Monday, December 31, 2012

Perutusan Tahun Baru PM, Bukti BN Tidak Pernah Manipulasi Undi

Pelbagai ingatan dan amanat kepada rakyat Malaysia dari pemimpin nombor 1 negara itu dalam mendepani tahun baru 2013 ini disampaikan dengan gaya yang begitu santai, disamping tutur kata yang begitu baik dan lancar. Isi kandungan perutusan ini menunjukkan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan, pada bila-bila masa tidak pernah mengenepikan rakyat dalam proses pembangunan negara ini, walau apa yang dituduh pihak pembangkang terhadap beliau. Dalam masa yang sama, penulis terfikir juga, jika benarlah dakwaan pembangkang melalui NGO ciptaannya seperti Bersih, bahawa kerajaan memanipulasi proses pengundian untuk mengekalkan kuasa sejak lebih 55 tahun dahulu, perlukah Perdana Menteri bersikap ultra prihatin terhadap rakyatnya seperti digambarkan dalam perutusan itu tadi? Penulis lihat, negara yang mana proses pengundiannya boleh dimanipulasi untuk memberi kemenangan kepada parti pemerintah, Presiden atau Ketua Kerajaan negara tersebut akan menjadi diktator kerana sudah tahu pasti menang dalam pilihanraya. Antaranya di Mesir, Iraq, Indonesia dulu dan Korea Utara sekarang. Tapi Perdana Menteri yang penulis lihat sebentar tadi begitu merendah diri kepada rakyat. Tidak setakat mengakui peranan rakyat dalam proses pembangunan negara, beliau juga menyatakan komitmen beliau untuk bersama-sama bekerja dengan rakyat bagi masa depan yang lebih baik untuk negara ini. Hampir saja air mata ini menitis keluar mendengar perutusan yang pada firasat penulis agak luar dari kebiasaan ini. Kalau tidak keterlaluan, penulis ingin menyebutkan disini bahawa perutusan yang begitu merendah diri ini menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan BN tidak pernah memanipulasi undi untuk menang dalam pilihanraya, bahkan menyerahkan sepenuhnya nasib beliau di tangan rakyat dalam pilihanraya. Jika itu boleh dilakukan (manipulasi undi), Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak akan jatuh ke tangan pembangkang, Kelantan juga tidak akan kekal ditangan PAS selama 22 tahun berturut-turut. Kalau sudah pasti menang, penulis rasa Perdana Menteri akan pakai baju tentera, muka garang macam singa, masam macam cuka dan bagi perutusan dalam bentuk perintah yang perlu dipatuhi setiap rakyat – ala diktatorlah tu. Tapi ini tidak berlaku, Kenapa? Sebab pilihanraya negara ini memang sentiasa adil dan kerajaan memang sentiasa membenarkan rakyat membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan sesiapa. Maka itu Perdana Menteri merendah diri, sebab beliau tahu rakyat tidak berkehendakkan pemimpin yang sombong dan berlagak.

No comments:

Post a Comment