Tuesday, June 12, 2012

Yaman Pelawa Dr Mahathir Jadi Penasihat Ekonomi

10 Jun 2012 KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu. Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu. Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia. Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'. Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya. Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. "Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya. Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman. Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama Berita yang pastinya buat juak-juak Pakatan Haram tidak boleh tidur lena. Kenapakah Ketua Umum P"Gay"R mereka yang berkelulusan Ijazah Pengajian Sastera dengan mendapat Kelas Ketiga langsung tidak dipandang oleh Negara Yaman? Bukankan Ketua Umum P"Gay"R mereka penasihat ekonomi Selangor? Kenapa Negara Yaman tidak memanggil Pak Syeikh Anwar Ibrahim yang mendakwa hebat menjadi Menteri Kewangan suatu waktu dahulu sehingga berbilion ringgit negara ghaib sehingga sekarang. Adakah Negara Yaman terkhilaf, tersalah percaturan, terlupa atau mereka pun tidak mahu dan ingin dengan pendekar gay itu. Mungkin Yaman tidak mahu mengambil seorang yang kaki kelentong dan seorang biseksual? Apapun, ini jelas membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat bukan seperti Anwar Ibrahim yang menjuarai kelentong sejagat. Yang CTS pasti, pastinya dengan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai penasihat ekonomi Yaman, beliau tidak akan dibayar servis perkhidmatan sebanyak RM1! Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan dan pemimpin yang TERBAIK. Pastilah beliau yang terpilih. Semoga beliau panjang umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus membantu pentadbiran DS Najib membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Amin.

No comments:

Post a Comment