Sunday, March 18, 2012

Rafizi Ramli gagal menfitnah Najib...kantoi

Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi bercakap
> bohong apabila mendakwa Perdana Menteri menggunakan kewangan kerajaan untuk
> membiayai majlis pertunangan anaknya, Nooryana Najwa Najib dengan Daniar
> Nazarbayev di Seri Perdana pada 17 June 2011.
>
> Kita tidak perlu kenyataan Perdana Menteri pun untuk mengesan pembohongan
> Rafizi dan Malaysiakini.com Dengan membaca menggunakan akal dan membuat
> penafsiran logik sahaja kita sudah dapat menjangkakan ini merupakan satu
> lagi manipulasi maklumat untuk memburukkan kerajaan bukannya untuk
> mendedahkan penyelewengan.
>
> Menurut Malaysiakini.com, “PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa
> kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri
> Datuk Seri Najib Razak.
>
> Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk
> kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa
> menyediakan katering untuk majlis berkenaan.
>
> Beliau mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat
> Perdana Menteri (PMO).”
>
> Kenyataan Malaysiakini bahawa PKR mengemukakan bukti menunjukkan kerajaan
> membiayai majlis pertunangan anak Perdana Menteri merupakan andaian berniat
> jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti jelas.
>
> Apa yang dikemukakan oleh Rafizi bahawa ia hanyalah satu dokumen tempahan
> bukannya dokumen pembayaran.
>
> Sudah
> sememangnya pegawai-pegawai peribadi para Menteri membantu boss mereka
> untuk melakukan tempahan mahu pun menguruskan sesuatu acara walaupun ia
> bukan acara kerajaan.
>
> Apatah lagi jika acara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana
> Menteri maka mahu tidak mahu para pegawai Perdana menteri perlu memabantu
> dan membantu menjayakan program tersebut. Adalah sangat tidak masuk akal
> untuk para pegawai Perdana Menteri dan juga pasukan keselamatan untuk
> mengabaikan perjalanan acara peribadi di kediaman Perdana Menteri.
>
> Ini kerana sungguhpun ia acara peribadi, namun kedudukan Perdana Menteri
> merupakan Perdana Menteri Malaysia 24 jam sehari, 7 hari seminggu bukannya
> mengikut jadual waktu pejabat seperti pegawai kerajaan biasa.
>
> Rafizi mengetahui bahawa acara ini dibiayai oleh keluarga Perdana Menteri
> sendiri. Sebab itu, beliau dalam kenyataan kemudiannya menyatakan,
>
> “Even if he paid for the event from his own pocket (later), it is still a
> moral issue as he cannot pay for a private function through the PM’s
> office.”
>
> Jika Malaysiakini dan Rafizi begitu yakin berlaku penyelewengan dalam isu
> ini mengapa ia perlu menyatakan kemungkinan Perdana Menteri membayar
> sendiri dan mempertikaikan pula isu moral kerana menggunakan
> pegawai-pegawai beliau di Pejabat Perdana Menteri.
>
> Berdasarkan kenyataan Rafizi sendiri adalah jelas beliau mengetahui Datuk
> Seri Mohd Najib menanggung sendiri kos pertunangan anaknya. Namun untuk
> mensensasikan isu ini, maka beliau melontarkan persoalan seolah-olah
> kerajaan yang membayar kos tersebut.
>
> Malahan,
> tindakan Malaysiakini yang hanya berani meletakkan tajuk dalam inverted
> commas, ’PMO paid for engagement do of Najib’s daughter’, menunjukkan
> mereka sendiri tidak yakin dengan kenyataan Rafizi dan tidak mahu terbabit
> menuduh.
>
> Namun sebagai media yang bertanggungjawab menjaga kepentingan PKR, mereka
> harus menggunakan isu ini untuk menjejaskan imej kerajaan dan Perdana
> Menteri.
>
> Yang melucukannya terdapat hampir 80 pembaca Malaysiakini mengaggap ia
> merupakan cerita betul dan menuduh Perdana menteri telah melakukan
> penyelewengan. Mereka ini sungguhpun bijak berbahasa Inggeris sebenarnya
> tidak mempunyai kemampuan berfikir yang baik. Mereka hanya percaya apa
> sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin mereka untuk survival politik.
>
> Bagi Malaysiakini sendiri, ia hanya memalukan tradisi kewartawanan bebas
> yang mereka perjuangkan. Sebenarnya, tiada kebebasan kewartawanan dalam
> Malaysiakini.
>
> Mereka hanya bebas berbohong..., memanipulasi berita dan menimbulkan
> kekeliruan bagi tujuan mewujudkan kebencian pembaca dan rakyat kepada Kerajaan Barisan nasional

No comments:

Post a Comment