SATU-SATUnya anak melayu yang tersenarai sebagai 10 orang yang terkaya di Malaysia mula dipertikaikan oleh DAP. Mereka tidak pula mempertikaikan Robert Kuok, orang terkaya di Malaysia yang cuba mensabotaj perniagaan Gardenia milik Melayu, ataupun Ananda Krishnan, Teh Hong Piow, Lee Shin Sheng, Tony Fernandez dan tycoon2 Cina India yang lain yang juga menikmati projek2 besar dari kerajaan.
Kebiadaban serta keberanian puak-puak DAP lahir dari kelemahan orang Melayu kita sendiri yang sangat mendewa-dewakan pimpinan DAP ini sehingga ada yang menyamakan mereka dengan Khalifah Islam sebelum ini.
Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dan apakah sumbangan beliau kepada dunia Islam amnya serta masyarakat Islam khususnya di Malaysia.
Sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Aktivit amal beliau disalurkan melalui Yayasan al-Bukhary.
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur
yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।
No comments:
Post a Comment