH HAJI TERTIPU - Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas. 45. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM - Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam. 46. KEGONCANGAN DALAM POLITIK - PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan, tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka. 47. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN - Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk melindungi/menolong golongan tersebut. 48. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN - PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam walaupun terhadap jiran yang kafir. 49. TIDAK JELAS PENDIRIAN - PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah. 50. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN - PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/KeADILan sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu. 51. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN - Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka. 52. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN - PAS di peringkat awal pada zaman awal penubuhasn dulu kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim. Islam menganjurkasn wasatiyyah, PAS menggalakkan sikap melampau dan keganasan! 53. MEMENTINGKAN SIMBOL - PAS hanya mementingkan simbol dan retorik kosong tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam. 55. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA - PAS melarang perempuan yang cantik bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya. 56. TIDAK JAWAB/MEMBERI SALAM PADA PENYOKONG UMNO - Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti UMNO? Sikap bermusuhan seperti itu adalah wajib kepada pengikut PAS. Isteri diceraikan kerana bertentangan fahaman politik dah jadi makanan harian. 57. PENYALAHGUNAAN SIMBOL - PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat. 58. ORANG BUKAN ISLAM DIBENAR MEMBACA AL-QURAN UNTUK KEMPEN - PAS membenarkan orang bukan Islam membaca al-Quran dan bertakbir di tempat ibadat Islam, sedangkan sesama Islam pun dilarang membaca al-Quran jika orang Islam itu berada dalam hadas besar.

No comments:

Post a Comment