Monday, November 9, 2009

untuk renungan kalian semua

Untuk renungan kita semua......maaf kalau tersalah tersilap


*Ini untuk renungan kita bersama untuk bekalan hari yang mendatang..*

*Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan*

*Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan*

*Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan*

*Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan*

*Dengan kain kafan yang serba putih*

*Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih*

*Walaupun orang yang hadir itu merintih*

*Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai*

*Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah*

*Dengan empat kali takbir dan satu salam*

*Berserta Fatihah, Selawat dan doa*

*Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah*

*Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus*

*Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?*

*Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud*

*Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah*

*luput?*

*Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian*

*Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat*

*Usunglah dirimu ke tikar solat*

*Sebelum kamu diusung ke liang lahad*

*Menjadi makanan cacing dan makanan ulat*

*Iringilah dirimu ke masjid*

*Sebelum kamu diiringi ke Pusara*

*Tangisilah dosa-dosamu di dunia*

*Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'*

*Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan*

*Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan*

*Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan*

*Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan*

*Kerana ianya berguna untuk yang tinggal*

*Bukan yang pergi*

*Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan*

*Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan*

*Ingatlah di mana saja kamu berada*

*Kamu tetap memijak bumi Tuhan*

*Dan dibumbungi dengan langit Tuhan*

*Serta menikmati rezeki Tuhan*

*Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya*

*Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya*

*Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak*

*bererti*

*Lalu menjadi segumpal darah*

*Lalu menjadi seketul daging*

*Lalu daging itu membaluti tulang*

*Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti*

*Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu*

*Yang kalau jatuh ke tanah*

*Ayam tak patok itik tak sudu*

*Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu*

*Yang lebih agung dari malaikat*

*Lahirmu bukan untuk dunia*

*Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat*

*Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'*

*Dengan penuh rela dan bersedia*

*Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'*

*Jalan kemenangan akhirat dan dunia*

*Ingatlah yang kekal ialah amal*

*Menjadi bekal sepanjang jalan*

*Menjadi teman di perjalanan*

*Guna kembali ke pangkuan Tuhan*

*Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera*

*Isteri, kad kredit dan kereta*

*Kondominium, saham dan niaga*

*Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.*

No comments:

Post a Comment