Thursday, March 22, 2012

kerajaan Selangor takut BR1M

Saya pasti boucher yang diberi atas nama “SKIM KESEJAHTERAAN RAKYAT SELANGOR” itu adalah semata – mata menandingi “BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA” yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Belanjawan 2012.
Saya mempercayai mungkin boucher ini akan diedarkan atas nama “Skim Kesejahteraan Rakyat Selangor” supaya ia boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah.
Logo SelangorKU telah diletak bagi mengantikan Logo SATU MALAYSIA yang ditakuti oleh Kerajaan Negeri Selangor manakala logo ketiga – tiga Parti Politik Pakatan Rakyat. Juga diletaknya slogan “Putrajaya, Anda mampu mengubahnya” menunjukkan betapa desaknya mereka untuk menawan Pusat Pentadbiran Persekutuan.
Bantuan Rakyat Satu Malaysia telah dikritik oleh pihak pembangkang sendiri sebagai DUIT SOGOKAN kepada rakyat untuk memenangi Pilihanraya Umum ke-13 tetapi kini mereka terpaksa menggunakan teknik yang sama atas nama KESEJAHTERAAN RAKYAT menawarkan duit LEBIH dari BR1M yang dipercayai terang – terang untuk membeli undi. Sekarang mahu cakap apa lagi?

No comments:

Post a Comment